Dengan
Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. . .
Ya Allah
Ya Tuhanku. . .
Assalamualaikum.
. .
Alhamdulillah
, segala pujian hanya untukNya. Selawat ke atas junjungan , Nabi Muhammad
s.a.w. . Semoga selawat dan zikir menjadi amalan kita seharian. ;)
Apa yang
nak dikatakan tentang thriller Ramadhan ni ? Ini tentang satu kisah yang
mungkin berlaku hanya dalam filem. Iyakah ? Hoho.
Pada hari
Jumaat bersamaan 3 Ogos 2012 , berkeliaran seorang lelaki dengan menaiki kereta
milik ibunya pada waktu malam. Dikatakan pada ibunya bahawa dia hanya mahu
pergi ke kedai berhampiran. Diikutkan hati , ibunya tidak mahu membenarkan anak
lelaki itu keluar tetapi atas dasar kasihan , di beri juga anaknya pergi. Dalam
jam 12.30 malam atau boleh dikatakan tengah malam atau pagi , ibu itu menelefon
si anak supaya pulang ke rumah. Tetapi anaknya berkata bahawa sebentar lagi dia
akan pulang. Rasa tidak sedap hati sudah dirasai oleh si ibu.
Terjaga
si ibu pada jam 4 pagi untuk menyediakan juadah sahur. Sementara itu , si ibu
pergi menjenguk ke bilik anak lelakinya. Tiada. Anak lelakinya tidak pulang
lagi ke rumah lantas menelefon anaknya. Tiada jawapan. Berkali - kali si ibu
menelefon tetapi hasilnya tetap sama. Bersangka mungkin anaknya di rumah kawan.
Sehingga
jam 9 lebih pagi , anaknya tidak pulang juga. Rasa susah hati sudah menerjah.
Si ibu menelefon suaminya yang berada di negeri orang mencari nafkah keluarga ,
menceritakan apa yang berlaku. Si ayah tidak berpuas hati dengan tindakan
isterinya kerana membenarkan anak lelaki mereka memandu kereta milik isterinya.
Tetapi perkara sudah terjadi. Apa yang dirisaukan adalah si anak yang sehingga
masa itu tidak lagi menjawab panggilan. Si ibu menelefon anak lelaki sulungnya
yang bekerja sama tempat dengan si ayah. Dengan panggilan 'along' , si anak
lelaki sulung menceritakan apa yang berlaku.
Betapa
risau dan sedih si ibu kerana mengetahui anak lelakinya berada di hospital dan
kereta si ibu sudah hancur dipukul orang. Rupa - rupanya kawan along
memberitahu apa yang terjadi pada malam tersebut kepada along dan si along
memberitahu si ibu. Seluruh keluarga berasa tidak senang duduk. Si angah dan si
bongsu yang berada di rumah bersama ibu juga begitu. Entah apa yang sebenarnya
berlaku. Adakah berita yang mereka terima benar atau tidak ?
Kesimpulannya
, cerita ini cerita tentang si blogger. Ya , cerita aku. =_=
Maafkan
aku kerana kalian sedang berkawan dengan keluarga yakuza atau gangster ~ Bukan
ibu atau ayah aku yang jadi taiko. . Tapi anak - anak mereka yang berjantina
lelaki. Opps ! Tunggu ! Sekarang anak - anak lelaki mereka sudah tak aktif lagi
atau boleh dikatakan bekas gangster. .
Kalian
mesti pelik kan ? =_=
Sebenarnya
, semua itu berlaku atas dasar salah faham dan mereka yang menghancurkan kereta
ibu bertindak melulu. Main terjah la senang cerita. Adik lelaki aku dengan
kawan - kawan dia tak masuk campur dengan gangster - gangster yang sedang lepak
- lepak kat kedai makan. Tup - tup gangster - gangster tu bergaduh. Mereka
berfikir bahawa kereta ibu aku tu kereta salah seorang gangster , maka hasilnya
memang cantik ! Adik lelaki aku pula nak mempertahankan kereta ibu. Yela ,
gaduh - gaduh pun sekali dengan nak pukul kereta apa hal ?
