Jumaat, 28 Jun 2013

SouTheRn LeoParD


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. . .

Ya Allah Ya Tuhanku AllahuAkbar. . .

Assalamualaikum. . .



Alhamdulillah , habis semester 6. Wahhh semester depan aku dah masuk semester 7 dan aku masuk tahun 4 ! Wahhh apa yang wahhh sangat ni ? Semester akhir di USIM. Sobsob. Semester 8 dah pergi latihan industri ~ Rasa seronok dan nervous. . . Fuhh lepas ni fikir pasal tesis pula. Ouhhhhhh ~~


***

Esok perlawanan antara negeri aku , Johor Darul Takzim (JDT) menentang Kelantan Darul Naim (TRW). Aku tak berapa nak kisah pun. Sokong tetap sokong tapi tak terlalu obses la. Biasa-biasa sudah ~ Pagi tadi aku dapat mesej dari seseorang yang aku tak kenal dan tiba-tiba bagi aku gambar bawah ni :





Aku tak tanya siapa pengirim mesej tu. Biarkan saja~ Haha. Hmm semangat sungguh. Aku harap tak ada la gaduh-gaduh kat Bukit Jalil esok. Main dengan aman , sokong dengan aman. Tak perlu nak hentam sana sini. :D Dan esok petang aku balik JB. Mesti ramai on the way pergi Bukit Jalil dan aku ke selatan. Mungkin sampai JB malam. Berharap tak sesak jalan.



Ahh rindu highway ! Masa untuk beraksi ! Err tapi bawa barang banyak. Kereta confirm mendap punya. Ehh tu la yang best bawa laju. Tak hoyong hayang kan ? Haha. Dah mula dahhh. Berapa banyak pesanan ayah dan ibu.


" Bawa lah kereta tu sampai habis tekan minyak. . "
" Hati-hati ada speed trap. . "
" Limit 140 je tau. . "


Tapi aku tak berapa nak ikut. Yang pesanan 140 tu aku kadang-kadang patuh. Yela tak ada la setiap masa aku nak speed 150-160 kan. Viva je pun. Terasa kot gegaran. Kalau bawa kereta cc 1.6 ke atas memang 160 tu tak rasa pun. Sedap je pecut kan.


***

Bersyukur pada Allah Taala dengan nikmatNya. Tak terbayar tak terkira berapa banyak yang Allah Taala beri. Sebagai hamba , cara untuk bersyukur ialah dengan solat fardhu dan melakukan perintahNya. Zikir ingat padaNya. Kadang-kadang kita terlupa sekejap nak bersyukur. Terlupa nak zikir. Lagi-lagi bila kita dalam keadaan gembira yang teramat.



Astaghfirullah , Astaghfirullah , Astaghfirullah. . .
Cepat-cepat ingat pada Allah Taala. . .
Itu semua sebahagian daripada ujian. Gembira itu ujian. Duka itu ujian. Yang bahaya ialah ujian ketika kita gembira kan ?


Happy Holiday kalian !


Walkie - talkie : Kebetulan. Sebenarnya itu semua sudah siap diatur oleh Allah Taala. Melihat 'kebetulan' yang Dia beri tu pada kita untuk menguji reaksi. 


p/s : tangan jadi tak bedung bila dah lama tak main boling. pffft. :P

Selasa, 25 Jun 2013

ShE's OkAy aNd NoRmaL


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. . .

Ya Allah Ya Tuhanku AllahuAkbar. . .

Assalamualaikum. . .



Alhamdulillah , somehow I feel relieved. I don't know. That feel comes suddenly. When I know and when I saw 'that' , I smile and yeah I'm cool. It makes my heart lighter. Not a lighter as in fire but less burden and something to think. Fuhh ~


Finally , I let it go because I know the real. I know the pain. Even though I don't know what He plans for me , but I know He gives me the best ever ! Thank you Allah.  :)


Maybe you don't know what I mean , what I want to post about and you maybe have said this , " What actually she want to say ? I don't get it at all. " Yeah , I'm the deep person. Kinda loves literature since I started to make the blog myself. The weird words just come to my mind when I start typing. Hihi


But whatever it is , I just want you to know that I feel good now. And I think I should continue my study. Must.


Happy study !



fyi : for your information (i know you know) , that 'crap' word is not a bad word. 
Its kinda slang word. You can google it. :D



Walkie - talkie : We are strong enough to handle things that bad. We all are. When you face it , you know that you actually strong. :)


p/s : banyak sangat tengok cerita omputih. 

Selasa, 18 Jun 2013

PuSh My BrAiN


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. . .

Ya Allah Ya Tuhanku AllahuAkbar. . .

Assalamualaikum. . .



Alhamdulillah.
Finally , 

When people says :





I'll reply to them :






Yeah ! Berusaha untuk lagi 9 hari for 1 more day of examination.

Core subjects !

A little bit crazy but it's no big deal though. ( i guess.. )

Hohoho ~ Rashidah boleh ~~


InsyaAllah. Semoga dipermudahkan olehNya. Aminn.



Walkie - talkie : You're in trouble ? Need help ? Why don't you go find Him ?  ;)


p/s : i've made a decision. i'll stay here. so goodbye jb. we will meet soon.



Khamis, 13 Jun 2013

WeiRd ThoUghT


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. . .

Ya Allah Ya Tuhanku AllahuAkbar. . .

Assalamualaikum. . .



