Khamis, 16 Februari 2012

Diary Si SeriKanDi Di FebRuari ( The End )




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. .

Assalamualaikum. .


16 Februari 2011 , Rabu
1.43 p.m

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. .

Aku tidak tahu sebabnya kenapa hatiku begini. Aku tidak tahu kenapa perasaanku sedih , aku tidak tahu. Fikiranku bercelaru. . Hatiku tidak tenang seperti sebelumnya. Mungkin kerana aku terfikir tentang masa silamku. Hari ini mereka membincangkan tentang cinta , Valentine's Day. Masing - masing menceritakan kisah silam berkaitan cinta mereka , masing - masing memberi pendapat tentang cinta , tentang couple. Memang , semuanya ingin tahu tentang cinta dan kenapa tidak dibenarkan couple dalam Islam. Aku hanya mendiamkan diri , hanya mendengar dan mengiyakan kata - kata mereka. .


Tersangat murah diri ini apabila teringat kisah percintaanku dulu. . Semuanya hanya sia - sia. . Semuanya tidak mententeramkan jiwaku. Hanya kepahitan yang dirasai , manisnya hanya sedikit. Aku hanyut dalam kealpaan cinta. Aku terlalu mengikut nafsu dan rasa remajaku. Tiada iman , tiada pelindung untukku ketika itu. Walaupun aku tahu bercinta sebelum kahwin itu haram , tetapi aku tegar dengan keputusanku. Ahh , bodohnya aku menerima semua itu. . Aku mudah terjatuh , aku mudah terjerumus ke lembah dosa. Meskipun aku tidak bersentuhan tetapi dosa tetap dosa , haram tetap haram. Hukum agama tidak berubah.


Sehingga suatu saat , aku merasakan percintaan ini hanya sia - sia. . tiada lagi rasa untuk mencarinya  kembali. Biarlah ia berlalu pergi kerana Allah telah menentukan segalanya. Jika bercinta lama tetapi tiada ikatan yang sah akhirnya , apa yang kita terima ? Sedih ? Duka ? Kecewa ?


Perubahanku kini disebabkan Mu Ya Allah lantaran Engkau memberikan aku petunjuk dan hidayahMu. . Tika Kau tunjukkan aku manusia itu , aku terpana. . Tergerak hatiku untuk berubah. Tika ku melihat perubahannya , aku kelu. Ternyata dia membawa ku kepada satu perubahan besar dalam hidupku. Terima kasih Allah !


Disaat itu , aku menyimpan sedikit cintaku untuk manusia itu. Aku tidak berharap dia akan membalas cintaku. Aku juga tidak berharap dia juga akan menyimpan sedikit cintanya yang aku mungkin tunggu. Aku redha. Andai dia untukku , maka biarlah Allah mendekatkan hati manusia itu dengan hatiku. Aku bukan penentu segala keputusan. Mungkin manusia lain lebih layak untuk manusia itu. Aku hanyalah seorang yang hina. .


Biarlah Allah yang menentukan. . Jihad perasaanku padanya tetap kukuh sehingga suatu saat nanti mungkin aku terpaksa melepaskannya ketika aku atau manusia itu menjadi milik manusia lain yang telah Allah aturkan. . Takdir Allah wajib kita percaya , wajib kita terima. Aku bukan kayu , aku bukan barang yang tidak bernyawa. Aku sebagai manusia punya perasaan cinta , punya perasaan rindu , punya perasaan sayang. Setiap manusia tidak akan terlepas dari fitrah cinta. Batas - batas agama dan kekuatan iman di dalam hati membimbing kita jauh daripada perkara yang tidak sepatutnya. .


In the present year , 2012
14 Februari 2012 , Selasa
8.10 a.m

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. .
Assalamualaikum. .

Diaryku ! Sihat tak ? Sebenarnya lepas saya tulis kat awak Sabtu lepas , hari - hari yang mendatang ada je yang saya nak tulis kat awak tapi tak ada kesempatan. Maaf ye diary. Awak , saya baca balik kisah - kisah saya dalam ni. Saya tengok tarikh 14 Februari 2011 , Valentine's Day. Hohoho. . Macam - macam yang saya tulis kat awak. Tahun lepas Valentine's Day sehari sebelum Maulidur Rasul. Tahun ni , Maulidur Rasul 5 Februari 2012 , lepas tu baru Valentine's Day. Memang bosan kalau dah sampai Hari Kekasih. Saya pergi sana sini , semua cakap pasal Valentine's Day. Jual strawberry khas untuk Valentine's Day. . Erghh , saya pun tak tahu laa , siap ada dalam calendar lagi. Macam dah jadi cuti umum pula. Padahal hari kejatuhan Islam. Astaghfirullah. .


Entah , bila cakap pasal cinta - cinta ni , banyak perkara boleh berlaku. Baik saya raih dan ingat cinta Allah daripada cinta manusia. Saya ni masih mengejar cinta Allah. Saya nak cinta Allah betul - betul dalam hati saya , betul -betul dalam diri saya. Saya nak cintakan Allah sepenuh hati saya. Saya tak nak separuh - separuh. Saya tak nak cinta Allah hanya sementara je. Saya nak cinta tu kekal sampai bila - bila. Awak pun mesti nak raih cinta Allah jugakan diary ?


Awak pun mesti ada perasaan macam manusia juga kan ? If awak boleh luahkan apa yang awak rasa , saya la jadi pendengar awak. Yela , selama ni awak je kena tadah apa yang saya tulis. . Harap awak tak bosan. ;) Hmm , orang yang couple tu mesti sambut Valentine's Day ke diary ? Awak rasa macam mana ? Ada ke istilah couple islamik ? Haha , macam kelakar pula. Entah kebenda istilah tu tapi macam pernah dengar. Adik lelaki saya kata , ustaz dia kata boleh kalau nak couple tapi tujuan mesti tujuan yang baik. Mungkin ada sebab tertentu kot. Tak tahu la nak kata ustaz tu salah ke tak. . Wallahuaklam.


Kadang - kadang saya fikir , betul ke bila kita couple ni tak ada libatkan perasaan ? Mesti la ada perasaan kan ? Kalau macam tu , tak ada zina berlaku ke ? Maksud saya , zina bukan just zina antara lelaki dan perempuan yang boleh berlakunya anak luar nikah. Tapi zina hati , zina telinga , 
zina mata. . Isyhh , tapi saya tak boleh nak samakan semua macam tu kan ? Mungkin ada pasangan yang tak selalu contact , tak selalu jumpa untuk elakkan zina. Ada kan diary ?


Mungkin diorang contact atas hal - hal tertentu dan penting. Tak ada nak cakap - cakap pasal cinta sampai la nak dirikan rumah tangga. Hohoho , ada kot macam tu. Entahlah , saya bukan tukang tilik ke apa. Tapi apa yang saya rasa , apa yang saya fikir. . bila ada perhubungan macam tu sebelum nikah , sikit atau banyak , sedar tak sedar , perasaan ingat pada pasangan tu mesti ada.
Zina tu still berlaku tanpa kita sedari , sebab tu Islam suruh kita terus berkahwin. Bertunang pun kejap je. Sebab nak elakkan benda - benda tak elok berlaku. Bercinta lepas kahwin lagi best kan ?


Allah kan dah kata lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya. Bila kita nak jodoh yang baik , diri kita pun kena berusaha ke arah kebaikan. Niat untuk berubah tu hanya kerana Allah je. Sia - sia la kalau kita berubah jadi baik sebab manusia sebab perubahan tu takkan kekal lama. Kita kan kena percaya dengan apa yang Allah dah takdirkan utuk kita. Baik buruk yang berlaku , semua ada hikmah yang terselindung. Hanya doa yang akan mengubah takdir Allah. Kita mohon pada Allah kalau kita nak kan sesuatu dan di samping tu kita berusaha ke arah apa yang kita mohon tu. Semua perkara yang kita mohon tu tak terjadi kalau kita hanya duduk diam je. .


Kadang - kadang kita risau sesiapa akan jadi jodoh kita kan ? Kadang - kadang terfikir dia tu macam mana ? Baik ke ? Cantik ke ? Okey ke ? Semuanya kita risau. Tapi tetapkanlah keyakinan kita pada Allah. Allah itu Maha Kuasa. Percayalah dengan apa yang Allah tetapkan untuk kita. Berbaik sangka dengan Allah. InsyaAllah , Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. .


Pilihlah bakal jodoh yang mempunyai agama. . InsyaAllah , itu lebih baik daripada paras rupa dan harta. .

