Dengan
Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. . .
Ya Allah
Ya Tuhanku. . .
Assalamualaikum.
. .
Kadang
kala apa yang kita sangkakan itu tak semestinya satu sangkaan yang tepat. Tapi
biarlah apa yang kita sangka itu sangkaan yang baik daripada sangkaan yang
buruk. Disebalik sesuatu yang terjadi , terselit sesuatu yang tidak kita
ketahui.
Terdetik
- detik dalam hati. Berkata - kata dalam hati. Betulkah ? Iyakah ? Ish , tak
mungkin. .
Mungkin
tak betul. Bersangka baik sajalah. .
Sedapkan
perasaan yang bergelojak dalam hati.
Sehingga
kita betul - betul mengetahui cerita atau
berita yang sebenar , barulah kita berpuas hati. Barulah kita rasa lega.
Fuhh , macam tu ke. . Ouh , patutlah. . Ouh ,
baru tahu. .
Rasa
lawak pun ada tapi itulah kebenarannya. Walaupun ada yang malas ambil tahu.
Rasa - rasa tahu sikit sudah la kan. Yang selebihnya , biarlah rahsia. Ataupun
biarlah keadaan atau masa yang menjelaskan segalanya. Sesungguhnya hanya Allah
Taala yang tahu sebenar - benar keadaan yang terjadi kerana Dia Maha Kuasa ,
Maha Melihat. .
Subhanallah.
.Lailahaillallah Muhammadurrasulullah. .
;)
Kadang -
kadang ada yang jadi mangsa keadaan. Orang tu tak tahu apa - apa tapi dia yang
kena akibatnya. Manusia ni suka mencari kesalahan manusia lain. Tuding jari
sana sini sampai puas hati. Sampai rasa dia terlepas daripada segala kesalahan.
Bertindak tanpa berfikir tu bahaya sebab kita sendiri nanti kena tanggung
akibatnya. Mungkin bukan terus dapat kesannya tapi tanpa sedar kesan tu sudah
pun terkena diri.
Bukan tak
mahu menyatakan kebenaran , tetapi manusia tu ada sebab tersendiri. Disebabkan
tak mahu orang lain dapat susah , jadi kebenaran tu terpaksa dipendam.
Disebabkan nanti akan jadi satu kejadian yang tak diingini , maka kebenaran tu
terpaksa disimpan terlebih dahulu. Hanya orang - orang tertentu tahu kebenaran
yang disimpan tu.
Ya ,
mungkin masa akan melupakan segalanya.Lama - kelamaan perkara tu akan berlalu
begitu sahaja. Terkubur diluar tetapi tersemat dalam kenangan. (ohok..)
Maka
sesuatu kejadian yang berlaku tu ada hikmahnya , ada kesannya. Biar pahit orang
rasa , biar buruk orang kata tapi diri sendiri yang mengalami kejadian tu tak sepahit yang dirasa , tak
seburuk yang dikata.
Manis bagai madu , cantik bagai semalu. ( apa hal semalu
pula ni. . ? ) =_=
Mungkin
apa yang mahu disampaikan tersirat sangat sampai ada yang tak faham. Semoga
berjaya memahaminya.
Sekian. .
Walkie -
talkie : Tak semua kemanisan tu sebenarnya kemanisan tetapi hasilnya nanti
terjadi kepahitan yang tak disangka - sangka.
p/s : tak
bisa menyatakan kebenaran buat masa ini. Maafkan aku~ Eh , nescafe tak pahit
tau. . ;P