Isnin, 4 Julai 2011

PedihnyA hAti oRang tUa mu. . .


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. . .


Assalamualaikum. .  :)
Kembali lagi kita dalam rancangan bersama Cik Rangkerz ! Oh yeah !  :P

Kali ni aku nak paparkan kisah sedih lagi menyayat hati.. (ececehhh..) Eh , betul la. Meh baca kisah kat bawah ni. Hanya sebagai iktibar , pengajaran dan harapnya kita semua sebagai anak , akan tidak melakukan perkara - perkara yang bisa menyedihkan hati orang tua kita. Hee. .  :)

* * * * *

Aku sudah bergelar ibu kepada 4 orang anak. Perasaanku menjadi seorang ibu memang tidak dapat digambarkan dengan kata - kata. Gembira ? Suka ? Syukur ? Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Suamiku seorang yang amat baik. Bekerja keras siang dan malam. Selalu berkorban demi keluarga tercinta. Aku akui , aku sedikit manja. Jika aku tidak dapat apa yang aku inginkan , terkadang aku merajuk. Bunyinya seperti budak kecil. Tetapi , aku semampunya mengubah kelakuan ku yang satu itu. Suamiku amat penyabar. Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan suami yang sebegitu untukku. .  :)








Perkahwinanku kini sudah hampir mencecah 24 tahun. Wah , aku sendiri tidak menyangka. Anak - anakku sudah semakin membesar. Terlalu banyak karenah yang terpaksa aku lalui sepanjang bergelar ibu. Maklumlah , anak - anak mencecah usia remaja , mereka kadang - kadang memberontak. Apa yang mereka mahu adalah keseronokan dan kebebasan. Sudah banyak kali aku nasihatkan mereka tetapi tidak semuanya masuk kepala. Alhamdulillah kedua - dua anak perempuanku tidak sebegitu. Hanya kedua - dua anak lelakiku berperangai nakal.










Anak sulungku perempuan. Kini dia belajar di salah sebuah universiti tempatan mengambil master. Kedua , anak lelaki , dia baru melepasi diploma tetapi dia tidak mahu belajar lagi. Katanya mahu bekerja. Ketiga anak perempuan , dia baru memasuki politeknik. Bongsu , anak lelaki , baru memasuki tingkatan 5. Alhamdulillah , walaupun ada diantara mereka yang kurang berpotensi dalam bidang akademik , tetapi mahir dalam bidang kemahiran.




Kadang kala kelakuan anak keduaku amat menghiris hati. . Aku akui , he is the black sheep of the family. Dari dahulu hingga kini , tidak pernah kurang masalah yang hadir sehinggakan aku tidak dapat menghadapinya seorang diri.








Saban sepertiga malam , aku melakukan solat tahajjud dan solat hajat.Aku pohon kepada Allah supaya keluargaku sentiasa bahagia , mengikut perintah agama dan diberi petunjuk oleh Allah. Aku mahu anak - anak lelaki ku menjadi insan yang berguna. Aku terlalu sedih melihat mereka. Berkawan dengan kawan - kawan yang aku lihat seperti tiada masa hadapan. Bergaul dengan perempuan free hair , pakaian tidak menutup aurat dan bahasa yang mereka pertuturkan amat kasar sebagai orang perempuan. Ibu mana yang tidak sedih ? Apakah aku kurang memberi didikan agama kepada mereka ? Apakah ini semua berpunca daripada diri aku sendiri ? Aku sering mengadu kepada suamiku. Aku tahu suamiku tertekan juga dengan mereka. Kasihan suamiku. Mencari nafkah , melayan anak - anak , mendengar masalah ku dengan anak - anak. .  ;(




Aku mengadu pada Allah. Hanya Dia yang dapat membantuku. Aku tahu bahawa semua ini dugaan yang datang dariNya untuk menguji diriku. Apakah aku terlalu lemah untuk ini ? Apakah aku tidak dapat menghadapi dugaan ini ? Apakah aku sudah tewas ? Dugaan yang datang tidak terhenti begitu saja. Apatah lagi yang melibatkan anak - anakku. Kesabaranku teruji , apakah aku harus berkeras dengan mereka atau apakah aku harus berlemah lembut pada mereka ?








Suamiku berbeza denganku. Dia kadang kala terlalu bertegas dengan anak-anak. Kadang kala tidak pula sehinggakan mereka terlebih dapat kemahuan yang mereka mahu. Entah , adakah aku dan suamiku mendidik anak - anak dengan baik ? Sempurna ?


Kadang kala persoalan itu sering berlegar - legar di fikiran. . .




Hinggalah pada suatu hari. .


Aku berasa hairan melihat anak lelakiku yang sudah bekerja itu. Kelakuannya amat menimbulkan tanda tanya. Biasanya dia akan meletakkan baju kotornya di mesin basuh dan hanya bertuala. Tetapi , dia bertuala dan memakai baju itu semula selepas keluar dari bilik air. Selepas masuk ke bilik , barulah dia akan menukar yang baru dan meletakkan baju yang kotor tadi di mesin basuh.




Bukan itu sahaja , dia tidak pernah memakai baju berlengan pendek di rumah. Sebelum ini dia tidak begitu. Tetapi aku hanya membiarkan. Selepas dia tinggal dirumah sewa , aku jarang berjumpa dengannya.








Aku amat merindui anakku yang satu itu. Bukan beerti aku tidak merindui anak - anakku yang lain tetapi anak lelakiku itu jarang menelefonku. Aku risau akan keadaannya , adakah dia makan atau tidak , aku risau. Suamiku hanya membiarkan. Dia mengatakan anakku itu berada dalam keadaan baik. Pandailah dia jaga diri. .  ( =_=)  Tetapi , aku tetap risau. .




Dalam suka , ada duka. Jika ada pelangi , ada pula mendung dan hujan. Ada panas , ada dingin.
Begitulah keadaanku apabila. .


Aku menitiskan air mata , menangis semahu - mahunya. Apakah aku kurang tegas dalam mendidik anak ? Apakah aku kurang memberi didikan agama sehingga anakku melakukan perkara yang dilarang agama ? 








Suamiku pernah berkata pada anak keduaku bahawa dia tidak payah pulang ke rumah jika dia tidak membetulkan dirinya. Aku tidak tahu apakah sebabnya tetapi aku memang mahu berjumpa dengannya. Apabila dia tiba di rumah , suamiku menyuruh dia membuka kemejanya. .


Ya Allah , aku amat terkejut ! Anakku mempunyai tatu di lengan. Bukannya kecil tatunya. Rupanya suamiku sudah tahu tetapi dia merahsiakannya kerana takut aku bersedih. Patutlah selama ini anakku itu berkelakuan pelik. Dia tidak mahu aku tahu yang dia mempunyai tatu. Aku tidak tahu pula bagaimana suamiku mendapat tahu. Aku hanya menangis. Teramat sedih , sakit , pedih rasanya. Teramat sangat. Astaghfirullah , apakah anakku itu sudah terpesong hidupnya ?










Suamiku menyuruh anakku itu membuang tatu. Bukannya benda mainan. Aku tahu itu amat sakit jika kita mahu membuangnya. Ya Allah , kenapalah anakku itu melakukan perkara yang dilarang ? Tatu adalah perkara yang mengubah ciptaan Allah. Berdosa hukumnya.




عَنْ عَبْدِ اللهِ قَالَ: لَعَنَ اللهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللهِ تَعَالَى، مَالِي لاَ أَلْعَنُ مَنْ لَعَنَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ فِي كِتَابِ اللهِ


Nas yang dijadikan sandaran bagi pengharaman tatu pertamanya daripada hadis Rasulullah SAW daripada Abdullah bin Umar: Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah. (riwayat al-Bukhari)




Kesemua larangan tersebut bukan hanya untuk perempuan tetapi kepada lelaki juga. Tidak ada yang terkecuali. Lagi sedih aku rasakan apabila dia mewarnakan rambutnya juga. Adakah anakku itu tidak tahu bahawa mewarnakan rambut juga haram ? Tidak sah solatnya. Adakah anakku meninggalkan solat ? Meninggalkan puasa ? Ya Allah , beratnya beban yang perlu aku hadapi. . .








Aku menelefon anak sulungku. Aku menceritakan apa yang berlaku pada hari itu. Aku sekadar mahu berkongsi dan meluahkan perasaan. Tidak tahu pada siapa aku ingin lepaskan sedikit beban. 
Aku bimbang juga jika anak sulungku itu sibuk , tetapi mujurlah dia sedang berehat. Aku tahu dia juga sedang menangis sepertiku tetapi dia sedang menyembunyikannya. Dia hanya mendengar dan mengiyakan. Terkejut mungkin. Suaranya lemah dan berbeza dari awal perbualan. Aku juga menelefon anak perempuanku yang berada di politeknik. Aku memberi nasihat padanya agar dia tidak melakukan perkara yang dilarang agama. Aku bimbang memandangkan dia berada di tengah bandar. Sosial berleluasa. Tidak lupa juga pada anak bongsuku. Aku tidak mahu anak lelakiku yang bongsu ini menjadi seperti abangnya. 




Ya Allah , aku benar - benar mahu anakku itu berubah menjadi insan dan hamba yang mengikut perintahMu. Bukakanlah pintu hatinya untuk berubah dan kembali ke pangkal jalan. Berilah dia petunjuk dan hidayahMu Ya Allah. . Bantulah dia Ya Allah. .








Inilah ujian , dugaan yang perlu dihadapi olehku apatah lagi semua ini benar - benar menyentap perasaanku sebagai ibu yang bekerja sebagai seorang ustazah. . .






* * * * *


 Sama - sama kita jadikan sebagai pedoman dan sebenarnya itu lumrah kehidupan. Memang ada diantara ibubapa yang agamanya cukup baik tetapi anak - anak mereka belum tentu seperti mereka. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang tahu hikmah disebaliknya. 


Iman tidak boleh di warisi , iman tidak boleh dijual beli. The end.  :)


Sehingga bertemu lagi pada hari yang lain dan waktu yang lain. Cik Rangkerz dah penat menaip ni. Akhir kata , TINGKATKAN PAHALA , KURANGKAN DOSA ~  :)
Wassalam



p/s : group elsp aku dapat tempat kedua. Hehe. Tapi , alsp tak menang. . Tak apalah , asalkan dapat pengalaman kan. Haa ! Selasa dan rabu exam ! Wish me luck and after that balik rumah for the next 2 month ! Weeee ~~~  :)

Jumaat, 24 Jun 2011

IbUbApA mAhUkAn yAng tErbAik uNtUk aNak mErEka


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. .

Assalamualaikum. .  :)
Kabare semua ? Sihat ? Hee , dah lama tak update belog. Kebelakangan ni bole la dikatakan macam tak ada masa nak meng 'update'. Walaupun , selalu je menjengah belog tapi kejap - kejap je. Nak lepas rindu , haha. Or just blogwalking , baca - baca post orang.


Last week balik rumah , kat rumah tu berdua je dengan ibu. Ayah pergi Melaka pagi sabtu , still kerja. Petang sabtu baru balik JB. Pada hal hari Jumaat petang balik JB dengan aku. Hee , teruk betul aku ni. . Ayah pergi ambil aku kat U petang Jumaat tu , dia kat Nilai dan sepatutnya ada kat Melaka. Aku la ni , nak sangat balik rumah. Ala , dah lama tak balik rumah. Ececehh , poyo la ! Selalu je kot balik ! Korang semua dilarang tiru aksi aku ni. Tak bagus untuk korang. .  :P
Ayah kata dia tak sampai hati kat aku. . Hee , manja betul aku ni ea ?




Petang Sabtu tu , aku dengan ibu pergi pasar malam. Jalan - jalan beli makanan. Saja je tengok - tengok apa yang best. Ibu apa lagi , kerja dia tengok baju , tengok tudung , tengok apa yang patut. Biasa la tu. Akhirnya , dapat la dia beli baju baru. .  (=_=)


Aku tengokkan saja. . Nak juga beli tapi fiki - fikir tak apa la. Nanti - nanti je kot. Jalan punya jalan punya jalan , terserempak dengan seorang budak perempuan ni. Comel je , sopan. Dia salam dengan ibu. Rupanya dia pelajar kelas fardhu ain ibu. Ouh , oke. Mak budak tu tengah beli sayur , mak dia tak perasan pun. So aku dengan ibu meneruskan perjalanan. Beli itu , beli ini. Dah rasa cam banyak je beli , so kami pun nak balik.


Dalam ond the way nak pergi kat kereta  , terserempak dengan budak perempuan tadi dengan mak dia sekali. Ibu pun tegur mak dia. Mak budak tu pun salam - salam dengan ibu. Berbual - bual. 










" Terima kasih la ustazah sebab dah ajar anak saya. Saya berterima kasih sangat kat ustazah. . Dia dapat pelajar cemerlang kat sekolah agama. Dulu dapat nombor 3 , sekarang dapat nombor 1. Terima kasih la ustazah. Sekolah kebangsaan pun dia okey juga. Subjek agama dia bagus , subjek - subjek lain pun bagus. Terima kasih la ustazah. . "

" Terima kasih ustazah. Saya ni tak dapat nak ajar dia agama. . "


Aku tengok diorang , sedihnya. Serius , aku dah nak keluar air mata. Nasib la tak tertumpah keluar dari mata. Aish , nanti malu je. Pelik nanti orang tengok aku tetiba nak nangis.  T_T


Budak perempuan tu sopan , pakai tudung. Baru darjah berapa ea ? Aku pun tak ingat , tak salah aku , dia darjah 2 kot. Or darjah 4. Kecil je budaknya. Dia dulu pelajar fardhu ain ibu masa tahun 2009. Ibu lupa nama budak tu. Haha. . 


Mak budak tu orang Sabah. Dia free hair. Tengok pakaian mak dia , pakai T-shirt lengan pendek dengan seluar bawah lutut. Berjalan berdua dengan anak dia. Ada seorang je anak , budak perempuan tadi tu.


" Belajar betul - betul ea. Tolong mak awak ni. Awak seorang je anak dia. Kesian mak awak ni haa , jalan bawa awak kat pasar malam ni. Beli makanan yang awak nak. . "








Ibu aku bagi budak tu 5 ringgit. Hadiah untuk dia , dapat keputusan cemerlang. Diorang bukan orang senang. Diorang pergi pasar tu pun , naik basikal. Haish , aku rasa macam tengok dalam cerita je haa. Sedih sangat. 


Alhamdulillah , budak perempuan tu bagus , baik. Cenderung ke arah keagamaan , dapat la dia ajar mak dia nanti kan. InsyaAllah . Yela , mak dia sendiri kata dia tak dapat nak ajar anak dia bab - bab agama. Dengan harapan , anak dia dapat menjadi orang yang baik , belajar agama dan tak akan jadi macam diri dia. Sebab tu dia hantar anak dia kelas fardhu ain. Belajar solat , belajar tauhid , akhlak , sirah , Al - Quran , belajar ibadat , belajar bahasa Arab dan lain - lain lagi.


Itulah dia sebenarnya ibubapa kita. Mereka mahukan hanya yang terbaik untuk anak - anak mereka. Mereka tak akan biarkan kita terkontang kanting dalam kesusahan , tak akan biarkan kita hanyut. . Ibubapa kita mahukan kesenangan untuk kita. Nak lihat kebahagiaan anak - anak. Nak kita tahu apa itu agama Islam , yang sepatutnya buat kita. Ada ke ibubapa nak tengok anak - anak masuk neraka ?  :)




Ibubapa kita nak lihat kita menjadi manusia berguna. Mereka tak nak lihat kita jadi jahat , buat kerja tak baik. Tapi kita buat apa untuk diorang ? Selalu je buat diorang sedih , buat kerja tak baik , tak nak berikan kebahagiaan untuk diorang , langsung tak ada pembalasan untuk ibubapa kita.  ;(
Lagi - lagi anak - anak yang mengabaikan agama sedangkan ibubapa bersusah payah mendidik kita , kenalkan kita dengan agama Islam. Tak kiralah ibubapa kita tak mampu ajar kita , hantar kita belajar agama.


Ibubapa kita mahukan yang terbaik untuk kita. .  ;)


Oleh itu . kita sebagai anak . perlu membalas jasa ibubapa. Walaupun sebenarnya , kita takkan dapat membalas jasa ibubapa kerana terlalu banyak dan tanpa sedar kita tak tahu berapa banyak yang mereka dah lakukan untuk kita. 







Apa yang kita dah lakukan untuk ibubapa kita ? Sama - sama kita tanya diri sendiri. Apakah kita dah lakukan yang terbaik untuk ibubapa kita ? Apakah kita pernah lakukan perkara yang mereka tak suka ? Apakah kita pernah menyakitkan hati dan perasaan mereka ? Apakah kita pernah membahagiakan mereka ? Apakah kita pernah buat mereka menangis sebab kesalahan yang kita buat ? Apakah kita sayang pada mereka sebenarnya ? Apakah pernah kita abaikan ibubapa dan lebihkan kawan - kawan kita ? 


APAKAH PERNAH KITA ABAIKAN TUGAS KITA SEBAGAI ANAK ?


Aku pun sebenarnya mengingatkan diri sendiri. Aku akui aku memang banyak susahkan ayah dengan ibu. Lagi - lagi ayah aku. Aish , aku kena kurangkan kemanjaan aku. Bila nak matang entah. Aku nak itu , nak ini , semuanya diorang bagi yang penting diorang nak aku belajar sungguh - sungguh. Tapi kadang - kadang aku abaikan. Sebab kemalasan yang melampau.


Astaghfirullah , apakah kita mendapat keredhaan ibubapa ?


Allah takkan meredhai kita selagi ibubapa tak meredhai kita. .








Sayangilah ibubapa kita sebagaimana diorang sayang kat kita. .   :)



p/s : semalam anniversary ayah dengan ibu yang ke 22 tahun !  :D

Khamis, 16 Jun 2011

FitRah HidUp. . ( FinaL pArt )


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. . .


Assalamualaikum semua ! How's going today ?  :)
Jangan pelik pula tengok aku tetiba macam happy je kan hari ni. .Yeke pelik ? Entah.Mungkin sebab tak ada kerja sangat kot.Hari ni da hantar assignment MyLine , Alsp pun just tinggal video je and. .ooops ! Arab still ada kerja kat MyLms ! But it's okay.Just do it and video drama english pun ada lagi beberapa shooting.Aku sebagai camerawoman yang tidak berpengalaman , perlu hadir untuk merakam scene.Maaflah kalau video drama tu tak canteekk sangat angle.Hohooo. . .  :P


Apa yang korang semua rasa disaat melihat sahabat - sahabat yang korang kenali atau mungkin saudara mara atau mungkin orang yang korang kenal tu macam bukan orang yang korang kenal sebelum ni ? Hah ? Bunyi macam sengal je kan. . .Haha.




Ataupun diri korang sendiri yang lain dari sebelum ni.Perubahan tu normal.Perubahan tu memang akan berlaku.Perubahan dari segi tingkah laku , minat , aktiviti , pakaian , pendirian , cara belajar dan banyak sudut lagi.Kadang - kadang kita sendiri rasa macam nak berubah tapi disebabkan sesuatu , kita still macam dulu.Pernah tak korang rasa macam tu ?




 Kadang - kadang kita memang terfikir nak berubah , tak kira lah berubah untuk jadi cemerlang dalam pelajaran ke , berubah sikap ke , berubah minat ke , berubah untuk jadi seorang yang pandai masak ke atau berubah nak hidup lebih elok.Tapi still kita tak berganjak langsung.We still at the same path , same way , same style , same person and sometimes we even getting worse.Yang worse tu lah yang kita tak nak.Better berubah yang lebih positive dan bukan negative.



Pernah tak korang melalui perubahan dalam hidup ? Tak kira lah perubahan yang sedikit atau sebaliknya tapi yang penting perubahan yang baik , positif dan bermanfaat untuk diri korang.  :)

* * * * *

Apabila tiba semester dua , aku bertemu kembali kawan - kawan , bertemu kembali ke alam menuntut ilmu dan bertemu kembali tempat belajar yang mungkin akan menyepak aku keluar dari situ atau mungkin mengekalkan aku untuk belajar lagi kat situ.Sebab ? Keputusan peperiksaan semester lepas keluar masa awal semester dua.So , sekarang ni fikir kena tendang or kekal.


Fortunately , I am still here.Thanks God , I didn't believe it because I thought I was not that good in examination.Okay , I really happy for that.




Sebenarnya , dari akhir semester satu lagi aku ada menyimpan satu hasrat ni.Tapi aku tak laksanakan pun lagi hasrat tu sampai naik semester dua.Aku mahu tapi tak yakin aku mampu ke tak.  (=_=)


Sebenarnya , dalam diam aku menyimpan hasrat untuk berubah.Aku sendiri tak tahu apa sebabnya.Adakah aku hanya mengikut kata hati ? Adakah ini benar - benar keinginan aku ? Atau keinginan ini hanya sementara dan berubah kembali ? Aku tidak tahu.Aku melihat kawan - kawan yang dulunya tidak seperti sekarang.Sekarang , diorang menjadi insan baru yang lebih baik , mementingkan soal agama , berlainan tingkah laku dan semua itu menarik aku.




Aku terfikir bagaimana diorang berubah sebegitu.Aku akui aku amat kagum terhadap diorang.Apabila aku melihat diri sendiri , aku malu.Aku ni bekas pelajar sekolah agama tapi attitude aku terbalik.Behaviour aku entah ke mana nak dibandingkan diorang yang bukan pelajar sekolah agama tapi attitude , behaviour lagi baik.Kenapa ? Apa kena dengan aku ? Nak dibandingkan ilmu agama , aku jauh lebih banyak tapi diorang lagi better.Kenapa ? Macam mana diorang boleh berubah tapi aku tak ?


Bila aku balik rumah , aku try tudung lerang 60 depan cermin.Ibu yang punya.Aku pusing sana , pusing sini.Buruk. . .Buruk betul aku pakai.Macam tak kena je.Haihh. .   T_T

Betul ke aku nak berubah ni ? Tak ada keyakinan langsung.Hati masih berbelah bagi.





" Sayang pula kalau aku berubah.Nanti dah tak boleh pakai macam selalu.Kena sopan - sopan je baju. . "

" Nanti orang fikir apa pula.Mesti diorang pelik tengok aku tetiba je nak pakai tudung labuh , pakai sopan - sopan. . "

" Nanti orang cakap apa pula.Malu la aku.Agak - agak orang cakap pasal aku tak ? Nanti diorang fikir aku bajet baik.Ish , betul ke ni ? "

Aku punya fikir , punya fikir , punya fikir. . .akhirnya aku mengambil keputusan untuk berubah.Lama - lama aku rasa aku nak juga berubah.Bukan sebab kawan , bukan sebab persekitaran , bukan sebab parents , bukan sebab universiti yang aku masuk tapi sebab aku sendiri nak berubah.




Hati aku yang dulunya ego lama - kelamaan runtuh juga.Aku sendiri yang bencikan kebaikan , aku sendiri yang tak nak jadi baik , aku sendiri yang kata yang aku nak jadi diri sendiri.Aku sendiri tak tahu kenapa.Kadang - kadang aku fikir , Allah dah bagi hidayah ke kat aku ? Or sebab hati aku kata macam tu ?


 Aku sangat berterima kasih pada Allah sebab dah buka hati aku.Buka hati untuk menerima yang baik dan menolak yang buruk.Walaupun kadang - kadang kita tersasar tapi still. .Allah jaga kita.
Aku pun tak sangka dengan apa yang aku dah buat.Aku berdoa agar Allah tak tarik balik apa yang Dia turunkan kat aku.Aku tak nak hati aku tertutup balik dengan kejahatan , kemungkaran dan kesesatan yang selama ni kaburi aku.




Memang pada mula , aku malu nak bertudung labuh.Tapi aku ketepikan kata orang.I didn't care what they have said about me.Aku nak yang terbaik untuk aku.Aku yang selama ni tak amalkan ilmu agama yang aku ada.Malu sangat.Itu semestinya timbul rasa malu.Aku mesti malu kena pada tempat.Tak kan nak mulakan perubahan aku nak malu kan ? Sokongan hanya minta pada Allah.Dia sahaja yang aku minta sokongan dan kekuatan ketika itu.


Aku akui memang ramai yang terkejut tapi aku hanya diamkan diri.Ahli keluarga aku pun sama terkejut.Aku beranikan diri dan lagi sekali aku ketepikan malu dan apa yang akan diorang perkatakan tentang aku.  :)




" Ibu , angah tahu apa yang angah buat.Angah akan berubah suatu hari nanti.Just tunggu masa je.Jangan risau. . "

" Nanti budak - budak ngaji tu tengok kau macam ni , diorang panggil kau ustazah rock.Anak ustazah lagi haa.Angah , angah. . "


Hee , aku ingat lagi kata - kata tu.Masa tu aku mengajar mengaji kat kelas ibu.Hmm , ustazah rock.Kawan - kawan aku pun gelakkan aku je masa tu.Tak boleh blah budak macam aku ajar orang ngaji.Bila kawan - kawan tanya kerja apa masa tunggu result SPM ? Ha ? Kau jadi ustazah ke ? Wah , lawak je. .  (x_x)


Terkadang aku rasa rindu diri aku yang dulu.Rasa rindu kat baju - baju aku yang aku beli berplastik - plastik.Rasa rindu kat selendang - selendang pendek.Rasa rindu pada keadaan dulu.
Rasa rindu kat diri aku yang up to date dengan fesyen.




Astaghfirullah. . .Ya Allah , kuatkanlah aku.Berilah aku kekuatan untuk kekal di jalan Mu.Berilah aku ketabahan , berilah aku petunjuk dan hidayah Mu.Kuatkan hatiku.Kuatkan hatiku. . .
Bantulah aku , bimbinglah aku untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. .
Jangan Kau ambil kembali sinar yang Kau beri padaku Ya Allah. . .   ;)

* * * * *

Begitulah kisah hidup yang dahulunya tersasar akan tetapi akhirnya dia sedar apa yang telah dia lakukan.Meskipun insan itu masih baru , tapi banyak lagi kelemahan , kekurangan yang perlu dibaiki dan ditambah.Bukan bererti dia berubah baik , maka segalanya baik.Tingkah laku , percakapan , akhlak insan itu masih banyak kekurangan.Kadang kala tersasar , kadang kala perlu bimbingan.Dia masih mencari ilmu. .Dia masih tidak tetap hatinya. .Kadang kala hatinya lemah , kosong dan berharap hatinya selalu mengingati Allah. .


Banyak lagi yang aku nak taip - taip tapi insyaAllah dalam entry akan datang aku huraikan tentang lebih dalam. ( ececehh , hurai ? rasa poyo lak. . ) 

So , aku berharap korang akan ambil apa yang bermanfaat dari pe'naipan' aku ni dan yang sebelum - sebelumnya.Tujuan hanya untuk kebaikan dan hopefully aku dan korang akan menjadi insan yang lebih , lebih , lebih baik ! InsyaAllah. .  :)



p/s : aku nak balik , nak balik , nak balik rumah. .Ayah ! ambil angah kat sini !  :P