Rabu, 7 September 2011

LettEr To You ThAt I Do Not KnOw WhO ( PaRt 2 )



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. . .


Assalamualaikum. . .


Ingatan untuk semua , sila jaga kesihatan yaa. Musim - musim raya ni main ngap , ngap je kan. . Tahu - tahu dah sakit. Macam Mihoshi la , mula - mula selesema lepas tu demam lepas tu batuk. 




Alhamdulillah , tinggal batuk je tak baik lagi. Ibu bagi makan ubat. Hee , I kan dah jadi anak bongsu dan manja kat rumah. Adik girl dah balik , ayah dengan abang kerja luar Johor ; seminggu sekali balik. Just tinggal adik laki. Bulan 11 dah hantar dia pergi politeknik.




Lastly , ibu sorang - sorang laa.


Annyo omma !  :D

* * *

Ke hadapan kamu yang aku tidak ketahui siapa ,


Semalam , aku bersendiri. Aku sedang membasuh segala dosaku dengan bermunajat kepadaNya. Kamu tahu , hanya kepada DIA tempat aku mengadu. Kepada DIA ku menghimpunkan segala kepedihan dan kegembiraan. Aku harap engkau juga begitu. Berdoa dan menyerahkan segala jiwa ragamu hanya kerana DIA. Sudah ku katakan sebelum ini ,sangat sukar untuk aku bermunajat sendiri di sepertiga malam. Semoga kehadiranmu satu hari nanti , akan memberikan ku satu semangat baru.




 Melakar cinta di pintu syurga


Kamu tahu , kesedihan - kesedihan yang pernah melatari sebuah kehidupan itu sedang mengajar kita. Mengajar untuk menjadi lebih dewasa. Aku sama sekali pernah tidak mampu untuk melayarinya sendirian tanpa DIA. Buat masa kini , DIA itu keutamaanku. Aku harap kamu jua begitu. Andai engkau pernah dirundung kesedihan atas sesuatu peristiwa , serahkan hatimu kepada DIA , biar DIA yang ubati hati kamu. Seperti mana aku jua. Aku sudah katakan pada lembaran lalu , aku tidak mahu kamu ini mudah patah hati mahupun kecewa atas sebab - sebab yang sangat remeh. Aku tidak sanggup untuk tahu tentang itu.




Dan aku mengharapkan jiwa yang ada pada kamu itu jiwa Islam. Jiwa jihad. Aku tahu , engkau pernah kecewa dalam sebuah jalan dakwah ini. Masakan Rasulullah sendiri pernah ditentang apatah lagi kita manusia biasa. Sabarlah wahai bakal zaujku yang aku tidak tahu siapa. Aku tahu , ianya sangat payah untuk dilalui sendiri tapi bila kamu mengatakan bahawa Allah itu ada , kamu sendiri akan kuat. Itu jika kamu berada di jalan dakwah , jika kamu punya mad’u sendiri. Tapi , jika kamu sedang memperjuangkan satu jalan yang ditentangi Islam , aku akan mendoakanmu semoga kamu kembali ke pangkal jalan. Semoga engkau diberi hidayah olehNya. Satu sahaja yang ingin ku katakan , perubahan itu hendaklah dicari bukan ditunggu. Dan aku berharap , apabila kita bertemu satu hari nanti , kita berdua telah siap untuk melayari sebuah bahtera perkahwinan.






Aku tidak tahu siapa kamu. Aku juga tidak tahu di mana kamu. Aku tidak tahu apa yang kamu perbuat. Semuanya ku serahkan kepada DIA. Berjuta kemaafan atas segala salah dan silap sepanjang sebelum kita dipertemukan. Sebuah cinta yang aku miliki hanyalah milik DIA. Sekeping hati yang memiliki rindu hanya aku berani merindui DIA. Kamu tahu, hati perempuan itu rapuh. Sangat rapuh. Sekejap, dia rasa dia ingin dicintai. Sekejap lagi, dia rasa ingin mencintai. Tak kan mungkin aku ingin merasai kecewa. Maka, aku serahkan kepada DIA biar DIA sahaja yang selayaknya ku cintai.




Bakal zaujku ,


Bukan aku tidak mahu mengenalimu siapa. Aku tahu , Allah telah memberikan tarikh waktunya. Namun , aku khuatir , jika aku mengetahui siapa kamu secepatnya , bimbang aku tak mampu menjaga hati.Terkadang aku merasakan aku punya dua personaliti. Itu yang ku takuti. Bimbang personaliti memakan diri. Memusnah diri. Kadang orang senang dengan ku , kadang ada juga yang kurang senang denganku atau juga mungkin ada cakap - cakap kurang manis dibelakangku yang mungkin aku tidak tahu. Aku tahu , kamu tidak mampu membantuku , kerana kamu masih belum kenal siapa aku. 




Aku tidak meletakkan syarat yang susah untuk kamu memenangi hatiku satu masa nanti. Cukup bagiku , jika kamu punya iman. Maaf jika aku sedikit demand , bukan harta kamu yang membahagiakan aku , bukan ketampanan wajahmu yang menggoyahkan perasaanku , apatah lagi keturunanmu yang membuatku senang. Aku cuma inginkan yang terbaik demi masa depan kita. Moga kau dan aku sedang mempersiapkan diri. Mungkin sebentar sahaja lagi kita akan bertemu atau mungkin lambat lagi. Hanya DIA yang Maha Mengetahui segala sesuatu.




 Keluarga


Akhir kata , izinkan aku bertanya kepada kamu ; adakah aku insan pertama yang berada di hati kamu ? Kamu jawab bila kamu sudah ketemu denganku. Aku tidak meminta kesempurnaan dari kamu , aku cuma kamu bersedia untuk membimbing dan dibimbing , mentarbiyah dan ditarbiyah serta mendidik dan dididik. Cukup sampai di sini kata - kataku kepada kamu yang aku tidak ketahui siapa. Jika ada bicara yang ingin disambung , aku akan menulis lagi , bercerita kepada kamu walaupun aku tidak tahu kepada siapa aku tuju.  :) 


* * *

To Be Continued. . .


Walkie - talkie : if you love something let it go, if it comes back to you it's your , if it doesn't , it never was.



p/s : makan - makan kat luar dengan mak long , nenek , ibu dan adik laki. hee , TV kat rumah kena sambar petir !! Kebaboom !  ( x_x )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan