Sabtu, 10 Disember 2011

I Am A SiNnEr. .


Dengan Nama  Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. . .

Assalamualaikum. . .

Hari ini hari malas untuk aku. Hee , entah. So heavy to look at books but so light to look at other than books. But I have to. Ingat , exam hanya tinggal berapa minggu je. Wake up shida ! Kata nak dapat better outcomes. .  :)


Sekarang , masa untuk bercerita. Cerita je eh ? Tentang seseorang yang suka bermonolog. Let's look at it.


***


Hari ini aku sendirian lagi. Bukan mahu untuk bersendirian tetapi entah. Aku merasakan aku memerlukan ruang untuk diriku sendiri. Aku sudah selalu bersama mereka yang lain. Bersama keluarga , sahabat dan semuanya. Kini , masa untukku sahaja. Aku tidak mengerti dengan diri sendiri tetapi mungkin ini adalah masa untukku muhasabah diri yang sudah penuh dengan dosa. Hatiku menginginkannya. . Aku perlukannya. Sungguh.


Aku bersendirian. Aku ingin bersama Allah sahaja. Allah Yang Maha Mengetahui apa yang aku rasakan. Dia sahaja yang tahu. Aku bukan ingin menjauhkan diri daripada manusia. Tetapi saat ini , ketika ini aku hanya mahu Allah sahaja yang tahu.


Maafkan aku wahai sahabat sekalian. Maafkan aku wahai ibu dan ayah. Aku punya sahabat yang aku ingin berkongsi namun dia tidak mampu kerana aku tahu dia tidak punya masa. Tidak mengapa. Aku masih dan tetap punya Allah. Aku menitiskan air mata. Aku tidak pasti air mata apakah yang menitis itu. Air mata sedih ? Air mata dosa ? Atau tiada punya makna ?


Ya Allah , aku rindu padaMu. Aku rindu segala yang berkaitan denganMu. Aku rindu pada kalamMu. Sebentar tadi , aku mengalunkan kalamMu. Betapa aku rindu saat itu. Aku telah jauh daripadaMu beberapa waktu. Kini , aku kembali dengan dosa. Aku mencariMu. Aku mencariMu dan meminta keampunan dariMu. Maafkan aku kerana aku lalai daripada mengingatiMu. Aku , aku tidak mahu jauh lagi. Aku ingin mencari kefahaman ketika melafazkan ayat - ayatMu. Aku membaca tafsir. Aku ingin memahami setiap ayat - ayat yang telah Engkau turunkan.


Banyak peringatan dan cerita didalamnya. Aku cuba untuk memahami satu persatu. Alangkah indah ayat - ayatMu. Tidak kurang juga perasaan takut dan gerun. Peringatan untuk selalu mencari kebenaran , untuk melakukan setiap perintahMu dan peringatan untuk meninggalkan segala laranganMu.


Selepas solat fardhu Isyak , aku diatas katil. Muhasabah diri. Mengalirkan air mata atas ujianMu. Aku telah diujiMu. Selalu diuji tetapi aku sendiri tidak pernah untuk memikirkannya. Aku lalai lagi. Setelah sedar , aku mencari Al - Furqan. Hatiku ingin benar untuk melafazkan kata - kataMu lagi. Hatiku sebak ketika membaca. Mungkin aku memikirkan tentang apa yang berlaku.


Mencari pengampunan dariMu. Berdoa dengan bersungguh - sungguh. Aku tidak pasti apakah doaku itu sampai kepadaMu. Yang aku pasti , Engkau mendengarnya. Terima kasih Ya Allah. . Ketika insan lain tidak mengetahui , Engkau tahu.


Bukan setiap manusia ingin orang lain tahu apa yang berlaku tentang dirinya. Aku juga begitu. Biarlah aku sendiri mengatasinya. Aku tidak punya kekuatan untuk mengatakan apa yang aku lalui pada manusia lain. Aku senyum dalam duka. Aku tertawa dalam sedih. Aku diam dalam luka. Maaf , biar aku begini. Mungkin belum sampai saatnya untuk aku berkongsi.


Ketika aku sudah berubah , aku tahu aku punya satu tanggungjawab yang amat berat. Aku memikul beban agama. Aku perlu laksanakannya sebagai seorang muslimah yang sayang pada agama. Tetapi , itulah yang aku sedang lalui. Aku tidak mampu untuk menegur lagi. Aku mampu untuk merosakkan tetapi belum mampu untuk membetulkan. Aku benar - benar pengecut. Ya Allah , aku benar - benar sayang pada mereka. Aku memang mahu mereka menjadi lebih baik. Aku memang mahu melihat mereka dalam kebaikan dan bukan keburukan mahupun kemungkaran.


Dimanakah mampu untuk aku gapai kekuatan ? Walau hanya secebis kekuatan ? Ya Allah , berikanlah aku kekuatan. Itulah yang selalu aku minta. Kekuatan. Kekuatan dalam segalanya. Aku tidak mahu aku sahaja yang berubah. Aku ingin mereka sekali. Keluargaku , sahabatku. .  Aku ingin mereka tahu betapa aku sayang mereka. Amat sayang. Sayangku , rinduku pada mereka amat mendalam tetapi Engkau akan dan tetap aku utamakan. Begitu juga Rasulullah s.a.w. .


Saat perit datang. . Ketika aku melihat dosa berlaku depan mata. Dosa yang dilakukan oleh orang yang aku sayang.


Aku , aku , aku begitu lemah. Aku tidak mampu menepis mereka dengan kuasaku , dengan lidahku tetapi hanya dengan hatiku. . Ya Allah , apakah yang telah aku lakukan ? Sungguh , aku tidak mahu mereka lakukan dosa. Kadang aku tegur hanya dengan lisanku tetapi aku tahu bukan aku yang mengubah mereka. Aku tidak boleh memaksa tetapi hanya mampu menegur dan menghalang serta berdoa pada Allah. Biarlah Allah yang membuka hati mereka yang aku sayang. Mereka pasti akan berubah suatu hari nanti. Aku percaya pada janjiMu yang Engkau akan membantuku.


Terkadang aku terpaksa membiarkan kemungkaran itu walaupun aku tahu dosaku pasti tertulis oleh Raqib dan 'Atid yang sentiasa berada dikanan dan kiri. Betapa beraninya aku melakukan dosa bukan ? Betapa aku mengambil ringan akan azabMu. . Betapa takut dan berat untuk melakukan perintah serta amal tetapi tidak untuk kemungkaran. . Hinanya aku Ya Allah. .


Aku butuh kesenangan dengan melakukan kemungkaran dan berat untuk menghalang. Hanya menutup mata membiarkan perkara itu berlalu. Sampai bila ? Aku tidak tahu. . Aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan. Aku tersepit diantara hak dan batil. Aku tidak mahu membiarkan kemenangan pada batil tetapi aku juga melepaskan hak. . Aku melepaskan apa yang patut aku lakukan. .


Hati sangat lemah. Hati sudah dipenuhi kotoran dengan setiap titik - titik dosa. Perlukah aku bangga kerana aku dapat memenuhinya dengan titik dosa ? Aku tahu aku perlu segera membersihkannya sebelum aku tidak punya waktu. Aku takut. Takut jika aku pergi dalam kehinaan. Aku tidak mahu tetapi aku takut jika aku tidak berani untuk membetulkan semuanya.


Aku perlukan masa untuk membetulkan apa yang telah aku lakukan. Aku perlu bertindak walaupun sedikit - sedikit. Itu lebih baik daripada tidak melakukan apa - apa. Mungkin aku tidak mampu membetulkan segalanya tetapi hanya perlu pada yang aku rasakan itu perlu. Ya Allah , bantulah aku. Aku tidak mungkin sendiri. Mungkin juga aku perlukan insan lain yang akan bersama - sama berjuang memberhentikan kemungkaran. Aku perlu berbicara dengan mereka. Aku sedar aku perlukan mereka.


Mungkin Engkau telah memberi jalan keluar untukku. Terima kasih Allah. Terima kasih atas kasih sayangMu. .


***


Manusia  ini mencari jalan keluar dari kepompong masalah. Masalah hati yang tidak mampu melawan nafsu. Tahu tetapi buta. Membutakan mata membiarkan dosa bermaharajalela. Mencelikkan mata untuk menginginkan kesenangan meskipun terpaksa mengalahkan suruhan Allah. Iman dimana ketika itu ? Bolehkah mencabut iman dan meletakkannya ditepi justeru kita bebas untuk melakukan dosa ? Dan ketika perlu , kita mengambilnya kembali lantas meletakkannya dihati ?


Iman tidak boleh dijual beli. Iman tetap dalam diri. Iman tetap akan teguh berada dalam diri. Tidak akan mampu menepis walau mungkin.Ketika ingin dosa , iman pasti cuba menghalang tetapi nafsu terlebih dulu mahu mengketepikan iman. Betapa jahatnya nafsu. Betapa jahatnya bisikan syaitan. Betapa jahatnya kita sendiri. Tidak mampu memenangkan iman sendiri. Tak mampu juga mengalahkan nafsu sendiri. Malu. Amat malu. .


Sama - sama kita mencungkil diri sendiri. Berfikir sendirian. Siapakah kita ? Apa matlamat kita sebenarnya ? Mengapa kita di dunia ? Mengapa Allah ciptakan kita ? Apa yang perlu kita lakukan sebagai hamba Allah ? Mari kita fikirkan kembali. . Muhasabah kembali. InsyaAllah , kita boleh lakukannya. Percaya pada diri. .



Walkie - talkie : Perubahan itu perlu dicari. . Penungguan tiada beri makna.


p/s : berapa lama tak balik eh ? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan