Rabu, 1 Jun 2011

FitRah HidUp. . ( pArt 4 )


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. . .

Assalamualaikum. .   :)

Segala nikmat yang Allah beri itu hanya sementara.Kadang - kala kita tersasar ketika mengecapi nikmat tersebut sedangkan kesenangan yang kita rasai akan pergi jua.Manusia sering terlupa tentang itu dan adapun yang menyedari hakikat itu , mereka tidak ambil kisah.





" Ala , tak payah la susah - susah nak fikir semua tu.Dah ada kemewahan , kesenangan yang Tuhan bagi , guna jela.Syukur - syukur tu belakang cerita.Nanti bila Tuhan dah tarik balik , susah.Enjoy first ! "


" Sebab Allah sayang aku la , Dia bagi semua ni kat aku.Apa aku nak peduli sangat balasan yang kita kena bagi kat Dia.Tak ada bendanya. . "


MasyaAllah. .Astaghfirullah. .  ;(
Aku harap kita semua tidak akan menjadi seperti itu.Tidak menjadi hamba yang tidak mengenali tuannya.Tidak menjadi hamba yang sombong terhadap tuannya yang menjaganya setiap masa.


Apa yang Allah rasakan jika kita sebegitu rupa ? Walaupun Allah akan murka kepada hambaNya akan tetapi Allah Maha Pengampun , Allah Maha Pengasih. .Tidak sesekali Allah membiarkan hambaNya hanyut.Walaupun Allah menguji kita , Allah tidak akan membiarkan hambaNya dalam kegagalan untuk selamanya.Biarpun terkadang kita berada dalam kesusahan , keperitan , namun semua itu tidak akan berlarutan. . .Betapa sayangnya Allah pada kita. .




Jangan kita bersangka buruk pada Allah tiap kali merasai penderitaan.Itu hanya ujian Allah.Bukankah ujian Allah itu untuk kebaikan hambaNya ? Melihat sejauh mana kita bertahan , bersabar , dan yang paling utama ialah keimanan kita padaNya.


Manusia yang mengatakan dirinya beriman tidak dilabelkan sebagai orang yang beriman jika dirinya belum diuji Allah.Setiap yang beriman itu pasti datang ujian baginya.Pastinya kita semua akan diuji. .Allah tidak akan menguji hambaNya jika hambaNya tidak mampu dengan ujian itu.Maksudnya , kita semua sebenarnya mampu menghadapi ujian Allah kerana ujian yang diturunkan buat kita selaras dengan kemampuan kita. .   :)


Baiknya Allah. .  :) 
Allah Maha Adil bukan ?

* * * * *

Akhirnya , hari yang dinanti tiba.Aku menekan butang pada skrin komputer.Kecewa.Ternyata aku tidak diterima untuk kemasukan matrikulasi dan juga universiti.Tidak tahu apa yang perlu aku lakukan.Sedih ? Menangis ? Semua itu sudah aku lakukan.Ibubapaku teramat perit dengan kenyataan itu.






Pada ketika itu , aku merasakan bahawa aku teramatlah teruk.Gagal dalam hidup.Pertama kali aku merasai kegagalan yang memberi kesan mendalam.Aku terfikir tentang masa depan.Apakah aku punya masa depan yang cerah ? Meskipun aku sudah mengisi borang rayuan untuk matrikulasi dan universiti , namun aku takut.Takut aku tidak diterima juga.


Aku hampir bersangka buruk pada Allah.Aku sering kali terdetik , mengapa Allah berikan aku kegagalan , kesedihan ? Aku mahukan kejayaan , aku mahukan kegembiraan.Perlukah aku mendapat , merasai semua ini ? Aku tidak mahu.Aku menangis.Aku sedih.Aku menyesal.Aku akui bagaimana persediaan ku untuk SPM dulu.Teruk.






Ahh , sekurang - kurangnya berilah aku tawaran ke universiti.Aku tidak kisah jika mengambil diploma.Matrikulasi ? Mungkin susah sedikit memandangkan keputusan peperiksaan yang tidak berapa nak best.  ( =_= )


Masa berlalu. .Dan aku. .

Yes ! Akhirnya aku berjaya ke matrikulasi ! Kemasukan yang kedua.Tak kisah.Asalkan aku dapat tawaran.Alhamdulillah. .Aku menjadi pelajar matrikulasi untuk program setahun.Ayah risau denganku.Risau jika aku tidak dapat membawanya.Ayah fikir aku mendapat program 2 tahun.Yela , program setahun belajar agak susah.Orang kata memang kena betul - betul study.Erk ?






