Selasa, 27 September 2011

GiVe Us StrEnGtH To LIvE


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. . .

Assalamualaikum. . .

Ya Allah ,

Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta ,berfikir sebelum bertindak ,santun dalam berbicara ,tenang ketika gundah ,diam ketika emosi melanda ,bersabar dalam setiap ujian. Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq ,sebijaksana Umar bin Khattab ,sedermawan Uthman bin Affan ,sepintar Ali bin Abi Thalib ,sesederhana Bilal ,setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum.

Perkenankan doa kami Ya Allah. .

Aminn. .



Walkie - talkie : Ucapkanlah subhanallah 33 kali , Alhamdulillah 33 kali dan Allahu Akbar 34 kali.

p/s : just a short entry after trying to solve electric&magnet tutorial.  (x_x)

Sabtu, 17 September 2011

LettEr To You ThAt I Do Not KnOw WhO ( PaRt 3 )


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. . .

Assalamualaikum. . .

Alhamdulillah , baru sekarang dapat update blog. Hee , nak kata busy , tak sangat. Yela , dah bergelar senior ni banyak benda nak kena handle. . Ahaha , geli kot. Korang geli tak ? Mesti la geli kan.  :D

Ada junior kata , " Comel la suara Kak Shida ni. ."

Cehh , apakah ?

Mana ada cute , just tak besar - besar je. Walaupun lebih kurang sebulan nak masuk 20 tahun. Ohohokk.  :D

Okay , semester baru , semangat baru ! Tak nak malas - malas dah ~

Nanti hakikatnya menyakitkan dan menyedihkan.


* * *


Kepada kamu yang tidak aku ketahui siapa ;

Ke hadrat Allah ku panjatkan doa , mohon seluruh jasad dan imanku dipeliharaNya dan ku mahu kau juga dilindungiNya. Apa khabar imanmu ? Apa khabar akhlakmu ? Ada lagi yang ingin ku khabarkan kepadamu. Aku akan tetap terus menulis kepada kamu walaupun aku tidak mengetahui siapa kamu dan akan tetap terus bercerita. Harap kamu sabar menunggu dan tetap terus membaca perkhabaran dariku.  :)



Aku diuji dengan kaummu. Aku ingin tetap berlari jauh dari semua ini. Lalu , aku berjalan terus ke hadapan tanpa menoleh lagi namun dia tetap mengejar. Maka aku menoleh kembali ke belakang mohon dijauhkan dari dirinya tetapi dia sentiasa berusaha menjejak ku. Kemudian aku meniti perjalanan di sebelah kanan tiba - tiba aku melihat dia menyambutku dengan senyuman lalu perjalanan di sebelah kiri yang aku lalui. Ternyata aku tidak mampu berlari jauh lagi darinya. Lalu , ke mana lagi aku harus pergi ? Sekelilingku ada dia , suasanaku seakan tidak selamat lagi. Aku kaget. Rimas. Tiada lagi ruang untuk ku bernafas. Ujian apakah ini ?



Sebenarnya , aku tidak rela memberikan seluruh cintaku ini kepada sesiapa pun , apatah dalam masa terdekat ini. Itu yang sudah ku bicarakan tentang perihal nafsu. Perihal keseorangan dan bersendirian. Perihal menjaga hati. Moga Allah mengampuniku seluruhnya. Aku bukanlah insan terbaik untukmu. Terima kasih andai engkau sudi menungguku. Jika engkau memikirkan kesempurnaan dariku , usah lah engkau berharap lebih. Kerana aku hanyalah seorang wanita akhir zaman yang punya secebis harapan untuk mencintai kamu , suamiku.



Semalam dan hari ini aku diuji dengan kesakitan lagi. Mungkin sebagai kifarah dosa. Alhamdulillah , Allah telah menyembuhkanku walau bukan sepenuhnya lagi. Tekak masih perit untuk menelan tapi aku cuba untuk gagahi. Aku akan menantimu kelak , apabila aku kesakitan begini , pasti engkau akan menjagaku. Di sini , aku masih punya sahabat yang menjagaku dan pastinya aku sendiri yang akan menjagaku sendiri. 



Kesibukan itu sering berlegar - legar di sekelilingku. Aku harap di dalam kesibukanku ini , aku tidak melupakanNya. Aku harap engkau juga begitu. Baru - baru ini , aku merasakan percutian yang ku lalui ibarat menjadi percutian rohani juga. Alangkah ruginya aku. Sering aku merasakan kekuatan ku yang sebenar adalah semasa aku dikelilingi oleh sahabat handai yang soleh solehah. Maafkan aku andai ikhtilatku tidak terjaga , maafkan aku andai aku terlalai seketika dalam perjuangan melawan nafsu. Maafkan aku. Aku masih berharap kekuatan untuk itu.



Aku melihat orang - orang yang soleh memperjuangkan kata - katanya , baik di kuliah - kuliah , baik juga dalam ceramah - ceramahnya atau juga tazkirahnya. Tetapi mereka sendiri diuji dengan apa yang mereka dakwahkan. Aku mengetahui cinta itu satu fitrah , tetapi kenapa mereka sendiri mencalarkannya. Aku bimbang aku juga akan melakukannya tanpa sedar. Aku melihat akhlak mereka adalah yang terbaik (ya, aku tidak tahu apa yang tersirat dalam hati mereka) luarannya sempurna , namun perkhabaran yang ku terima , mereka sedang dalam jerat dan permainan syaitan. 



Bagaimana untuk aku mempercayai mereka lagi ? Kata - kata mereka ? Kuliah - kuliah mereka ? Siapa lagi yang bakal untuk ku jadikan teladan ? Itu orang yang soleh apatah lagi aku yang biasa - biasa ini saja. Bila - bila masa Allah akan mengujiku kembali. Doakan kekuatan buatku untuk terus menjaga hati.




Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi




Terngiang - ngiang lagu wanita yang dinyanyikan oleh dehearty. Pasti aku terharu jika engkau tujukan lagu ini buatku kelak. Aku akan menunggu. Doakan aku. Aku mohon. Doakan aku kuat. Doakan aku setia denganmu. Doakan aku tetap cinta denganmu. Doakan aku mencintai Dia lebih dari segalanya. Doakan aku tabah dalam segalanya. Doakan aku ceria sentiasa. Doakan aku supaya aku terpelihara. Doakan aku cepat sembuh. Doakan agar aku sentiasa dalam rahmatNya dan redhaNya. Dan doakan agar aku sentiasa terpelihara dalam hidayahNya. 



Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan saja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa


Kepada bakal zaujku , terima kasih atas segalanya.



Yang Benar , 
Siti Rashidah. .


* * *

This is the last part of the letter. Allah mengetahui apa yag terkandung dalam hati hambaNya. Kita tidak boleh lari dari Allah mengetahui tentang isi hati. Aku berdoa dan berharap agar Dia memberi yang terbaik untukku meski aku ini hanyalah hamba yang banyak khilaf. Terima kasih Allah atas kasih sayangMu. . .  :)


 "Ya Allah , kau permudahkan urusanku. Bukakanlah pintu hatiku agar aku bisa menerima kebenaran dan menolak kebatilan. Kau lindungilah aku , jagalah aku. Teguhkanlah keimananku yang mudah rapuh ini Ya Allah. Sesungguhnya Kau Maha Penyayang dan Maha Agung. . "


Walkie - talkie : Manusia yang ingin berjaya mencari jalan dan bukan yang mencari alasan. .

p/s : bersiap sedia untuk baca notes , ada kuiz next week !  :D

Rabu, 7 September 2011

LettEr To You ThAt I Do Not KnOw WhO ( PaRt 2 )



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. . .


Assalamualaikum. . .


