Sabtu, 15 Oktober 2011

ReVisiOn AnD ApPliCatiOn


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. . .

Assalamualaikum.. . .



Ada ketika kita berada di ambang kesulitan , apabila musibah dan kesusahan berlaku. Dan pada ketika itu mungkin kita terlepas bicara , tersalah bicara tentang apa yang berlaku. Tanpa kita sedari , mungkin kita banyak kali MENGELUH itu dan ini. Ditambah pula dengan kemarahan yang berada ditahap kemuncak , apa yang dikeluarkan oleh bibir iaitu kata - kata yang berbaur kekesalan , geram , sedih dan serba tak kena mungkin wujud. Pada waktu itu , kita tidak fikir tentang perkara lain sehingga kita terlepas pandang , kita terlupa sebenarnya ada cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. 






Dimana kita letakkan ILMU yang ada ? Dimana kita letakkan IMAN ? Dimana kita letakkan KESABARAN ? Dimana kita letakkan KEKUATAN DIRI ? Dimana kita letakkan SYARIAT dan PEGANGAN iaitu agama Islam ? Dimana kita letakan ALLAH TAALA ? Astaghfirullah. . Ya Allah , apakah selama ini aku hanyalah hamba yang sia - sia ?






Itulah sebenarnya yang selalu berlaku. Jika kita telah berada dalam keadaan tenang , barulah kita akan terfikir tentang apa yang berlaku dan apa yang telah kita lakukan. Ketika itu , barulah kita sedar bahawa kita telah melakukan kesalahan , kesilapan yang memalukan diri sendiri dan yang tidak disedari iaitu jika kita ada menyakitkan hati manusia. Apatah lagi pada Allah. Malu pada Allah. Malu kerana kita tidak ingat Dia. Bukan hanya insan - insan diluar sana malah diri ini juga melakukan perkara yang sedemikian. 




Maafkan diri ini kerana diri ini masih lemah dan masih meneruskan kesilapan yang sama. Apa yang ingin dikongsi adalah sebagai peringatan sesama kita.  :)






Allah punya segalanya. Kadang kala apa yang kita harapkan , apa yang kita rancangkan , apa yang kita lakukan tidak menjadi hasil yang kita mahu , Allah lah yang mengetahui sebabnya. Itu bukanlah kosong , bukanlah sia - sia. Allah mahu kita berfikir apa yang tersirat dan bukan hanya yang tersurat. Kita lihat yang tersurat itu pedih tetapi yang tersirat itu penawarnya. Kita tidak akan tahu apa penawarnya sehingga kita sendiri pergi membongkar , mencari dan berfikir. Hikmah itu ada di sebalik setiap kejadian , dan di sebalik setiap ujian mahupun dugaan.








Bagaimana pula dengan sabar ? Bukankah itu perkara utama yang harus dikuatkan ketika menghadapi kesusahan ? Jika kesabaran kita lemah , apa yang bakal berlaku ? Kesabaran itu benteng kepada kemarahan. Kesabaran yang menipis menyebabkan berlakunya permulaan kepada kemarahan. Jika tiada lagi sabar , maka kemarahan merajai keadaan. Kesabaran itu perlu di didik , di terapkan dalam diri setiap insan. Cubalah untuk mengawal kemarahan. Pentingnya sabar dalam kehidupan , bahayanya marah dalam kehidupan. 




Kawan kepada marah itu sentiasa berada dimana - mana. Pencetus kemarahan itu sentiasa bersedia menjirus api - api kemarahan. Siapa ?

