Rabu, 27 Julai 2011

TaLkiNg , taLkiNg ~


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. . .

Assalamualaikum. . .  :)

Selama cuti sem bermula , aku banyak berhibernasi kat rumah. Ibu kata rumah aku kat dalam bilik je. Tak nak keluar - keluar. Matahari pun tak kena kulit. Hikhik.

 Apakah ? Adakah aku memang begitu ? Ohook , tak sihat betul aku  ni ye. Langsung tak dapat vitamin D.  ( x_x )




 Tak ada la. Nak keluar rumah malas EXCEPT if ada yang bawakan aku. Bukan , bukan. Aku cuma malas nak naik public transport je. Dah lama tak naik. Even aku ada lesen tapi lesen tu buat habukk je dalam purse. Ohook , pemalas sungguh.  

Lagipun , tak ada kawan la ~ Aku keseorangan kat sini. Semenjak pindah rumah dulu , aku terpisah dengan kawan - kawan ~ 


Ceh , bunyi macam budak kecil ! Ceett ! Tak matangkah aku ? Don't answer this question.  :P

  Sampaikan ada jiran tak tahu yang ayah dengan ibu ada anak perempuan besar. Yang diorang kenal , adik girl bongsu aku tu. Si gemok. Hee , bukan , bukan. Siti Nurhakimah la nama dia. Lalala ~ 


Last week balik kampung kejap. Larikan nenek dari kampung , bawa kat rumah aku. Kitaorang ikat nenek , sumbat dalam kereta. Hakhak. Kejam sungguh bunyinya. Ehee , sekali sekala culik , apa salahnya. 




Ada ke ayah kata , " Ayah nak bawa angah tengok bumi hijau. . Tengok sekeliling. Asyik stay rumah je. Kelabu dah mata tu. " ( x_x )   I'm just laughing at the back ~ 


Sebelum sampai kampung , kitaorang singgah makan. Sambil - sambil makan tu , hadirlah seorang lelaki. Dia datang dengan kawan - kawan . Makan , makan , makan. . 

Bla , bla , bla !

Astaghfirullah , gilak kuat suara lelaki tu bercakap. Alhamdulillah , aku tak tercekik ke or tetiba terkena serangan jantung. Tak ada la keluar paper nanti, " Seorang gadis meninggal akibat serangan jantung lantaran terdengar suara kuat seorang lelaki. " Adeyh , aku dengan ibu menyirap je. Baran , baran. Nak makan pun tarak senang la. Sabar jela. 




Apa kata kita bakar je dia ? 

Tapi memang lelaki tu cakap tak ada volume rendah , semua tinggi. Kawan - kawan dia yang lain okey je. 


Then , aku teringat masa sem 1 dulu. Mr Hisham , lecturer English aku. Mr Hisham kata kalau orang macam tu di panggil PUBLIC NUISANCE. Orang macam tu memang kurang jaga adab. Maksudnya , adab ketika berkata - kata. Not only that , dia tak menjaga hak sesama manusia. Kita ada hak masing - masing. Kat public tu , tak elok la cakap terlalu kuat sampai apa semua dia cerita , kita tahu. Kekadang , kita sendiri malu. 


Apakah ? Terdengar cerita orang. Aiseh , pastu orang tengok semacam je. Muka nak minta penumbuk. Kedush !





Bukan lelaki je tapi perempuan juga. Contohnya , kat hostel. If nak panggil kawan tu , tak usah ler korang menjerit terpekik terlolong. Tambah - tambah pula tu kawan dia stay bilik hujung nun jauh dari bilik. " Woii ! Kau nak pergi makan takk ??!! " Satu aras dengar. Orang yang tengah solat pun boleh batal , yang tengah tidur pun boleh terbangun. 

Nampak sangat suara dia tu boleh jadi alarm.  (=_=)  

Apa salahnya datang bilik dia kan ? Tak ada la yang makan dalam dengar suara kuat tu.


Banyak la sebenarnya kalau nak membicarakan tentang hak sesama manusia ni. Bila cakap pasal adab dan hak sesama manusia , mungkin kita sendiri pernah terlanggar batas. Secara mayanya mungkin kita rasa kita okey je kan. Tapi secara nyata , rupa - rupanya banyak salah yang kita buat.

 Adab tak terjaga , hak terlanggar batas. 






Abdullah ibnu Abbas r.a. mengatakan: 'Ada lima perkara yang lebih baik bagi mereka daripada kuda liar yang dibiarkan diam'.

Pertama: Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu yang tidak mengenai dirimu kerana hal itu merupakan perbicaraan yang tidak perlu dan aku tidak menjamin engkau akan selamat daripada dosa.


Kedua: Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu sebelum engkau mengetahui saatnya yang tepat sebab mungkin orang berbicara tentang sesuatu yang penting baginya tetapi kerana dilakukan tidak tepat pada waktunya boleh menimbulkan hal-hal yang memalukan.


Ketiga: Janganlah engkau berdebat dengan orang yang sabar atau bijaksana dan juga dengan orang yang berperangai buruk sebab orang yang sabar tidak akan menghiraukan dirimu manakala orang yang berperangai buruk akan menyakiti hatimu.


Keempat: Ceritakanlah kepada saudaramu yang tidak hadir tentang apa yang engkau sendiri ingin dia ceritakan kepadamu dan maafkanlah dia seperti engkau sendiri ingin dimaafkan olehnya.


Kelima: Buatlah seperti orang yang benar-benar sedar bahawa perbuatan itu akan mendatangkan kebajikan dan tidak akan mendatangkan dosa atau kesalahan.
 (Ibnu Abi Dunya).






Astaghfirullah. .

 Sebab tu kita kena selalu ingatkan diri sendiri. Sebelum bercakap , lihat keadaan sekeliling. Fikir sebelum keluarkan kata - kata. Mungkin ada percakapan kita menyakitkan hati orang , membuatkan orang annoying ke. . Terkuat suara , cuba perlahankan. Kawan - kawan pun perlu tegur kalau kita terkuat cakap sebab perkara tu akan mengganggu orang lain. 


Dalam Islam sudah menyatakan adab ketika berkata - kata :

* Menjaga lisan - Hadis Hasan riwayat Imam Ahmad menyebutkan , bahawa semua anggota badan tunduk kepada lisan. Jika lisannya lurus maka anggota badan semuanya lurus , demikian pun sebaliknya. Ath-Thayyibi berkata , lisan adalah penterjemah hati dan penggantinya secara lahiriyah : "Ketahuilah , sesungguhnya di dalam jasad terdapat segumpal darah , jika ia baik maka baiklah seluruh jasad , dan bila rosak , maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah, ia adalah hati." (HR. Al-Bukhari dan Muslim).


* Berkata baik atau diam - Rasulullah s.a.w bersabda , " Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhir , maka hendaknya ia berkata yang baik atau diam." 
(HR. Al-Bukhari).


* Lebih baik berkata - kata bila perlu / tak bercakap banyak - Abu Hurairah Radhiallahu anhu berkata , ' Tidak ada baiknya orang yang banyak bicara.' Umar bin Khathab Radhiallaahu anhu berkata , 'Barangsiapa yang banyak bicaranya , akan banyak kesalahannya.'


*Dilarang berkata - kata tentang apa yang didengari , takut akan timbul fitnah - " Cukuplah seseorang itu telah berdusta , jika ia membicarakan setiap apa yang didengarnya. " (HR. Muslim).


* Tidak mengutuk dan berkata buruk - " Melaknat seorang mukmin adalah sama dengan membunuhnya. " (HR. Bukhari).


* Jangan berdebat walaupun ianya benar - Rasulullah s.a.w bersabda , " Saya adalah penjamin di rumah yang ada di sekeliling Syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan, meski dia benar. Dan di tengah-tengah Syurga bagi orang yang meninggalkan dusta, meskipun dia bergurau. Juga di Syurga yang tertinggi bagi orang yang baik akhlaknya. " (HR. Abu Daud, dihasankan oleh Al-Albani).


* Dilarang berkata bohong untuk membuat orang tertawa - Rasulullah s.a.w bersabda , " Celakalah orang yang berbicara lalu berdusta untuk membuat orang-orang tertawa. Celakalah dia, dan celakalah dia ! " (HR. Abu Daud, dihasankan oleh Al-Albani).


* Merendahkan suara ketika berkata - kata - Allah berfirman yang bermaksud , " Dan rendahkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keledai. " 
(QS. Luqman: 19).




Astaghfirullah. .

Perbuatan kita pun sama, Kita kena tahu apa hak sesama manusia. Adab ketika bergaul dengan manusia. Mungkin pernah buat sesuatu yang kawan tak suka. At least , kena tahu apa kawan suka , apa kawan tak suka. Tak lah kata kita kena 100% perfect , tak ada cacat cela. Setiap orang ada kelemahan , ada kelebihan. Tingkah laku pun berbeza. 

Yup , just be yourself tapi mungkin kita boleh ubah sikit untuk jaga hati orang lain. Kawan - kawan pun kena tahu apa kita suka dan tak suka. Tak gitu ?


Allah berfirman yang bermaksud : ' Allah Yang Maha Pemurah, yang telah mengajarkan al-Qur'an. Allah menciptakan manusia ,mengajarnya berbicara (menerangkan sesuatu cetusan daripada fikiran dan perasaannya).' (Surah ar-Rahman : 1-4)





Kita hidup ni kenalah bertolak ansur. Cuba tak buat apa yang orang tak suka. Atau pun kurangkan perkara yang orang tak suka. Orang lain pun akan cuba buat yang sama. Fair and square la kan. Habis tu nak kata , " Heloo  , aku ada hidup sendiri. Apa kena dengan hak lah , adab lah. Hidup aku , aku punya pasal. Mind your own bussiness. " 
( hameek kau ! ) 

Teet ! Pangkah besar !


 Amboi ! Andai semua orang tak nak tolak ansur , semua nak ikut kepala sendiri , memang lah susah. Sampai bila - bila pun sama je keadaan. Nothing happen. No difference at all. Tak ada kemajuan. Come on lah ~ Nak berperang ke ? Macam mana nak maju ? Macam mana nak berjaya ? 

Allah sendiri pun tak suka.  :)


Kita kan kena mengingati antara satu sama lain. Ingatkan orang lain dengan kebenaran secara berhikmah dan bukan dengan kebatilan. Aii , kata hidup bermasyarakat. Satu Malaysia lagi haa. Hakhak. . 

Bukan hanya sesama masyarakat Islam tapi dengan yang berlainan agama. Sila hindarkan daripada berkata - kata yang melibatkan sensitiviti kaum. Not good. Behave ourself.  :)




Aku sendiri pun mengingatkan diri sendiri.

The end.



Walkie - talkie : Do something , get something. Do nothing  , get nothing. Sometimes even we do something , we get nothing. But at least it is okay than waiting for something and that just nothing.


p/s : fallen in love with Awi Rafael. Haa , he's so cool.  :P




Selasa, 26 Julai 2011

NervOus !


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. . .


Assalamualaikum. . .  :)
Kabare semua ? Hopefully , all of you will have a nice day , isn't it ? 

Hari ni hari terakhir ayah ada seminar kat Nilai. Tak tahu hotel mana tapi kat Nilai la. Yang bestnya seminar yang diadakan selama 3 hari , bermula dari hari Ahad lepas telah dianjurkan oleh CIDB. Tapi point kat sini , aku nak cerita ayah aku yang jadi speaker nyaaaaa. . 




Muahahaha , rasa macam tak percaya. Ni 1st experience ayah jadi speaker untuk seminar. Company ayah , Global Globe yang pilih ayah untuk jadi penceramah for this CIDB seminar. Aku pun tak tahu macam mana ayah boleh dipilih. Ibu kata diorang pilih ayah sebab ayah dah banyak pengalaman. Kira senior la dalam bidang construction ni. Ayah pun dah bekerja dalam bidang ni lama. Hmmm , boleh dikatakan dah 20 lebih tahun kot.


