Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. . .
Assalamualaikum.. . .
Ada ketika kita berada di ambang kesulitan , apabila musibah dan kesusahan berlaku. Dan pada ketika itu mungkin kita terlepas bicara , tersalah bicara tentang apa yang berlaku. Tanpa kita sedari , mungkin kita banyak kali MENGELUH itu dan ini. Ditambah pula dengan kemarahan yang berada ditahap kemuncak , apa yang dikeluarkan oleh bibir iaitu kata - kata yang berbaur kekesalan , geram , sedih dan serba tak kena mungkin wujud. Pada waktu itu , kita tidak fikir tentang perkara lain sehingga kita terlepas pandang , kita terlupa sebenarnya ada cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Dimana kita letakkan ILMU yang ada ? Dimana kita letakkan IMAN ? Dimana kita letakkan KESABARAN ? Dimana kita letakkan KEKUATAN DIRI ? Dimana kita letakkan SYARIAT dan PEGANGAN iaitu agama Islam ? Dimana kita letakan ALLAH TAALA ? Astaghfirullah. . Ya Allah , apakah selama ini aku hanyalah hamba yang sia - sia ?
Itulah sebenarnya yang selalu berlaku. Jika kita telah berada dalam keadaan tenang , barulah kita akan terfikir tentang apa yang berlaku dan apa yang telah kita lakukan. Ketika itu , barulah kita sedar bahawa kita telah melakukan kesalahan , kesilapan yang memalukan diri sendiri dan yang tidak disedari iaitu jika kita ada menyakitkan hati manusia. Apatah lagi pada Allah. Malu pada Allah. Malu kerana kita tidak ingat Dia. Bukan hanya insan - insan diluar sana malah diri ini juga melakukan perkara yang sedemikian.
Maafkan diri ini kerana diri ini masih lemah dan masih meneruskan kesilapan yang sama. Apa yang ingin dikongsi adalah sebagai peringatan sesama kita. :)
Allah punya segalanya. Kadang kala apa yang kita harapkan , apa yang kita rancangkan , apa yang kita lakukan tidak menjadi hasil yang kita mahu , Allah lah yang mengetahui sebabnya. Itu bukanlah kosong , bukanlah sia - sia. Allah mahu kita berfikir apa yang tersirat dan bukan hanya yang tersurat. Kita lihat yang tersurat itu pedih tetapi yang tersirat itu penawarnya. Kita tidak akan tahu apa penawarnya sehingga kita sendiri pergi membongkar , mencari dan berfikir. Hikmah itu ada di sebalik setiap kejadian , dan di sebalik setiap ujian mahupun dugaan.
Bagaimana pula dengan sabar ? Bukankah itu perkara utama yang harus dikuatkan ketika menghadapi kesusahan ? Jika kesabaran kita lemah , apa yang bakal berlaku ? Kesabaran itu benteng kepada kemarahan. Kesabaran yang menipis menyebabkan berlakunya permulaan kepada kemarahan. Jika tiada lagi sabar , maka kemarahan merajai keadaan. Kesabaran itu perlu di didik , di terapkan dalam diri setiap insan. Cubalah untuk mengawal kemarahan. Pentingnya sabar dalam kehidupan , bahayanya marah dalam kehidupan.
Kawan kepada marah itu sentiasa berada dimana - mana. Pencetus kemarahan itu sentiasa bersedia menjirus api - api kemarahan. Siapa ?
SYAITAN. :)
Setiap insan itu melakukan kesalahan , melakukan dosa tetapi Allah tetap memaafkan setiap kesalahan itu walaupun kesalahan itu dilakukan berkali - kali. Apakah sebabnya ? Kenapa Allah melakukan ynag sedemikian ? Allah itu Maha Penyayang , Maha Pengampun dan Maha Pengasih. Pintu taubat itu sentiasa terbuka untuk kita kecuali ketika kita berada diambang MAUT. :)
Ingatlah bahaya kesalahan yang kita lakukan dengan Allah , pasti Allah ampunkan TETAPI tidak mudah untuk manusia. Kesalahan atau dosa ynag kita lakukan pada manusia tidak semudah yang kita sangkakan. Kemaafan yang kita harapkan daripada manusia bukan seperti membeli barang di kedai runcit. Walaupun kita meminta maaf sebanyak mana , belum tentu manusia akan maafkan kesalahan kita itu dengan sekhlas hati. Sebab itu , kita diingatkan untuk menjaga HUBUNGAN SESAMA MANUSIA.
Tetapi sebagai hamba Allah , seharusnya kita memaafkan insan yang pernah melakukan kesalahan yang mungkin pada kita , amatlah menyakitkan hati , menghiris hati mahupun makan hati. :)
Amatlah baik jika kita menjadi seorang yang pemaaf meskipun mengambil masa untuk memaafkan kerana apabila kita melakukan sedemikian , hati akan menjadi tenang. :)
Bukankah elok jika kita tingkatkan orang kita sayang dan kurangkan orang yng kita benci ?
Konklusi tentang apa yang cuba disampaikan adalah aplikasi ilmu dalam kehidupan seharian. Tidak kira ilmu yang dipelajari , kita seharusnya amalkan dalam kehidupan. (except for bad knowledge ! )
Lagi - lagi ilmu agama. Mungkin kita terlupa , tapi cuba untuk ingat kembali. Apabila kita selalu aplikasi , selalu amalkan jadi kita akan bertambah ingat pada ilmu itu. Amatlah penting untuk kita meneruskan kehidupan dunia yang bakal berakhir untuk kita mencari KEREDHAAN Allah bagi meneruskan kehidupan akhirat yang bakal bermula kelak. :)

Walkie - talkie : kerjasama dan persefahaman dalam kumpulan itu penting bagi memudahkan kerja ynag dilakukan.
p/s : hidung bocor ~ srott , srott , srott. . . (x_x)