Selasa, 16 Ogos 2011

MaN AnD WoMaN


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. . .

Assalamualaikum. . .

Ohaiyok ! Mihoshi sekarang sedang membetulkan biological clock yang abnormal kepada normal. Hee , harapnya berjaya la ea. Mihoshi dah tak sanggup melalui masalah tak boleh tidur sampai sahur. 


Bak kata Princess Liyana Zazuli , ini kemungkinan kerana kita pelajar - pelajar universiti yang cuti terlalu lama sampai tak tahu nak buat apa. Sampai tak rasa penat langsung dalam sehari. Tidur pun setakat berapa jam je. Huih , agaknya kot. Mihoshi kena penat - penatkan diri.


Anak Mihoshi , si Diyana Amir pula suruh Mihoshi minum susu. Aww , Mihoshi tak sanggup telan susu. Susu coklat je yang Mihoshi suka. Memilih benarrr kamu ye.  :P


Allah jadikan kita ni saling bergantung. Tak ada makhluk yang mampu sendirian. Mungkin sesetengahnya ada tapi lumrah hidup kita sebaliknya.


Murid bergantung pada cikgu , anak bergantung pada ibubapa , haiwan pun sama , tumbuh - tumbuhan pun sama bergantung pada sumber asas untuk hidup.


Lelaki bergantung pada perempuan dan sebaliknya.


Tugas lelaki ni amat berat sebenarnya. Lelaki bukan hanya kerja untuk mencari nafkah tapi menjaga keluarganya juga. Ada 4 golongan lelaki yang perlu kita tahu. Mereka ni lah yang perlu menjaga wanita daripada terus melakukan kemungkaran. . .


First of all , SUAMI. .

Suami bertanggungjawab atas apa yang isterinya lakukan. Suami perlu menegur isteri jika isterinya melakukan kesalahan. Perlu tegur jika isteri tidak menutup aurat. Jika tidak , suami akan dimasukkan ke dalam neraka atas dosa si isteri. Dosa isteri , suami yang tanggung. Pintu syurga terletak ditapak kaki suami bagi si isteri.


Secondly , AYAH. . .

Ayah bertanggungjawab untuk menegur , menjaga anak perempuannya. Ayah perlu mendidik anak perempuan dengan sebaiknya. Anak perempuan tidak menunaikan solat , tidak menutup aurat , ayah perlu tegur kerana si ayah akan berdosa atas tidak menjaga anak perempuannya. Membiarkan orang lain melihat aurat si anak. 


Thirdly , ABANG dan ADIK LELAKI. . .

Abang bertanggungjawab menjaga kakak dan adik perempuannya.  Perlu menegur jika kakak dan adik perempuan melakukan kesalahan. Sama juga seperti suami dan ayah adik lelaki dan abang perlu menyuruh kakak dan adik perempuan menutup aurat dengan sempurna , menjaga akhlak , dengan mengikut syariat Islam. 


Lastly , ANAK LELAKI. . .

 Anak lelaki juga termasuk dalam 4 golongan lelaki. Mereka tidak boleh membiarkan ibu mereka melakukan dosa. Walaupun anak perlu mentaati ibu tapi jika ibu tidak mematuhi syariat Islam , anak wajib tegur dan ingatkan. Mereka tidak boleh lepas tangan dengan hanya melihat saja ibu mereka melakukan dosa.



Itulah 4 golongan lelaki yang perlu bersedia memikul tanggungjawab untuk menjaga ahli keluarganya terutama wanita. Tidak kira suami , ayah , abang , adik lelaki ataupun anak lelaki , mereka ini wajib menjaga dan menegur ahli keluarganya sama ada isteri , ibu , kakak dan adik perempuan. 


Kita saling bergantung antara satu sama lain. Tanggungjawab ini bukan hanya terletak dibahu lelaki , wanita juga perlu bekerjasama. Wanita juga punya tanggungjawab. 


Adakah golongan wanita sanggup melihat ahli keluarganya masuk ke dalam neraka lantaran dosa yang telah dilakukan oleh mereka sendiri ? 

Sanggupkah melihat si suami masuk ke neraka atas kesalahan isteri ? 

Sanggupkah melihat si ayah masuk ke dalam neraka atas kesalahan anak perempuan ? 

Sanggupkah melihat si abang dan si adik lelaki masuk ke dalam neraka atas kesalahan kakak dan adik perempuan ? 

Sanggupkah melihat si anak lelaki masuk ke dalam neraka atas kesalahan ibu ?



Oleh sebab tu , kepada semua golongan hawa , kita ni amat berharga. Kita ni amat bernilai. Sangat - sangat bernilai. Maruah diri kita , aurat kita , semua tu perlu dijaga. Golongan lelaki diberi tanggungjawab yang besar untuk menjaga semua tu.


 Memang berdosa jika kita tak menutup aurat , berdosa jika melakukan perbuatan yang melanggar hukum Allah. . tapi siapa yang kita heret sekali untuk tanggung dosa tu ? Siapa ?


Baru saja suami , ayah , adik beradik lelaki dan anak lelaki kita mahu melangkah masuk ke dalam syurga tiba - tiba mereka terpaksa ke neraka. 

Kerana apa ? Kerana siapa ? Kerana golongan wanita. .


Jika suami , jika ayah , jika abang , jika adik lelaki kita kurang memahami pasal perkara ni. Kita perlu beritahu , kita perlu ingatkan. Golongan perempuan pun perlu tegur golongan lelaki jika mereka buat salah.


Kita hidup perlu ingat - mengingati antara satu sama lain. Kita perlu berpesan - pesan dengan kebenaran. . .


" Wahai orang - orang yang beriman ! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan - bahan bakarannya : manusia dan batu (berhala) ; neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat - malaikat yang keras kasar ( layanannya ) ; mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka , dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. "   { Al - Tahrim 66:6 }


InsyaAllah , kita boleh lakukan. 


Perubahan tu bukan dalam sekelip mata. Lagi - lagi perubahan diri daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik. Bukan dalam masa sehari kita boleh berubah. Tapi bila nak berubah tu perlu kekuatan. Sebab kalau tak kuatkan hati dan semangat , perubahan tu hanya sementara. Istiqamah pun penting. Bak kata pepatah , hangat - hangat tahi ayam. ( ececehh , ni bukan karam sigh walia ! ) 

This is for both. Not only for girls.

The important part is our intention. Change because of Allah , not because of others. .


Sama - sama kita menjaga ahli keluarga kita. Korang sayang kan ahli keluarga ?  :)

Tingkatkan sayang , kurangkan benci !



Walkie - talkie : " . . When you've suffered enough and your spirit is breaking , you're growing desperate from the fight . . Remember you're loved and you always will be. . "  - Linkin Park , The Messenger -


p/s : bertenagalah gumihoshi !

AnGeLs Of God


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. . .

Assalamualaikum. . .

Selamat malam semua ! Apa khabar ? Sihat ?

InsyaAllah sihat puasa - puasa ni kan.  :D

Sebenarnya nak buat entry lain tapi atas permintaan nenekku , maka mihoshi pun buatlah. Hee , ingatkan permintaan apa , terkejut mihoshi tau nenek ! Haha.  :P

* * *

Ya , kembali kita ke kelas bersama Gumiho Sunsaeng. Hari ini , kita akan belajar tentang malaikat - malaikat Allah. Ha , mesti murid - murid dah tahu kan pasal malaikat ? Tak apa , kepada yang dah tahu dan kepada yang lupa - lupa , Gumiho Sunsaeng nak perkenalkan kepada semua pasal ' Angels Of God '.


Beriman kepada malaikat adalah rukun iman yang kedua selepas beriman kepada Allah.
Siapakah mereka ? Apakah sifat mereka ? Apa kerja mereka ?


Sifat - sifat malaikat.

  • Malaikat dijadikan daripada cahaya. Kerana malaikat diciptakan dari cahaya , maka mereka tentu mewarisi sifat cahaya , sebagaimana manusia mewarisi sifat tanah. Kita tidak boleh melihat malaikat dan mereka mampu bergerak secepat cahaya.

" Para malaikat diciptakan Allah dari cahaya , dan diciptakanNya jin dari api , sedangkan Adam diciptakan dari apa yang dijelaskan pada kalian. "     
(HR. Muslim dari Aisyah r.a.) 


  • Malaikat mempunyai kemampuan yang luar biasa dengan izin Allah. Diantara kemampuan malaikat , mereka boleh berubah rupa , bahkan mampu mengangkat singgahsana ( ‘Arsy ) Allah.
 "…Dan , pada hari itu delapan malaikat menjunjung ‘Arsy Tuhanmu di atas 
( kepala ) mereka. "   (Al Haqqah : 16)



  • Para malaikat diciptakan sebelum penciptaan manusia. Hal ini nampak dengan jelas tersirat pada surah Al Baqarah , ayat 30 , 
 " Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat : ‘ Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi ’. Mereka berkata : ‘ Mengapa Engkau hendak menjadikan ( khalifah ) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah , padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau ? ’ Tuhan berfirman : ‘ Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui. "



  • Malaikat selalu patuh dan taat kepada Allah. Mereka sentiasa bertaqarrub kepada Allah dan sangat takut kepadaNya.
 " Sesungguhnya malaikat - malaikat yang ada di sisi Tuhanmu tidaklah merasa enggan menyembah Allah daan mereka mentasbihkanNya dan hanya kepadaNyalah mereka bersujud. "  [Al A’raf : 206]



  • Malaikat dijadikan Allah sebagai penyampai wahyu kepada siapa yang dikehendakiNya.
" Dia menurunkan para malaikat dengan membawa wahyu dengan perintahNya , kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba - hambaNya ; ‘ Peringatkanlah olehmu sekalian bahwasanya tidak ada Tuhan yang hak melainkan Aku , maka hendaklah kamu bertakwa kepada Ku ’. "    
( An Nahl : 2 )  



  • Diantara para malaikat ada yang bertugas menyertai manusia.Salah satu tugas malaikat tersebut adalah mencatat perbuatan orang - orang mukallaf , tanpa lalai sedikit pun. Selain itu ada pula malaikat yang menjaga kita dari bencana.
 " ( Iaitu ) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya , seorang duduk di sebelah kanan dan yang lainnya duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir. "  [QS. Qaaf: 17-18]

. " Bagi manusia ada malaikat - malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran , di muka dan di belakangnya , mereka menjaganya atas perintah Allah… "  [Ar-Ra’d : 11]



  • Jumlah para malaikat amatlah ramai. Kita sebagai manusia , tidak akan tahu berapa jumlahnya kecuali Allah.
" …Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia 
sendiri … "      [Al Muddatstsir : 31]




Malaikat dan tugasnya.



  •  Jibril :
     Malaikat yang diberikan amanat untuk menyampaikan wahyu , turun membawa petunjuk kepada Rasul agar disampaikan kepada umat. Allah Ta’ala berfirman , 
  • “ Dan sungguh dia ( Muhammad ) telah melihatnya ( Jibril ) di ufuk yang terang ”  ( At Takwiir : 23)

Rasulullah SAW bersabda ,
“ Aku melihatnya ( Jibril ) turun dari langit , tubuhnya yang besar menutupi antara langit sampai bumi ”      
(HR. Muslim )

Abdullah bin Mas’ud r.a  menjelaskan bahawa Nabi Muhammad SAW melihat Jibril memiliki enam ratus sayap (HR. al Bukhari )

  •  Mikail : Dialah yang bertugas mengatur hujan dan tumbuh - tumbuhan dimana semua rezeki di dunia ini berkaitan erat dengan keduanya. Terdapat penyebutan Jibril dan Mikail secara bersamaan dalam satu ayat, Allah Ta’ala berfirman,
“Barangsiapa menjadi musuh Allah , malaikat - malaikatNya , rasul - rasulNya , Jibril dan Mikail , maka sesungguhnya Allah musuh bagi orang - orang kafir ”   ( Al Baqarah : 98)

  •  Israfil : Bertugas meniup sangkakala atas perintah Rabbnya dengan tiga kali tiupan. Pertama adalah tiupan keterkejutan , tiupan kedua adalah tiupan kematian dan tiupan ketiga adalah tiupan kebangkitan.


  • Malik : Dia adalah penjaga neraka. Allah Ta’ala berfirman,
“ Mereka berseru , ‘ Hai Malik , biarlah Rabbmu membunuh kami saja ’. Dia menjawab , ‘ Kamu akan tetap tinggal ( di Neraka ini ) ’. Sesungguhnya Kami telah membawa kebenaran kepada kamu tetapi kebanyakan diantara kamu benci kepada kebenaran itu . ”   ( Az Zukruf : 77-78 )

  • Ridhwan : Dia adalah penjaga Syurga. 

  •  Munkar dan Nakir : Terdapat penyebutan dengan mereka di dalam hadith Abu Hurairah  r.a , Rasulullah SAW bersabda ,
“ Tatkala orang yang mati telah dikubur , datanglah kepadanya dua malaikat yang hitam kebiruan , salah satu diantara keduanya dinamakan Munkar dan yang lainnya dinamakan Nakir ”     ( HR.Tirmidzi, dihasankan oleh Syeikh al Albani dalam Shahiih Sunan )

  • Ar Ra’d : Malaikat ini bertugas mengatur awan. Ibnu Abbas r.a berkata , 
“ Orang - orang Yahudi datang menemui Nabi , lalu mereka bertanya , ‘ Wahai Abu Qasim , kami akan bertanya kepadamu tentang beberapa hal. Jika engkau menjawabnya maka kami akan mengikuti , mempercayai dan beriman kepadamu ’
.Mereka bertanya , ‘ Beritahukan kepada kami tentang ar Ra’d , apakah itu ? ’. Baginda menjawab , ‘ Salah satu malaikat yang diserahi tugas untuk mengatur awan ’ ”     (HR. an Nasai )

  •  ‘Izrail : Mencabut nyawa manusia. Kitab As - Suluk menerangkan bahawa malaikat maut mempunyai ranjang di langit yang ketujuh. Dan dalam riwayat lain mengatakan di langit yang keenam. Ia mempunyai 70,000 kaki dan 4,000 sayap. Seluruh tubuhnya dipenuhi mata dan mulut. Tiada satu makhluk pun yang terlepas daripada pengawasan dan kekuasaan tubuhnya. Jumlah wajah , mata , tangan dan telinganya menurut ramainya para manusia.
Dia mencabut nyawa dengan tangan dengan muka yang searah dengan manusia. Begitulah ia mencabut seluruh makhluk di merata tempat. Jika satu nyawa meninggal , maka hilanglah rupa tubuh makhluk tersebut dari tubuhnya. Begitulah juga semua mata - mata yang berada di tubuhnya akan musnah satu persatu mengikut bilangan nyawa yang telah dicabutnya sehinggalah kesemua makhluk mati kecuali tinggal 8 makhluk iaitu Israfil , Mikail , Jibril , Izrail dan Hamalatul Arsy.

  • Raqib dan ‘AtidMalaikat berada di kiri dan kanan setiap manusia. Malaikat Raqib di sebelah kiri mencatat amalan jahat sementara Malaikat Atid di sebelah kanan mencatat amalan baik. Setiap kejahatan ditulis dengan satu kejahatan sahaja manakala setiap satu kebaikan ditulis dengan sepuluh kebaikan.


* * *


Ini para malaikat yang biasa kita dengar. Ada lagi malaikat - malaikat yang tak tersebut , yang tak tertulis kat sini. Sesungguhnya hanya Allah saja yang tahu.

Ada dua malaikat yang disebut didalam Al - Quran iaitu Harut dan Marut. Gumiho Sunsaeng tak letak kat sini sebab ada cerita disebalik mereka. Banyak pendapat tentang Harut dan Marut ni. Gumiho Sunsaeng tak sure sangat tapi yang pasti Allah yang tahu. Wallahualam. . .

Kalau murid - murid nak tahu pasal mereka , boleh tengok kat sini.


Gumiho Sunsaeng nak ingatkan kat sini , kita semua wajib percaya dan beriman kepada malaikat.

Allah Ta’ala berfirman ,
Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah Timur dan Barat itu suatu kebaikan , akan tetapi sesungguhnya kebaikan itu ialah beriman kepada Allah , Hari Kemudian , malaikat - malaikat, nabi -nabi … ”     ( Al Baqarah : 177 )
Barangsiapa kafir kepada Allah , malaikat - malaikatNya , kitab - kitabNya , rasul - rasulNya , dan Hari Kemudian , maka orang itu telah sesat sejauh - jauhnya ”   ( An Nisaa’ : 136 )

Sekian untuk kelas hari ini.
Jangan nakal - nakal bulan Ramadhan ni !
Tingkatkan kerajinan , kurangkan kemalasan !

Walkie - talkie : Jika manusia tiada harta , itu tidak mengapa. Jika manusia tiada pangkat , itu tidak mengapa. Tetapi jika manusia tiada iman , itu bakal mengundang bahaya dan murka Allah sebagai Pencipta manusia.

p/s : nyamuk sudah datang mengganggu. . aigoo. .  :P

Ahad, 14 Ogos 2011

JoUrNey To HeReAftEr

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. . .

Assalamualaikum. . .

Petang ini hujan turun dengan lebatnya. Kilat sana , guruh sini. Sabung - menyabung. Angin pun tidak terkecuali untuk turut serta. Kekuatan hujan lebat kilat guruh beserta angin menyebabkan keadaan seperti taufan melanda. Malah , boleh dikatakan seperti puting beliung. Pokok - pokok bagaikan mahu tercabut akar , jalan raya dipenuhi benda - benda seperti sampah berterbangan sana sini. Mungkin ada diantara atap rumah yang bakal terbang. 


Sungguh menakutkan. 


Penghuni - penghuni rumah hanya memandang fenomena yang berlaku diluar melalui tingkap. Mungkin jika berjalan kaki diluar , angin akan menerbangkan jasad. Hanya beristighfar , hanya berdoa mohon dilindungi daripada perkara yang tidak diingini. Berlindung dibawah kekuasaan Allah. Mungkin juga ketika ini , bilal masjid melaungkan azan , mudah - mudahan hujan lebat yang disaluti kilat dan guruh akan reda. 


InsyaAllah. . .


Hulamak , adakah mihoshi macam penulis novel ? Hekhek. .

Bukan , bukan. Tetiba je idea keluar macam tu. Laju je taip. Sungguh tak ku sangka.

Tapi betul - betul hujan lebat gila kat luar. Mihoshi berani pula nak bertaip - taip dalam keadaan macam ni. 

Meletup laptop ? Aish , jangan la minta macam tu.  :P


Hmm , bila bercerita pasal hujan lebat , puting beliung dan bencana alam yang lain , pernah tak kita terfikir pasal kedasyatan apabila datangnya hari kiamat ? 

SubhanAllah , masyaAllah. .

Mihoshi nak berkongsi cerita pasal perjalanan menuju akhirat. . 

Mungkin agak panjang tapi mihoshi berharap korang dapat membacanya sampai tamat. InsyaAllah , semoga kita dapat menghayati. .

* * *

 Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga , seluruh makhluk mati kecuali Izrail dan beberapa malaikat yang lain. Selepas itu , Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.


 Selepas semua makhluk mati , Tuhan pun berfirman mafhumnya “ Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini ? ” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “ Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa. ” Ini menunjukkan kebesaran dan keagunganNya sebagai Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup , tidak mati.


 Selepas 40 tahun , Malaikat Israfil a.s. dihidupkan , seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2 , lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih , berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.


 Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yang disebut “ Ajbuz Zanbi ” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.


 Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib dan masa depan yang akan mereka hadapi kelak.


 Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia , jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal) , berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu , ibu akan lupakan anak , suami akan lupakan isteri , setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.


 Setelah semua makhluk dikumpulkan , matahari dan bulan dihapuskan cahayanya , lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru - hara yang amat dahsyat.


 Tiba - tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat , lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.


 Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan - akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar , bukit - bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing - masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.


 Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al - Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama - lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi , warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.


 Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah :

- Pemimpin yang adil.

- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina , tetapi dia menolak dengan berkata “ Aku takut pada Allah ”.

- Lelaki yang bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 

- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


 Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar , semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman , kemudian mereka terdengar suara “ Pergilah berjumpa dengan para Nabi ”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. 


Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s. , Nabi Ibrahim a.s. , Nabi Musa a.s. , Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.


 Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.


 Selepas itu , terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit , turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.


 ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.


 Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.


 Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib dan ‘Atid / Kiraman Katibin.


 Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing - masing. Orang kafir dan munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.


 Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW , dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.


 Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya , malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan , lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.


 Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar , mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.


 Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing - masing dihisab.


Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam , maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.


 Ketika dihisab , mulut manusia akan dipateri , tangan akan berkata - kata , kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak - dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.


Setelah amalan ditimbang , mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing - masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.


Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

 - Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

 - Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

 - Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)


Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.


Setelah berjaya dihisab , manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.


Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik , 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat , seperti angin , menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka , lalu mereka jatuh ke dalamnya.


 Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat , hanya seorang sahaja yang berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


* * *

Astaghfirullah. .

 Bila mihoshi baca for the first time , hati mihoshi betul - betul terasa lain. Rasa takut , seram dan macam - macam rasa.

But , that is reality. 

Mihoshi berdoa , berharap agar kita semua akan menjadi orang yang sentiasa dibawah jagaan Allah , dan orang yang mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW.

Mati itu pasti terjadi , hidup itu bakal terhenti. .
Pintu taubat selalu terbuka sebelum mati , bakal tertutup jika sakaratul maut menghampiri. .



Walkie - talkie : Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu , hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama iaitu sedekah dan amal jariahnya , doa anak - anaknya yang soleh dan ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


p/s : jangan hanya takut , tapi lakukan apa yang patut.   :)

Sabtu, 13 Ogos 2011

6 QueStiOns , 6 AnsWerS


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. . .

Assalamualaikum. . .

Hari ini hari Sabtu. Haha. Perlu ke ?

Oleh sebab ibu ada buat kelas jawi kat rumah , maka mihoshi perlu bawa masuk laptop dalam bilik. Sebelum ni mihoshi lepak - lepak dengan laptop kat ruang tamu , tapi not today. Lepas habis kelas pukul 4 nanti , baru boleh. .

Selamat belajar lah ye budak - budak kat luar tu.  :D

Okey , okey. .


Mihoshi ada copy cerita dari kawan. Cerita apa ? 

Cerita tentang Imam Al - Ghazali bersama anak muridnya.

Huwaa , jom tengok cerita ni sama - sama. Bukan tengok tapi baca.  (x_x)

It's just a nice story ~


* * *


Suatu hari , Imam Al - Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al - Ghazali bertanya...


Pertama : " Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ? ".


Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua , guru , teman dan kerabatnya.


Imam Al - Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah
 " mati ". 

Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.


" Tiap - tiap yang bernyawa akan merasai mati , dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. "  
( Surah Ali Imran 185 )



Kedua : Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua.

 " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini ? "


Murid-muridnya ada yang menjawab negara China , bulan , matahari dan bintang-bintang.

 Lalu Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah " masa lalu ". 


Bagaimanapun kita , apapun kenderaan kita , tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari - hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.



Ketiga : Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. 

" Apa yang paling besar di dunia ini ? "


Murid - muridnya ada yang menjawab gunung , bumi dan matahari. 

Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah
 " nafsu ".



Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan akal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .



" Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat - ayat Allah) , dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat) ; mereka itu seperti binatang ternak , bahkan mereka lebih sesat lagi ; mereka itulah orang-orang yang lalai.
 ( Surah Al A'araaf 179 )


Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita , jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .



Keempat : Pertanyaan keempat adalah , " Apa yang paling berat di dunia
 ini ? "


Ada yang menjawab baja , besi dan gajah. 

Semua jawapan hampir benar , kata Imam Al -Ghazali , tapi yang paling berat adalah 
" memegang amanah ".



" Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya) , maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) ; dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara - perkara yang tidak patut dikerjakan. "  
( Surah Al Ahzaab 72 )


Tumbuh-tumbuhan , binatang , gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT , sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak boleh memegang amanahnya.



Kelima : Pertanyaan yang kelima adalah , " Apa yang paling ringan di dunia ini ? ".


Ada yang menjawab kapas , angin , debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Al -Ghazali , tapi yang paling ringan di dunia ini adalah " meninggalkan solat ".

 Gara - gara pekerjaan , kita tinggalkan solat , gara - gara meeting kita tinggalkan solat.



Keenam : Lantas pertanyaan ke enam adalah , " Apakah yang paling tajam di dunia ini ? ".


Murid - muridnya menjawab dengan serentak , pedang. . . Benar kata Imam Al - Ghazali , tapi yang paling tajam adalah " lidah manusia ". 


Kerana melalui lidah , manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


* * *

That's the end of the story. So , how you feel about it ?


Mihoshi rasa macam wahh , betul tu. Yela , jawapan kepada soalan - soalan yang ditujukan. If ada soalan macam tu dalam bentuk subjektif , mihoshi dapat kosong markah ! Totally I'll be kick out from university. . 

Huwaa ~  (=_=)


Yang paling dekat dengan kita , mati. . .
Yang paling jauh dengan kita , masa lalu. . .
Yang paling besar kat dunia , nafsu. . .
Yang paling berat kat dunia , memegang amanah. . .
Yang paling ringan kat dunia , meninggalkan solat. . .
Yang paling tajam kat dunia , lidah manusia. . .


Semoga kita semua dapat perbaiki dengan lebih baik supaya kita dapat memegang amanah dengan jujur , dapat mengawal nafsu dan lidah daripada melakukan kemungkaran dan dosa , dapat bersedia menghadapi mati , dapat menunaikan solat walau apa jua keadaan sekalipun dan dapat bersedia untuk hari - hari mendatang supaya masa lalu kita tidak menjadi bayangan pahit untuk kita. .