Alhamdulillah , tinggal lagi 3 paper. Waaa , tak sabar  nak habis. Walaupun tak balik cuti tapi nak habis exam cepat. InsyaAllah balik JB masa awal puasa nanti. Lepas tu , balik Nilai mencari rezeki. Haha. Stay sebab LA dan tesis. Sebenarnya tak sure pasal tesis tu. Nak buat kat mana pun tak sure. Hihi. Entah.



Tapi yang peliknya , tengah - tengah semua orang fikir pasal study pasal exam , aku tiba - tiba fikir pasal benda lain yang rasanya macam pelik nak fikir masa sekarang ni.


tadaaaa ~ apa yang aku fikir tiba - tiba. 


Aku rasa sebab along kot. Yeke ? =_=

Cari alasan ~


Mana aku tahu. Tetiba. Eh masalah mental ni.


Fuhhh , jaga diri jaga hati jaga iman Rashidah !
Teguhkan diri teguhkan hati teguhkan iman Rashidah !


Apalah nak fikir sangat Rashidah ? Belum masanya lagi. Tak payah nak excited sangat lah. :D


Yeah ! Study , kerja lepas tu baru fikir pasal lain. Waaaa~~


Ujian Allah yang kekadang tak sedar pun sebenarnya itu ujian. Kita dok fikir seronok je tapi hakikatnya hempedu kot. (pahit laa)


Astaghfirullah. . .
Muhasabah diri ye kawan - kawan~  ;D




Walkie - talkie : Segalanya sudah tercatat. Percaya pada Qada' dan Qadar Allah.


p/s : hati sakit mental.

Sabtu, 8 Jun 2013

DaRk SiDe


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. . .

Ya Allah Ya Tuhanku AllahuAkbar. . .

Assalamualaikum. . .



Alhamdulillah , tamat kuliah semester 6. Sekarang menanti kedatangan exam. 



Ahad lepas , majlis kahwin abang aku dan alhamdulillah ada beberapa ahli AP3 yang bertandang. Cehh. Macam nak datang majlis aku pula kan , padahal abang punya majlis. Terima kasih kerana datang dan bergosip dengan En Misron dan Pn. Siti Azizah. Grr. Geram. Hohoo~~ Sedap sakat aku. Last - last aku yang malu. >_<



Jadi ada persoalan yang timbul masa tu.

" Tu siapa ? "

Jeng jeng jeng

Eh , ni bukan siapa yang digosip tapi ini pasal kawan - kawan abang aku. Ehemm. Anak buah pun ada.
*tak tahu nak cerita macam mana.


Baiklahh. Family aku ni tak berapa normal sikit. Macam - macam ada. 

Jadi , apabila mereka sudah tahu , aku tak kisah. Nak judge pun tak kisah. Haha



yakuza ? err tak la macam yakuza jepun tu. melampau dah tu. ni malaysia punya.


Ada yang seram - seram sejuk dengan aku. Adik yakuza. Haha. Macam - macam lah. Aku sedar aku ni tak berapa nak lembut. Ganas. Drive pun kena ada orang yang lembut naik , baru sedap sikit. Kalau tak , suka hati je kan. Contoh , izzah nabihah (kawan kelas AP) naik kereta aku , baru aku bawa selembut mungkin sampai habibwafiy (bukan nama sebenar) pun sedar yang aku bawa lain je style-nya ~  :P



Aku kalau boleh nak sorokkan sisi gelap aku tapi lama - lama terbongkar juga. Haha. Tak kenal tak tahu kan. Baik kenal dan tahu.  Berlatih berlatih nak kurangkan sisi gelap. Shida boleh. :D



aku bukan gengster , aku nak jadi feminin haha lol. 
ni sebab ikut along kot. lelaki kan. bawah aku pun lelaki. 
jadi masa dulu - dulu selalu berkepit 3 orang.
keluar pun dengan kawan - kawan lelaki diorang.



Cousin aku , dan ramai juga terkejut. Terkejut sebab tak percaya aku suka dengar lagu yang macam tak berapa nak lembut. Aku pun tak tahu kenapa.



ya , aku die hard fan LP daripada aku tingkatan 1.
tak tahu kenapa.
LP : Linkin Park
aku suka vokalis LP. hihi



Terbongkar lagi.

Harapnya tak ada yang sakit - sakit jantung , lemah badan ke.

Biasa la kan. Setiap orang ada sisi yang tak cerah (gelap lah). Kadang - kadang tak teruk mana pun , cuma bila orang tahu tu pelbagai reaksi la kan. Depends juga pada orang. Ada yang rasa biasa je benda tu. Normal. No big deal.



Sejarah aku ni panjang dan tak sedap sangat. Jadi apa yang aku harap aku dapat menjadi seseorang yang berguna. Hamba Allah yang berusaha melakukan suruhanNya dan berusaha meninggalkan laranganNya. Aku nak jadi aku yang baru , aku yang istiqamah dan tak nak aku yang lama dan yang tak berapa nak lurus. InsyaAllah  ;)



Walkie - talkie : Allah Taala tak kisah kalau hambaNya melakukan dosa. Bukan tak kisah tu maknanya yang 'tak kisah' tapi maksudnya Allah pasti maafkan dosa - dosa hambaNya. Tapi yang Allah Taala kisah kalau hambaNya tak selalu meminta keampunan padaNya.


p/s : dapat nama baru. kak yong.