Khamis, 9 Ogos 2012

PreDicT ?



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. . .

Ya Allah Ya Tuhanku. . .

Assalamualaikum. . .


Kadang kala apa yang kita sangkakan itu tak semestinya satu sangkaan yang tepat. Tapi biarlah apa yang kita sangka itu sangkaan yang baik daripada sangkaan yang buruk. Disebalik sesuatu yang terjadi , terselit sesuatu yang tidak kita ketahui.


Terdetik - detik dalam hati. Berkata - kata dalam hati. Betulkah ? Iyakah ? Ish , tak mungkin. .

Mungkin tak betul. Bersangka baik sajalah. .

Sedapkan perasaan yang bergelojak dalam hati.


Sehingga kita betul - betul mengetahui cerita atau  berita yang sebenar , barulah kita berpuas hati. Barulah kita rasa lega.


 Fuhh , macam tu ke. . Ouh , patutlah. . Ouh , baru tahu. .


Rasa lawak pun ada tapi itulah kebenarannya. Walaupun ada yang malas ambil tahu. Rasa - rasa tahu sikit sudah la kan. Yang selebihnya , biarlah rahsia. Ataupun biarlah keadaan atau masa yang menjelaskan segalanya. Sesungguhnya hanya Allah Taala yang tahu sebenar - benar keadaan yang terjadi kerana Dia Maha Kuasa , Maha Melihat. .


Subhanallah. .Lailahaillallah Muhammadurrasulullah. .  ;)


Kadang - kadang ada yang jadi mangsa keadaan. Orang tu tak tahu apa - apa tapi dia yang kena akibatnya. Manusia ni suka mencari kesalahan manusia lain. Tuding jari sana sini sampai puas hati. Sampai rasa dia terlepas daripada segala kesalahan. Bertindak tanpa berfikir tu bahaya sebab kita sendiri nanti kena tanggung akibatnya. Mungkin bukan terus dapat kesannya tapi tanpa sedar kesan tu sudah pun terkena diri.


Bukan tak mahu menyatakan kebenaran , tetapi manusia tu ada sebab tersendiri. Disebabkan tak mahu orang lain dapat susah , jadi kebenaran tu terpaksa dipendam. Disebabkan nanti akan jadi satu kejadian yang tak diingini , maka kebenaran tu terpaksa disimpan terlebih dahulu. Hanya orang - orang tertentu tahu kebenaran yang disimpan tu.


Ya , mungkin masa akan melupakan segalanya.Lama - kelamaan perkara tu akan berlalu begitu sahaja. Terkubur diluar tetapi tersemat dalam kenangan. (ohok..)


Maka sesuatu kejadian yang berlaku tu ada hikmahnya , ada kesannya. Biar pahit orang rasa , biar buruk orang kata tapi diri sendiri yang mengalami  kejadian tu tak sepahit yang dirasa , tak seburuk yang dikata. 

Manis bagai madu , cantik bagai semalu. ( apa hal semalu pula ni. . ? ) =_=


Mungkin apa yang mahu disampaikan tersirat sangat sampai ada yang tak faham. Semoga berjaya memahaminya. 


Sekian. .



Walkie - talkie : Tak semua kemanisan tu sebenarnya kemanisan tetapi hasilnya nanti terjadi kepahitan yang tak disangka - sangka.

p/s : tak bisa menyatakan kebenaran buat masa ini. Maafkan aku~ Eh , nescafe tak pahit tau. .  ;P

Rabu, 8 Ogos 2012

ThRilleR RaMadHaN


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. . .

Ya Allah Ya Tuhanku. . .

Assalamualaikum. . .


Alhamdulillah , segala pujian hanya untukNya. Selawat ke atas junjungan , Nabi Muhammad s.a.w. . Semoga selawat dan zikir menjadi amalan kita seharian. ;)


Apa yang nak dikatakan tentang thriller Ramadhan ni ? Ini tentang satu kisah yang mungkin berlaku hanya dalam filem. Iyakah ? Hoho.


Pada hari Jumaat bersamaan 3 Ogos 2012 , berkeliaran seorang lelaki dengan menaiki kereta milik ibunya pada waktu malam. Dikatakan pada ibunya bahawa dia hanya mahu pergi ke kedai berhampiran. Diikutkan hati , ibunya tidak mahu membenarkan anak lelaki itu keluar tetapi atas dasar kasihan , di beri juga anaknya pergi. Dalam jam 12.30 malam atau boleh dikatakan tengah malam atau pagi , ibu itu menelefon si anak supaya pulang ke rumah. Tetapi anaknya berkata bahawa sebentar lagi dia akan pulang. Rasa tidak sedap hati sudah dirasai oleh si ibu.


Terjaga si ibu pada jam 4 pagi untuk menyediakan juadah sahur. Sementara itu , si ibu pergi menjenguk ke bilik anak lelakinya. Tiada. Anak lelakinya tidak pulang lagi ke rumah lantas menelefon anaknya. Tiada jawapan. Berkali - kali si ibu menelefon tetapi hasilnya tetap sama. Bersangka mungkin anaknya di rumah kawan.


