Dengan
Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum
Pengalaman
mengajar seseorang untuk menjadi lebih matang, lebih berhati-hati dan kadang
kala menyedarkan seseorang. Hmm menyedarkan seseorang ? Ya, dia akan tahu erti
sebenar kehidupan. Tersedar daripada lamunan yang fantasi kepada realiti.
Sungguh pahit untuk ditelan tetapi itulah kebenaran. Kesakitan yang kita akan
rasai dan berharap kesakitan itu akan bertukar kepada kebahagiaan kelak.
Aku
tahu di saat aku gembira pasti ada duka. Menanti waktu kedukaan itu datang dan
akhirnya aku rasa. Allah Maha Adil. Cuma aku belum mempersiapkan diri untuk itu
dan kita tidak akan pernah untuk siap kerana kita tidak tahu bila. Tak kan
pernah tahu.
Jika
kita tidak diuji, apakah kita termasuk dalam golongan yang beriman ? Setiap
hambaNya pasti akan diuji dan sayangnya Allah pada kita terpancar menerusi
ujianNya itu. Allah menguji kita dengan ujian yang boleh kita harungi. Kekuatan
yang kita mampu bina bersamaan dengan ujian yang kita tempuhi. Bukankah Allah
itu Maha Adil ?
Hati.
Aku rasa aku perlu bersihkan hati. Aku dapat merasakan hati ini tidak sebersih
dulu. Aku dapat rasakan hati ini dahagakan sesuatu yang dapat menjadikannya
kembali seperti dulu. Kadang kala aku lebih terjurus kepada perkara-perkara
yang lagha. Ya Allah, aku perlu kembali. Aku perlu pertahankan hidayah yang
Engkau beri dulu. Aku tidak mahu Engkau menariknya kembali.
Jaga
diri
Jaga
hati
Jaga
iman
Walkie - talkie: Allah akan bantu apabila kita berusaha untuk membantu diri sendiri. Cuba untuk bangun kembali. InsyaAllah Allah pasti akan bantu :)
p/s: tak sangka aku dah sem3 master, masih pemalas macam dulu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan