Selasa, 24 April 2018

Just A Reminder For Myself


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum



Lidah tidak mewakili hati,
hati tidak mewakili tingkah laku,
tingkah laku tidak mewakili peribadi

Walaupun kesemua itu berkait tentang warna seseorang

Seseorang itu perlu dikenali, perlu diamati, perlu didampingi dahulu untuk engkau tahu sebelum engkau memutuskan keputusan. "


" Nikmat sementara.
Tanpa sedar, Allah tarik semula apa yang diberi.
Sentiasa bersyukur walau engkau tersungkur. "


Walkie - talkie: Kadang kala kesempitan hidup mengajar kita erti syukur.

p/s: Uishh, dah 3 tahun tak update blog >_<

Ahad, 15 November 2015

I Know That Feeling


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum


Pengalaman mengajar seseorang untuk menjadi lebih matang, lebih berhati-hati dan kadang kala menyedarkan seseorang. Hmm menyedarkan seseorang ? Ya, dia akan tahu erti sebenar kehidupan. Tersedar daripada lamunan yang fantasi kepada realiti. Sungguh pahit untuk ditelan tetapi itulah kebenaran. Kesakitan yang kita akan rasai dan berharap kesakitan itu akan bertukar kepada kebahagiaan kelak.


Aku tahu di saat aku gembira pasti ada duka. Menanti waktu kedukaan itu datang dan akhirnya aku rasa. Allah Maha Adil. Cuma aku belum mempersiapkan diri untuk itu dan kita tidak akan pernah untuk siap kerana kita tidak tahu bila. Tak kan pernah tahu.


Jika kita tidak diuji, apakah kita termasuk dalam golongan yang beriman ? Setiap hambaNya pasti akan diuji dan sayangnya Allah pada kita terpancar menerusi ujianNya itu. Allah menguji kita dengan ujian yang boleh kita harungi. Kekuatan yang kita mampu bina bersamaan dengan ujian yang kita tempuhi. Bukankah Allah itu Maha Adil ?


Hati. Aku rasa aku perlu bersihkan hati. Aku dapat merasakan hati ini tidak sebersih dulu. Aku dapat rasakan hati ini dahagakan sesuatu yang dapat menjadikannya kembali seperti dulu. Kadang kala aku lebih terjurus kepada perkara-perkara yang lagha. Ya Allah, aku perlu kembali. Aku perlu pertahankan hidayah yang Engkau beri dulu. Aku tidak mahu Engkau menariknya kembali.


Jaga diri
Jaga hati
Jaga iman


Walkie - talkie: Allah akan bantu apabila kita berusaha untuk membantu diri sendiri. Cuba untuk bangun kembali. InsyaAllah Allah pasti akan bantu :)


p/s: tak sangka aku dah sem3 master, masih pemalas macam dulu

Ahad, 28 September 2014

Si SeMuT


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Ya Allah, Ya Tuhanku, Allahu Akbar

Assalamualaikum

Alhamdulillah, setelah sekian lamanya tidak meng'update' blog, akhirnya hari ini diberi kesempatan olehNya :)

Saya tak tahu nak mula dari mana. Idea tak ada. Eh, bukan tak ada tapi tak tahu nak berkongsi cerita yang mana satu pada korang. Banyak sangat. Yelah, dah lama sangat tak update :P

Hmm, okay sekarang saya nak bagi tahu pada korang yang saya sudah pun habis belajar. Hee. Degree. Tunggu nak konvo je ni. InsyaAllah pertengahan bulan November nanti :))

Lepas tu kan, sekarang saya sambung belajar peringkat sarjana a.k.a master. Hihi. Malu rasa. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki pada saya untuk sambung belajar di UTM. Ulang alik dari rumah tapi sebenarnya belum rasmi jadi student UTM sebab saya menunggu transkrip yang dihantar USIM.

Dalam minggu ni baru selesaikan online application. InsyaAllah lagi 2,3 minggu dapat offer letter kot. Hihi. Tak sangka saya akan ambil master (research). Ilmu tak lah dalam sangat nak ambil research tapi apa-apa pun itulah yang Allah sudah susun atur untuk saya. Bersyukur dengan semua nikmatNya.

Rasanya itu je kot untuk permulaan. InsyaAllah, lepas ni korang akan bosan melihat saya asyik update je ~ :P:P

Walkie-talkie: Masing-masing ada rezeki yang Allah dah aturkan. InsyaAllah, yakin padaNya.

p/s: masih blurr dan masih malu-malu macam kucing. haha