Ahad, 22 September 2013

LeLaKi Itu


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. . .

Ya Allah Ya Tuhanku AllahuAkbar. . .

Assalamualaikum. . .



Suatu ketika dulu , aku pernah berjanji pada diri. .bahawa aku tidak akan jatuh cinta pada insan yang bergelar wanita.
 Ya , aku tahu. Dugaan itu diberi Allah pada hamba - hambaNya. 
Dan aku kalah. 
Hatiku tertewas. 

Aku merasai kembali perasaan sakit itu. Aku fikir , aku tidak akan merasainya lagi tetapi aku silap. 

Kembali pada Allah Taala. 
Ingat padaNya. 
Apa tujuan aku hidup di dunia ? 

Untuk Allah Taala. Untuk meraih keredhaanNya. Untuk masuk ke syurgaNya yang kekal abadi. 

Aku hanya hamba yang hidup sementara di dunia untuk hidup selamanya di akhirat. 

Apa bekalan yang telah aku bawa ? 
Cukupkah bekalan ? 

Lupakan dia. Biar Allah yang menentukan. Sudah termaktub di Luh Mahfuz lagi , siapa pasangan hidup. Percaya pada Allah. 
Percaya pada qada' dan qadar.


Walkie-talkie : Manusia sering terlupa bahawa Allah Taala sentiasa bersama mereka walaupun mereka keseorangan tanpa teman. :)

p/s : maafkan aku. tertengok lagi cinta jannah. aduhhh ~



Khamis, 19 September 2013

StiLL IntO You


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. . .
Ya Allah Ya Tuhanku, AllahuAkbar. . .

Assalamualaikum. . .

Alhamdulillah, akhirnya ku gagahkan juga jari-jemari untuk menaip walaupun tiada idea nak kongsi tentang apa ~~
Rashidah, patutnya kau pergi gagahkan jari-jemari menaip thesis >_< memandangkan kau akan mula buat experimen bulan depan ! 
dush, dush, dush

First of all, sekarang aku sudah menjadi pelajar tahun akhir. Haha, entah apa yang nak bangga sangat. Rasa gembira tu ada, rasa risau pun ada. Macam-macam rasa ada sebenarnya. Rasa nak mendirikan rumah tangga pun ada. Ahaks ~ Biasa la umur-umur awal 20an.
Cehh.

Semoga aku menjadi seseorang yang lebih matang. Matang dalam semua hal. Lebih-lebih lagi behaviour. Harapnya aku lebih rajin. Rajin dalam semua perkara. Hoho.

Nak dekat dengan Allah. >_<
Nak mempertingkatkan amalan, nak mempertingkatkan akhlak.

Ya Allah, teguhkanlah imanku, kuatkanlah hatiku.
Jaga mata, jaga telinga, jaga lidah, jaga hati, jaga semuanya ~~

Niat.
Perbetulkan niat dalam melakukan sesuatu perkara.

Go go rashidah go !

Walkie-talkie : Bersedia untuk membimbing dan dibimbing. Well prepared ye ! InsyaAllah. :)

p/s : title post tak ada kaitan dengan isi. harap maklum. tu tajuk lagu sebenarnya haha ~