Rabu, 18 Julai 2012

PeRasaAn SebeNaR


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. . .

Ya Allah , Ya Tuhanku. . .

Assalamualaikum. . .

Alhamdulillah , seperti hari - hari yang telah berlalu , kita sebagai hamba Allah sentiasa beribadah padaNya tidak kira siang atau malam. Bukan hanya solat itu di anggap ibadah tetapi menuntut ilmu juga di kira ibadah. Apabila ada ilmu , kita dapat mengenal Allah Taala sebagai Pencipta makhluk dan alam. Agama Islam pula wajib ada dalam setiap diri sebagai panduan hidup yang penuh ranjau. Iman semestinya cabang utama untuk terus mendekatkan diri kepada Allah Taala dan untuk menghalangi musuh - musuh Allah serta musuh - musuh Islam sendiri daripada memasuki diri seterusnya jauh daripadaNya.


Astaghfirullah. . .
Ya Allah , Ya Tuhanku. . .




Seperti yang kalian lihat , inilah kerja yang di lakukan pada minggu ini. Hoho. Ibu baru sihat dari sakit demam dan sakit tekaknya. Budak - budak kecil itu tidak sabar - sabar mahu mendapatkan semula kertas peperiksaan setengah tahun. Agak lambat juga peperiksaannya tu. .

" Ustazah , ustazah. Bila nak dapat kertas periksa ? "


Kesimpulannya , aku perlu menolong ibu yang kesibukan. Ada 6 subjek yang perlu di tanda. Perasaan seorang guru itu telah tercetus di dalam hati. ( cehh. . ) Apabila aku menanda kertas - kertas tersebut , barulah aku faham perasaan sebenar seorang tenaga pengajar. Perasaan gembira itu terpancar tatkala jawapan yang di tulis oleh anak - anak murid adalah jawapan yang betul. Sebaliknya pula jika yang di tulis itu jawapan yang salah.




Pelbagai jawapan yang mereka tulis dan ada yang perlu di warnakan. Rasa lucu apabila melihat tulisan mereka. Maklumlah , ada yang baru berusia 4 tahun , 5 tahun. Ada juga yang sudah bersekolah rendah darjah 2 , 3. . Sememangnya satu peluang untuk mereka yang sudah bersekolah dan pandai membaca jawi kerana soalannya tidaklah susah mana. Ada yang hanya conteng - conteng , mewarna yang bukan jawapannya. 








Ucapan tahniah di tulis apabila mereka mendapat markah melebihi 90. Ibu berkata " Biar budak - budak ni suka. Waa , ustazah tulis tahniah. . ! " Haha. .lawak.  :P


Buat masa sekarang baru 4 subjek yang sudah habis di tanda. Alhamdulillah , semuanya mendapat keputusan yang baik kecuali mereka yang mungkin tidak berapa faham dan pada mereka yang baru berusia belum 7 tahun. Mana tidaknya , soalan ada yang dalam jawi , memang susah pada mereka. Tapi sebenarnya ibu sudah tolong mereka menjawab dengan membacakan soalan. Hanya tulis , tanda atau warna ataupun garis pada tempat sepatutnya. .  >_< ' Kiut - miut ' budak - budak kecil tu. Rasa nak culik pun ada. 




Icon itu hanyalah hiasan semata - mata. Harap maklum.  ;D







Inilah uniform kelas fardhu ain Ummul Aiman , Taman Pulai Indah.  ;)



Pelajar - pelajar fardhu ain sesi petang.  ;)


Kecil - kecil sudah di sematkan dalam diri untuk menuntut ilmu walaupun kadang - kadang tak faham apa yang ustazah mengajar. Sekurang - kurangnya mereka sudah di biasakan dengan syariat Islam daripada sekarang. Sebelum dan selepas makan , baca doa. Sebelum dan sesudah habis kelas , beri salam. Belajar tentang doa - doa harian , belajar solat , belajar Qiraati dan Al-Quran. .


Menuntut ilmu itu bukanlah hanya tersekat ketika kita sudah lanjut usia tetapi sehingga kita di jemput kembali oleh Allah. Semakin kita gembur ilmu , semakin bertaburan ilmu itu yang menandakan sebenarnya makin banyak ilmu yang tidak kita ketahui. .


Mudah - mudahan mereka yang menuntut ilmu ini sentiasa mengamalkan ilmu itu sendiri dan mendapat keredhaan Allah Taala. InsyaAllah , aminn. .



Walkie - talkie : Lihatlah kejadian alam dan sekitarnya supaya kita tahu betapa hebatnya Allah Taala. Subhanallah. .  ;)


p/s : alhamdulillah , akhirnya. . .

AkU , MerEkA & RaMadHaN


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. . .

Ya Allah , Ya Tuhanku. . .

Assalamualaikum. .  ;)

Alhamdulillah , Allah itu Maha Kuasa atas segala sesuatu. Belum tentu hari ini kita pasti bertemu Subuh esok. Belum tentu lagi kita akan menemui Ramadhan yang bakal menjelang tak lama lagi. Semuanya atas kuasa Allah Taala , Tuhan semesta alam. Atas dasar kasih sayangNya yang begitu mendalam , Dia masih memberi kesempatan untuk kita beribadah padaNya. . .

InsyaAllah. . .



Alhamdulillah , ayah sudah berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrah pukul 3 petang semalam bersama 3 rakan kerja. Semuanya di tanggung syarikat tempat ayah bekerja. Mudah - mudahan ayah dan yang lain dapat beribadah dengan hati yang tenang. InsyaAllah , aminn.



Ibu pula tak habis - habis mengingatkan itu ini sebelum ayah berangkat pergi meninggalkan Malaysia. ( mak oihh.. ) Seperti hari - hari yang lain , setiap malam mesti mereka berdua bergayutan sama ada ayah yang call atau ibu yang call. Maklumlah berpisah kerana Allah , pergi mencari nafkah di negeri orang. Malam tadi ibu tidak lupa memberi nasihat dan peringatan pada ayah. Bercerita entah apa agaknya. Aku hanya menjadi saksi kejadian. . >_<



Begitulah kehidupan kita sebagai manusia. Cerita lain pula untuk mereka di luar sana. Tadi adalah cerita tentang ibubapa blogger ini. Hoho. Sememangnya perpisahan itu memeritkan untuk manusia. Pertemuan adalah perkara yang di nanti , mengharapkan perpisahan itu hanya sekejap cuma. Apa - apa pun yang berlaku , semua itu hanyalah kerana Allah Taala. Semoga kita mendapat keredhaanNya atas pertemuan dan perpisahan itu. InsyaAllah , aminn.



Ramadhan lepas berdua , Ramadhan ini pun berdua. Memandangkan yang lain bertebaran mencari ilmu dan rezeki kerana Allah. Tinggallah aku dan ibu di negeri Johor ini. Syukur pada Allah , aku dapat menemani ibu di rumah. Kalau tidak , memang ibu kemurungan keseorangan. . ( tak la sampai murung. . )


Teringat pula sahabat - sahabat yang mungkin kini semuanya berada di rumah. Mungkinkah ? Memandangkan sekarang ini cuti semester. Kali ini kita juga di pisahkan daripada bersama - sama menunaikan ibadah puasa seperti Ramadhan sebelum ini. Apa yang Allah sudah tentukan itu yang terbaik. Kali ini kita berpuasa bersama keluarga dan mungkin kali yang akan datang , kita dapat merasai kembali Ramadhan bersama sahabat - sahabat pula. InsyaAllah. .


Apa yang diharapkan adalah biar pun kita terpisah tetapi ukhuwah yang terjalin sesama kita tak akan terputus. Biar pun kita terpisah tetapi kita saling mengingati antara satu sama lain. Masih lagi berhubung. Masih lagi ingat isi - isi tazkirah yang kita sering kongsikan. Masih lagi kukuh rasa dakwah. Semoga apabila bertemu kembali , masing - masing mempunyai peningkatan dalam diri tak kira dari sudut apa pun. InsyaAllah. . Allah akan selalu mengasihi kita.  ;)


Pertemuan dan perpisahan itu menguji manusia.
Niatnya hanya kerana Ilahi.
Kasih sayang terpancar walau tiada.
Benci tidak pernah hadir dalam diri. .


Walkie - talkie : Mata hati tidak pernah berdusta !


p/s : ayah balik 2 minggu lagi. uhuk3. tata


Isnin, 16 Julai 2012

Hadirlah CintaMu. . .


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. . .

Ya Allah , Ya Tuhanku. . .

Assalamualaikum. . .

Alhamdulillah , diberi kesempatan olehNya untuk beriman setulusnya hanya kepadaNya.

Meskipun begitu , masih banyak lagi dosa - dosa semalam yang belum lagi di tanam sedalam - dalamnya kerana hati ini masih lagi lalai. Ditimbus kembali dosa - dosa yang telah ditanam dahulu dengan taubat kepadaNya. Ditimbus dan terus ditimbus hingga tiada lagi dosa - dosa yang telah ditanam. Bertaubat lagi , bertaubat lagi hingga sampai waktu untuk kembali ditimbus kerana hatinya tidak sebersih dulu.

Tiada lagi istiqamah. Tiada lagi menjaga mata , telinga , lidah , amal dan hati. .

Astaghfirullah. . Ampunilah dosa - dosaku Ya Allah , Ya Tuhanku. . .

Masih lagi gagal mengawal nafsu , masih lagi bersetuju dengan hasutan syaitan , masih lagi enak dengan dunia. .

Cinta , cinta dan cinta. . Cinta dunia yang dicari , cinta hakiki yang dilupai. .

Padahal Allah terus menerus menunggu rintihan hamba - hambaNya. .menunggu dan menunggu. .

Apabila Allah memberi ujian kepada hambaNya , barulah hambaNya tersedar dan ada juga yang terus hanyut melupakan Allah.

Apakah layak Allah dilupakan ? Apakah Al-Quran itu letaknya hanya diatas rak hingga berhabuk ? Apakah Sunnah Rasulullah s.a.w. itu hanya terletak di dalam buku - buku tanpa diamalkan ?

Tanyalah diri , tanyalah hati. Semoga kita semua mampu melakukan yang terbaik untuk menjadi hamba Allah yang sentiasa mendapat keredhaanNya. .

Alhamdulillah , aminn. .



Walkie - talkie : Sentiasa merasakan diri ini tersangat kerdil kerana kita hanyalah hamba Allah. .


p/s : waiting for something.  ;D