Sabtu, 10 November 2012

GaRisAnMU


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. .

Ya Allah Ya Tuhanku , AllahuAkbar. .

Assalamualaikum. .



Berkali - kali cuba ku hampiri
Garisan penamat usaha merintang di depan mata
Bertali arus langkahku tak terus
Garisan kurasa kan halus tak bisa ku tembus


Pemisahnya cuma aku dan doa pada diri Mu
Antara putus asa , sia-sia atau terus mara membara


Ya Rabbi Ya bantulah hamba Mu
Ya Rabbi Ya luruskan hatiku
Ya Rabbi Ya ku pinta hidayah Mu meneruskan sisa usiaku
Ya Rabbi Ya hanya kepada Mu
Ya Rabbi Ya tempatku mengadu
Ya Rabbi Ya ku pinta rahmat Mu melimpahi kehidupanku


Hidup dan matiku
Semua hanyalah untuk Mu
Allah tuhan ku yang satu


Tajuk : GarisanMu
Artis : Izzat Mahadi


Apabila kita mengalami kesusahan atau hati kita dalam keadaan resah gelisah , Allah ada pengubatnya. Allah tersangat gembira apabila Dia melihat hamba - hambaNya merintih berdoa memohon padaNya. Allah tidak lupa pada kita tetapi kita yang kadang kala lupa padaNya. .

Astaghfirullah al Azim. .


Sebab itu muhasabah diri itu perlu dilakukan selalu agar kita sentiasa sedar apa kesalahan yang telah kita lakukan dan lakukanlah solat sunat taubat. .


Tidak kira berapa kali pun kita melakukannya tetapi yang penting dirikanlah solat sunat taubat. Sebelum pintu taubat tertutup untuk kita , segerakanlah. .


Mohon pada Allah supaya Dia memberikan kita jalan keluar daripada segala masalah dan memberikan kita jalan untuk mencari sumber kekuatan diri , hati dan iman.


Lapangkanlah dadamu daripada kekusutan dan lakukanlah zikrullah.

Dengan mengingati Allah , hati akan menjadi tenang.  ;)



Walkie - talkie : Keegoan membataskan segala perubahan.

p/s : alone tanpa roommate untuk sehari. eh , kawan sekolah dah kahwin ~ sweet !  >_<



Jumaat, 2 November 2012

OuR BesT EnEmY


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. . .

Ya Allah Ya Tuhanku AllahuAkbar. . .

Assalamualaikum. . .


Yahya bin Mu'az al-Razi berkata : " Syaitan itu pengganggu. Ia mempunyai banyak waktu untuk menjalankan perancangannya. Sedangkan manusia terlalu sibuk dan syaitan menyedari hakikat ini. Manusia tidak melihatnya dan lupa terhadapnya , namun syaitan sentiasa ingat. "


sumber : Solusi 49

Walkie - talkie : Jika kamu mempunyai musuh , jadilah teladan yang baik terhadapnya. Mudah - mudahan permusuhan itu menjadi perdamaian. .

p/s : aku masih awkward dengan dia. .  =_=

Rabu, 17 Oktober 2012

My HeaRt Is SicK !


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. . .

Ya Allah , Ya Tuhanku Allahuakbar. . .

Assalamualaikum. .

Alhamdulillah , Allah memberi kesempatan waktu untuk update blog yang sudah sekian lama tak update. Bersawang mungkin. .  ;)

Mungkin disebabkan semester 5 yang sudah sebulan berlalu memberi begitu banyak assignment dan pelbagai aktiviti lain. Tahun 3 katakan. .
Senior la sangat.   ;P

Dalam masa yang sudah berlalu , pelbagai peristiwa , kenangan dan mungkin masalah sekali timbul yang menyebabkan aku terfikir , "Apa yang sudah terjadi ?"

Aku maksudkan dengan apa yang sudah terjadi dengan suasana sekeliling ? Tak kira manusia ataupun benda bukan hidup. Sedih dengan tali ukhuwah yang terputus dan banyak perkara yang mengilukan hati.
 Sob , sob , sob. (banyak perkara tersirat yang perlu tersurat)  =_=


Yang paling sedih , apa yang sudah terjadi dengan diri aku sendiri ?
Seriously , aku merasakan ada kelainan dalam diri aku sehingga aku bersikap macam bukan aku. Mungkin sudah jauh daripada rahmat Allah. .

Astaghfirullah , inilah yang dikatakan hati aku sedang sakit yang hampir dengan mati. Nauzubillah , aku tidak mahu hati aku mati !

Hati yang sakit adalah hati yang sekejap mahu pada kebaikan dan sekejap mahu pada kemungkaran.

Hati yang mati adalah hati yang paling teruk kerana hatinya tidak lagi mahu langsung pada kebaikan.

Hati yang hidup adalah hati yang suci bersih yang hanya mahu pada kebaikan dan dekat pada Allah. .


Bagi hati yang mati , berdoa dan mintalah pada Allah hati yang baru supaya hati kita kembali hidup.

Bagi hati yang sakit , ubatilah hati itu dengan solat fardhu , membaca Al-Quran dan solat malam. InsyaAllah , hati yang sakit kembali hidup.  ;)


Alhamdulillah , Allah memberi jalan penyelesaian untuk masalah yang menimpa manusia.


Walkie - talkie : Alirkan air matamu itu kerana Allah. .

p/s : aku sedang merawat hati. .istiqamah !