Sehingga jam 9 lebih pagi , anaknya tidak pulang juga. Rasa susah hati sudah menerjah. Si ibu menelefon suaminya yang berada di negeri orang mencari nafkah keluarga , menceritakan apa yang berlaku. Si ayah tidak berpuas hati dengan tindakan isterinya kerana membenarkan anak lelaki mereka memandu kereta milik isterinya. Tetapi perkara sudah terjadi. Apa yang dirisaukan adalah si anak yang sehingga masa itu tidak lagi menjawab panggilan. Si ibu menelefon anak lelaki sulungnya yang bekerja sama tempat dengan si ayah. Dengan panggilan 'along' , si anak lelaki sulung menceritakan apa yang berlaku.


Betapa risau dan sedih si ibu kerana mengetahui anak lelakinya berada di hospital dan kereta si ibu sudah hancur dipukul orang. Rupa - rupanya kawan along memberitahu apa yang terjadi pada malam tersebut kepada along dan si along memberitahu si ibu. Seluruh keluarga berasa tidak senang duduk. Si angah dan si bongsu yang berada di rumah bersama ibu juga begitu. Entah apa yang sebenarnya berlaku. Adakah berita yang mereka terima benar atau tidak ?


Kesimpulannya , cerita ini cerita tentang si blogger. Ya , cerita aku. =_=



Maafkan aku kerana kalian sedang berkawan dengan keluarga yakuza atau gangster ~ Bukan ibu atau ayah aku yang jadi taiko. . Tapi anak - anak mereka yang berjantina lelaki. Opps ! Tunggu ! Sekarang anak - anak lelaki mereka sudah tak aktif lagi atau boleh dikatakan bekas gangster. .


Kalian mesti pelik kan ? =_=


Sebenarnya , semua itu berlaku atas dasar salah faham dan mereka yang menghancurkan kereta ibu bertindak melulu. Main terjah la senang cerita. Adik lelaki aku dengan kawan - kawan dia tak masuk campur dengan gangster - gangster yang sedang lepak - lepak kat kedai makan. Tup - tup gangster - gangster tu bergaduh. Mereka berfikir bahawa kereta ibu aku tu kereta salah seorang gangster , maka hasilnya memang cantik ! Adik lelaki aku pula nak mempertahankan kereta ibu. Yela , gaduh - gaduh pun sekali dengan nak pukul kereta apa hal ?


Tapi tak semena - mena adik aku jadi mangsa. =_= Sob. . Sob. . Sob. .


Gangster - gangster tu pergi pukul adik lelaki aku yang keding lagi tak cukup berat. Tapi yang paling menyayat hati , kepala dia jadi sasaran.


Alhamdulillah , semuanya dah kembali normal seperti hidup orang lain. Mungkin. Hoho. Kereta ibu sekarang kat bengkel. Di sebabkan gangster - gangster tu punya kerja , jadi mereka lah yang kena bayar balik. Hebat tak ? Terima kasih atas usaha gigih abang aku selaku ex gangster. Kalau mereka tak dapat nak bayar , report polis jawabnya. . Atas tuduhan pukul tanpa sebab dan vandalism. Adik lelaki aku dah pulih daripada gegaran otaknya tu. InsyaAllah , esok baru dia balik Shah Alam. Cuti sakit tahu tak. Kasihan budak nakal ni.


Semoga adik lelaki aku ni sedar atas kesilapan yang telah dia lakukan. Tak baik menipu ibubapa. Kata pergi dekat - dekat tapi sebenarnya jauh nun di mana entah dia pergi.  Kalian pun jangan menipu ibubapa kalian. No , no , no. .


Aku sendiri pergi ke tempat kejadian. Subhanallah. MasyaAllah. .

Aku rasa macam nak pukul - pukul orang yang buat perkara ni apabila lihat kereta ibu yang selama ni di jaga cantik - cantik punya jadi kebush ~~ Tapi inilah yang dikatakan musibah dan ujian yang Allah nak beri pada kita. Kami sekeluarga redha dengan kejadian yang berlaku. Ada hikmah dan pengajaran yang kita dapat ambil. Sedih memang sedih tapi apa yang Allah nak tunjukkan dan berikan tu lagi penting. Hati perlu ikhlas terima semua ni.


Allah uji ibu dan ayah dengan kereta yang hancur remuk dengan anak lelaki yang sakit masa tu. Allah uji adik lelaki aku tu dengan kesakitan dan mungkin bersarang macam sarang labah - labah dalam hati dia sebab rasa bersalah. Allah uji aku serta adik - beradik yang lain dengan apa yang sedang berlaku. Rasa diri sendiri terkena. Rasa nak keluar air mata tengok kereta dan keadaan adik aku masa petang sabtu tu. Aisehh , memang ada keluar sikit laa. ( sorok2 sudaa )


Alhamdulillah , Allah Taala masih beri kesempatan pada kita untuk menebus diri yang sarat dengan dosa. Sebelum kita pergi tak kembali , baiklah kita meminta keampunan padaNya. Lagipun , siapa tahu apa yang akan berlaku macam apa yang berlaku pada keluarga En Misron dan Pn Siti Azizah ? Bak kata malang tidak berbau. . maut juga tidak berbau. Malaikat Izrail datang pun tidak berbau. .


Ayuh ! Mari jadi hambaNya yang sebenar - benar hamba. Nauzubillah , jauhkan kita daripada menjadi seorang munafik dan fasik !



Walkie - talkie : Allah uji hambaNya dengan ujian yang mampu di hadapi oleh hambaNya. .


p/s : maafkan aku~ jangan jauhkan diri dariku..haha  ;)