Jumaat, 24 Jun 2011

IbUbApA mAhUkAn yAng tErbAik uNtUk aNak mErEka


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. .

Assalamualaikum. .  :)
Kabare semua ? Sihat ? Hee , dah lama tak update belog. Kebelakangan ni bole la dikatakan macam tak ada masa nak meng 'update'. Walaupun , selalu je menjengah belog tapi kejap - kejap je. Nak lepas rindu , haha. Or just blogwalking , baca - baca post orang.


Last week balik rumah , kat rumah tu berdua je dengan ibu. Ayah pergi Melaka pagi sabtu , still kerja. Petang sabtu baru balik JB. Pada hal hari Jumaat petang balik JB dengan aku. Hee , teruk betul aku ni. . Ayah pergi ambil aku kat U petang Jumaat tu , dia kat Nilai dan sepatutnya ada kat Melaka. Aku la ni , nak sangat balik rumah. Ala , dah lama tak balik rumah. Ececehh , poyo la ! Selalu je kot balik ! Korang semua dilarang tiru aksi aku ni. Tak bagus untuk korang. .  :P
Ayah kata dia tak sampai hati kat aku. . Hee , manja betul aku ni ea ?




Petang Sabtu tu , aku dengan ibu pergi pasar malam. Jalan - jalan beli makanan. Saja je tengok - tengok apa yang best. Ibu apa lagi , kerja dia tengok baju , tengok tudung , tengok apa yang patut. Biasa la tu. Akhirnya , dapat la dia beli baju baru. .  (=_=)


Aku tengokkan saja. . Nak juga beli tapi fiki - fikir tak apa la. Nanti - nanti je kot. Jalan punya jalan punya jalan , terserempak dengan seorang budak perempuan ni. Comel je , sopan. Dia salam dengan ibu. Rupanya dia pelajar kelas fardhu ain ibu. Ouh , oke. Mak budak tu tengah beli sayur , mak dia tak perasan pun. So aku dengan ibu meneruskan perjalanan. Beli itu , beli ini. Dah rasa cam banyak je beli , so kami pun nak balik.


Dalam ond the way nak pergi kat kereta  , terserempak dengan budak perempuan tadi dengan mak dia sekali. Ibu pun tegur mak dia. Mak budak tu pun salam - salam dengan ibu. Berbual - bual. 










" Terima kasih la ustazah sebab dah ajar anak saya. Saya berterima kasih sangat kat ustazah. . Dia dapat pelajar cemerlang kat sekolah agama. Dulu dapat nombor 3 , sekarang dapat nombor 1. Terima kasih la ustazah. Sekolah kebangsaan pun dia okey juga. Subjek agama dia bagus , subjek - subjek lain pun bagus. Terima kasih la ustazah. . "

" Terima kasih ustazah. Saya ni tak dapat nak ajar dia agama. . "


Aku tengok diorang , sedihnya. Serius , aku dah nak keluar air mata. Nasib la tak tertumpah keluar dari mata. Aish , nanti malu je. Pelik nanti orang tengok aku tetiba nak nangis.  T_T


Budak perempuan tu sopan , pakai tudung. Baru darjah berapa ea ? Aku pun tak ingat , tak salah aku , dia darjah 2 kot. Or darjah 4. Kecil je budaknya. Dia dulu pelajar fardhu ain ibu masa tahun 2009. Ibu lupa nama budak tu. Haha. . 


Mak budak tu orang Sabah. Dia free hair. Tengok pakaian mak dia , pakai T-shirt lengan pendek dengan seluar bawah lutut. Berjalan berdua dengan anak dia. Ada seorang je anak , budak perempuan tadi tu.


" Belajar betul - betul ea. Tolong mak awak ni. Awak seorang je anak dia. Kesian mak awak ni haa , jalan bawa awak kat pasar malam ni. Beli makanan yang awak nak. . "








Ibu aku bagi budak tu 5 ringgit. Hadiah untuk dia , dapat keputusan cemerlang. Diorang bukan orang senang. Diorang pergi pasar tu pun , naik basikal. Haish , aku rasa macam tengok dalam cerita je haa. Sedih sangat. 


Alhamdulillah , budak perempuan tu bagus , baik. Cenderung ke arah keagamaan , dapat la dia ajar mak dia nanti kan. InsyaAllah . Yela , mak dia sendiri kata dia tak dapat nak ajar anak dia bab - bab agama. Dengan harapan , anak dia dapat menjadi orang yang baik , belajar agama dan tak akan jadi macam diri dia. Sebab tu dia hantar anak dia kelas fardhu ain. Belajar solat , belajar tauhid , akhlak , sirah , Al - Quran , belajar ibadat , belajar bahasa Arab dan lain - lain lagi.


Itulah dia sebenarnya ibubapa kita. Mereka mahukan hanya yang terbaik untuk anak - anak mereka. Mereka tak akan biarkan kita terkontang kanting dalam kesusahan , tak akan biarkan kita hanyut. . Ibubapa kita mahukan kesenangan untuk kita. Nak lihat kebahagiaan anak - anak. Nak kita tahu apa itu agama Islam , yang sepatutnya buat kita. Ada ke ibubapa nak tengok anak - anak masuk neraka ?  :)




Ibubapa kita nak lihat kita menjadi manusia berguna. Mereka tak nak lihat kita jadi jahat , buat kerja tak baik. Tapi kita buat apa untuk diorang ? Selalu je buat diorang sedih , buat kerja tak baik , tak nak berikan kebahagiaan untuk diorang , langsung tak ada pembalasan untuk ibubapa kita.  ;(
Lagi - lagi anak - anak yang mengabaikan agama sedangkan ibubapa bersusah payah mendidik kita , kenalkan kita dengan agama Islam. Tak kiralah ibubapa kita tak mampu ajar kita , hantar kita belajar agama.


Ibubapa kita mahukan yang terbaik untuk kita. .  ;)


Oleh itu . kita sebagai anak . perlu membalas jasa ibubapa. Walaupun sebenarnya , kita takkan dapat membalas jasa ibubapa kerana terlalu banyak dan tanpa sedar kita tak tahu berapa banyak yang mereka dah lakukan untuk kita. 







Apa yang kita dah lakukan untuk ibubapa kita ? Sama - sama kita tanya diri sendiri. Apakah kita dah lakukan yang terbaik untuk ibubapa kita ? Apakah kita pernah lakukan perkara yang mereka tak suka ? Apakah kita pernah menyakitkan hati dan perasaan mereka ? Apakah kita pernah membahagiakan mereka ? Apakah kita pernah buat mereka menangis sebab kesalahan yang kita buat ? Apakah kita sayang pada mereka sebenarnya ? Apakah pernah kita abaikan ibubapa dan lebihkan kawan - kawan kita ? 


APAKAH PERNAH KITA ABAIKAN TUGAS KITA SEBAGAI ANAK ?


Aku pun sebenarnya mengingatkan diri sendiri. Aku akui aku memang banyak susahkan ayah dengan ibu. Lagi - lagi ayah aku. Aish , aku kena kurangkan kemanjaan aku. Bila nak matang entah. Aku nak itu , nak ini , semuanya diorang bagi yang penting diorang nak aku belajar sungguh - sungguh. Tapi kadang - kadang aku abaikan. Sebab kemalasan yang melampau.


Astaghfirullah , apakah kita mendapat keredhaan ibubapa ?


Allah takkan meredhai kita selagi ibubapa tak meredhai kita. .








Sayangilah ibubapa kita sebagaimana diorang sayang kat kita. .   :)



p/s : semalam anniversary ayah dengan ibu yang ke 22 tahun !  :D

Khamis, 16 Jun 2011

FitRah HidUp. . ( FinaL pArt )


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. . .


Assalamualaikum semua ! How's going today ?  :)
Jangan pelik pula tengok aku tetiba macam happy je kan hari ni. .Yeke pelik ? Entah.Mungkin sebab tak ada kerja sangat kot.Hari ni da hantar assignment MyLine , Alsp pun just tinggal video je and. .ooops ! Arab still ada kerja kat MyLms ! But it's okay.Just do it and video drama english pun ada lagi beberapa shooting.Aku sebagai camerawoman yang tidak berpengalaman , perlu hadir untuk merakam scene.Maaflah kalau video drama tu tak canteekk sangat angle.Hohooo. . .  :P


Apa yang korang semua rasa disaat melihat sahabat - sahabat yang korang kenali atau mungkin saudara mara atau mungkin orang yang korang kenal tu macam bukan orang yang korang kenal sebelum ni ? Hah ? Bunyi macam sengal je kan. . .Haha.




Ataupun diri korang sendiri yang lain dari sebelum ni.Perubahan tu normal.Perubahan tu memang akan berlaku.Perubahan dari segi tingkah laku , minat , aktiviti , pakaian , pendirian , cara belajar dan banyak sudut lagi.Kadang - kadang kita sendiri rasa macam nak berubah tapi disebabkan sesuatu , kita still macam dulu.Pernah tak korang rasa macam tu ?




 Kadang - kadang kita memang terfikir nak berubah , tak kira lah berubah untuk jadi cemerlang dalam pelajaran ke , berubah sikap ke , berubah minat ke , berubah untuk jadi seorang yang pandai masak ke atau berubah nak hidup lebih elok.Tapi still kita tak berganjak langsung.We still at the same path , same way , same style , same person and sometimes we even getting worse.Yang worse tu lah yang kita tak nak.Better berubah yang lebih positive dan bukan negative.



Pernah tak korang melalui perubahan dalam hidup ? Tak kira lah perubahan yang sedikit atau sebaliknya tapi yang penting perubahan yang baik , positif dan bermanfaat untuk diri korang.  :)

* * * * *

Apabila tiba semester dua , aku bertemu kembali kawan - kawan , bertemu kembali ke alam menuntut ilmu dan bertemu kembali tempat belajar yang mungkin akan menyepak aku keluar dari situ atau mungkin mengekalkan aku untuk belajar lagi kat situ.Sebab ? Keputusan peperiksaan semester lepas keluar masa awal semester dua.So , sekarang ni fikir kena tendang or kekal.


Fortunately , I am still here.Thanks God , I didn't believe it because I thought I was not that good in examination.Okay , I really happy for that.




Sebenarnya , dari akhir semester satu lagi aku ada menyimpan satu hasrat ni.Tapi aku tak laksanakan pun lagi hasrat tu sampai naik semester dua.Aku mahu tapi tak yakin aku mampu ke tak.  (=_=)


Sebenarnya , dalam diam aku menyimpan hasrat untuk berubah.Aku sendiri tak tahu apa sebabnya.Adakah aku hanya mengikut kata hati ? Adakah ini benar - benar keinginan aku ? Atau keinginan ini hanya sementara dan berubah kembali ? Aku tidak tahu.Aku melihat kawan - kawan yang dulunya tidak seperti sekarang.Sekarang , diorang menjadi insan baru yang lebih baik , mementingkan soal agama , berlainan tingkah laku dan semua itu menarik aku.




Aku terfikir bagaimana diorang berubah sebegitu.Aku akui aku amat kagum terhadap diorang.Apabila aku melihat diri sendiri , aku malu.Aku ni bekas pelajar sekolah agama tapi attitude aku terbalik.Behaviour aku entah ke mana nak dibandingkan diorang yang bukan pelajar sekolah agama tapi attitude , behaviour lagi baik.Kenapa ? Apa kena dengan aku ? Nak dibandingkan ilmu agama , aku jauh lebih banyak tapi diorang lagi better.Kenapa ? Macam mana diorang boleh berubah tapi aku tak ?


Bila aku balik rumah , aku try tudung lerang 60 depan cermin.Ibu yang punya.Aku pusing sana , pusing sini.Buruk. . .Buruk betul aku pakai.Macam tak kena je.Haihh. .   T_T

Betul ke aku nak berubah ni ? Tak ada keyakinan langsung.Hati masih berbelah bagi.





" Sayang pula kalau aku berubah.Nanti dah tak boleh pakai macam selalu.Kena sopan - sopan je baju. . "

" Nanti orang fikir apa pula.Mesti diorang pelik tengok aku tetiba je nak pakai tudung labuh , pakai sopan - sopan. . "

" Nanti orang cakap apa pula.Malu la aku.Agak - agak orang cakap pasal aku tak ? Nanti diorang fikir aku bajet baik.Ish , betul ke ni ? "

Aku punya fikir , punya fikir , punya fikir. . .akhirnya aku mengambil keputusan untuk berubah.Lama - lama aku rasa aku nak juga berubah.Bukan sebab kawan , bukan sebab persekitaran , bukan sebab parents , bukan sebab universiti yang aku masuk tapi sebab aku sendiri nak berubah.




Hati aku yang dulunya ego lama - kelamaan runtuh juga.Aku sendiri yang bencikan kebaikan , aku sendiri yang tak nak jadi baik , aku sendiri yang kata yang aku nak jadi diri sendiri.Aku sendiri tak tahu kenapa.Kadang - kadang aku fikir , Allah dah bagi hidayah ke kat aku ? Or sebab hati aku kata macam tu ?


 Aku sangat berterima kasih pada Allah sebab dah buka hati aku.Buka hati untuk menerima yang baik dan menolak yang buruk.Walaupun kadang - kadang kita tersasar tapi still. .Allah jaga kita.
Aku pun tak sangka dengan apa yang aku dah buat.Aku berdoa agar Allah tak tarik balik apa yang Dia turunkan kat aku.Aku tak nak hati aku tertutup balik dengan kejahatan , kemungkaran dan kesesatan yang selama ni kaburi aku.




Memang pada mula , aku malu nak bertudung labuh.Tapi aku ketepikan kata orang.I didn't care what they have said about me.Aku nak yang terbaik untuk aku.Aku yang selama ni tak amalkan ilmu agama yang aku ada.Malu sangat.Itu semestinya timbul rasa malu.Aku mesti malu kena pada tempat.Tak kan nak mulakan perubahan aku nak malu kan ? Sokongan hanya minta pada Allah.Dia sahaja yang aku minta sokongan dan kekuatan ketika itu.


Aku akui memang ramai yang terkejut tapi aku hanya diamkan diri.Ahli keluarga aku pun sama terkejut.Aku beranikan diri dan lagi sekali aku ketepikan malu dan apa yang akan diorang perkatakan tentang aku.  :)




" Ibu , angah tahu apa yang angah buat.Angah akan berubah suatu hari nanti.Just tunggu masa je.Jangan risau. . "

" Nanti budak - budak ngaji tu tengok kau macam ni , diorang panggil kau ustazah rock.Anak ustazah lagi haa.Angah , angah. . "


Hee , aku ingat lagi kata - kata tu.Masa tu aku mengajar mengaji kat kelas ibu.Hmm , ustazah rock.Kawan - kawan aku pun gelakkan aku je masa tu.Tak boleh blah budak macam aku ajar orang ngaji.Bila kawan - kawan tanya kerja apa masa tunggu result SPM ? Ha ? Kau jadi ustazah ke ? Wah , lawak je. .  (x_x)


Terkadang aku rasa rindu diri aku yang dulu.Rasa rindu kat baju - baju aku yang aku beli berplastik - plastik.Rasa rindu kat selendang - selendang pendek.Rasa rindu pada keadaan dulu.
Rasa rindu kat diri aku yang up to date dengan fesyen.




Astaghfirullah. . .Ya Allah , kuatkanlah aku.Berilah aku kekuatan untuk kekal di jalan Mu.Berilah aku ketabahan , berilah aku petunjuk dan hidayah Mu.Kuatkan hatiku.Kuatkan hatiku. . .
Bantulah aku , bimbinglah aku untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. .
Jangan Kau ambil kembali sinar yang Kau beri padaku Ya Allah. . .   ;)

* * * * *

Begitulah kisah hidup yang dahulunya tersasar akan tetapi akhirnya dia sedar apa yang telah dia lakukan.Meskipun insan itu masih baru , tapi banyak lagi kelemahan , kekurangan yang perlu dibaiki dan ditambah.Bukan bererti dia berubah baik , maka segalanya baik.Tingkah laku , percakapan , akhlak insan itu masih banyak kekurangan.Kadang kala tersasar , kadang kala perlu bimbingan.Dia masih mencari ilmu. .Dia masih tidak tetap hatinya. .Kadang kala hatinya lemah , kosong dan berharap hatinya selalu mengingati Allah. .


Banyak lagi yang aku nak taip - taip tapi insyaAllah dalam entry akan datang aku huraikan tentang lebih dalam. ( ececehh , hurai ? rasa poyo lak. . ) 

So , aku berharap korang akan ambil apa yang bermanfaat dari pe'naipan' aku ni dan yang sebelum - sebelumnya.Tujuan hanya untuk kebaikan dan hopefully aku dan korang akan menjadi insan yang lebih , lebih , lebih baik ! InsyaAllah. .  :)



p/s : aku nak balik , nak balik , nak balik rumah. .Ayah ! ambil angah kat sini !  :P

Sabtu, 11 Jun 2011

FitRah HidUp. . ( pArt 5 )



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. . .


Assalamualaikum. .   :)
Sihat ? Hee. .Agak lama tak update.Sekarang memang agak busy walaupun tengah short sem.Lagi banyak aktiviti.Aku telah ditabalkan sebagai camerawoman bersama sahabat lagi seorang.Wah , memang satu pengalaman baru.  ;)


Tempat untuk kita mencari ilmu perlu perbezaan ke ? Contoh , kita tersangat mahu memasuki universiti atau mana - mana pilihan institut pengajian kita.Dukacitanya , kita tak dapat dan perasaan kita pasti berbeza kan ? Andai ditakdirkan kita mencari ilmu di tempat yang kita tak terfikir pun nak masuk , adakah kita masih mempunyai perasaan beza tu ? Perasaan tak mahu belajar , perasaan tak selesa , perasaan tak bersungguh nak belajar , perasaan nak berhenti je dari tempat tu , macam - macam kan ?


Hmmm. .kenapa perlu ada perasaan macam tu ? Sebab ? 


" Jauh. . ."

"Tak best lah. . ."

"Bosan je aku tengok. . ."

"Grrrr , tak ada kemudahan lah ! "

"Euuwww , apa ni ? "

"Buruk la sehhh , macam mana nak belajar ? "

"Ketat giler rules. . ."

Blalalalalalalalalaaaaaaa. . .Macam - macam ada ~~~  (=_=)




* * * * *

Okey , time to checking - checking.Manalah aku dapat agaknya ? Wuuu , seram ni.


Gulp !! Aisehhh , aku check punya check punya check. . .USIM la seh. .Aku ? Dapat situ ? Biar betul ni.Check lagi.Erk,sama juga laa.Okeyh.Confirm.No big deal. .Aku punya la berharap aku tak dapat situ tapi apa boleh buat.Dah dapat situ , go on jela kan.Of course I'm not that sincere ! Come on guys. .Why I'm there ? 

Tension is building inside steadily.




First thing yang aku fikir : What ? Arab lagi ? Aku baru nak tinggalkan benda alah tu. .
Secondly : Ahh , kena pakai baju sopan - sopan eh ? Baik giler kot aku nanti. .

Those things are driving me crazy.Absolutely yes.




For the first time aku masuk situ , aku merasai satu kejanggalan yang amat tinggi.Dalam hati terdetik , eh aku macam paling teruk je.Heehh.Ada lagi teruk la.Don't worry.Just chill.Tengok kawan - kawan kelas , not bad.Okey la.Wah , baik - baik aku tengok diorang ni.Aku ? Tak mahu cakap lah.


Budak - budak rumah , SEMUA baik la.Tak ada budak fakulti sama.Aku seorang je yang tercampak ? Sudah merasai satu perasaan macam nak jerit ! Habis la aku , habis la aku.Diorang budak - budak fakulti Al - Quran dan As - Sunnah , budak - budak fakulti Syariah dan Undang - Undang , budak - budak Bahasa Utama yang pandai arab ! Aku budak Sains Teknologi yang kesunyian. .




Lama - kelamaan dapat lah kawan - kawan.Yang best , diorang semua aku tengok baik.Tudung tak pendek , ada yang labuh.Ala , yang jahit tengah tu haa.Ada jugak yang pakai lerang besar.Aku ni macam apa entah.Sesat.Si budak sesat dan pelik.Beza betul.Jauh nun disana bezanya.  (x_x)


Apa aku nak kisah sangat ? Aku adalah aku dan diorang adalah diorang.Perlu ke nak semua tu.Ahh , just be yourself.Malas nak fikir.Aku happy dengan diri aku sekarang.Aku tak nak terikat dengan benda - benda baik ni.Aku dah la memang tak nak belajar sini , lagi nak suruh aku ikut peraturan entah apa - apa.I hate this place.I wanna go out from here !



* * * * *

Malam yang best sebab tak ada kelas.If not hari - hari ada kelas malam.30 Ogos 2010.Keluar beli kek dengan seorang kawan.Senyap - senyap nak celebrate birthday Diyana.Wah , bestnya ! Sebelum melangkah keluar dari gate hostel , make sure ada kad matrix.Aku lupa yang aku just nak keluar sekejap je.Pehal la tiba - tiba nak tulis dekat buku balik bermalam ? Kawan aku pun pelik tengok.Pak guard kata tak payah tulis kalau tak bermalam kat luar.


