Jumaat, 11 Mei 2012

CiNta


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. . .

Assalamualaikum. . .


Rasa cinta itu bahagia , rasa cinta itu duka. . mana satu pilihan jawapannya ?
Abadikan rasa cintamu pada Yang Abadi , 
Sematkan rasa cintamu pada Yang Tertinggi , 
Teguhkan rasa cintamu pada Yang Hakiki. .
Sesungguhnya Dialah yang utama untuk dicintai , bukan yang utama untuk diketepi. .


Manusia sering alpa dalam cinta walhal mereka tahu akan akibatnya
Tetapi mereka teruskan jua kerana mahu merasai walau sementara
Kerana mahu merasai walau penuh duka
Kerana mahu merasai walau penuh dosa. .
Sedarlah manusia yang ingin bercinta , rugi akhirnya jika salah memberi cinta pada manusia
Sedih akhirnya jika dia tidak setia
Kecewa akhirnya jika dia berubah rasa. .


Allah tak pernah pinggirkan cinta
Allah suka pada yang cinta
Allah setia pada yang cinta
Allah membalas cinta pada yang cinta
Yang cinta tak pernah rasa di luka
Yang cinta tak pernah rasa di kecewa
Yang cinta tak pernah rasa di lupa
Kerana itulah sebenar - benar cinta antara hamba dan Penciptanya. .



Walkie - talkie : Pengalaman lalu itu adalah pengajaran buat manusia dan menjadikan mereka lebih matang. Tetapi bagaimana pula jika manusia tidak mengambil hikmah daripadanya ?


p/s : manusia memang suka bab2 cinta tapi cinta pada Allah lebih utama. Jaga hati ye kawan2 ! ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan