Khamis, 9 Ogos 2012

PreDicT ?



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. . .

Ya Allah Ya Tuhanku. . .

Assalamualaikum. . .


Kadang kala apa yang kita sangkakan itu tak semestinya satu sangkaan yang tepat. Tapi biarlah apa yang kita sangka itu sangkaan yang baik daripada sangkaan yang buruk. Disebalik sesuatu yang terjadi , terselit sesuatu yang tidak kita ketahui.


Terdetik - detik dalam hati. Berkata - kata dalam hati. Betulkah ? Iyakah ? Ish , tak mungkin. .

Mungkin tak betul. Bersangka baik sajalah. .

Sedapkan perasaan yang bergelojak dalam hati.


Sehingga kita betul - betul mengetahui cerita atau  berita yang sebenar , barulah kita berpuas hati. Barulah kita rasa lega.


 Fuhh , macam tu ke. . Ouh , patutlah. . Ouh , baru tahu. .


Rasa lawak pun ada tapi itulah kebenarannya. Walaupun ada yang malas ambil tahu. Rasa - rasa tahu sikit sudah la kan. Yang selebihnya , biarlah rahsia. Ataupun biarlah keadaan atau masa yang menjelaskan segalanya. Sesungguhnya hanya Allah Taala yang tahu sebenar - benar keadaan yang terjadi kerana Dia Maha Kuasa , Maha Melihat. .


Subhanallah. .Lailahaillallah Muhammadurrasulullah. .  ;)


Kadang - kadang ada yang jadi mangsa keadaan. Orang tu tak tahu apa - apa tapi dia yang kena akibatnya. Manusia ni suka mencari kesalahan manusia lain. Tuding jari sana sini sampai puas hati. Sampai rasa dia terlepas daripada segala kesalahan. Bertindak tanpa berfikir tu bahaya sebab kita sendiri nanti kena tanggung akibatnya. Mungkin bukan terus dapat kesannya tapi tanpa sedar kesan tu sudah pun terkena diri.


Bukan tak mahu menyatakan kebenaran , tetapi manusia tu ada sebab tersendiri. Disebabkan tak mahu orang lain dapat susah , jadi kebenaran tu terpaksa dipendam. Disebabkan nanti akan jadi satu kejadian yang tak diingini , maka kebenaran tu terpaksa disimpan terlebih dahulu. Hanya orang - orang tertentu tahu kebenaran yang disimpan tu.


Ya , mungkin masa akan melupakan segalanya.Lama - kelamaan perkara tu akan berlalu begitu sahaja. Terkubur diluar tetapi tersemat dalam kenangan. (ohok..)


Maka sesuatu kejadian yang berlaku tu ada hikmahnya , ada kesannya. Biar pahit orang rasa , biar buruk orang kata tapi diri sendiri yang mengalami  kejadian tu tak sepahit yang dirasa , tak seburuk yang dikata. 

Manis bagai madu , cantik bagai semalu. ( apa hal semalu pula ni. . ? ) =_=


Mungkin apa yang mahu disampaikan tersirat sangat sampai ada yang tak faham. Semoga berjaya memahaminya. 


Sekian. .



Walkie - talkie : Tak semua kemanisan tu sebenarnya kemanisan tetapi hasilnya nanti terjadi kepahitan yang tak disangka - sangka.

p/s : tak bisa menyatakan kebenaran buat masa ini. Maafkan aku~ Eh , nescafe tak pahit tau. .  ;P

Tiada ulasan:

Catat Ulasan