Fighting !

Well , have a great weekend ! 


Tingkatkan positif , kurangkan negatif !




Walkie - talkie : Once your friends betrayed you , what you gonna do ? You gonna get revenge on what they have done ? Hate them ? Ignore them like a strangers ? Or you just let it be and pray for them  , hoping for them to change to a better person ? Allah heard what you've prayed. Allah will help you. He is always be with you. Not evil with evil , bad with bad. . but treat evil with kindness , with love , with forgiveness. .




p/s : huuu , esok pergi melawat si budak kecil kat asrama tuu , malas 
sungguh. .  X)

Jumaat, 12 Ogos 2011

MoNths In IsLam


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. . .

Assalamualaikum. . .

Seconds by seconds , minutes by minutes , hours by hours , 
days by days , weeks by weeks , months by months , 
years by years , decades by decades. . . 

Time pass quickly even notice it. . . 

( Cehh , konon nak jd Shakespear )  (x_x)



Muharram by Safar , Safar by Rabiul Awwal , Rabiul Awwal by Rabiul Akhir , Rabiul Akhir by Jamadil Awwal , Jamadil Awwal by Jamadil Akhir , Jamadil Akhir by Rejab , Rejab by Syaaban , Syaaban by Ramadhan , Ramadhan by Syawal , Syawal by Zulkaedah , Zulkaedah by Zulhijjah and Zulhijjah by Muharram. . .  



This is what we called as the cycle of months in Islam.  :D



Hikhik. Mihoshi nak jadi sunsaeng la ea. Ha , meh Miho sunsaeng bagitahu kat korang pasal serba sedikit peristiwa yang berlaku dalam bulan - bulan Islam. 

Taraaa !



( 1 ) Muharram

 : Maal Hijrah atau Awal Muharram pada 1 haribulan dan Hari Asyura pada 10 haribulan.

: Kewafatan Saidina Hasan Ali di Karbala pada 10 haribulan tahun 
ke - 61 hijrah.




( 2 ) Safar 

: Peperangan Bani Qainuqak pada tahun ke - 3 hijrah. 
                   
 : Peperangan Khaibar pada tahun ke - 1 hijrah. 
                    
: Kegeringan Rasulullah SAW.




( 3 ) Rabiul Awwal 

: Perlantikan Rasulullah SAW menjadi rasul.
                                   
: Pembinaan masjid pertama di Quba' pada 8 haribulan.
                                   
: Hari keputeraan Rasulullah SAW pada 12 haribulan.
                                   
: Ketibaan Rasulullah SAW di Madinah dalam peristiwa hijrah.
                                   
: Kewafatan Rasulullah SAW pada 12 haribulan.




( 4 ) Rabiul Akhir 

: Berlakunya peperangan Jamal ( unta ) , perang saudara pertama dalam sejarah Islam.
                                 
: Bermulanya kerajaan Bani Umaiyah.




( 5 ) Jamadil Awwal 

: Kelahiran Saidina Ali bin Abi Thalib pada 8 haribulan.
                                      
: Berlakunya peperangan Bani Salim di Bahran.




( 6 ) Jamadil Akhir 

: Kewafatan Saidina Abu Bakar As - Siddiq pada 23 haribulan tahun ke - 13 hijrah.
                                    
: Perlantikan Saidina Umar sebagai khalifah kedua pada 8 haribulan tahun ke - 13 hijrah.
                                    
: Berlakunya peperangan Yarmuk di zaman Saidina Umar Al - khattab dalam tahun ke - 13 hijrah.
                                    
: Serangan ke atas Kota Mekah dan tembakan ke bangunan Ka'bah pada tahun ke - 73 hijrah oleh tentera 
Al - Hajjaj bin Yusuf As - Saqafi.
                                    
: Pembunuhan ke atas Abdullah bin Az - Zubair yang memerintah Kota Mekah oleh Al - Hajjaj bin Yusuf 
As - Saqafi bagi pihak Khalifah Abdul Malik bin Marwan.
                                    
: Kelahiran Siti Fatimah Az - Zahrah binti Rasulullah SAW pada 20 haribulan.




( 7 ) Rejab 

: Berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj pada 27 haribulan.
                    
: Sembahyang lima waktu diisytiharkan pada peristiwa Isra' dan Mi'raj.
                    
: Berlakunya peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW pada tahun ke - 9 hijrah.




( 8 ) Syaaban 

: Malam nisfu Syaaban pada 14 haribulan.
                          
: Pertukaran kiblat dari Masjidil Aqsa di Baitul Muqaddis ke Ka'bah pada 15 haribulan.
                          
: Peperangan Bani Mustalik pada tahun ke - 5 hijrah.




( 9 ) Ramadhan 

: Difardhukannya ibadat puasa ke atas umat Islam. 
                               
: Berlakunya peperangan Badar pada 17 haribulan tahun ke - 2 hijrah.
                               
: Penyempurnaan pembukaan kota Mekah pada 10 haribulan tahun 
ke - 8 hijrah.
                               
: Permulaan turunnya ayat - ayat suci Al - Quran pada 17 haribulan.
                              
: Tragedi pembunuhan Saidina Ali dalam tahun ke - 40 hijrah , beliau wafat dalam ketika memasuki masjid Kufah pada 17 haribulan.
                              
: Berlakunya Lailatul Qadar.




( 10 ) Syawal 

: Umat Islam meraikan Hari Raya Aidil Fitri pada 1 haribulan.
                         
: Berlakunya peperangan Uhud pada 5 haribulan tahun ke - 3 hijrah.
                         
: Berlakunya peperangan Khandak pada tahun ke - 5 hijrah.
                         
: Kerajaan tentera Islam di zaman pemerintahan Khalifah Umar merampas Bandar Mada'in.
                         
: Tentera Islam berjaya menawan Istana Raja Farsi yang dikenali dengan nama Istana Putih dalam tahun ke - 10 hijrah.




( 11 ) Zulkaedah 

: Peristiwa umrah , perjanjian Hudaibiyah dan Baiah Ridhwan.
                                
: Rasulullah SAW meninggalkan kota Madinah menuju Mekah untuk menunaikan Haji Wida 
( Haji penghabisan ) , disertai seramai 10 000 kaum  muslimin.




( 12 ) Zulhijjah 

: Orang Islam yang berkemampuan difardhukan menunaikan ibadat haji di Mekah pada bulan ini.
                             
: Peristiwa Haji Wida pada 8 haribulan tahun ke - 10 hijrah.
                             
: Rasulullah SAW menyampaikan khutbah di hadapan kaum muslimin di Bukit Arafah sebelum selesai ibadat haji.
                             
: Saidina Umar wafat setelah dibunuh oleh Abu Lukluk berbangsa Paris , beragama Majusi di malam rabu , di akhir bulan ini pada tahun ke - 23 hijrah.
                             
: Saidina Uthman bin Affan dibunuh di rumahnya disamping tangannya memegang Al - Quran pada 18 haribulan tahun ke - 35 hijrah.
                             
: Jatuhnya kerajaan Bani Umaiyah pada 27 haribulan tahun ke - 132 hijrah.




Huwaa , bila baca peristiwa - peristiwa yang berlaku dalam bulan - bulan Islam ni , baru Miho sunsaeng rasa yang Miho sunsaeng sendiri kurang pengetahuan dalam perkara ni. Tapi tak apa murid - murid ! 

Kita sama- sama tambah pengetahuan yaa ! Kita sama - sama berkongsi ilmu.

Bagus anak murid Miho sunsaeng ni !


Err , korang rasa Mihoshi layak ke jadi sunsaeng ? Haha , dalam blog tak apa la ea. But in reality ,  I'm not that confident ! Huwaa , memang tak nak pun jadi sunsaeng ~  (x _ X )


Baiklah , tamat kelas untuk hari ni.


Tingkatkan ilmu , kurangkan jemu !!



Walkie - talkie : Hidup dalam penipuan amat memenatkan. Hidup dalam kebencian amat memenatkan. Hidup dalam keegoan amat memenatkan. Hidup dalam ketakutan lantaran penipuan  , kebencian dan keegoan amat memenatkan. Kenapa perlu dusta jika benar itu lebih baik walaupun pahit untuk diperkatakan ? Kenapa perlu benci jika sayang dan suka itu lebih baik walaupun sukar untuk dilakukan ? Kenapa perlu tinggi egomu jika kerendahan ego itu lebih baik walaupun hati sukar menerima ? Adakah engkau perlu hidup dalam keadaan sebegitu atau hatimu tercuit untuk berubah ke arah yang lebih baik ? Allah pasti menolongmu kerana Dia amat Penyayang. . .



p/s : Ibu dah tetapkan tema for this year. Purple !  :D