Tapi tak
semena - mena adik aku jadi mangsa. =_= Sob. . Sob. . Sob. .
Gangster
- gangster tu pergi pukul adik lelaki aku yang keding lagi tak cukup berat.
Tapi yang paling menyayat hati , kepala dia jadi sasaran.
Alhamdulillah
, semuanya dah kembali normal seperti hidup orang lain. Mungkin. Hoho. Kereta
ibu sekarang kat bengkel. Di sebabkan gangster - gangster tu punya kerja , jadi
mereka lah yang kena bayar balik. Hebat tak ? Terima kasih atas usaha gigih
abang aku selaku ex gangster. Kalau mereka tak dapat nak bayar , report polis
jawabnya. . Atas tuduhan pukul tanpa sebab dan vandalism. Adik lelaki aku dah
pulih daripada gegaran otaknya tu. InsyaAllah , esok baru dia balik Shah Alam.
Cuti sakit tahu tak. Kasihan budak nakal ni.
Semoga
adik lelaki aku ni sedar atas kesilapan yang telah dia lakukan. Tak baik menipu
ibubapa. Kata pergi dekat - dekat tapi sebenarnya jauh nun di mana entah dia
pergi. Kalian pun jangan menipu ibubapa
kalian. No , no , no. .
Aku sendiri pergi ke tempat kejadian. Subhanallah. MasyaAllah. .
Aku rasa macam nak pukul - pukul orang yang buat perkara ni apabila lihat kereta ibu yang selama ni di jaga cantik - cantik punya jadi kebush ~~ Tapi inilah yang dikatakan musibah dan ujian yang Allah nak beri pada kita. Kami sekeluarga redha dengan kejadian yang berlaku. Ada hikmah dan pengajaran yang kita dapat ambil. Sedih memang sedih tapi apa yang Allah nak tunjukkan dan berikan tu lagi penting. Hati perlu ikhlas terima semua ni.
Allah uji ibu dan ayah dengan kereta yang hancur remuk dengan anak lelaki yang sakit masa tu. Allah uji adik lelaki aku tu dengan kesakitan dan mungkin bersarang macam sarang labah - labah dalam hati dia sebab rasa bersalah. Allah uji aku serta adik - beradik yang lain dengan apa yang sedang berlaku. Rasa diri sendiri terkena. Rasa nak keluar air mata tengok kereta dan keadaan adik aku masa petang sabtu tu. Aisehh , memang ada keluar sikit laa. ( sorok2 sudaa )
Alhamdulillah , Allah Taala masih beri kesempatan pada kita untuk menebus diri yang sarat dengan dosa. Sebelum kita pergi tak kembali , baiklah kita meminta keampunan padaNya. Lagipun , siapa tahu apa yang akan berlaku macam apa yang berlaku pada keluarga En Misron dan Pn Siti Azizah ? Bak kata malang tidak berbau. . maut juga tidak berbau. Malaikat Izrail datang pun tidak berbau. .
Ayuh ! Mari jadi hambaNya yang sebenar - benar hamba. Nauzubillah , jauhkan kita daripada menjadi seorang munafik dan fasik !
Walkie - talkie : Allah uji hambaNya dengan ujian yang mampu di hadapi oleh hambaNya. .
p/s : maafkan aku~ jangan jauhkan diri dariku..haha ;)
Ujian ramadhan. Ujian itu pasti, bgi mereka yg mengerti. ^^ Dan mne mungkin aku meminggir sdgkn aku juga perluknmu. Moga tabah. ^^
BalasPadamHoho. 18 sg pnyer cter nieh ying2. ^^
addin macam mane? otak dia kene pape ke? okay dah ke? takot pulak kalo pasal gengster2 nie.. awk, intan, mak awk okay tak?
BalasPadamLiyana : hoho..maaf la.trime ksih syg !
BalasPadamZaty : dia da oke.mse mle2 tu dia cm xigt sgt.ktrg sume oke je..alhamdulillah , bnde da setel.
kyaa ! maaf la tkotkn korg.hohoo.jgn libatkn diri ngn gngster2 ni..bhyoo ~~
sye lmh lmbut tau..bkn gngster..haha