Ahad, 22 September 2013

LeLaKi Itu


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. . .

Ya Allah Ya Tuhanku AllahuAkbar. . .

Assalamualaikum. . .



Suatu ketika dulu , aku pernah berjanji pada diri. .bahawa aku tidak akan jatuh cinta pada insan yang bergelar wanita.
 Ya , aku tahu. Dugaan itu diberi Allah pada hamba - hambaNya. 
Dan aku kalah. 
Hatiku tertewas. 

Aku merasai kembali perasaan sakit itu. Aku fikir , aku tidak akan merasainya lagi tetapi aku silap. 

Kembali pada Allah Taala. 
Ingat padaNya. 
Apa tujuan aku hidup di dunia ? 

Untuk Allah Taala. Untuk meraih keredhaanNya. Untuk masuk ke syurgaNya yang kekal abadi. 

Aku hanya hamba yang hidup sementara di dunia untuk hidup selamanya di akhirat. 

Apa bekalan yang telah aku bawa ? 
Cukupkah bekalan ? 

Lupakan dia. Biar Allah yang menentukan. Sudah termaktub di Luh Mahfuz lagi , siapa pasangan hidup. Percaya pada Allah. 
Percaya pada qada' dan qadar.


Walkie-talkie : Manusia sering terlupa bahawa Allah Taala sentiasa bersama mereka walaupun mereka keseorangan tanpa teman. :)

p/s : maafkan aku. tertengok lagi cinta jannah. aduhhh ~



Tiada ulasan:

Catat Ulasan