Ahad, 15 November 2015

I Know That Feeling


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum


Pengalaman mengajar seseorang untuk menjadi lebih matang, lebih berhati-hati dan kadang kala menyedarkan seseorang. Hmm menyedarkan seseorang ? Ya, dia akan tahu erti sebenar kehidupan. Tersedar daripada lamunan yang fantasi kepada realiti. Sungguh pahit untuk ditelan tetapi itulah kebenaran. Kesakitan yang kita akan rasai dan berharap kesakitan itu akan bertukar kepada kebahagiaan kelak.


Aku tahu di saat aku gembira pasti ada duka. Menanti waktu kedukaan itu datang dan akhirnya aku rasa. Allah Maha Adil. Cuma aku belum mempersiapkan diri untuk itu dan kita tidak akan pernah untuk siap kerana kita tidak tahu bila. Tak kan pernah tahu.


Jika kita tidak diuji, apakah kita termasuk dalam golongan yang beriman ? Setiap hambaNya pasti akan diuji dan sayangnya Allah pada kita terpancar menerusi ujianNya itu. Allah menguji kita dengan ujian yang boleh kita harungi. Kekuatan yang kita mampu bina bersamaan dengan ujian yang kita tempuhi. Bukankah Allah itu Maha Adil ?


Hati. Aku rasa aku perlu bersihkan hati. Aku dapat merasakan hati ini tidak sebersih dulu. Aku dapat rasakan hati ini dahagakan sesuatu yang dapat menjadikannya kembali seperti dulu. Kadang kala aku lebih terjurus kepada perkara-perkara yang lagha. Ya Allah, aku perlu kembali. Aku perlu pertahankan hidayah yang Engkau beri dulu. Aku tidak mahu Engkau menariknya kembali.


Jaga diri
Jaga hati
Jaga iman


Walkie - talkie: Allah akan bantu apabila kita berusaha untuk membantu diri sendiri. Cuba untuk bangun kembali. InsyaAllah Allah pasti akan bantu :)


p/s: tak sangka aku dah sem3 master, masih pemalas macam dulu

Ahad, 28 September 2014

Si SeMuT


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Ya Allah, Ya Tuhanku, Allahu Akbar

Assalamualaikum

Alhamdulillah, setelah sekian lamanya tidak meng'update' blog, akhirnya hari ini diberi kesempatan olehNya :)

Saya tak tahu nak mula dari mana. Idea tak ada. Eh, bukan tak ada tapi tak tahu nak berkongsi cerita yang mana satu pada korang. Banyak sangat. Yelah, dah lama sangat tak update :P

Hmm, okay sekarang saya nak bagi tahu pada korang yang saya sudah pun habis belajar. Hee. Degree. Tunggu nak konvo je ni. InsyaAllah pertengahan bulan November nanti :))

Lepas tu kan, sekarang saya sambung belajar peringkat sarjana a.k.a master. Hihi. Malu rasa. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki pada saya untuk sambung belajar di UTM. Ulang alik dari rumah tapi sebenarnya belum rasmi jadi student UTM sebab saya menunggu transkrip yang dihantar USIM.

Dalam minggu ni baru selesaikan online application. InsyaAllah lagi 2,3 minggu dapat offer letter kot. Hihi. Tak sangka saya akan ambil master (research). Ilmu tak lah dalam sangat nak ambil research tapi apa-apa pun itulah yang Allah sudah susun atur untuk saya. Bersyukur dengan semua nikmatNya.

Rasanya itu je kot untuk permulaan. InsyaAllah, lepas ni korang akan bosan melihat saya asyik update je ~ :P:P

Walkie-talkie: Masing-masing ada rezeki yang Allah dah aturkan. InsyaAllah, yakin padaNya.

p/s: masih blurr dan masih malu-malu macam kucing. haha

Selasa, 14 Januari 2014

HisToRy


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Ya Allah Ya Tuhanku AllahuAkbar...

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Terima kasih Allah. :)


Semester 7 telah berakhir. Kini hanya menunggu masa untuk ke latihan industri (LI). Tapi tempat praktikal belum ditemui. Hihi. Ada tempat untuk pergi tapi belum rasmi lagi sebab belum bagi surat kat tempat praktikal tu.

Apa pun, rasa sekejap je 4 tahun kat USIM. Rasa sekejap je kenal kawan-kawan USIM. Touching ~
Everything has changed when time goes by.

Ehemm, nak cerita la sedikit sebanyak latar belakang atau sejarah la kan, macam mana tertubuhnya blog saya ni. Cehh :D


Sebenarnya, masa mula-mula buat blog ni, tak tahu sangat motif utama kenapa la nak blog blog bagai. Mula kenal blog dari kawan sekolah merangkap senior. Umur 18 tahun. 2009. Tapi lepas sambung belajar kat KMNS, lupa terus kat blog dan hampir setahun lepas tu baru tersedar sebenarnya saya ada blog ! OTK !


Kemudian, saya mengemas kini apa-apa yang patut. Update pasal kehidupan di matrikulasi ~ Cewahh. Perasaan yang sangat teruja dan gembira masa saya di matrikulasi. Entah kenapa, tapi itulah. Haha. Masih tak ada sebab kukuh kenapa saya berblog, mungkin suka-suka je. Nak kata hobi pun bukan.


Tibalah saya di USIM. 2010. 19 tahun. Update tentang kawan-kawan kelas Applied Physics 2. Kenapa '2' ? Sebab pecah 2 kelas. Satu kelas 18 orang. Update juga tentang kawan-kawan matrikulasi yang sudah pun masuk pelbagai universiti. Agak sedih, eh sedih sangat sebenarnya bila ramai yang masuk UTM. Perasaan tidak puas hati tiba ~


Teruskan juga kehidupan sebagai pelajar USIM. Cuba untuk menerima qada' dan qadar Allah Taala. Nakal sangat. Hee. Sekarang pun ~


Masuk semester 2, Allah membuka pintu hati saya. Saya bersyukur Allah letakkan saya kat USIM. :)
Lebih kurang sebulan selepas mula semester 2, saya ada sebab utama kenapa saya perlu teruskan blog, apa niat saya untuk berblog.


Kerana Allah Taala.
Kerana ingin menyebarkan Islam.
Kerana ingin mengingatkan diri sendiri.
Kerana sayang kepada ummah.


Saya tak kisah tak ada follower, saya tak kisah kalau ada yang tak terbaca. Apa yang penting, saya kongsikan apa yang ingin saya kongsi. InsyaAllah, mungkin ada yang terbaca dengan izin Allah Taala.


Saya gembira jika saya dapat gembirakan orang lain, dapat berkongsi ilmu, dapat berkongsi cerita dan yang penting saya harap saya dapat beri kebaikan pada orang lain.

InsyaAllah, moga Allah Taala redha.


Kalau kalian perasan, saya ni kadang-kadang suka berpuisi. Haha. Nak kata puisi tu macam poyo, tapi lebih kurang macam saya suka buat ayat tersirat dari tersurat. Kata-kata yang tak mudah orang fahami (walaupun senang kot nak faham), berputar belit dan tak terus terang.


Saya pun tak tahu kenapa dan tak tahu bila saya ada minat macam tu. Saya dapat daripada ibu kot. Hmm, ibu pun macam saya juga. Kadang-kadang ayat dia puitis-puitis, berbunga-bunga. Haha. Kalau ayah, terus terang je. Less romantic la kononnya.


Hee, sekian cerita yang ingin saya kongsi untuk kalian. InsyaAllah, lepas ni mungkin saya ada masa untuk update blog dengan lebih kerap. Mungkin lepas ni, cerita-cerita tentang LI ~ hihi

Jaga diri
Jaga hati
Jaga iman

Walkie - talkie: Allah Taala sayang kamu.

p/s: hard bound la shida ~