Best juga masuk matrikulasi.Bebas sikit.Tak adalah aku kena pakai tudung besar - besar macam mushroom tu lagi.Ahh , lega betul.Tak payah belajar bahasa arab lagi.Pening aku dibuatnya nanti.Fuhh , tak ada hal lah. . ( teruk kan ? )


Aku gembira.Dapat rakan - rakan sebilik yang memang sekepala denganku.Layan.Rakan - rakan sekelas pun sama.Best lah senang cerita.Semua masuk je.Siap pasang skandal lagi.Padahal dah ada pakwe kat luar.Ini yang baru.Pakwe lama dah kelash.Hohoo. .Masa cuti 4 bulan tu , aku memang ada banyak skandal.Konon hot sangat.Geli plak. .


Masuk semester kedua matrikulasi , masa - masa nak exam.Tengah study week , aku boleh pula pasang pakwe baru lagi.Aish , teruk.Kot ye pun ,
 lepas exam la kan ? Shida ouh shida. . .





Matrikulasi the end ! Tunggu tawaran universiti pula ! Lalalalalala ~~ Aku sangat berharap untuk memasuki Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ).Teramat mahu.Aku ingin mengambil kos ukur bahan.Aku banyak memohon untuk memasuki universiti tersebut.Best.Lagipun , dekat dengan rumah.Yang penting memang mohon kos - kos fizik.Semuanya fizik.


Ada 8 pilihan universiti.Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM ) terletak di nombor 7.Last - last punya.Kira yang saki - baki la.Seboleh - bolehnya tak mahu tapi tak tahu lagi nak pilih universiti mana.Tapi tak apa , sebab ada kos fizik.Boleh lahh. .Harap - harap tak dapat situ sebab nanti kena belajar arab lagi , kena pakai sopan- sopan pula. . ( x_x )




Kadang kala apa yang kita harapkan , apa yang kita inginkan tidak semestinya kita kecapi.Mungkin apa yang kita mahu hindarkan , yang kita mahu elakkan itu yang akan kita rasai.Siapa tahu ? Allah sudah tentukan segalanya.Apa yang diatur , terselit hikmah disebaliknya.Walaupun terkadang kita tidak meyukainya. .


Belajar untuk menerima takdir Allah.Redhalah dengan qada' qadarNya.Apa yang kita benci , kita bakal rasa.Apa yang kita sayang , kita bakal hilang. .  ;)






To be continued. . .


p/s : I'm gonna back home ! hey , don't be mad.Ada kendurilah kat kampung. .  :P





Jumaat, 27 Mei 2011

FitRah HidUp. . ( pArt 3 )



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. .


Assalamualaikum. .  :)

Apabila Allah memberi kejayaan pada hambanya , maka hamba itu perlu mengucap syukur dan ketahuilah bahawa setiap yang diberi Allah tidak akan kekal menjadi milik manusia.Mungkin ketika itu , kita berasa gembira dan teramatlah syukur pada Yang Esa akan tetapi kita harus berwaspada dengan musuh nyata yang tidak pernah jemu menyesatkan kita.




Siapa tahu pada saat kita berjaya , hati kita sudah pun dimasuki syaitan yang akan menjadikan kita terleka dan bangga dengan apa yang telah kita kecapi.Seterusnya lama - kelamaan kita berasa bahawa pada ujian atau apa - apa yang berlaku kelak , kita tidak perlu begitu bersusah payah kerana kejayaan itu milik kita.Dan berasa kejayaan itu pasti dalam genggaman kerana kita pernah merasainya.


Ya Allah , sama - sama kita berdoa supaya perasaan riak dan takbur tiada dalam diri kita.Meskipun , kita telah menjadi manusia yang berjaya.Ingatlah bahawa setiap yang diberi Allah adalah ujian buat kita.Tidak terlepas walau sesaat pun ujian Allah itu tanpa kita menyedarinya. .


* * * * *



Aku hanya remaja yang perlukan keseronokan dan kebebasan.Itu sudah pasti buatku.Aku akur dengan ayah.Mungkin dia ada sebab tersendiri untuk memastikan aku kekal disekolah itu.Aku memasuki kelas pertama ketika berada dalam tingkatan 4 atas keputusan PMR ku yang cemerlang.




Entah , aku berasa lain ketika itu.Aku tidak lagi nakal seperti sebelumnya.Maksudku , aku tidak lagi berkelakuan seperti aku di tingkatan 3.Mungkin kerana rakan - rakan seperjuanganku ramai yang berpindah ke sekolah lain , maka kenakalanku berkurangan.Hahaha..  :P


Aku meneruskan hidupku seperti biasa.Aku masih lagi berhubung dengan senior lelaki itu.Kami menjadi semakin rapat.Senior itu sudah pun habis sekolah memandangkan jarak umur kami 2 tahun.Aku masih membawa barang larangan ke sekolah.Sering berbalas mesej dengan senior itu.
Akhirnya , kami ber 'kapel' . .  ( =_= )




Rakan - rakan sekolahku mengetahuinya.Aku tidak pasti bagaimana mereka tahu sedangkan kami berdua berjanji mahu merahsiakannya.Selama kami berhubungan , aku tahu bahawa ramai yang tidak menyukainya.Entah , aku tidak tahu.Tetapi , aku amat terbeban dengan perkara itu.




Walaupun aku akan menghadapi peperiksaan SPM , aku masih tidak serius tentang itu.Guru - guruku mengharapkan kami untuk peperiksaan itu kerana kami pelajar kelas pertama.Bukan tidak mahu berharap pada pelajar lain  tetapi seboleh - bolehnya mereka berharap kami akan berjaya mengharumkan nama sekolah.Pada aku , aku tidak layak untuk harapan mereka.


Aku bukanlah seorang yang bersungguh - sungguh.Kadang kala , aku hanya tidur ketika kelas persediaan.Ngantuk.Aku lemah dalam subjek Matematik Tambahan.Subjek killer.Selalu mendapat keputusan gagal daripada aku di tingkatan 4.Lulus hanya beberapa kali sampai boleh dikira sebelah jari tangan sahaja. ( x_x )




Keputusan SPM ku biasa - biasa sahaja.Tidak terumum pun di pentas.Bukan pelajar cemerlang.Ibubapaku sedikit kecewa denganku.Aku juga begitu tetapi aku tahu aku tidak layak untuk cemerlang kerana aku sendiri tahu bagaimana usahaku untuk SPM.Okay , semua itu sudah berlalu , aku mengambil kembali handset ku yang dirampas ketika di tingkatan 4.Kantoi. .


Selama 4 bulan bersantai dirumah , menunggu keputusan matrikulasi atau pun universiti.Aku bekerja sementara dengan ibuku.Aku menjadi guru mengaji dikelas ibu.Hah , macam tak percaya budak teruk ni jadi ustazah ~ Entah , pada ibu , aku layak untuk mengajar Al - Quran.Aku memang agak malas untuk mengajar memandangkan itu satu pekerjaan yang berat bagiku.




Pada ku , duduk dirumah lagi berbaloi.Aku tahu jika aku tersalah ajar budak - budak kecil tu mengaji , berapa dosa yang aku akan dapat.Lagi - lagi ketika aku mengajar pelajar yang sudah pun membaca Al - Quran.Ada yang memanggilku cikgu dan ada yang memanggilku kakak.Tidak kisah la mana - mana pun.


Ayah memanggilku ustazah rock ! Haa , sedapnya panggil macam tu.Ayah ku tahu perangaiku , kelakuanku. .Amat kontra jika hendak dibandingkan dengan kelakuan sebenar seorang ustazah.Aku bukan mahu pun kerjaya ustazah ni.Aku tidak suka mengajar.Jika mengajar pakai baju kurung atau jubah , jika diluar 'seksi'.Ahh , dah aku macam tu , aku berkata pada ibu bahawa pada suatu hari , aku akan berubah.Hanya jika sudah tiba masanya. .




Pada saat gembira pasti ada duka.Pada saat mengecapi sesuatu pasti ada sebaliknya.Pada saat berjaya pasti ada gagalnya.Ya , aku bakal menghadapi saat -  saat itu. .




To be continued. .


p/s : haih , tak balik minggu ni. .belajar lah shida !  :P



Selasa, 24 Mei 2011

FitRah HidUp. . ( pArt 2 )



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. .

Assalamualaikum. .  :)

Ilmu agama yang tidak aku praktikkan dalam hidupku dulu amatlah ternilai sebenarnya.Aku tidak tahu apa sebabnya aku memohon untuk memasuki SMKA semasa aku berada dalam darjah  6.Mungkin kerana aku menganggap subjek - subjek agama mudah tambahan pula aku sering mendapat keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan ketika aku bersekolah agama dan pernah mendapat pelajar terbaik tahun 4 sekolah agama ( sekolah rendah darjah 6 masa ni.. )  :)
Selepas itu , aku mendapat tawaran SMKA. .




Pada mulanya aku berasa sedih memandangkan hanya aku seorang saja yang memasuki sekolah itu.Perasaanku tidak menentu , adakah aku patut disini ? Sering kali aku merayu kepada ayah dan ibu supaya aku dapat bersekolah di sekolah menengah biasa ketika aku dalam tingkatan 1 dan 2 tetapi hampa.Aku menangis.


Apabila berada di tingkatan 3 , aku tidak lagi menangis dan tidak lagi merayu kepada ibubapaku untuk keluar sekolah.Aku sudah berani bergaul dengan pelajar - pelajar lelaki kelasku.Sebelum ini kami diasingkan kelas antara lelaki dan perempuan.Masa itu lah , baru aku mengenali pelajar - pelajar lelaki.Bermula tahun itu , aku sudah berubah menjadi pelajar nakal.Aku sering ponteng kelas tambahan walaupun aku tahu aku akan menduduki PMR.




Kelakuan ku tidak serupa pelajar agama.Lengan baju kurung , aku lipat hingga hampir ke siku.Tudung sudah mula pendek.Barang larangan sudah berani bawa.Pada tahun itu juga aku mula berkawan dengan senior lelaki.Satu sekolah kenal dengan senior ini.Maklumlah , pelajar nakal sekolah.Aku juga macam tidak percaya bahawa aku berkawan dengannya. ( =_= )


Pada aku , ilmu agama yang aku pelajari hanya untuk peperiksaan.Asal lulus sudah.Tudung labuh pun sama.Hanya untuk peraturan sekolah.Ada hari - hari tertentu aku akan memakai tudung labuh.Jika hari itu kebiasaannya tiada sportcheck , so perlu ke nak pakai tudung labuh ? No. .
Lagi - lagi apabila hari itu hari balik kampung. .Lagi lah nak pendek tudungnya. .Entah , sebab tidak ikhlas untuk belajar disekolah itu atau sebab lain , aku langsung tidak terasa ilmu agama yang ustaz serta ustazah ajar.




Apabila dirumah , aku langsung tidak berpakaian seperti pelajar agama.Pakai baju seksi , yang langsung tak nampak yang aku ni budak sekolah menengah agama.Malu lah beb. .Memang nak jaga betul perkara tu.Ya , aku agak sosial.Keluar dengan kawan lelaki tengok wayang , makan - makan , jalan sebelah - sebelah.Masa tu belum kapel - kapel lagi.Ni la aku , budak tingkatan 3 yang nak ambil PMR.


Aku macam lelaki sikit masa ni.Tak suka perempuan - perempuan sangat.Ibu sendiri pernah cakap
yang aku ni macam lelaki.Yelah , aku anak perempuan pertama.Ada abang , ada adik lelaki bawah aku.Adik perempuan kecil lagi masa tu.So , aku selalu keluar dengan diorang and kawan - kawan diorang.Semua lelaki , ada juga perempuan tapi berapa kerat jela.Selalu keluar jalan , saja lepak - lepak time cuti sekolah.





PMR pun datang , aku memang tidak rasa yang aku akan mendapat keputusan cemerlang.Trial pun teruk.Impossible sangat la kan.Tapi entah lah , apabila diumumkan keputusan , aku mendapat keputusan cemerlang.Aik ? Apa pasal ? Aku sendiri tidak mengetahuinya. .Ayah pernah berjanji yang aku akan bersekolah di sekolah menengah biasa jika aku cemerlang dalam PMR dan teramatlah gembira menantikan saat aku akan keluar sekolah apabila memasuki tingkatan 4.


Lain yang diharap , lain pula yang datang.Kegembiraan hanya seketika cuma.Kekecewaan pula datang menjelma.Atas sebab apa entah , ayah menyuruh aku bersekolah disitu saja.Dia takut jika aku tidak mendapat kawan dan tidak biasa ketika berada dalam suasana baru.Betulkah begitu ? Aku hanya menuruti walaupun pada hakikatnya aku tidak suka.Sangat sedih.Sob , sob. .


Kita tidak tahu perkara yang akan datang.Hanya mengikut arus kehidupan yang sudah ditetapkan.Aku berada dalam zaman awal remaja.Nafsu menjadi permulaanku.Akal masih tidak terguna.Ilmu hanya pelengkap sebagai seorang pelajar.Aku hanya mahukan keseronokan dan kebebasan.Itu pasti. .




To be continued. .


p/s : seronok dapat sambut bezday daddy ! Agak - agak dapat balik tak this week ?  :P