 For CIDB ni , ayah dah ada kad warna apa entah , tapi kiranya kad yang ayah ada tu menunjukkan ayah dah lulus ataupun dah banyak attend seminar CIDB. Entah la , tak sure. Hee ~ Untuk yang baru dalam bidang ni , diorang kena ada seminar macam yang ayah aku kena handle ni. Bila diorang dah habis seminar ni , kira dapat kad daripada CIDB , warna hijau. Orang kata kad warna hijau tu , for junior macam diorang la. 


Yela , bidang construction ni bukan bidang main - main. Bila nak buat rumah ke , sekolah ke , masjid ke , institut pengajian ke , dan banyak lagi mestilah orang yang handle tu berpengalaman. Kalau salah buat ke atau bahan yang diorang guna tu tak bagus ke atau tiba - tiba tersalah pasang ke , kan bahaya. Bila - bila masa boleh musnah ~~ Wah , ayat serius !  ( berperanan sebagai anak kepada senior dalam construction industry. . )  (=_=)


 Ayah call ibu semalam , ibu tanya macam mana ? Ayah kata ayah berpeluh - peluh kat depan. Ibu gelakkan je. Hee , sebab ayah memang tak pernah jadi speaker and bila dia kena jadi untuk pertama kali , memang nervous yang amat ! Apa - apa pun , congrates untuk ayah ! You did it well daddy !   :)






Aku teringat masa terpilih untuk jadi naqibah untuk usrah. Aiyaa , takut gilaak nak cakap. Eventhough dah ada kursus untuk para naqib dan naqibah , tapi aku tetap takut , nervous dan macam - macam lah rasa. Mula - mula jadi naqibah , aku memang berpeluh - peluh kot ! Ergh , tolong la. Nak cakap , nak terangkan pasal tajuk yang kena bentang dalam usrah masing - masing memang terkulat - kulat aku dibuatnya. 


Ahli - ahli usrah semua lain - lain form and bukan yang satu dorm dengan kita. Kira campur - campur la. Diorang senyap je. Duduk memang rapat gila , pastu diorang duduk memang ke depan. Sebabnya ? Sebab suara aku perlahan sangat ! Diorang tak dengar sangat. Ditambah lagi suara - suara usrah lain dalam surau tu. Hakhak. . Kesian. Tapi lama - lama dah okey ~ Ehehee. .  :D





So , aku nak bagi tip - tip kat korang. Kita boleh try untuk presentation kat depan. Sebagai pelajar universiti , memang banyak present - present ni (x_x) .  Mana tahu berguna ke kan. Taaadaaa !


> Berdoa kepada Tuhan agar korang diberi ketenangan dan kejayaan ketika berucap.

> Tarik nafas dalam-dalam untuk kurangkan ketegangan pada tubuh. Langkah ni dapat mengurangkan rasa gugup korang ketika berhadapan dengan orang ramai.

> Anggap mereka sebagai rakan korang dan jangan terlalu risau dengan jumlah hadirin yang ramai.

> Elakkan dari bertentangan mata dengan setiap orang sebaliknya melihat ke arah atas kepala setiap orang. Konon - konon korang tengok diorang la.

> Datang lebih awal ke tempat korang berucap supaya korang dapat kenal dan kuasai tempat tu. 

> Dekati hadirin korang dan berbual dengan mereka , sebabnya secara psikologi ia memberi keyakinan apabila korang mula berucap.

> Korang boleh eye to eye dengan pendengar yang korang rasa mesra dengan korang dan bukan kepada yang muka ketat. Hikhik.  :P

> Korang kena yakin yang korang boleh ! Fighting !

> Elakkan daripada memegang kertas sebab kalau korang gementar nampak la korang punya terketar-ketar tu dan ini akan menambahkan perasaan gementar serta tertekan.

> Cuba hafal ayat - ayat awal dalam skrip , biar nampak yakin masa mula -mula berucap.