Pak guard tu berkata lagi , " Dik , tolong jaga pemakaian eh lain kali.Tolong lah jaga nama baik USIM ni.Nanti orang tengok budak USIM pakai macam ni , tak elok. . " Zuuup !! Aku memang makan dalam dengan si pak guard tu.Aku iyakan jela.Diam.Memang tersangat kontra dengan kawan aku ni.Dia bertudung labuh jahit tengah.Sopan.Aku pakai jeans dengan sweater fit dan berselendang.Memang a bit sexy.  (=_=)




Well , aku dah macam tu.What's wrong with it ? Ah , apa - apa jela.Tak ambil hati la.


Aku melalui kehidupan kat sini dengan diri aku yang sebegitu sehinggalah semester dua.Aku tak terfikir yang aku bakal menjadi seseorang yang baru. . .

* * * * *

Allah sudah menetapkan segalanya bagi kita.Hanya kita sebagai hamba , menerimanya dengan sepenuh hati dan percaya hikmah disebaliknya pasti ada.Hidayah ? Hidayah Allah pasti dapat kita rasai.Itu sesuatu yang amat dinanti - nanti.Sesudah Allah memberi petunjuk kepada hambaNya , berdoalah agar Allah tidak menariknya kembali.Tiada siapa yang sanggup kembali ke jalan sesat.




Berusaha untuk mencari kebenaran , mencari hidayah kerana untuk menerima semua itu perlu mempunyai hati yang benar - benar ingin menyimpan kurnia Allah itu.InsyaAllah , kita mampu memilikinya.  :)




To be continued. . .


p/s : assignment fiqh ibadat dan munakahat tak siap lagi ! tajuk pasal talak dan rujuk. .
ececehhh. .   :P

Rabu, 1 Jun 2011

FitRah HidUp. . ( pArt 4 )


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. . .

Assalamualaikum. .   :)

Segala nikmat yang Allah beri itu hanya sementara.Kadang - kala kita tersasar ketika mengecapi nikmat tersebut sedangkan kesenangan yang kita rasai akan pergi jua.Manusia sering terlupa tentang itu dan adapun yang menyedari hakikat itu , mereka tidak ambil kisah.





" Ala , tak payah la susah - susah nak fikir semua tu.Dah ada kemewahan , kesenangan yang Tuhan bagi , guna jela.Syukur - syukur tu belakang cerita.Nanti bila Tuhan dah tarik balik , susah.Enjoy first ! "


" Sebab Allah sayang aku la , Dia bagi semua ni kat aku.Apa aku nak peduli sangat balasan yang kita kena bagi kat Dia.Tak ada bendanya. . "


MasyaAllah. .Astaghfirullah. .  ;(
Aku harap kita semua tidak akan menjadi seperti itu.Tidak menjadi hamba yang tidak mengenali tuannya.Tidak menjadi hamba yang sombong terhadap tuannya yang menjaganya setiap masa.


Apa yang Allah rasakan jika kita sebegitu rupa ? Walaupun Allah akan murka kepada hambaNya akan tetapi Allah Maha Pengampun , Allah Maha Pengasih. .Tidak sesekali Allah membiarkan hambaNya hanyut.Walaupun Allah menguji kita , Allah tidak akan membiarkan hambaNya dalam kegagalan untuk selamanya.Biarpun terkadang kita berada dalam kesusahan , keperitan , namun semua itu tidak akan berlarutan. . .Betapa sayangnya Allah pada kita. .




Jangan kita bersangka buruk pada Allah tiap kali merasai penderitaan.Itu hanya ujian Allah.Bukankah ujian Allah itu untuk kebaikan hambaNya ? Melihat sejauh mana kita bertahan , bersabar , dan yang paling utama ialah keimanan kita padaNya.


Manusia yang mengatakan dirinya beriman tidak dilabelkan sebagai orang yang beriman jika dirinya belum diuji Allah.Setiap yang beriman itu pasti datang ujian baginya.Pastinya kita semua akan diuji. .Allah tidak akan menguji hambaNya jika hambaNya tidak mampu dengan ujian itu.Maksudnya , kita semua sebenarnya mampu menghadapi ujian Allah kerana ujian yang diturunkan buat kita selaras dengan kemampuan kita. .   :)


Baiknya Allah. .  :) 
Allah Maha Adil bukan ?