 SYAITAN.  :)






Setiap insan itu melakukan kesalahan , melakukan dosa tetapi Allah tetap memaafkan setiap kesalahan itu walaupun kesalahan itu dilakukan berkali - kali. Apakah sebabnya ? Kenapa Allah melakukan ynag sedemikian ? Allah itu Maha Penyayang , Maha Pengampun dan Maha Pengasih. Pintu taubat itu sentiasa terbuka untuk kita kecuali ketika kita berada diambang MAUT.  :)






Ingatlah bahaya kesalahan yang kita lakukan dengan Allah  , pasti Allah ampunkan TETAPI tidak mudah untuk manusia. Kesalahan atau dosa ynag kita lakukan pada manusia tidak semudah yang kita sangkakan. Kemaafan yang kita harapkan daripada manusia bukan seperti membeli barang di kedai runcit. Walaupun kita meminta maaf sebanyak mana , belum tentu manusia akan maafkan kesalahan kita itu dengan sekhlas hati. Sebab itu , kita diingatkan untuk menjaga HUBUNGAN SESAMA MANUSIA




Tetapi sebagai hamba Allah , seharusnya kita memaafkan insan yang pernah melakukan kesalahan yang mungkin pada kita , amatlah menyakitkan hati , menghiris hati mahupun makan hati.  :) 



Amatlah baik jika kita menjadi seorang yang pemaaf meskipun mengambil masa untuk memaafkan kerana apabila kita melakukan sedemikian , hati akan menjadi tenang.   :)


Bukankah elok jika kita tingkatkan orang kita sayang dan kurangkan orang yng kita benci ?






Konklusi tentang apa yang cuba disampaikan adalah aplikasi ilmu dalam kehidupan seharian. Tidak kira ilmu yang dipelajari , kita seharusnya amalkan dalam kehidupan. (except for bad knowledge ! )
Lagi - lagi ilmu agama. Mungkin kita terlupa , tapi cuba untuk ingat kembali. Apabila kita selalu aplikasi , selalu amalkan jadi kita akan bertambah ingat pada ilmu itu. Amatlah penting untuk kita meneruskan kehidupan dunia yang bakal berakhir untuk kita mencari KEREDHAAN Allah  bagi meneruskan kehidupan akhirat yang bakal bermula kelak.  :)



Walkie - talkie : kerjasama dan persefahaman dalam kumpulan itu penting bagi memudahkan kerja ynag dilakukan.

p/s : hidung bocor ~ srott , srott , srott. . . (x_x)

Selasa, 11 Oktober 2011

MeNcAri KekUatAn

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. . .

Assalamualaikum. . .

This is another monologue ( a kind of. .I think )  (=_=)
Nope , nope. .
This is a lyrics of song.
Sing by Sami Yusof , it's title ' Make Me Strong '

Hoping for strength to continue my life in this world. (sounds like scary. .)
Oh Allah , help me ~

* * *

I know I'm waiting
Waiting for something 
Something to happen to me 
But this waiting comes with 
Trials and challenges 
Nothing in life is free 



I wish that somehow 
You'd tell me out aloud 
That on that day I'll be ok



But we'll never know cause 
That's not the way it works 
Help me find my way

 

My Lord show me right from wrong 
Give me light make me strong 
I know the road is long
Make me strong 



Sometimes it just gets too much 
I feel that I've lost touch 
I know the road is long 
Make me strong 




I know I'm waiting 
Yearning for something 
Something known only to me 
This waiting comes with 
Trials and challenges 
Life is one mystery 



I wish that somehow
You'd tell me out aloud 
That on that day you'll forgive me 
But we'll never know cause 
That's not the way it works 
I beg for your mercy 




My Lord show me right from wrong 
Give me light make me strong 
I know the road is long 
Make me strong 



Sometimes it just gets too much 
I feel that I've lost touch 
I know the road is long 
Make me strong 


* * *

Walkie - talkie : Be a man ! If you like her , don't approach her wall (facebook) , but approach her wali ~  :D

p/s : tomorrow i have 2 tests ; philosophy of science and java programming ! wish me luck !  :)

Khamis, 6 Oktober 2011

I'm SeEkiNg For YouR PleAsurE

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. . .

Assalamualaikum. . .


Ya Allah , Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku


Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi


Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji - janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi


Ya Allah , ampunkanlah dosa - dosaku
Ya Allah , redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku


Tuhan ,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri


Tuhan ,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih 




Walkie - talkie : Sentiasa beristighfar untuk menyedarkan kita daripada terus melakukan dosa.

p/s : takkan balik selama 2 minggu.agak sedih.haha.  :D