Ingatan untuk semua , sila jaga kesihatan yaa. Musim - musim raya ni main ngap , ngap je kan. . Tahu - tahu dah sakit. Macam Mihoshi la , mula - mula selesema lepas tu demam lepas tu batuk. 




Alhamdulillah , tinggal batuk je tak baik lagi. Ibu bagi makan ubat. Hee , I kan dah jadi anak bongsu dan manja kat rumah. Adik girl dah balik , ayah dengan abang kerja luar Johor ; seminggu sekali balik. Just tinggal adik laki. Bulan 11 dah hantar dia pergi politeknik.




Lastly , ibu sorang - sorang laa.


Annyo omma !  :D

* * *

Ke hadapan kamu yang aku tidak ketahui siapa ,


Semalam , aku bersendiri. Aku sedang membasuh segala dosaku dengan bermunajat kepadaNya. Kamu tahu , hanya kepada DIA tempat aku mengadu. Kepada DIA ku menghimpunkan segala kepedihan dan kegembiraan. Aku harap engkau juga begitu. Berdoa dan menyerahkan segala jiwa ragamu hanya kerana DIA. Sudah ku katakan sebelum ini ,sangat sukar untuk aku bermunajat sendiri di sepertiga malam. Semoga kehadiranmu satu hari nanti , akan memberikan ku satu semangat baru.




 Melakar cinta di pintu syurga


Kamu tahu , kesedihan - kesedihan yang pernah melatari sebuah kehidupan itu sedang mengajar kita. Mengajar untuk menjadi lebih dewasa. Aku sama sekali pernah tidak mampu untuk melayarinya sendirian tanpa DIA. Buat masa kini , DIA itu keutamaanku. Aku harap kamu jua begitu. Andai engkau pernah dirundung kesedihan atas sesuatu peristiwa , serahkan hatimu kepada DIA , biar DIA yang ubati hati kamu. Seperti mana aku jua. Aku sudah katakan pada lembaran lalu , aku tidak mahu kamu ini mudah patah hati mahupun kecewa atas sebab - sebab yang sangat remeh. Aku tidak sanggup untuk tahu tentang itu.




Dan aku mengharapkan jiwa yang ada pada kamu itu jiwa Islam. Jiwa jihad. Aku tahu , engkau pernah kecewa dalam sebuah jalan dakwah ini. Masakan Rasulullah sendiri pernah ditentang apatah lagi kita manusia biasa. Sabarlah wahai bakal zaujku yang aku tidak tahu siapa. Aku tahu , ianya sangat payah untuk dilalui sendiri tapi bila kamu mengatakan bahawa Allah itu ada , kamu sendiri akan kuat. Itu jika kamu berada di jalan dakwah , jika kamu punya mad’u sendiri. Tapi , jika kamu sedang memperjuangkan satu jalan yang ditentangi Islam , aku akan mendoakanmu semoga kamu kembali ke pangkal jalan. Semoga engkau diberi hidayah olehNya. Satu sahaja yang ingin ku katakan , perubahan itu hendaklah dicari bukan ditunggu. Dan aku berharap , apabila kita bertemu satu hari nanti , kita berdua telah siap untuk melayari sebuah bahtera perkahwinan.






Aku tidak tahu siapa kamu. Aku juga tidak tahu di mana kamu. Aku tidak tahu apa yang kamu perbuat. Semuanya ku serahkan kepada DIA. Berjuta kemaafan atas segala salah dan silap sepanjang sebelum kita dipertemukan. Sebuah cinta yang aku miliki hanyalah milik DIA. Sekeping hati yang memiliki rindu hanya aku berani merindui DIA. Kamu tahu, hati perempuan itu rapuh. Sangat rapuh. Sekejap, dia rasa dia ingin dicintai. Sekejap lagi, dia rasa ingin mencintai. Tak kan mungkin aku ingin merasai kecewa. Maka, aku serahkan kepada DIA biar DIA sahaja yang selayaknya ku cintai.