* * * * *

Akhirnya , hari yang dinanti tiba.Aku menekan butang pada skrin komputer.Kecewa.Ternyata aku tidak diterima untuk kemasukan matrikulasi dan juga universiti.Tidak tahu apa yang perlu aku lakukan.Sedih ? Menangis ? Semua itu sudah aku lakukan.Ibubapaku teramat perit dengan kenyataan itu.






Pada ketika itu , aku merasakan bahawa aku teramatlah teruk.Gagal dalam hidup.Pertama kali aku merasai kegagalan yang memberi kesan mendalam.Aku terfikir tentang masa depan.Apakah aku punya masa depan yang cerah ? Meskipun aku sudah mengisi borang rayuan untuk matrikulasi dan universiti , namun aku takut.Takut aku tidak diterima juga.


Aku hampir bersangka buruk pada Allah.Aku sering kali terdetik , mengapa Allah berikan aku kegagalan , kesedihan ? Aku mahukan kejayaan , aku mahukan kegembiraan.Perlukah aku mendapat , merasai semua ini ? Aku tidak mahu.Aku menangis.Aku sedih.Aku menyesal.Aku akui bagaimana persediaan ku untuk SPM dulu.Teruk.






Ahh , sekurang - kurangnya berilah aku tawaran ke universiti.Aku tidak kisah jika mengambil diploma.Matrikulasi ? Mungkin susah sedikit memandangkan keputusan peperiksaan yang tidak berapa nak best.  ( =_= )


Masa berlalu. .Dan aku. .

Yes ! Akhirnya aku berjaya ke matrikulasi ! Kemasukan yang kedua.Tak kisah.Asalkan aku dapat tawaran.Alhamdulillah. .Aku menjadi pelajar matrikulasi untuk program setahun.Ayah risau denganku.Risau jika aku tidak dapat membawanya.Ayah fikir aku mendapat program 2 tahun.Yela , program setahun belajar agak susah.Orang kata memang kena betul - betul study.Erk ?






Best juga masuk matrikulasi.Bebas sikit.Tak adalah aku kena pakai tudung besar - besar macam mushroom tu lagi.Ahh , lega betul.Tak payah belajar bahasa arab lagi.Pening aku dibuatnya nanti.Fuhh , tak ada hal lah. . ( teruk kan ? )


Aku gembira.Dapat rakan - rakan sebilik yang memang sekepala denganku.Layan.Rakan - rakan sekelas pun sama.Best lah senang cerita.Semua masuk je.Siap pasang skandal lagi.Padahal dah ada pakwe kat luar.Ini yang baru.Pakwe lama dah kelash.Hohoo. .Masa cuti 4 bulan tu , aku memang ada banyak skandal.Konon hot sangat.Geli plak. .


Masuk semester kedua matrikulasi , masa - masa nak exam.Tengah study week , aku boleh pula pasang pakwe baru lagi.Aish , teruk.Kot ye pun ,
 lepas exam la kan ? Shida ouh shida. . .





Matrikulasi the end ! Tunggu tawaran universiti pula ! Lalalalalala ~~ Aku sangat berharap untuk memasuki Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ).Teramat mahu.Aku ingin mengambil kos ukur bahan.Aku banyak memohon untuk memasuki universiti tersebut.Best.Lagipun , dekat dengan rumah.Yang penting memang mohon kos - kos fizik.Semuanya fizik.


Ada 8 pilihan universiti.Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM ) terletak di nombor 7.Last - last punya.Kira yang saki - baki la.Seboleh - bolehnya tak mahu tapi tak tahu lagi nak pilih universiti mana.Tapi tak apa , sebab ada kos fizik.Boleh lahh. .Harap - harap tak dapat situ sebab nanti kena belajar arab lagi , kena pakai sopan- sopan pula. . ( x_x )




Kadang kala apa yang kita harapkan , apa yang kita inginkan tidak semestinya kita kecapi.Mungkin apa yang kita mahu hindarkan , yang kita mahu elakkan itu yang akan kita rasai.Siapa tahu ? Allah sudah tentukan segalanya.Apa yang diatur , terselit hikmah disebaliknya.Walaupun terkadang kita tidak meyukainya. .


Belajar untuk menerima takdir Allah.Redhalah dengan qada' qadarNya.Apa yang kita benci , kita bakal rasa.Apa yang kita sayang , kita bakal hilang. .  ;)






To be continued. . .


p/s : I'm gonna back home ! hey , don't be mad.Ada kendurilah kat kampung. .  :P