Isnin, 5 September 2011

SayOunArA RaMadHaN


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. . .

Assalamualaikum. . .

Selamat Hari Raya Mihoshi ucapkan.Aish , asyik selamat hari raya je ea. 

Alhamdulillah , puasa sudah berakhir. Rasa sedih puasa sudah berlalu , entah jumpa ke tak tahun depan. Kita hanya manusia yang terbatas kuasa dan kudrat. Allah lah yang paling berhak menentukan masa yang akan datang. Allah sudah tetapkan masa datangnya ajal kita di Luh Mahfuz lagi.


Bila menjelang malam terakhir Ramadhan , kita berdoa pada Allah . .

" Ya Allah , inilah bulan Ramadhan yang di dalamnya Engkau telah menurunkan Al-Quran yang telah berlalu. Aku berlindung dengan kekuasaanMu yang mulia wahai Pemilik fajar yang terbit dari malam - malamku dan Pemilik bulan Ramadhan yang berlalu ini. KepadaMu aku mengadukan kesalahanku dan dosaku yang dengannya Engkau akan menyeksaku pada hari perjumpaan denganMu kelak. Ya Allah , janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa terakhirku. Seandainya Engkau berketetapan sebaliknya , maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang dirahmati dan bukan yang sia - sia semata. Ya Allah , jadikanlah puasaku di dalamnya mendapat hadiah pahala serta diterima sebagai amalan yang mendatangkan keredhaanMu. Serta dihubungkan cabang - cabangnya dengan pokok , dengan hak kemuliaan Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga Baginda yang suci. "


Alhamdulillah kita dapat menyambut kemenangan kita dengan AidilFitri tapi dengan bersederhana. Kita lebih fokus kepada persiapan berhari raya daripada fokus kepada berpuasa. Memang kita semua perlu membuat persiapan untuk AidilFitri tetapi jangan terlalu asyik dan berlebihan sehingga dapat mengurangkan pahala puasa. Mungkin apabila terlebih asyik , dapat mengundang dosa dan murka.


Astaghfirullah. . .


Mungkin Mihoshi pun ada melakukan yang sedemikian. Terkadang kita alpa dan leka , dan ingatan perlu ada untuk muhasabah diri serta beristighfar dengan segala yang dilakukan. Dengan harapan Allah dapat mengampuni dosa kita yang mudah melakukan dosa ini.


Sedang kita bergembira , ada yang berduka. Perginya insan yang tersayang di bulan Ramadhan dan tiada tika di bulan Syawal. Kita tengok kat TV , surat khabar , majalah dan media massa yang lain ; ada saja kemalangan yang berlaku. Kejadian menyayat hati dengan penuh kesedihan. 


Itu menjadi dugaan besar untuk ahli keluarga dan kenalan si mati dengan kesabaran serta ketabahan. Bagi kita sebagai saudara seagama , itu menjadi ingatan dan iktibar. Mungkin kita atau ahli keluarga juga akan pergi dengan cara sebegitu , ditambah lagi pada bulan Ramadhan. Tika takbir dilaungkan , air mata mengalir hangat kerana teringat pada yang pergi. Semua pernah melalui kehilangan orang yang tersayang kan ?


Beruntung pada yang pergi pada bulan Ramadhan kerana mereka akan terlepas daripada seksa kubur. Tetapi , kita berharap dan berdoa agar insan yang pergi itu berada dalam golongan yang dikasihi Allah. Kita yang masih hidup perlu menyedekahkan Al-Fatihah kepada mereka. Jangan sampai kita bermimpi buruk tentang mereka , baru nak mengingati dengan menyedekahkan Al-Fatihah serta doa. 


Pengalaman Ramadhan ni , Mihoshi mendapat khabar duka kerana pak cik sebelah ayah di kampung meninggal. Masa tu , Ramadhan yang ke - 25. Sampai kampung dah malam , arwah meninggal petang. Tapi kebumikan esok paginya. Ahli keluarga rasa tak puas hati. Yela , kalau diikutkan memang sempat kebumikan lepas asar tapi dengan alasan puasa , pihak yang bertanggungjawab kebumikan arwah tangguhkan pengebumian. Kesian pada arwah. Bila kita lambat kebumikan , arwah akan terseksa dan macam - macam benda nanti yang ganggu. Jadi , ahli keluarga bergilir - gilir jaga sampai la pagi.


Harapnya kepada penggali kubur yang lain tu , janganlah jadi macam tu. Itu sudah menjadi tanggungjawab mereka dan perlu segera dikebumikan jika berlaku kematian melainkan ada kes - kes tertentu.


Ramadhan menjadi bulan tarbiyah untuk kita menjadi insan yang lebih baik. Jangan hanya berubah pada bulan Ramadhan , datang raya terus jadi yang lama. Kuatkan semangat , hati dan diri untuk membawa perubahan kita yang positif tu seumur hidup kita sepanjang bulan - bulan yang lain. Ya , syaitan sudah kembali berperang dengan iman manusia. Syaitan sudah kembali bersatu padu dengan nafsu untuk menghasut manusia. 


InsyaAllah , dengan amalan , kebajikan yang kita lakukan pada bulan Ramadhan dapat menguatkan hati , dapat meningkatkan iman dan menstabilkan iman agar tak jatuh menjunam , pandai mengawal nafsu daripada terus menjadi tuan kita dan seterusnya dapat mengelak daripada melakukan apa yang di bisikkan syaitan.


Itulah kebaikan yang kita dapat pada bulan Ramadhan. Jika kita terus menjadi insan yang tidak berubah selepas Ramadhan , maka kita tidak dapat sedikit pun kebaikan bulan Ramadhan yang sudah pun berlalu. Dimanakah keredhaan Allah yang kita cari ? Dimanakah hidayah Allah yang kita cari ? Adakah kita tidak dapat petunjuk daripada Allah ? Adakah hati kita tertutup daripada menerima kebenaran dan terus - terusan menerima kebatilan ? Atau ego dalam diri yang membataskan perubahan ?


InsyaAllah , sama - sama kita lihat kembali diri kita dan muhasabah diri.  :)

Kurangkan perkara yang mendatangkan keseronokan sementara , tingkatkan amalan yang mendatangkan kebahagiaan selamanya !



Walkie - talkie : Allah itu Maha Mendengar , rintihlah kepadaNya kerana Dia Maha Penyayang. . .


p/s : Nenek dan mak cik datang hari ni. Selamat datang !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan