Jumaat, 27 Mei 2011

FitRah HidUp. . ( pArt 3 )



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. .


Assalamualaikum. .  :)

Apabila Allah memberi kejayaan pada hambanya , maka hamba itu perlu mengucap syukur dan ketahuilah bahawa setiap yang diberi Allah tidak akan kekal menjadi milik manusia.Mungkin ketika itu , kita berasa gembira dan teramatlah syukur pada Yang Esa akan tetapi kita harus berwaspada dengan musuh nyata yang tidak pernah jemu menyesatkan kita.




Siapa tahu pada saat kita berjaya , hati kita sudah pun dimasuki syaitan yang akan menjadikan kita terleka dan bangga dengan apa yang telah kita kecapi.Seterusnya lama - kelamaan kita berasa bahawa pada ujian atau apa - apa yang berlaku kelak , kita tidak perlu begitu bersusah payah kerana kejayaan itu milik kita.Dan berasa kejayaan itu pasti dalam genggaman kerana kita pernah merasainya.


Ya Allah , sama - sama kita berdoa supaya perasaan riak dan takbur tiada dalam diri kita.Meskipun , kita telah menjadi manusia yang berjaya.Ingatlah bahawa setiap yang diberi Allah adalah ujian buat kita.Tidak terlepas walau sesaat pun ujian Allah itu tanpa kita menyedarinya. .


* * * * *



Aku hanya remaja yang perlukan keseronokan dan kebebasan.Itu sudah pasti buatku.Aku akur dengan ayah.Mungkin dia ada sebab tersendiri untuk memastikan aku kekal disekolah itu.Aku memasuki kelas pertama ketika berada dalam tingkatan 4 atas keputusan PMR ku yang cemerlang.




Entah , aku berasa lain ketika itu.Aku tidak lagi nakal seperti sebelumnya.Maksudku , aku tidak lagi berkelakuan seperti aku di tingkatan 3.Mungkin kerana rakan - rakan seperjuanganku ramai yang berpindah ke sekolah lain , maka kenakalanku berkurangan.Hahaha..  :P


Aku meneruskan hidupku seperti biasa.Aku masih lagi berhubung dengan senior lelaki itu.Kami menjadi semakin rapat.Senior itu sudah pun habis sekolah memandangkan jarak umur kami 2 tahun.Aku masih membawa barang larangan ke sekolah.Sering berbalas mesej dengan senior itu.
Akhirnya , kami ber 'kapel' . .  ( =_= )




Rakan - rakan sekolahku mengetahuinya.Aku tidak pasti bagaimana mereka tahu sedangkan kami berdua berjanji mahu merahsiakannya.Selama kami berhubungan , aku tahu bahawa ramai yang tidak menyukainya.Entah , aku tidak tahu.Tetapi , aku amat terbeban dengan perkara itu.




Walaupun aku akan menghadapi peperiksaan SPM , aku masih tidak serius tentang itu.Guru - guruku mengharapkan kami untuk peperiksaan itu kerana kami pelajar kelas pertama.Bukan tidak mahu berharap pada pelajar lain  tetapi seboleh - bolehnya mereka berharap kami akan berjaya mengharumkan nama sekolah.Pada aku , aku tidak layak untuk harapan mereka.


Aku bukanlah seorang yang bersungguh - sungguh.Kadang kala , aku hanya tidur ketika kelas persediaan.Ngantuk.Aku lemah dalam subjek Matematik Tambahan.Subjek killer.Selalu mendapat keputusan gagal daripada aku di tingkatan 4.Lulus hanya beberapa kali sampai boleh dikira sebelah jari tangan sahaja. ( x_x )




Keputusan SPM ku biasa - biasa sahaja.Tidak terumum pun di pentas.Bukan pelajar cemerlang.Ibubapaku sedikit kecewa denganku.Aku juga begitu tetapi aku tahu aku tidak layak untuk cemerlang kerana aku sendiri tahu bagaimana usahaku untuk SPM.Okay , semua itu sudah berlalu , aku mengambil kembali handset ku yang dirampas ketika di tingkatan 4.Kantoi. .


Selama 4 bulan bersantai dirumah , menunggu keputusan matrikulasi atau pun universiti.Aku bekerja sementara dengan ibuku.Aku menjadi guru mengaji dikelas ibu.Hah , macam tak percaya budak teruk ni jadi ustazah ~ Entah , pada ibu , aku layak untuk mengajar Al - Quran.Aku memang agak malas untuk mengajar memandangkan itu satu pekerjaan yang berat bagiku.




Pada ku , duduk dirumah lagi berbaloi.Aku tahu jika aku tersalah ajar budak - budak kecil tu mengaji , berapa dosa yang aku akan dapat.Lagi - lagi ketika aku mengajar pelajar yang sudah pun membaca Al - Quran.Ada yang memanggilku cikgu dan ada yang memanggilku kakak.Tidak kisah la mana - mana pun.


Ayah memanggilku ustazah rock ! Haa , sedapnya panggil macam tu.Ayah ku tahu perangaiku , kelakuanku. .Amat kontra jika hendak dibandingkan dengan kelakuan sebenar seorang ustazah.Aku bukan mahu pun kerjaya ustazah ni.Aku tidak suka mengajar.Jika mengajar pakai baju kurung atau jubah , jika diluar 'seksi'.Ahh , dah aku macam tu , aku berkata pada ibu bahawa pada suatu hari , aku akan berubah.Hanya jika sudah tiba masanya. .




Pada saat gembira pasti ada duka.Pada saat mengecapi sesuatu pasti ada sebaliknya.Pada saat berjaya pasti ada gagalnya.Ya , aku bakal menghadapi saat -  saat itu. .




To be continued. .


p/s : haih , tak balik minggu ni. .belajar lah shida !  :P



Selasa, 24 Mei 2011

FitRah HidUp. . ( pArt 2 )



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. .

Assalamualaikum. .  :)

Ilmu agama yang tidak aku praktikkan dalam hidupku dulu amatlah ternilai sebenarnya.Aku tidak tahu apa sebabnya aku memohon untuk memasuki SMKA semasa aku berada dalam darjah  6.Mungkin kerana aku menganggap subjek - subjek agama mudah tambahan pula aku sering mendapat keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan ketika aku bersekolah agama dan pernah mendapat pelajar terbaik tahun 4 sekolah agama ( sekolah rendah darjah 6 masa ni.. )  :)
Selepas itu , aku mendapat tawaran SMKA. .




Pada mulanya aku berasa sedih memandangkan hanya aku seorang saja yang memasuki sekolah itu.Perasaanku tidak menentu , adakah aku patut disini ? Sering kali aku merayu kepada ayah dan ibu supaya aku dapat bersekolah di sekolah menengah biasa ketika aku dalam tingkatan 1 dan 2 tetapi hampa.Aku menangis.


Apabila berada di tingkatan 3 , aku tidak lagi menangis dan tidak lagi merayu kepada ibubapaku untuk keluar sekolah.Aku sudah berani bergaul dengan pelajar - pelajar lelaki kelasku.Sebelum ini kami diasingkan kelas antara lelaki dan perempuan.Masa itu lah , baru aku mengenali pelajar - pelajar lelaki.Bermula tahun itu , aku sudah berubah menjadi pelajar nakal.Aku sering ponteng kelas tambahan walaupun aku tahu aku akan menduduki PMR.




Kelakuan ku tidak serupa pelajar agama.Lengan baju kurung , aku lipat hingga hampir ke siku.Tudung sudah mula pendek.Barang larangan sudah berani bawa.Pada tahun itu juga aku mula berkawan dengan senior lelaki.Satu sekolah kenal dengan senior ini.Maklumlah , pelajar nakal sekolah.Aku juga macam tidak percaya bahawa aku berkawan dengannya. ( =_= )


Pada aku , ilmu agama yang aku pelajari hanya untuk peperiksaan.Asal lulus sudah.Tudung labuh pun sama.Hanya untuk peraturan sekolah.Ada hari - hari tertentu aku akan memakai tudung labuh.Jika hari itu kebiasaannya tiada sportcheck , so perlu ke nak pakai tudung labuh ? No. .
Lagi - lagi apabila hari itu hari balik kampung. .Lagi lah nak pendek tudungnya. .Entah , sebab tidak ikhlas untuk belajar disekolah itu atau sebab lain , aku langsung tidak terasa ilmu agama yang ustaz serta ustazah ajar.




Apabila dirumah , aku langsung tidak berpakaian seperti pelajar agama.Pakai baju seksi , yang langsung tak nampak yang aku ni budak sekolah menengah agama.Malu lah beb. .Memang nak jaga betul perkara tu.Ya , aku agak sosial.Keluar dengan kawan lelaki tengok wayang , makan - makan , jalan sebelah - sebelah.Masa tu belum kapel - kapel lagi.Ni la aku , budak tingkatan 3 yang nak ambil PMR.


Aku macam lelaki sikit masa ni.Tak suka perempuan - perempuan sangat.Ibu sendiri pernah cakap
yang aku ni macam lelaki.Yelah , aku anak perempuan pertama.Ada abang , ada adik lelaki bawah aku.Adik perempuan kecil lagi masa tu.So , aku selalu keluar dengan diorang and kawan - kawan diorang.Semua lelaki , ada juga perempuan tapi berapa kerat jela.Selalu keluar jalan , saja lepak - lepak time cuti sekolah.





PMR pun datang , aku memang tidak rasa yang aku akan mendapat keputusan cemerlang.Trial pun teruk.Impossible sangat la kan.Tapi entah lah , apabila diumumkan keputusan , aku mendapat keputusan cemerlang.Aik ? Apa pasal ? Aku sendiri tidak mengetahuinya. .Ayah pernah berjanji yang aku akan bersekolah di sekolah menengah biasa jika aku cemerlang dalam PMR dan teramatlah gembira menantikan saat aku akan keluar sekolah apabila memasuki tingkatan 4.


Lain yang diharap , lain pula yang datang.Kegembiraan hanya seketika cuma.Kekecewaan pula datang menjelma.Atas sebab apa entah , ayah menyuruh aku bersekolah disitu saja.Dia takut jika aku tidak mendapat kawan dan tidak biasa ketika berada dalam suasana baru.Betulkah begitu ? Aku hanya menuruti walaupun pada hakikatnya aku tidak suka.Sangat sedih.Sob , sob. .


Kita tidak tahu perkara yang akan datang.Hanya mengikut arus kehidupan yang sudah ditetapkan.Aku berada dalam zaman awal remaja.Nafsu menjadi permulaanku.Akal masih tidak terguna.Ilmu hanya pelengkap sebagai seorang pelajar.Aku hanya mahukan keseronokan dan kebebasan.Itu pasti. .




To be continued. .


p/s : seronok dapat sambut bezday daddy ! Agak - agak dapat balik tak this week ?  :P

Khamis, 19 Mei 2011

FitRah HidUp. . ( pArt 1 )



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. .



Assalamualaikum. .  :)


Setiap insan ada masa lepas , masa silam.Kekadang masa silam or masa lepas kita tu menggembirakan dan ada yang meninggalkan parut dalam hati kita.Seboleh - boleh kita ingin melupakan kisah yang menyedihkan dan ingin selalu kenangan indah manis tu berada dalam ingatan.




Akan tetapi , hidup tidak selalu memberi yang indah apatah lagi Allah sudah menetapkan sesuatu yang tidak diingini terjadi pada hamba - hambanya.Itulah sebenarnya kehidupan.Kita ingin selalu berada dalam kesenangan dan keindahan serta berharap agar segala yang sukar dijauhkan.








Mungkin tiada kemungkinan , tiada possibility untuk mengelak daripada menghadapi yang sukar , yang sedih , yang tidak menyenangkan , yang memberi tekanan pada kita. .Bukankah Allah mencipta kebahagiaan dan juga penderitaan ? Segalanya berpasangan dan tiada yang tunggal kecuali Dia. .   :)




Penderitaan itu tidak membawa kepada kemusnahan hidup.Itu hanyalah sesuatu yang pasti yang dihadapi setiap yang bergelar makhluk Allah.Bahkan binatang , tumbuhan dan segala hidupan melaluinya.Pastinya kita akan merasa tidak selesa dengan penderitaan tersebut malah mereka yang tidak sabar dalam penderitaan , lupa akan adanya penyelamat iaitu Yang Maha Mengetahui. 




Bagaimana pula dengan kebahagiaan ? Semestinya bertentangan dengan penderitaan. . malah kebahagiaan yang diberi tidak disyukuri. .sehingga membawa kepada lupa akan Yang Maha Pemurah.




Sedarlah bahawa setiap pemberian Allah itu tidak hanya dengan memberi tetapi pembalasan .Maksudnya ? Maksudnya pembalasan sang hamba pada sang Pencipta.Pemberian Allah pada kita sebenarnya satu ujian kerana Dia ingin melihat sejauh mana kita ingat padaNya , sejauh mana kita bersujud padaNya , sejauh mana kita bersyukur padaNya. .Ingatlah. .    :)








“Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutilah suatu hari yang seorang bapa tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat menolong bapanya sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan penipu memperdayakan kamu dalam Allah. (QS. Luqman, 31: 33)




Kealpaan manusia bermula dengan kebahagiaan dan ketakutan serta kesedaran manusia bermula dengan penderitaan.




Ada juga manusia yang lupa pada Tuhan , yang tidak percaya pada Tuhan , yang benci pada Tuhan hanya kerana keadaan mereka tidak seperti yang mereka inginkan.Kesukaran hidup menyebabkan golongan ini terpesong malah seronok melakukan maksiat dilembah hina.Terjebak ke kancah maksiat hanya kerana hidup mereka tidak sesenang manusia lain.




Dimana kesabaran dan ketabahan mereka ? Usaha mereka ? Mereka tidak mengetahui bahawa disebalik ujian yang mereka hadapi , Allah mengharapkan mereka sedar akan hikmah - hikmah yang berselindung.Pada saat mereka butuhkan kemewahan , Allah beri sebaliknya. .






Entah , pada dasarnya hati manusia itu berbeza isi kandungan.Pelbagai jenis hati si manusia.Sebenarnya , agamalah yang menjadi panduan hidup kita.Kekuatan iman , kekuatan  hati kita memandu kita ke jalan sebenarnya.Jika tiada agama , tiada semua itu.Agama Allah sahaja yang memberi ketenangan.




Apabila kurang ajaran agama , maka manusia tidak dapat terlepas daripada kesesatan.Aku sendiri sedih melihat manusia yang berubah agama , yang beragama Islam tetapi hanya pada nama , yang beragama Islam tetapi tidak segan silu melakukan perkara yang tidak sepatutnya.Padahal ramai insan - insan yang ingin mengenali Islam dan memeluk agama ini tetapi kita pula ingin keluar daripada agama kita sendiri.Agama Allah. .kenapa ?




“Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaan-Ku. Mereka jika melihat tiap-tiap ayat (Ku), mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tidak mahu menempuhnya, tetapi jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus menempuhnya. Yang demikian itu adalah kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka selalu lalai daripadanya”. (QS.Al A’raaf : 146)








Dalam entry yang sebelum ni , aku ada katakan tentang ilmu tetapi jika tidak diamalkan , maka ilmu itu akan dilupakan.Itulah dia , akibat tidak mengamalkan ilmu. .Ya Allah , diri aku sendiri tidak sempurna.Aku sendiri pernah melupakan ilmu agama yang aku pelajari masa aku sekolah dulu. .




Ya , diri aku yang dulu memang penuh dengan kerugian.Kerugian dalam tidak mengamalkan ilmu agama yang aku tahu.



To be continued. .



p/s : esok balik rumah ! lalalalaaa ~~ 

Selasa, 17 Mei 2011

JuSt Get tHrOugh iT !!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. .


Alhamdulillah exam suda tamat. .
Heee. .Rindu la dengan korang even korang tak rindu aku. .  :P
So , sekarang ni aku sedang menjalani. . (betul ke ? ) short sem.Wah , memang seronok
 habis la kan .


Baru habis exam teros je short sem.Tapi tak apa la.Tak rugi apa pun , belajar jela tapi yang
 kurang tu . .kena belajar dalam bahasa arab.

Heee , but that's oke tooo.Just take time nak faham.Subjek best tau ! Fiqh ibadat dan munakahat dengan akidah Islam.Wah ! Seronok ! Aku memang suka subjek - subjek camni. .  :)


Ktrg short sem sampai awal bulan 7.Oke sangat la.Tak la sampai 2 bulan pun.Nak balik rumah tiap minggu pun tak ada masalah.Jumaat tak ada kelas , free ! So , what's a big deal ? Nothing. Just malas or tak.Hopefully aku rajin la kan.Doakan aku guys !  :D




Heee. .Macam - macam la kan ragam manusia ni.Yup , I'm the one of them.
Mengeluh ?
Aku pun kekadang terlepas gak.Mengeluh memanjang , tak memendek pun.Pada hal benda kecil je dah tak tentu arah.Ada ke patut ? Aish , teruk la kamu shida !

Tu la sebenarnya manusia kan ? Why it happen to us ? Because of our enemy want to. .
You know what I mean ? Yes , devil . .

But , we as His servant can get through it.Actually , it is easy to overcome the problem.
Only us can't do it. .properly. .
Is it true ?

Yup.The solution is what ? Patience. .  :)

( kenape ttbe dok tulis bahasa asing ni ? )  Haha. . XD

Aku tahu korang semua tahu kan apa yang dimaksudkan dengan kesabaran.Aik ? Cam entry aku yang lepas punya je.Yela kot.Aku ada tulis pasal sabar ni. . Tak apa la ye aku tulis lagi.
Yela , kekadang kita lupa apa yang sepatutnya kita tahu.Dan kekadang kita lupa perkara yang selama ni kita tahu tapi apa ? Tapi tak amalkan. .Haa , yang tu part paling 'senang' . .

Ilmu yang tidak diamalkan , lama - kelamaan akan dilupakan. .
Apakah itu satu perkara yang kamu ingini ?
Bukankah itu satu kerugian buatmu ?


Ya Allah Ya Tuhanku , disaat aku memerlukan ilmu Mu , turunkanlah ilmu itu kepadaku dan janganlah Engkau jadikan aku hamba yang melupakan ilmu Mu. . .




Astagfirullah , apakah kita pernah melupakan ilmu ? Ilmu yang diamalkan akan sentiasa diingati akan tetapi ilmu yang jarang diamalkan ?

Memang betul nak mengamalkan ilmu yang kita pelajari tu satu ujian buat kita.As sabar kan , kita semua tahu pasal sabar ni tapi kita amalkan tak ? Kalau kita amalkan , adakah kekal ? Atau sometimes sabar kita tu da zero ?
 Hmm , kenapa ye ?


Alhamdulillah pada yang beristiqamah dalam mengamalkan sesuatu yang baik.Itulah manusia yang tahan godaan dan ujian daripada segala musuh serta ujian daripada Allah sendiri.



Aku sendiri kekadang terlepas daaa.Tak ada suda sabarnya tapi cepat - cepat istigfar. .
Bahaya tu. .Syaitan senang - senang je nak hasut kan.Banyak cantek diorang ! Hahaha. .  :P
Istigfar dapat menyedarkan kita daripada kesalahan yang kita lakukan.InsyaAllah , Allah selalu menjadi pembimbing kita kan.Kita takkan terbiar. .




Okay , harap kita semua dapat istiqamah.Yup , istiqamah tu memang perlu dipupuk.


Sedikit - sedikit , lama - lama jadi bukit . .


Apabila da biasa , jadi tak susa.Best kan ! Wuaaa , nak kena tekad !
Yeah ! Aku tahu kita semua boleh !
We can get through it. .  :)








p/s : balik rumah , balik rumah . .birthday daddy next week ! wah !  :D

Isnin, 2 Mei 2011

ThE TimE hAs cOmE tO gEt mE !!



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. .


Assalamualaikum. . . . .  :)
What's up ? Sihat ke sakit ?
Sakit apa ? Sakit hati ? Sakit otak ?
Or sakit nak exam esok ?? Hahahahaaa. . . .
Semestinya aku. . .  :P




Biasa la tu kan.Time exam je , sakit itu , sakit ini . .Kira stress la tuu.
Sudah - sudah ,tak mahu la seteres , seteress ni..Ohohooo...Gileeer dah.  X)

Whatever pun , aku mengharapkan korang doakan aku dipermudahkan untuk menjawab soalan peperiksaan esok sampai la 13 Mei nanti ea.Maafkan juga diri aku yang tak sempurna ni , wuuuuu. . .
Salah silapku harap dimaafkan. (dengan nada manja ni...)  :P




Heh , masa aku tengah syok dok exam. .Korang mesti da seronok - seronok dengan bantal - bantal wangi korang , dengan TV , dengan belog , dengan segala macam la kat rumah ~ Wek !
Siapa yang habis exam dulu dari aku , memang aku benci laa korang. . .Hahaha. .   :P


Okay , tak ada hal punya la.Aku okay je sensorang kat sini baca buku , korang pergi la balik. .
Hahh. .aku akan merindui korang selalu ! Entah bila dapat jumpa balik kan ?




Hmm , pertemuan dan perpisahan tu lumrah. .
Segala yang berlaku adalah kehendak dari Nya.Kita sebagai manusia hanya merancang , hanya berdoa , hanya menantikan apa yan ditentukan Allah.
Mungkin kemanisan dan kebahagiaan yang berlaku , dan mungkin bertentangan .

Ukhwah yang terbina dengan niat kerana Allah , takkan terputus macam tu je.Kalau kita akan berjauhan , pertemuan pasti akan datang .Perpisahan pun akan datang jika kita bertemu.




Segalanya berpasangan kan ? Setiap ciptaan , setiap perkara yang ada tu berpasangan.Wuuu , sweet kan ? :)

Indahnya ciptaan Allah. .


Hee , okay korang ! Kepada student - student yang akan berperah otak esok , good luck !!
Sama - sama kita berjuang hingga ke penghujung ! Oh yeah ~~  :D







p/s : tak nak short sem ! nak balik rumah ~  :P