Bakal zaujku ,


Bukan aku tidak mahu mengenalimu siapa. Aku tahu , Allah telah memberikan tarikh waktunya. Namun , aku khuatir , jika aku mengetahui siapa kamu secepatnya , bimbang aku tak mampu menjaga hati.Terkadang aku merasakan aku punya dua personaliti. Itu yang ku takuti. Bimbang personaliti memakan diri. Memusnah diri. Kadang orang senang dengan ku , kadang ada juga yang kurang senang denganku atau juga mungkin ada cakap - cakap kurang manis dibelakangku yang mungkin aku tidak tahu. Aku tahu , kamu tidak mampu membantuku , kerana kamu masih belum kenal siapa aku. 




Aku tidak meletakkan syarat yang susah untuk kamu memenangi hatiku satu masa nanti. Cukup bagiku , jika kamu punya iman. Maaf jika aku sedikit demand , bukan harta kamu yang membahagiakan aku , bukan ketampanan wajahmu yang menggoyahkan perasaanku , apatah lagi keturunanmu yang membuatku senang. Aku cuma inginkan yang terbaik demi masa depan kita. Moga kau dan aku sedang mempersiapkan diri. Mungkin sebentar sahaja lagi kita akan bertemu atau mungkin lambat lagi. Hanya DIA yang Maha Mengetahui segala sesuatu.




 Keluarga


Akhir kata , izinkan aku bertanya kepada kamu ; adakah aku insan pertama yang berada di hati kamu ? Kamu jawab bila kamu sudah ketemu denganku. Aku tidak meminta kesempurnaan dari kamu , aku cuma kamu bersedia untuk membimbing dan dibimbing , mentarbiyah dan ditarbiyah serta mendidik dan dididik. Cukup sampai di sini kata - kataku kepada kamu yang aku tidak ketahui siapa. Jika ada bicara yang ingin disambung , aku akan menulis lagi , bercerita kepada kamu walaupun aku tidak tahu kepada siapa aku tuju.  :) 


* * *

To Be Continued. . .


Walkie - talkie : if you love something let it go, if it comes back to you it's your , if it doesn't , it never was.



p/s : makan - makan kat luar dengan mak long , nenek , ibu dan adik laki. hee , TV kat rumah kena sambar petir !! Kebaboom !  ( x_x )

Isnin, 5 September 2011

SayOunArA RaMadHaN


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. . .

Assalamualaikum. . .

Selamat Hari Raya Mihoshi ucapkan.Aish , asyik selamat hari raya je ea. 

Alhamdulillah , puasa sudah berakhir. Rasa sedih puasa sudah berlalu , entah jumpa ke tak tahun depan. Kita hanya manusia yang terbatas kuasa dan kudrat. Allah lah yang paling berhak menentukan masa yang akan datang. Allah sudah tetapkan masa datangnya ajal kita di Luh Mahfuz lagi.


Bila menjelang malam terakhir Ramadhan , kita berdoa pada Allah . .

" Ya Allah , inilah bulan Ramadhan yang di dalamnya Engkau telah menurunkan Al-Quran yang telah berlalu. Aku berlindung dengan kekuasaanMu yang mulia wahai Pemilik fajar yang terbit dari malam - malamku dan Pemilik bulan Ramadhan yang berlalu ini. KepadaMu aku mengadukan kesalahanku dan dosaku yang dengannya Engkau akan menyeksaku pada hari perjumpaan denganMu kelak. Ya Allah , janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa terakhirku. Seandainya Engkau berketetapan sebaliknya , maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang dirahmati dan bukan yang sia - sia semata. Ya Allah , jadikanlah puasaku di dalamnya mendapat hadiah pahala serta diterima sebagai amalan yang mendatangkan keredhaanMu. Serta dihubungkan cabang - cabangnya dengan pokok , dengan hak kemuliaan Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga Baginda yang suci. "


Alhamdulillah kita dapat menyambut kemenangan kita dengan AidilFitri tapi dengan bersederhana. Kita lebih fokus kepada persiapan berhari raya daripada fokus kepada berpuasa. Memang kita semua perlu membuat persiapan untuk AidilFitri tetapi jangan terlalu asyik dan berlebihan sehingga dapat mengurangkan pahala puasa. Mungkin apabila terlebih asyik , dapat mengundang dosa dan murka.