> Tanya soalan pada pendengar utuk kurangkan nervous. Dengki - dengki la sikit.  :P





> Buat persediaan yang cukup sebab kajian mendapati kurangnya persiapan membuatkan korang lebih gementar. 

> Berlatih banyak kali. Kalau malu nak berlatih depan kawan , depan cermin pun boleh.   :D

> Cuba tenangkan diri secara jasmani sebelum berucap. Dengar lagu ke , mandi ke dan macam - macam. Jangan commit suicide sudah.

> Try to be humour person. Nanti hilang sikit nervous tu. Jangan lawak yang lebih - lebih ye.

> Bersiap sedia dengan soalan yang akan ditanya pendengar. Try agak - agak soalan apa yang diorang akan tanya.

> Jangan cakap pada pendengar yang korang takut. Nanti diorang fikir korang macam tak layak je nak diri kat depan.

> Elakkan daripada hafal semua isi ucapan sebab nanti korang stress.






> Buat senaman kecil macam gerak - gerakkan jari kaki ke , tapi jangan la obvious sangat. Nanti orang fikir korang tak betul pula. Gila sebab nervous kot ~

> Fikir positif !

> Fokus pada ucapan dan elakkan daripada fikir bukan - bukan pasal apa yang diorang akan cakap pasal korang.

> Awasi cara korang duduk sebab cara duduk juga membantu korang mengurangkan tekanan.

> Minum air kosong untuk membasahkan tekak. Nanti tak ada suara , susah pula.

> Cakap slow - slow , sepatah - sepatah sebab bila kita cakap laju , nampak macam nak cepat habis je. Lagipun , memburukkan keadaan ~




Itulah serba sedikit tip - tip masa korang nak berucap kat depan. Mungkin korang ada cara korang sendiri macam mana nak kurangkan nervous. . Depends on you.  :)





Jadi , sama - samalah kita menangani nervous ni. Tingkatkan CONFIDENT , kurangkan NERVOUS !



Walkie - talkie : Kita hidup bukan untuk mati tapi apabila kita mati , itu adalah permulaan hidup kita yang sebenarnya. Hidup di dunia hanya sebagai persediaan untuk mati kelak.

p/s : Haiiyakk ! Akulah SUPERMAK !  :D

Khamis, 21 Julai 2011

WarkAh uNtUk kAmu. . .


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. . .

Assalamualaikum. . .
Uwaah , how is your day ? Is it okay or terrible ? Hikhik. .  (x_x)
Whatever it is , just take it easy mann. .  :P

Hari ni tolong - tolong ibu masak lauk untuk berbuka puasa. Rajin tak ? ( macam tak pernah je tolong. .poyo ) Aku masak punya masak , ketang ketung ketang ketung. . Ouch , kurang asam punya minyak. Ada ke patut percik - percik kat aku ? Haha , apa la kan. Biasa la tu memasak. Haih , bila la nak pandai masak shida ?

INI ADALAH SATU PERSOALAN BESAR. . ( hikhik. . )

* * *



Warkah tentang cinta yang dititip khas untuk insan bernama wanita. Luahan sebenar hati seorang lelaki. Sesungguhnya lelaki ini amat menyayangi insan yang pernah dicintainya dulu. 


Assalamualaikum Rashidah. . .

Aku mahu menerangkan sesuatu padamu. Sebenarnya aku kini bukan berada di posisi seperti dahulu. Aku tidak boleh menadah cintamu dalam bekas hatiku lagi. Aku hanya mampu berpesan padamu. Jika antara kita masih ada harapan , aku berharap Tuhan sahajalah yang akan membuka jalannya. Aku tidak akan ke sisimu lagi.


Rashidah ,

Adakah engkau tahu tentang suatu kebenaran ini ? Aku sebagai lelaki sukar untuk menahan pandangan mata ketika melihat engkau , apalagi engkau diamanahkan Allah kecantikan , aku susah untuk menolak agar tidak melihat engkau. Oleh itu , lebarkanlah pakaian engkau dan pakailah tudung yang menutupi dada.

Aku juga sukar untuk menahan pendengaran ketika berbicara denganmu , apatah lagi dengan suaramu yang lunak merdu. Oleh itu , tegaskanlah suaramu dan berbicara hanya bila perlu.


Rashidah , 

Aku sukar untuk menahan bayangan hati engkau , ketika engkau menjadi tempat mencurahkan perasaan isi hatiku , dan waktu luangku akan dipenuhi bayangan engkau. Aku minta janganlah engkau penuhi hatiku dengan bayanganmu.

Aku tahu aku tersangatlah lemah apabila engkau berada di depanku. Engkau tahu , hatiku yang keras ini bisa luluh dengan senyumanmu. Apatah lagi tika engkau mengalirkan air mata , hatiku bergetar. Sesungguhnya Allah memberi amanah terindah untukmu. Janganlah engkau menyebabkan Dia murka. Jagalah amanahNya dengan baik.






Rashidah , 

Aku mahu berpesan jangan sesekali engkau memetik bintang cinta dari langit kegelapan , lalu engkau sematkan ia dalam hatimu yang majhul hakikat , kerana ia membawamu ke lubang zulmat. Jangan sesekali engkau menyeru kata rindu tanpa kefahaman dan melagukan mantera kasih tanpa tujuan , kerana ia menjadi taufan yang meruntuhkan tugu keperibadian yang sedia berdiri diatas tapak pekertimu. 

Cinta itu seperti titisan jernih air hujan yang perlu ditadah di dalam bekas suci , ditatap atas piring agama hingga memahamkan dirimu hakikat Tuhan. Ia perlu difahami dan diselami dengan satu erti seertinya.


Rashidah ,

Cinta itu satu misteri yang hanya mampu dibiaskan oleh nur Ilahi. Hanya yang mengerti amanah khalifatullah akan mampu mengutip nur Ilahi dan menyelamatkan manusia dari kebutaan cinta nafsu. Dan seharusnya setiap lelaki , menanai pekerti al - Khalifah dan menatang cinta yang terkelarai dalam wadah kebenaran. 

Barulah nur Ilahi akan menerangi setiap cebisan rindu , setiap cebisan keluhan resah , setiap sekelumit kasih yang mengguyur dalam jiwa manusia. Mudah - mudahan segala sengsara duniawi yang terhasil dari mimpi - mimpi manusiawi akan mampu diusir jauh dari realiti.





Rashidah ,

Jika engkau benar - benar mahu bahagia , intailah cinta yang tersembunyi dalam kamar al - Khalifah. Jika bisa engkau rebut ia dengan kekuatan engkau , capailah semahu - mahunya. Mudah - mudahan resah yang engkau tanggung , pilu yang engkau usung , pedih yang menghurung , akan sirna dari lubuk kalbu lalu engkau peroleh damai abadi.


Rashidah , 

Hanya Allah yang mengetahui apa yang terkandung dalam hatiku yang lemah ini. Hanya dengan ikatan yang suci akan menghalalkan perhubungan antara engkau dan aku. Mungkin aku bukan lelaki itu. Dan buat ketika ini , aku tidak akan ke sisimu. Kecuali azam dan doamu mampu mengubah takdir Tuhan. Segalanya mungkin , tetapi buat masa ini , segalanya adalah mustahil. Maafkan aku.





* * *


Cinta yang dipenuhi nafsu hanya beri binasa. Cinta yang dipenuhi iman akan beri bahagia. Cinta itu perlu dididik dan ditunjukkan jalan sebenarnya. Jalan ke arah Ilahi. Cinta perlu ilmu. Ilmu agama yang akan menjadi benteng apabila hadirnya cinta nanti. Cinta pada Ilahi juga perlu dipenuhi ilmu agama. Ilmu agama untuk mengenal Dia , menyembah Dia , memuji Dia dan jika mahu untuk mengadu padaNya juga. Jika ada ilmu dan sudah cinta Allah , iman pun terjaga walaupun kebenaran tentang iman manusia itu adalah turun dan naik.


Memang benar manusia perlu cinta. Yang utama adalah cinta pada Allah. .  :)
Jika kita sudah cintakan Allah , barulah kita boleh hadirkan cinta pada manusia.
InsyaAllah , Allah akan jaga cinta kita pada manusia. Bimbing dengan iman dan bukan hawa nafsu. 
Pandulah cinta manusia itu dengan ajaran agama , dengan apa yang telah disyariatkan. Tahu apa batasannya. Jaga ikhtilat antara adam dan hawa agar tidak akan timbul zina. Zina bukan hanya zina yang melibatkan pergaulan tetapi zina tangan , zina kaki , zina telinga dan yang lain. Terutamanya zina hati. .





Dalam Al-Quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)


Hebatnya kuasa cinta. . .  :)




p/s : pengalaman lalu masih terpahat di ingatan. jangan jadi macam aku ye kawan - kawan. hikhik

Jumaat, 15 Julai 2011

ChiNgu !! SarAnghAe ~~


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. . .

Assalamualaikum. . .
Hee , how's today ? Hari ni dah 4 hari aku berpuasa dengan ibu. Saja nak berlatih puasa. . (tipu , tipu , tipu ) Okay , lupakan pasal tu. Tetiba teringat pasal homecoming KMNS. Part yang paling sedihnya ni adalah. . . aku terlupa tarikh dan hari semenjak cuti ni walaupun baru je nak masuk 9 hari kat rumah. Aku fikir 16 julai tu minggu depan tapi esok rupanya. Gilaak la aku ni kan. Boleh dikategorikan hilang ingatan atau dah tak betul ! 


Aishh , serius benar. .So , aku pun tak dapat nak pergi sebab tak ada persiapan awal and transport pun tak ada. Boleh je naik bas , tapi dah last - last minute ni tak payah laa. Sebagai ingatan pada semua , sila ingat TARIKH dan HARI ~~  (x_x)


Aku nak dedicate lagu lagi. Ahaha. . Kali ni khas untuk sahabat - sahabat yang tersayang kat USIM. Aku dah rindu dengan dorang. Tak sabar nak sem 3. Ececehh , tak sabar konon. Ahakkz , i love you all !  :P

* * *
Count On Me

If you ever find yourself stuck in the middle of the sea
I'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see
I'll be the light to guide you


Find out what we're made of
When we are called to help our friends in need



You can count on me like 1, 2, 3
I'll be there
And I know when I need it
I can count on you like 4, 3, 2
And you'll be there
'cause that's what friends are supposed to do 


If you're tossin' and you're turnin
and you just can't fall asleep
I'll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Every day I will remind you

Find out what we're made of
When we are called to help our friends in need



You can count on me like 1, 2, 3
I'll be there
And I know when I need it
I can count on you like 4, 3, 2
And you'll be there
'cause that's what friends are supposed to do 

You'll always have my shoulder when you cry
I'll never let go
Never say goodbye


You can count on me 'cause I can count on you
* * *

Ehee , bila aku tengok balik gambar - gambar masa sem 1 dengan sem 2 , rasa macam nak nangis je. Aku pun tak tahu kenapa. Sedih kot berpisah sementara dengan korang. Dramatik betul aku ni. Maaflah , tengok cerita Jepun nangis , tengok cerita Korea nangis , tengok cerita Melayu nangis , tengok cerita Hindustan nangis and tengok cerita omputih pun nangis.


Ni tengok gambar pun nangis.  (=_=)




Aku pun tak paham dengan diri sendiri. Sengal banyak sangat. Ayah kata orang yang mudah ketawa , mudah nangis. Betul sangat tu ! Terasa dengan kata - kata tu.


Dalam Islam sendiri pun dah beritahu supaya kita kena kurangkan ketawa sebab nanti apabila kita nangis , memang banyak la jawabnya. Bila nak ketawa tu berpada - pada. Jaga adab. Lebih baik kita banyak menangis daripada banyak ketawa.


TAPI bukannya banyak menangis sebab tengok cerita tapi sebab kita ingatkan Allah , ingat dosa - dosa yang kita pernah buat. Menangis bila tengah beribadah. . . Tu baru betul.


Tapi aku ni terbalik. Aish , tu la manusia. Wahai shida , aku harap kau boleh jadi macam tu.  ;)


Sahabat - sahabat tersayang especially mok , unni , princess dan dyana. . Maaflah kalau ada buat salah silap. Rasa macam banyak je ni. Haha. Lagi - lagi bila kerja sakat korang. Memang best kacau korang. 


Maaf sebab diri ni banyak kekurangan. Kadang - kadang mungkin terlepas daripada menolong korang jika korang dalam susah. Mungkin pernah jadi selfish , ego , marah tak tentu pasal dan yang paling penting maaf sebab mungkin ada salah yang korang buat , tapi tak ditegur. Nampak sangat la kita belum sayang korang sepenuhnya. Uwahh , sedih ni. Sob3. Srooott3. .


Sebab sayang tu bukan dengan sayang yang ke arah membawa kemungkaran dan dosa tapi aku nak sayang yang membawa ke arah kebaikan dan pahala. Cik rangkerz tak nak la sayang korang dengan dosa tapi nak yang sebaliknya. .


Maaf sekali lagi. Mungkin belum punya kekuatan untuk menegur tapi menggalakkan korang buat salah pula. Mungkin iman yang ada belum kuat untuk menegur dengan kuasa tapi masih kuat untuk menegur dengan lisan walaupun rasa macam takut - takut. Dan membenci kemungkaran dengan hati , memang kuat. Nampak sangat la cik rangkerz punya iman masih lemah kan ?


Hanya membenci kemungkaran dengan hati tapi lisan tak terkata dan anggota badan pula tak terjalan. Maaf lagi ~  ;(

Sama - sama kita sebagai sahabat mengingati antara satu sama lain. Ingati dengan kebenaran dan bukan dengan kemungkaran. .

Sayang korang ! Saranghae chingu !  :D



p/s : rasa nak edit gambar la. wat video pun best gak. wee ~

Selasa, 12 Julai 2011

UnwRittEn ! :D


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. . .

Assalamualaikum semua !
Wuu , Cik Rangkerz rindu korang ! Ahaha. .
Sebenarnya tak ada kekuatan nak update ni. Ececeeehh , tak adalah. Just tak ada idea sangat tapi tetiba dapat lak.
But , it just a song. I wanna dedicate this song for you guys !  :)
Feel its lyrics , try to understand and try to be like that.

Let's listen to this song ~ hee . .  :)



* * *

I am unwritten , can't read my mind , I'm undefined
I'm just beginning , the pen's in my hand , ending unplanned

Staring at the blank page before you
Open up the dirty window
Let the sun illuminate the words that you could not find

Reaching for something in the distance
So close you can almost taste it
Release your inhibitions





Feel the rain on your skin
No one else can feel it for you
Only you can let it in
No one else , no one else
Can speak the words on your lips
Drench yourself in words unspoken
Live your life with arms wide open
Today is where your book begins
The rest is still unwritten



I break tradition , sometimes my tries , are outside the lines
We've been conditioned to not make mistakes , but I can't live that way

Staring at the blank page before you
Open up the dirty window
Let the sun illuminate the words that you could not find

Reaching for something in the distance
So close you can almost taste it
Release your inhibitions



Feel the rain on your skin
No one else can feel it for you
Only you can let it in
No one else , no one else
Can speak the words on your lips
Drench yourself in words unspoken
Live your life with arms wide open
Today is where your book begins
The rest is still unwritten

* * *

Although we do not know what gonna happen tomorrow but we try to make something better on it. 

Yesterday was a history and we should take a positive thing or positive value
 from it. Don't just let it disappear. Try to treasure ! 

Today is what we face from the moment we open our eyes in the morning until we sleep at night. We might happy , sad , angry , scared and else. Try to be the best on today , make this day as your best day ever !   :)





What we gonna do for tomorrow ? Plan it well and do it well too. .  :)



p/s : esok aku puasa. . ahahaha. . ( wish me luck ) :P