Rabu, 27 Julai 2011

TaLkiNg , taLkiNg ~


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. . .

Assalamualaikum. . .  :)

Selama cuti sem bermula , aku banyak berhibernasi kat rumah. Ibu kata rumah aku kat dalam bilik je. Tak nak keluar - keluar. Matahari pun tak kena kulit. Hikhik.

 Apakah ? Adakah aku memang begitu ? Ohook , tak sihat betul aku  ni ye. Langsung tak dapat vitamin D.  ( x_x )




 Tak ada la. Nak keluar rumah malas EXCEPT if ada yang bawakan aku. Bukan , bukan. Aku cuma malas nak naik public transport je. Dah lama tak naik. Even aku ada lesen tapi lesen tu buat habukk je dalam purse. Ohook , pemalas sungguh.  

Lagipun , tak ada kawan la ~ Aku keseorangan kat sini. Semenjak pindah rumah dulu , aku terpisah dengan kawan - kawan ~ 


Ceh , bunyi macam budak kecil ! Ceett ! Tak matangkah aku ? Don't answer this question.  :P

  Sampaikan ada jiran tak tahu yang ayah dengan ibu ada anak perempuan besar. Yang diorang kenal , adik girl bongsu aku tu. Si gemok. Hee , bukan , bukan. Siti Nurhakimah la nama dia. Lalala ~ 


Last week balik kampung kejap. Larikan nenek dari kampung , bawa kat rumah aku. Kitaorang ikat nenek , sumbat dalam kereta. Hakhak. Kejam sungguh bunyinya. Ehee , sekali sekala culik , apa salahnya. 




Ada ke ayah kata , " Ayah nak bawa angah tengok bumi hijau. . Tengok sekeliling. Asyik stay rumah je. Kelabu dah mata tu. " ( x_x )   I'm just laughing at the back ~ 


Sebelum sampai kampung , kitaorang singgah makan. Sambil - sambil makan tu , hadirlah seorang lelaki. Dia datang dengan kawan - kawan . Makan , makan , makan. . 

Bla , bla , bla !

Astaghfirullah , gilak kuat suara lelaki tu bercakap. Alhamdulillah , aku tak tercekik ke or tetiba terkena serangan jantung. Tak ada la keluar paper nanti, " Seorang gadis meninggal akibat serangan jantung lantaran terdengar suara kuat seorang lelaki. " Adeyh , aku dengan ibu menyirap je. Baran , baran. Nak makan pun tarak senang la. Sabar jela. 




Apa kata kita bakar je dia ? 

Tapi memang lelaki tu cakap tak ada volume rendah , semua tinggi. Kawan - kawan dia yang lain okey je. 


Then , aku teringat masa sem 1 dulu. Mr Hisham , lecturer English aku. Mr Hisham kata kalau orang macam tu di panggil PUBLIC NUISANCE. Orang macam tu memang kurang jaga adab. Maksudnya , adab ketika berkata - kata. Not only that , dia tak menjaga hak sesama manusia. Kita ada hak masing - masing. Kat public tu , tak elok la cakap terlalu kuat sampai apa semua dia cerita , kita tahu. Kekadang , kita sendiri malu. 


Apakah ? Terdengar cerita orang. Aiseh , pastu orang tengok semacam je. Muka nak minta penumbuk. Kedush !





Bukan lelaki je tapi perempuan juga. Contohnya , kat hostel. If nak panggil kawan tu , tak usah ler korang menjerit terpekik terlolong. Tambah - tambah pula tu kawan dia stay bilik hujung nun jauh dari bilik. " Woii ! Kau nak pergi makan takk ??!! " Satu aras dengar. Orang yang tengah solat pun boleh batal , yang tengah tidur pun boleh terbangun. 

Nampak sangat suara dia tu boleh jadi alarm.  (=_=)  

Apa salahnya datang bilik dia kan ? Tak ada la yang makan dalam dengar suara kuat tu.


Banyak la sebenarnya kalau nak membicarakan tentang hak sesama manusia ni. Bila cakap pasal adab dan hak sesama manusia , mungkin kita sendiri pernah terlanggar batas. Secara mayanya mungkin kita rasa kita okey je kan. Tapi secara nyata , rupa - rupanya banyak salah yang kita buat.

 Adab tak terjaga , hak terlanggar batas. 






Abdullah ibnu Abbas r.a. mengatakan: 'Ada lima perkara yang lebih baik bagi mereka daripada kuda liar yang dibiarkan diam'.

Pertama: Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu yang tidak mengenai dirimu kerana hal itu merupakan perbicaraan yang tidak perlu dan aku tidak menjamin engkau akan selamat daripada dosa.


Kedua: Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu sebelum engkau mengetahui saatnya yang tepat sebab mungkin orang berbicara tentang sesuatu yang penting baginya tetapi kerana dilakukan tidak tepat pada waktunya boleh menimbulkan hal-hal yang memalukan.


Ketiga: Janganlah engkau berdebat dengan orang yang sabar atau bijaksana dan juga dengan orang yang berperangai buruk sebab orang yang sabar tidak akan menghiraukan dirimu manakala orang yang berperangai buruk akan menyakiti hatimu.


Keempat: Ceritakanlah kepada saudaramu yang tidak hadir tentang apa yang engkau sendiri ingin dia ceritakan kepadamu dan maafkanlah dia seperti engkau sendiri ingin dimaafkan olehnya.


Kelima: Buatlah seperti orang yang benar-benar sedar bahawa perbuatan itu akan mendatangkan kebajikan dan tidak akan mendatangkan dosa atau kesalahan.
 (Ibnu Abi Dunya).






Astaghfirullah. .

 Sebab tu kita kena selalu ingatkan diri sendiri. Sebelum bercakap , lihat keadaan sekeliling. Fikir sebelum keluarkan kata - kata. Mungkin ada percakapan kita menyakitkan hati orang , membuatkan orang annoying ke. . Terkuat suara , cuba perlahankan. Kawan - kawan pun perlu tegur kalau kita terkuat cakap sebab perkara tu akan mengganggu orang lain. 


Dalam Islam sudah menyatakan adab ketika berkata - kata :

* Menjaga lisan - Hadis Hasan riwayat Imam Ahmad menyebutkan , bahawa semua anggota badan tunduk kepada lisan. Jika lisannya lurus maka anggota badan semuanya lurus , demikian pun sebaliknya. Ath-Thayyibi berkata , lisan adalah penterjemah hati dan penggantinya secara lahiriyah : "Ketahuilah , sesungguhnya di dalam jasad terdapat segumpal darah , jika ia baik maka baiklah seluruh jasad , dan bila rosak , maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah, ia adalah hati." (HR. Al-Bukhari dan Muslim).


* Berkata baik atau diam - Rasulullah s.a.w bersabda , " Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhir , maka hendaknya ia berkata yang baik atau diam." 
(HR. Al-Bukhari).


* Lebih baik berkata - kata bila perlu / tak bercakap banyak - Abu Hurairah Radhiallahu anhu berkata , ' Tidak ada baiknya orang yang banyak bicara.' Umar bin Khathab Radhiallaahu anhu berkata , 'Barangsiapa yang banyak bicaranya , akan banyak kesalahannya.'


*Dilarang berkata - kata tentang apa yang didengari , takut akan timbul fitnah - " Cukuplah seseorang itu telah berdusta , jika ia membicarakan setiap apa yang didengarnya. " (HR. Muslim).


* Tidak mengutuk dan berkata buruk - " Melaknat seorang mukmin adalah sama dengan membunuhnya. " (HR. Bukhari).


* Jangan berdebat walaupun ianya benar - Rasulullah s.a.w bersabda , " Saya adalah penjamin di rumah yang ada di sekeliling Syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan, meski dia benar. Dan di tengah-tengah Syurga bagi orang yang meninggalkan dusta, meskipun dia bergurau. Juga di Syurga yang tertinggi bagi orang yang baik akhlaknya. " (HR. Abu Daud, dihasankan oleh Al-Albani).


* Dilarang berkata bohong untuk membuat orang tertawa - Rasulullah s.a.w bersabda , " Celakalah orang yang berbicara lalu berdusta untuk membuat orang-orang tertawa. Celakalah dia, dan celakalah dia ! " (HR. Abu Daud, dihasankan oleh Al-Albani).


* Merendahkan suara ketika berkata - kata - Allah berfirman yang bermaksud , " Dan rendahkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keledai. " 
(QS. Luqman: 19).




Astaghfirullah. .

Perbuatan kita pun sama, Kita kena tahu apa hak sesama manusia. Adab ketika bergaul dengan manusia. Mungkin pernah buat sesuatu yang kawan tak suka. At least , kena tahu apa kawan suka , apa kawan tak suka. Tak lah kata kita kena 100% perfect , tak ada cacat cela. Setiap orang ada kelemahan , ada kelebihan. Tingkah laku pun berbeza. 

Yup , just be yourself tapi mungkin kita boleh ubah sikit untuk jaga hati orang lain. Kawan - kawan pun kena tahu apa kita suka dan tak suka. Tak gitu ?


Allah berfirman yang bermaksud : ' Allah Yang Maha Pemurah, yang telah mengajarkan al-Qur'an. Allah menciptakan manusia ,mengajarnya berbicara (menerangkan sesuatu cetusan daripada fikiran dan perasaannya).' (Surah ar-Rahman : 1-4)





Kita hidup ni kenalah bertolak ansur. Cuba tak buat apa yang orang tak suka. Atau pun kurangkan perkara yang orang tak suka. Orang lain pun akan cuba buat yang sama. Fair and square la kan. Habis tu nak kata , " Heloo  , aku ada hidup sendiri. Apa kena dengan hak lah , adab lah. Hidup aku , aku punya pasal. Mind your own bussiness. " 
( hameek kau ! ) 

Teet ! Pangkah besar !


 Amboi ! Andai semua orang tak nak tolak ansur , semua nak ikut kepala sendiri , memang lah susah. Sampai bila - bila pun sama je keadaan. Nothing happen. No difference at all. Tak ada kemajuan. Come on lah ~ Nak berperang ke ? Macam mana nak maju ? Macam mana nak berjaya ? 

Allah sendiri pun tak suka.  :)


Kita kan kena mengingati antara satu sama lain. Ingatkan orang lain dengan kebenaran secara berhikmah dan bukan dengan kebatilan. Aii , kata hidup bermasyarakat. Satu Malaysia lagi haa. Hakhak. . 

Bukan hanya sesama masyarakat Islam tapi dengan yang berlainan agama. Sila hindarkan daripada berkata - kata yang melibatkan sensitiviti kaum. Not good. Behave ourself.  :)




Aku sendiri pun mengingatkan diri sendiri.

The end.



Walkie - talkie : Do something , get something. Do nothing  , get nothing. Sometimes even we do something , we get nothing. But at least it is okay than waiting for something and that just nothing.


p/s : fallen in love with Awi Rafael. Haa , he's so cool.  :P




Tiada ulasan:

Catat Ulasan