Allah berfirman dalam Surah Al - Baqarah , ayat 216 : " Boleh Jadi kamu membenci sesuatu , padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui , sedang kamu tidak mengetahui. . "




Walkie - talkie : Allah itu indah dan sukakan keindahan. .


p/s : akhirnya , dapat juga buka laman web ewadi ~ Alhamdulillah. . ;)

Selasa, 14 Februari 2012

Diary Si SeriKanDi Di FebRuari ( The Beginning )


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. .

Assalamualaikum. .


13 Februari 2011 , Ahad
(Masa ? Petang kot. . )

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. .

Diaryku ! Ha ! Baru sekarang saya dapat tulis kat awak. Teruk la saya ni kan ? Haha. Harap awak tak marah saya ye. Saya tak la busy sangat tapi lupa nak tulis kat awak. Nak tahu tak ? Saya tengah makan coklat ! Sedap tau , nak rasa ? Eh , awak diary , mana boleh rasa. Haha , wek ! :P Awak , sekarang ni dah bulan 2 tapi saya tak tahu apa yang saya belajar setakat ni. Lagi - lagi mechanics dengan waves ~ Nanti nak midterm , entah laa. Macam tak faham je lecturer ajar or saya yang lampi ? Awak rasa ? Mesti awak kata , " Awak la yang lampi ! " kan ? Saya ni still malas lagi. Tak ada kekuatan dan kerajinan nak ulangkaji. Haa , apa yang saya da buat. Bulan 4 dah exam akhir , boleh pula nak main. Awak ! Awak kena tolong saya tau ! Doakan saya berubah jadi pelajar cemerlang dan rajin ye !


Esok ada midterm ICS. Lepas tulis kat awak , saya nak baca ICS tau. Awak , laptop saya rosak balik laa. Baru ambil bulan lepas , bulan ni dah rosak ~ Ganas sangat ke saya guna ? Apa saya nak cakap kat ayah nanti ? Saya takut ayah marah saya. Saya kena fikir cara nak bagi tahu ayah. Harap ayah tak marah. .

* * *

Saya tak nak libatkan cinta dalam hal ni. Saya tak nak ada zina antara saya dengan dia. Awak mesti fahamkan ? Saya tak nak asyik ingat pasal dia je tapi bukan maksud saya nak lupakan dia. Saya still suka dia tapi biar la benda tu jadi satu jihad iaitu jihad perasaan. Saya tak nak luah kat dia. Saya hanya doa pada Allah agar saya diberi jodoh yang baik tapi saya tahu dalam hati saya , saya harapkan dia. . Saya nak betulkan niat saya , apa pun yang saya buat , semua kerana Allah bukan kerana manusia , bukan kerana nafsu , bukan kerana syaitan. Berjumpa , berpisah hanya kerana Allah. Mencintai seseorang kerana Allah dan cinta fitrah tak kan melebihi daripada cinta abadi iaitu cinta Allah. .


Biarlah masa berlalu , saya bukan penentu takdir. Kita hanya merancang , keputusan dibuat Allah. Sebaiknya kita redha dengan qada qadarNya. Hanya doa dan usaha dapat mengubah takdir tapi tidak terlalu mengharapkan perkara itu menjadi kenyataan yang hakiki. Bukan kemanisan yang kita akan rasai , kepahitan pun nak muncul juga dalam hidup. Dugaan Allah menguji keimanan hambaNya sama ada mampu atau tak dan dapat mengambil hikmah disebalik kejadian. .


14 Februari 2011 , Isnin
12.51 a.m

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. .

Awak ! Pagi tadi ada test ICS ! Teruk giler saya jawab , macam tak belajar je gayanya. Haha. Entah markah dapat berapa , teruk kot. . Harap - harap tak teruk sangat kan awak ? Awak , esok cuti. Hehe , esok kan Maulidur Rasul. . Awak ingat tak ? :P Sekarang ni pertembungan hangat tau. Hari ni Valentine's Day , esok Maulidur Rasul. Agak - agak manusia akan sambut yang mana ? Valentine ke ? Bagi yang couple tu , mesti nak fikir pasal Valentine tapi tak tahu hari lahir Rasulullah atau sebenarnya tahu. Wallahuaklam. . Ish , ish , ish. . Tapi agak - agak ada tak couple yang tak sambut Valentine ? Mesti ada kot. Kita kan memang tak boleh sambut Valentine's Day , haram. Tapi pening baca paper hari ni , semua nak kata pasal hari Valentine. Bosan tau. Tapi yela , bagi yang bukan Islam mesti sambut kan ?


Hmm. . Kita selalu kenal artis tapi tak kenal sahabat - sahabat nabi , tak kenal nabi. Kalau kenal pun , yang biasa dengar je. Apa kata kita kenal banyak - banyak para sahabat nabi dan nabi sendiri ? InsyaAllah , ni pun peringatan untuk diri sendiri. Yela , memang akui , tak banyak kisah para sahabat nabi yang saya tahu. Sebut je artis Malaysia , Hollywood , Bollywood , semua tahu. . Apa la kita ni kan ? Terlalu leka dengan dunia , terlalu mengejar kebahagiaan dunia yang hanya beri kesakitan je nanti kat akhirat. Ilmu dunia dan akhirat mesti la balance , tak boleh juga tinggalkan dunia dan tak bole juga tinggalkan akhirat. .


Nak baik kat akhirat , dunia kena baik. Kalau kat dunia penuh dosa dan maksiat , so kat akhirat pun penuh kesakitan yang teramat. Kita sendiri pun tak dapat nak rasa macam mana sakitnya seksaan kat akhirat nanti. Hanya amalan dan pahala yang kita bawa. Kalau kiri lagi berat , teramat la rugi tapi kalau kanan lagi berat , bersyukur sangat - sangat dan InsyaAllah tergolong dalam golongan yang beriman. . Amin. .


Terfikir kadang - kadang manusia hanya mencari cinta duniawi , cinta nafsu , cinta syaitan , cinta fitrah tang teramat sehingga lalai pada cinta hakiki , cinta abadi iaitu cinta Allah dan cinta Rasul juga. Sesungguhnya manusia itu selalu dalam kerugian kecuali yang beriman. Hidup selalu ingat - mengingati , berpesan - pesan pada kebenaran , menjadi khalifah Allah yang sejati di muka Bumi. Memang sukar nak raih cinta Allah jika kita sendiri tak cuba untuk mencapainya. .


Petunjuk dan hidayah Allah hanya yang terpilih dan bertuah dapat merasainya meskipun orang tu bukan Islam. Indahnya dapat merasai anugerah yang Allah berikan. . Bertuah hamba Allah yang diberi hidayah dalam hidupnya. Kita sering berdoa agar diberi petunjuk dan hidayah tapi kita tak cuba , tak berusaha untuk menggapai anugerah Allah tu sendiri. Bukan bererti , kita kena tunggu je duduk diam tapi tak buat apa- apa. Memang doa itu penting tapi kalau diri sendiri tak ada usaha untuk berubah , susah juga. .


Bila kita cuba berubah , dan mungkin Alah gerakkan hati kita , buka hati kita untuk berubah sedikit demi sedikit , bermakna hidayah Allah ada. Bukan sekadar indah luaran tapi busuk dalaman. Tidak kira wajah cantik atau tak , Allah tak memandang semua tu. Jika hanya cantik luar tapi tak didalam , tak guna juga. . Apabila kita membawa imej Islam , tanggungjawab kita berat untuk ditanggung. Bertudnug , sopan pemakaian melambangkan Islam. Bila da macam tu , ada batas - batasnya. Kita sendiri tahu batas - batas tersebut. Jaga akhlak dan perlakuan.


Kita tak pernah terfikir ke apabila orang memandang kita dengan penuh kebencian kerana luaran dan adab kita yang teruk dan langsung tak mencerminkan sebagai muslim , muslimah serta umat Islam ? Mereka yang bukan Islam tidak ada kekuatan dan keberanian untuk memeluk Islam bila kita sendiri seperti mereka. . Astaghfirullah. . sedihkan bila tengok dunia sekarang ni. Semua sosial je. . Bunuh - bunuh , berita pun asyik kes rogol la apa la. .Ya Allah , apa yang berlaku ?


To be continue. . .


Walkie - talkie : Don't judge a book by its cover. We may look someone bad from the outside but not the inside. . Try to reach them , so we may know them well. . :)


p/s : Lalala ~

Isnin, 13 Februari 2012

SurAt CintA UntUk BakaL ImaMku (PaRt 2)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. .

Assalamualaikum. .


SURAT UNTUK BAKAL IMAMKU. . .

Bimbing daku mengenal syurgaNya. . .

Bismillah. .

Assalamualaikum. .



Apa khabar ? Sihatkah dirimu ? Sihatkah imanmu ? Aku disini sedang berjuang dengan diriku sendiri. Aku mahu kuat. Kuat untuk melakukan perkara yang disuruh Allah dan kuat untuk meninggalkan perkara yang dilarang. Aku juga mahu kuat untuk meninggalkan perkara - perkara yang lagha. . Adakah kamu sudah bersedia dengan dirimu sendiri ? Atau kamu sepertiku juga yang sedang berjuang dijalan Allah ? Aku berharap agar kamu tidak sepertiku yang masih lemah ini.


Sesungguhnya kamu bakal menjadi ketua keluarga yang bakal memimpinku kelak. Kamu adalah bakal pemilik tulang rusukku. .Jika kamu masih lemah sepertiku , tidak mengapa. Sama - sama kita berjuang dijalan Allah , menegakkan yang benar dan menentang yang batil. Berdoa semoga Allah memberi kita kekuatan , ketabahan dan kesabaran. Amin. .


Aku punya impian apabila kita sudah berumah tangga. Aku mahu kita hidup berhalaqoh. Halaqoh cinta yang bakal menjadi kebaikan untuk semua. Adakah kamu tahu apa itu halaqoh ? Sebenarnya , halaqoh itu lebih kurang sama maksudnya dengan usrah dan liqo'. Usrah itu maksudnya keluarga. Usrah itu lebih mesra kerana menggambarkan kita berkumpul sebagai sebuah keluarga walaupun sebenarnya kita tidak mempunyai ikatan keluarga. Tetapi , ahli usrah kita itu kan ikatan sesama Islam , saudara seIslam. . ;)


Begitu juga dengan liqo'. Liqo' itu pertemuan. Liqo' ukhuwah itu adalah pertemuan untuk mengeratkan persaudaraan. Halaqoh itu perhimpunan , pertemuan hati - hati manusia kerana Allah. Dalam halaqoh , kita berbincang masalah , isu - isu yang berkaitan agama dan sebagainya. Selain itu , kita juga berhalaqoh dengan menziarahi saudara yang lain , beriadah dan aktiviti - aktiviti berfaedah yang lain.


Tautan hati manusia yang bertemu kerana Allah , berkasih sayang kerana Allah sangat indah bukan ? Aku mahu mempunyai satu halaqoh bersama sahabat - sahabat dan ahli keluarga. Begitu juga kamu. InsyaAllah , aku tahu hati kamu akan mencintai halaqoh yang niatnya kerana Allah. Bolehkah kamu menunaikan impianku ? ;)


Dulu di sekolah menengah , setiap hari Sabtu diadakan usrah mengikut dorm. Aku amat merindui waktu itu , waktu ketika hadirnya ahli - ahli usrah untuk berkumpul dan berbincang tentang agama Islam dan isu - isu semasa. Kini , alhamdulillah di universiti juga diadakan liqo'. Mengingatkan aku waktu sekolah dulu. ;)


Bukankah Allah berfirman bahawa kita hidup perlu selalu berpesan - pesan dengan kebaikan dan kebenaran ? Kita perlu peringatan dan nasihat untuk mengingatkan kita , tujuan kita hidup di bumi Allah. Kita bukanlah seperti Rasulullah s.a.w. yang bersifat ma'sum. Rasulullah s.a.w. yang dijanjikan syurga Allah juga selalu bertemu sahabat - sahabatnya , berbincang tentang masalah dan apa jua yang berkaitan agama. Selalu memperingatkan. . Apatah lagi kita yang sering melakukan dosa sama ada kecil atau besar.


Astaghfirullah al Azim. .
Berdoa semoga Allah mengampunkan dosa - dosa kita. .
Amin. .


Sebelum aku mengundur diri , aku mengambil kata- kata Fatimah Syarha Mohd Noordin :
" Bertemu cinta dalam halaqoh , hidup lebih indah terarah , menyulam tautan hati kerana Allah , terpaterilah ikatan akidah. . " 

Wassalam.

InsyaAllah , aku akan menjadi bakal makmummu , 
Siti Rashidah. .



Walkie - talkie : Jangan malu untuk berubah pada kebaikan , malulah pada Allah. Tak usah malu pada manusia yang berkata - kata pahit disekelilingmu , kuatkanlah dirimu ! Malu beriman , itu yang kita mahu !


p/s : mari kemas - kemas barang nak balik U , huhu ~

Jumaat, 10 Februari 2012

Every SecoNds , Allah AnD Rasulullah In Our HearT. .

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. .

Assalamualaikum. . .

How's your day ? Is it bright or dark ? Hoho , hopefully everyday in our life is full with happiness although sometimes we had bad day though ~


But , that's okay because all the time we had in this world will be end and we come back to our God , 
Allah. He's the one and the only one God that we have. We as muslim should be thankful to Allah because our bad time or bad day shows that Allah love us. He want us to improve our iman , our patience , our aqidah. . Can we see Allah The Most Merciful ? ;)


Hey , have you ever think or have you ever say , " I want to spend time with Allah. . " ? 
Most of us have our own timetable or our 'to do list'. All the things that we want to do , we write in such as time to eat , time to sleep , time to rest and so on. But have we ever write , time with Allah ? Maybe we include in rest but how much time we spend with Allah ? Just stop for a while to pray then continue doing work ? Just that ? Is it really enough with that ?


What do you think ? :)


I am not mean that spending our time with Allah just for pray only but the real one. The real spending time with Allah. We not only pray , but zikrullah , recite Al-Quran , recite mathurat and 'selawat' to Rasulullah too ! :) Besides , when we think about Earth , about galaxy , about living things ; in the other words when we think about what Allah has made in this world is include as spending time with Allah. We think about Allah , how powerful He is. . How He can make every single creature and the other things in this world. .


Subhanallah , Alhamdulillah , AllahuAkbar. . .

Lailahaillallah. .

There are no God except Allah. . ;)


Actually , every second in our life is remembering Allah , full with zikrullah , full with istighfar even when we studying and working. When we eat and drink , we pray to Allah. When we sleep and wake up , we pray to Allah. When we start to do work and after finishing it , we pray to Allah. Subhanallah , every work that we do , we with Allah.


We start with Bismillah and end with Alhamdulillah. . ;)

When we do something bad , we quickly say , " Astaghfirullah al Azim". So that , Allah will forgives us ~


Let's we do it everyday ! Easy right ?


When we remember Allah , we remember Rasulullah s.a.w. . We follow his sunnah , showing our love to Rasulullah. Rasulullah left us with Al-Quran and As-Sunnah. We eat with right hand , we enter the toilet with left leg and went out with right leg. There are so many sunnah Rasulullah. And some of sunnah we had do it as our routine and some of it not. Maybe we forget or we not actually really follow or not do it as habit. .  :)


So , let's follow his sunnah , okay ?

Don't forget to always 'selawat' to Rasulullah , my friends !  ;)

We do little by little , day by day and InsyaAllah we can easy do all those sunnah.

Our lifetime have never ever forgetting Allah and Rasulullah. .


We love Allah , Allah loves us ~

We love Rasulullah . Rasulullah loves us ~

Together we make a different !



Walkie - talkie : When we love Rasulullah with a real love , he will giving us help in Mahsyar. When we love Allah with a real love , Allah will put us in Heaven !

p/s : maaf , tatabahasa tak betul. .hik3






Rabu, 8 Februari 2012

PerIngAtaN Itu PeNtiNg


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. .

Assalamualaikum. .
Alhamdulillah , akhirnya dapat juga update blog ni yang entah berapa lama terbiar. Dah nama cuti , mesti tak ada sangat kerja kat rumah. Memang betul pun tapi sebab keadaan tak mengizinkan. Idea nak menaip - naip tu ada , banyak perkara yang nak dikongsi tapi tett. . Gagal juga ~


Dengan kuasa Allah , dapat juga hari ni aku update. Agak bosan duduk rumah , rasa macam nak cepat - cepat balik kampus. Rasa nak belajar , nak tuntut ilmu cepat , biar tak bosan. Haha , mesti ada yang kata poyo kot budak ni. . Lalalala ~


Bila dah bosan tu , ada benda yang dicari biar tak bosan. Cari punya cari , akhirnya ada juga novel yang tak habis dibaca. Padahal beli tahun lepas , baca sikit je. Dengan azam yang tinggi , aku baca juga novel tu. Alhamdulillah , sebenarnya kita sebagai manusia amat memerlukan curahan tazkirah dan kata - kata yang baik supaya keadaan iman kita terus maintain. Hati ni tak lalai , tak kosong , tak penuh dengan bintik - bintik hitam , tak penuh dengan kealpaan. Zikir itu makanan hati. Peringatan dari Allah dan RasulNya itu menjadi satu kewajiban untuk kita dengar. 


Ya , kita kena selalu dekat dengan orang - orang soleh , orang - orang berilmu supaya kita tak tersalah haluan.


Novel yang aku baca tu novel Ramlee Awang Mursyid : Sutera bidadari. Haa , ni la novel yang tak habis aku baca. Novel ni bukan setakat thriller tapi isinya bagus. Membawa kita kepada janji kita pada Allah untuk jadi khalifah yang baik di Bumi. Tersentuh hati bila baca. Kadang - kadang rasa malu dengan diri sendiri. Bila berbicara , kadang kala terkasar bahasa. Bila marah , kadang kala berlebihan dan susah nak hilang. Bila buat sesuatu , kadang kala niat itu tersasar daripada niat kerana Allah. 


Sebenarnya , sebagai hamba kita perlu rasa rendah diri , jadi seorang yang humble biar pun orang sanjung kita , hormat tinggi kepada kita. Sebab itu menjauhkan kita daripada sifat riak , sifat berbangga diri. . Tapi jangan terlalu merendah diri sehingga putus asa pada diri dan Allah. 


Novel karya Fatimah Syarha : Tautan Hati. Ouh , menjurai - jurai air mata. Sedih sangat. Sangat menyentuh perasaan dan membuatkan kita terfikir dosa yang telah kita lakukan. Kadang kala kita lupakan syariat Islam dan menurut syariat manusia. Kita lemah untuk menegakkan Islam itu sendiri dan ikut telunjuk manusia yang sebenarnya tidak mengikut agama Islam. Persahabatan yang terjalin antara dua sahabat iaitu Elya Khadeeja dan Asiah Yusra sangat membuatkan aku kagum. 


Bersahabat kerana Allah. Bertemu dan berpisah kerana Allah. Adakah ada sahabat seperti mereka didunia ni ?

Indahnya persahabatan , ikatan ukhuwah yang terbina hanya kerana Allah. Sangat manis. Terkadang fikir apakah persahabatanku dengan kawan - kawan niatnya kerana Allah ? Rasa rugi bila bersahabat tapi ikatan itu seakan -akan goyah tanpa satu perasaan yang kukuh. Perasaan cinta dan kasih pada sahabat melebihi diri sendiri. Sangat merindui , sangat menyayangi sahabat kerana itu salah satu untuk merasai kemanisan iman. 


Saling mengingati antara satu sama lain. Sayang mereka daripada terjerumus ke lembah maksiat. Rindu mereka kerana rindu ingatan dan kata- kata hebat mereka. Cinta mereka kerana apabila melihat mereka , kita teringat Allah. Sahabat yang boleh membawa ke jalan Allah.


Aku terfikir adakah aku sudah cukup sedia , sudah cukup bagus untuk membawa sahabat - sahabat aku kembali ke jalan yang benar ? Atas landasan Islam ? Persahabatan itu penting dan syariat agama juga penting. Kadang kala kita berada dalam dilema , antara kebenaran dan persahabatan. Untuk membawa seseorang itu ke jalan Allah bukan senang. Perlu masa , selalu mendoakan mereka agar Allah membuka hati mereka untuk menerima ajaran Islam yang sebetulnya , doa supaya Allah memberi kekuatan pada kita agar kita sabar dan terus sabar , tidak jemu untuk mengajak mereka kepada kebaikan. . InsyaAllah..


Aku sendiri sedang mempersiapkan diri. Moga Allah memberi kekuatan. .  :)


Setakat ini yang mampu aku kongsi bersama korang. Kalau nak diceritakan , panjang lebar nanti. Hoho , apa pun konklusinya korang boleh fikir kan ? Mari sama - sama muhasabah diri dan selalu beristighfar supaya Allah ampunkan dosa - dosa kita. Allah itu yang memegang hati hambaNya. Dengan doa hati itu bisa berubah ~


Walkie - talkie : Bertemu cinta dalam halaqoh , hidup lebih indah terarah , menyulam tautan hati kerana Allah , terpaterilah ikatan akidah. .

p/s : sila lakukan perkara yang berfaedah. .ingatan untuk diri sendiri.. :P