Khamis, 12 April 2012

Mintalah pada Allah dengan sebaiknya


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. . .

Assalamualaikum. . .

Puih , puih , puih. . Berhabuk haa blog ni. Lama sangat tak update. Tiba - tiba hari ni ada semangat nak update even. . even. . hehe. Ahh , segan , segan. .  :P

Bila ingat cerita semalam tu , mesti semua da macam kelam kabut je kan. Pasal gegaran kat Acheh tu. Alhamdulillah , sekarang ni da okay tapi that's just a second. Sebab ? Kita pun tak tahu. Bila - bila masa je Allah boleh turunkan bala bencana pada kita. Even kat Malaysia. Who knows ? 

Itulah peringatan Allah pada semua hambaNya. Bukan hanya pada warga Acheh tapi semua manusia. Kadang - kadang kita tak ambil serius pun. Kita kata kita risau tapi apa benda yang kita lakukan untuk atasi risau tu ? Dengan buat maksiat lagi ke ? Or buat tak tahu je tapi mulut kata macam - macam. Sepatutnya kita pergi pada Allah. Ingat Allah. Kita kata kita akan doakan mereka bla , bla , bla tapi sebenarnya apa pun tak ada. Just words only but there are no such things as the words been said.

Ahh , maaf. Ini bukan nak belasah mana - mana pihak or manusia - manusia diluar sana tapi itu hakikat. Kadang - kadang diri sendiri pun pernah buat. Astaghfirullah. . Ya Allah , memang tak patut. Rasa macam tengah menipu. Tahu tak menipu tu macam mana ? We said but we don't do it. We say yes but our heart say no. Euww , please la sahabat sekalian. . (pehal euww2 ni ?)

Kita pergi ambil wudhu' dan solat. Lepas tu , doakan untuk ummah. Doa tu kan senjata umat Islam. InsyaAllah , Allah akan kabulkan. Kita tak mampu nak buat apa - apa tapi kita hanya mampu berdoa. Kalau boleh , setiap kali lepas solat , kita berdoa pada Allah. Allah kata , orang yang tak berdoa tu orang yang sombong. Ish , ish , ish. .tak mahu la jadi macam tu kan.

Tapi , jangan la berdoa sambil lewa. Haa , macam ni. Kita nak sesuatu , kita mesti nak buat sebaik mungkin kan ? Yela , kalau kita nak minta aiskrim ke duit ke atau apa - apa la kan , mesti kita bodek giler - giler punya. Ada ke kita nak minta sesuatu kat orang tu tapi tapi dengan muka ketat , lepas tu macam acuh tak acuh je. " Tak nak bagi sudahh. . " Blah macam tu je ke ? Haha. Lawak ~

Macam tu juga la bila kita nak minta pada Allah. Penuh khusyuk dan tawadu'. Penuh penghayatan sambil menadah tangan. .Serius bila berdoa dan dalam keadaan yang tenang. Rilex , jangan kelam kabut. Allah ada , tak lari pun. Tapi , jangan la korang berdoa macam ni : Situasi macam nak hujan. Baru lepas solat , nak berdoa ni. Tengah - tengah nak berdoa tiba - tiba hujan mari. Apa lagi , " Bismillah , Ya Allah , aku minta padaMu macam biasa. Aminn. " Lepas tu , berlari angkat kain.  (=_=)


Haha. Adeyh , jangan la macam tu. Apa kata pergi angkat kain tu dulu , baru duduk balik berdoa. Tak salah kan ? Allah faham ke ' macam biasa ' tu ? Gitu ke nak minta pada Allah ? Tenang , tenang. . Mana rasa khusyuk berdoa tu ? Bukan bila situasi macam tu je. Lagi - lagi bila perut lapar kruk , kruk , kita doa sebelum makan pun dalam kadar 1 saat je. Aminn , makan. Gelabah giler bila nak makan ye. .  ;) Bila nak masuk toilet , jangan lupa baca doa. Paling ringkas baca basmalah. Tapi basmalah tak baca , dengan langkah kaki kanan. .Ya Allah , tak menyempat nak tettt. .


Haa , kadang - kadang kita tak sedar tapi try to improve our doa. Dalam keadaan macam mana pun , bila nak minta pada Allah mesti bersungguh - sungguh dan tenang. InsyaAllah , Allah kan Maha Penyayang.  ;)

Semoga musibah yang melanda tu , mendekatkan diri kita padaNya untuk selama - lamanya. Bukan hanya sekejap , lepas semua da okay kita lupa pada Allah balik. Astaghfirullah. Berubahlah , kembali pada Allah. Setiap detik tu takkan kembali , sampai masa untuk diambil. .biarlah diambil kembali sebagai hamba yang beriman. . Allah sahaja yang tahu bila semua ni akan berakhir.


Walkie - talkie : Jauh berbeza jika mahu dibandingkan dengan ilmu Allah. Ilmu kita hanya ibarat setitis air dilautan dan selebihnya milik Allah. Subhanallah. .


p/s : study , study , study ~


2 ulasan: