Ahad, 24 Mac 2013

MeDiuM


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. . .

Ya Allah Ya Tuhanku , AllahuAkbar. . .

Assalamualaikum. . .


Alhamdulillah , segala pujian hanyalah bagi Allah Tuhan sekalian alam. Jika kita dipuji , ucapkanlah " segala pujian berbalik pada Allah Taala ". Dengan erti lain , kita pulangkan kembali pujian kepada Allah.  ;)


Medan untuk menyalurkan kemarahan dan ketidakpuashatian serta yang sewaktu dengannya : Facebook , Twitter , MySpace , Friendster etc ~


Medan untuk menyalurkan rasa kecintaan yang teramat kepada pasangan masing - masing           ( couple yang tiada ikatan ) : Same as above ~


Macam - macam lagi lah. Hohoho ~ Aku pun tak berapa nak tahu kenapa dan bagaimana dan apakah ? 


Kalau kita salurkan ketidakpuashatian tadi dengan kata - kata yang baik dan diselitkan dengan nasihat , yang itu tak apa. Tapi yang lemahnya apabila ayat yang ditaip tu memang tak sedap baca dan siap ditambah carut marutnya ~ 


Ya Allah Ya Tuhanku


Same as for the couple tadi. Bagi pasangan suami isteri pun seelok - eloknya tidak menunjukkan sangat kemesraan dikhalayak ramai. Agak - agak la kan macam mana, Sedangkan pasangan yang sudah berkahwin berpegangan tangan di pusat membeli - belah pun kadang kala menimbulkan fitnah , apatah lagi yang belum.



Manusia kan , kita tak tahu apa yang mereka fikir. Kuat dengan sangkaan buruk.


Apa kata kita gunakan Facebook , Twitter , Blog etc sebagai medium untuk menyampaikan perkara - perkara yang baik dan berfaedah ? Kalau nak melenting pun kena fikir dulu. Dapat apa kalau update carut marut tu ? Dapat LIKE dan COMMENT yang bernas ke ? Dapat selesaikan masalah ke ?


Ataupun dapat pahala ? Dosa ?


Dapat apa kalau update status or share cintan cintun pada awek dan pakwe ? Mesti seronok kan ? Seronok dapat kotorkan hati ~ Seronok kalau ramai sangat yang suka.

" Sweet sangat korang ni ~ "  =_=


Tersangat sedih. Macam mana aku nak betulkan semua tu.


Ya aku tahu Allah itu Penolong bagi hambaNya yang memerlukan. Aku tahu ada insan lain yang sepemikiran dengan ku yang cuba untuk memperbetulkannya.


Aku nak cuba. Cuba halang. Cuba kurangkan. Walaupun semua itu bukan kerja aku seorang tapi salah satu tanggungjawab terhadap ummah. Islam.



Maaf bagi yang terasa atau yang tergigit lidah. Maaf andai ada kata - kata yang tak berapa lembut. Mungkin tak tahu nak buat ayat yang berhikmah. 


Fikirkanlah ke mana kita akan pergi selepas kita mati kelak. Bagaimana perjalanan hidup di dunia lain nanti. 

Aku sayang kalian  ;)



Walkie - talkie : Berusaha untuk mengubah diri sendiri. Tingkatkan sifat mahmudah. Kurangkan sifat mazmumah. Itu salah satu perubahan untuk menjadi lebih baik. ;)


p/s : semua orang mampu mengubahnya.

Rabu, 13 Mac 2013

PesAnaN DariPadA GamBaR 2


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. . .

Ya Allah Ya Tuhanku , AllahuAkbar. . .

Assalamualaikum. . .


Biarlah hati ini dipenuhi cinta abadi yang tak mungkin dibiarkan oleh yang Maha Pengasih kerana yang Maha Pengasih itu adalah Si Pemilik Cinta Abadi.


Aku mahu menagih cintaNya yang abadi itu.


Aku seboleh - bolehnya ingin ketepikan cinta yang tidak menjurus cinta padaNya.


Cukuplah sejarah lalu , yang kini aku jadikan sebagai pedoman dan pengajaran.


Jagalah dirimu
Bersihkan hatimu
Tingkatkan imanmu

















Sahabat sekalian , 
                      
          





Jodoh itu sudah ditetapkan oleh Allah.
Perbaiki diri dengan mencintai Allah , dekat padaNya.
Semoga Allah memberi jodoh yang juga sentiasa perbaiki diri dengan mencintai Allah , juga dekat padaNya.











Wallahua'lam.   ;)


Walkie - talkie : Sentiasa mengajak manusia ke arah kebaikan walaupun mereka tidak menerima. Jangan putus asa , teruskan mengajak dan dekat pada mereka kerana suatu hati nanti mereka akan bersamamu. Jalan dakwah tidak mudah.


p/s : mencari tajuk tesis.kne ikut supervisor pnye bidang ke?sye nk concrete.hihi  ;D

Selasa, 12 Mac 2013

PesAnaN DariPadA GamBaR


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. . .

Ya Allah Ya Tuhanku , AllahuAkbar. . .

Assalamualaikum. . .




Pesanan daripada cik blogger kepada kalian , juga kepada diri cik blogger sendiri  ;D


Kadang - kadang kita terlepas pandang , terlepas cakap , terlepas buat. 


Jadi anak - anak semua , selalulah kita beristighfar memohon keampunan Allah. Bukan istighfar sahaja tapi zikrullah pun kena selalu buat ye. Allah sudah beritahu bahawa dengan mengingatiNya , hati akan menjadi tenang.  ;)


Nak jaga diri , jaga hati dan juga jaga iman bukanlah perkara yang mudah tetapi kita kenalah berusaha. Sedikit - sedikit kita cuba buat dan jaga , lama - lama nanti tak susah dan dah terbiasa. Doa pada Allah agar diberi kekuatan. Kekuatan dan keteguhan untuk menjaga diri , hati dan iman.


Bersyukurlah sebab kita sudah diberikan nikmat Islam dan iman. Hanya tinggal nak praktis dan jaga kan ? Berdoalah agar Allah tak menarik kembali dua nikmat itu. Apa akan berlaku kalau dua nikmat itu tiada dan ditarik kembali ? Nauzubillah. .


Segumpal darah yang berada dalam badan manusia itu adalah hati. Jika tak dijaga maka rosaklah hati. Bukan sahaja akan rosak malah lama kelamaan akan mati. Bagaimana keadaan manusia apabila hatinya mati ? Tiada lagi kebaikan yang mahu diterima dan sukar sekali mahu melakukan kebaikan. Mahukah kalian ?


Berusaha , berusaha dan teruskan berusaha. Istiqamah. 

Allah sentiasa membantu hamba - hambaNya dalam melakukan kebaikan.



Walkie - talkie : Manusia itu tiada yang sempurna. Tak usah mencari kesempurnaan daripada mereka kerana apa yang akan kamu temui adalah kekurangan. Terima baik buruk manusia. Itu yang terbaik untuk dilakukan seperti mana mereka menerima buruk baik kamu.  ;)


p/s : ttbe dpt panggilan 'umi'.haha.siap ad yg jd ank tiri.psst2,itu cover photo sye.  ;P