Astaghfirullah. . .


Mungkin Mihoshi pun ada melakukan yang sedemikian. Terkadang kita alpa dan leka , dan ingatan perlu ada untuk muhasabah diri serta beristighfar dengan segala yang dilakukan. Dengan harapan Allah dapat mengampuni dosa kita yang mudah melakukan dosa ini.


Sedang kita bergembira , ada yang berduka. Perginya insan yang tersayang di bulan Ramadhan dan tiada tika di bulan Syawal. Kita tengok kat TV , surat khabar , majalah dan media massa yang lain ; ada saja kemalangan yang berlaku. Kejadian menyayat hati dengan penuh kesedihan. 


Itu menjadi dugaan besar untuk ahli keluarga dan kenalan si mati dengan kesabaran serta ketabahan. Bagi kita sebagai saudara seagama , itu menjadi ingatan dan iktibar. Mungkin kita atau ahli keluarga juga akan pergi dengan cara sebegitu , ditambah lagi pada bulan Ramadhan. Tika takbir dilaungkan , air mata mengalir hangat kerana teringat pada yang pergi. Semua pernah melalui kehilangan orang yang tersayang kan ?


Beruntung pada yang pergi pada bulan Ramadhan kerana mereka akan terlepas daripada seksa kubur. Tetapi , kita berharap dan berdoa agar insan yang pergi itu berada dalam golongan yang dikasihi Allah. Kita yang masih hidup perlu menyedekahkan Al-Fatihah kepada mereka. Jangan sampai kita bermimpi buruk tentang mereka , baru nak mengingati dengan menyedekahkan Al-Fatihah serta doa. 


Pengalaman Ramadhan ni , Mihoshi mendapat khabar duka kerana pak cik sebelah ayah di kampung meninggal. Masa tu , Ramadhan yang ke - 25. Sampai kampung dah malam , arwah meninggal petang. Tapi kebumikan esok paginya. Ahli keluarga rasa tak puas hati. Yela , kalau diikutkan memang sempat kebumikan lepas asar tapi dengan alasan puasa , pihak yang bertanggungjawab kebumikan arwah tangguhkan pengebumian. Kesian pada arwah. Bila kita lambat kebumikan , arwah akan terseksa dan macam - macam benda nanti yang ganggu. Jadi , ahli keluarga bergilir - gilir jaga sampai la pagi.


Harapnya kepada penggali kubur yang lain tu , janganlah jadi macam tu. Itu sudah menjadi tanggungjawab mereka dan perlu segera dikebumikan jika berlaku kematian melainkan ada kes - kes tertentu.


Ramadhan menjadi bulan tarbiyah untuk kita menjadi insan yang lebih baik. Jangan hanya berubah pada bulan Ramadhan , datang raya terus jadi yang lama. Kuatkan semangat , hati dan diri untuk membawa perubahan kita yang positif tu seumur hidup kita sepanjang bulan - bulan yang lain. Ya , syaitan sudah kembali berperang dengan iman manusia. Syaitan sudah kembali bersatu padu dengan nafsu untuk menghasut manusia. 


InsyaAllah , dengan amalan , kebajikan yang kita lakukan pada bulan Ramadhan dapat menguatkan hati , dapat meningkatkan iman dan menstabilkan iman agar tak jatuh menjunam , pandai mengawal nafsu daripada terus menjadi tuan kita dan seterusnya dapat mengelak daripada melakukan apa yang di bisikkan syaitan.


Itulah kebaikan yang kita dapat pada bulan Ramadhan. Jika kita terus menjadi insan yang tidak berubah selepas Ramadhan , maka kita tidak dapat sedikit pun kebaikan bulan Ramadhan yang sudah pun berlalu. Dimanakah keredhaan Allah yang kita cari ? Dimanakah hidayah Allah yang kita cari ? Adakah kita tidak dapat petunjuk daripada Allah ? Adakah hati kita tertutup daripada menerima kebenaran dan terus - terusan menerima kebatilan ? Atau ego dalam diri yang membataskan perubahan ?


InsyaAllah , sama - sama kita lihat kembali diri kita dan muhasabah diri.  :)

Kurangkan perkara yang mendatangkan keseronokan sementara , tingkatkan amalan yang mendatangkan kebahagiaan selamanya !



Walkie - talkie : Allah itu Maha Mendengar , rintihlah kepadaNya kerana Dia Maha Penyayang. . .


p/s : Nenek dan mak cik datang hari ni. Selamat datang !

Ahad, 4 September 2011

LettEr To You ThAt I Do Not KnOw WhO ( PaRt 1 )


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. . .

Assalamualaikum. . .

Selamat hari raya kepada semua ! Semoga kita semua dalam keadaan sihat. 
Entry ini bukanlah dicipta oleh Mihoshi. Ada la yang diedit sedikit.  = )
Apa yang penting , Mihoshi nak berkongsi  tentang isi hati wanita terhadap kaum Adam.. 




* * *



Ke hadapan bakal suamiku yang aku sendiri tidak tahu siapa kamu ;




Ku mulakan bicara ini kepada kamu dengan menyebut nama Allah yang Agung. Maha Suci Allah yang menjadikan aku dan kamu , lelaki dan perempuan. Sebenarnya aku agak canggung untuk menulis tinta ini buat kamu. Ya , siapa pun kamu yang telah ditakdirkan Allah untukku , aku bersyukur seadanya , mengurniakan kamu padaku pada suatu masa yang telah Allah tetapkan.




Aku sedang menjaga hati ini hanya untuk kamu yang aku sendiri tidak tahu siapa. Aku sedang menjaga diri ini untuk yang sah memiliki. Aku juga berharap yang sama dari kamu. Maka , aku tidak akan seenak - enaknya memberi senyuman manis kepada lelaki - lelaki lain. Aku juga tidak mungkin menyerahkan cinta dalam hati ini yang masih tersimpan rapi untuk kamu yang aku tidak ketahui siapa.





Pertamanya , aku mohon maaf secara terbuka , andai episod semalam pernah menyaksikan kecundangnya aku dalam bab cinta. Baru aku sedar , aku tidak pernah memberikan cinta kepada mereka , aku menipu diri sendiri. Yang pastinya , aku tidak pernah jujur. Aku bilang aku cinta tapi sebenarnya tidak ; mungkin kerana keseronokan semata. Aku mohon maaf untuk itu andai kesucian hati sebelum ini pernah dirobek.





Kamu yang tidak ku ketahui siapa ;



Aku cuma menginginkan kamu sedang dalam persediaan. Aku tidak kisah siapa pun kamu , yang penting kamu belajar. Menambahkan ilmu pengetahuan di dada , agar suatu hari nanti kamu boleh mengajar anak - anak kita dengan ilmu kamu. Aku tidak suka lelaki yang membuang masanya , kerana aku mementingkan ilmu sebagaimana aku sedang berusaha untuk meraih ilmu kini.




Aku juga mahu kamu yang tidak ku ketahui siapa kuat untuk berjaga malam demi merebut kasih Allah. Aku ingin , setelah pernikahan kita nanti , malam - malam kita diisi dengan tahajud cinta kepadaNya bersama. Aku sangat menginginkan detik ini kerana aku sangat sukar melakukannya sendirian. Dan aku sangat mahu engkau yang menjadi imam pada setiap solat - solatku. Tolong tunaikannya. . .





Aku pasti sangat bersedih andai aku bisa dibuka hijab untuk melihat perlakuanmu kini , pemakaianmu , dan akhlakmu. Aku sedang menjaga auratku juga dari terlihat oleh orang yang tidak sepatutnya , yang bukan halal bagiku. Aku sangat dukacita andai kamu yang aku tidak tahu siapa mudah patah hati dalam perjuangan menegakkan syiar di jalan Allah. Aku tidak mahu kamu mudah berputus asa , kerana aku akan sentiasa mendoakan kamu yang aku sendiri tidak tahu siapa sentiasa bersemangat menjulang panji - panji agama. Semoga kamu bisa menjadi seperti Asadullah.




Maafkan aku , jika sebelum kita bertemu ini , akhlakku masih pincang , kata hati sering diikuti. Kerana itu Allah belum menemukan kita , kerana kita masih dalam perjuangan ; perjuangan memburu cinta Illahi. Agar kasih kita suatu hari nanti bersandarkan kasihNya.




Bakal zaujku ,




Aku sangat takut untuk mengharungi dunia ini seorang diri. Aku takut melihat jatuhnya akhlak remaja kini , aku takut andai aku terjerumus dalam semua itu. Aku juga khuatir melihat dunia kini semakin usang untuk didiami kerana tandusnya akhlak muda - mudi. Dunia kita kini jauh beza , dunia kita tidak sama dengan dunia Islam dahulu. Tiada lagi pemuda seperti Sultan Muhammad al-Fateh yang menakluk Kota Konstantinopel pada usianya 22/23 tahun. Kiranya , aku pernah minta kepada Allah , agar Dia mengirimkan engkau secepatnya kepadaku agar aku dapat berlindung kepadamu tapi aku tahu kamu masih dalam proses membina diri , maka aku tidak mahu mengganggu fokusmu.




Yang paling penting , semoga engkau dapat menghormati kedua orang tuaku dan anggap mereka sebagai orang tuamu juga. Kasihilah mereka dan aku minta agar aku dapat berbakti untuk mereka walaupun tanggungjawabku akan beralih padamu suatu ketika.




Aku tidak tahu ; sama ada bakal zaujku yakni kamu ini apakah aku kenal atau pun tidak. Walaupun aku kini mencintai seseorang dalam diam tetapi Allah yang menentukan. Mungkin kamu yang aku cintai dalam diam ataupun tidak. Aku redha dengan ketentuan Allah. Siapa pun kamu aku terima seadanya , cuma aku mohon semoga kamu punya iman dan agama untuk membimbingku suatu hari nanti apabila tiba masanya saat kita dipertemukan Allah. Maafkan segala keterlanjuranku sepanjang hayatku sebelum kita dipertemukan ;  iaitu saat ini. 




Akhir kata , semoga Allah melindungi kamu dan aku walau di mana pun kita berada. Semoga Allah lah yang akan menjadi urusan utama kita pada setiap ketika , semoga syiarnya kita bisa perjuangkan walau di mana jua kita berada. Aku berharap agar imanmu sentiasa sihat. Insyaallah , aku akan cuba sedaya upaya untuk menjaga diriku sebaik mungkin. Hidupku cuma ada Allah, dan itu keyakinanku. Semoga kita dipertemukan oleh Allah pada masa yang telah Dia tetapkan untuk kita.  =)







Yang Benar , 
Siti Rashidah. .

* * *



To Be Continued. . .

Walkie - talkie : Bulan Ramadhan sudah berlalu , bulan Syawal sudah menjelma. Jangan lupa menjaga hati , diri dan nafsu ,  kerana syaitan sudah rindu mengganggu kita. . .


p/s : Adik bongsu sudah balik asrama. Selamat tinggal !