Rabu, 17 Oktober 2012

My HeaRt Is SicK !


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. . .

Ya Allah , Ya Tuhanku Allahuakbar. . .

Assalamualaikum. .

Alhamdulillah , Allah memberi kesempatan waktu untuk update blog yang sudah sekian lama tak update. Bersawang mungkin. .  ;)

Mungkin disebabkan semester 5 yang sudah sebulan berlalu memberi begitu banyak assignment dan pelbagai aktiviti lain. Tahun 3 katakan. .
Senior la sangat.   ;P

Dalam masa yang sudah berlalu , pelbagai peristiwa , kenangan dan mungkin masalah sekali timbul yang menyebabkan aku terfikir , "Apa yang sudah terjadi ?"

Aku maksudkan dengan apa yang sudah terjadi dengan suasana sekeliling ? Tak kira manusia ataupun benda bukan hidup. Sedih dengan tali ukhuwah yang terputus dan banyak perkara yang mengilukan hati.
 Sob , sob , sob. (banyak perkara tersirat yang perlu tersurat)  =_=


Yang paling sedih , apa yang sudah terjadi dengan diri aku sendiri ?
Seriously , aku merasakan ada kelainan dalam diri aku sehingga aku bersikap macam bukan aku. Mungkin sudah jauh daripada rahmat Allah. .

Astaghfirullah , inilah yang dikatakan hati aku sedang sakit yang hampir dengan mati. Nauzubillah , aku tidak mahu hati aku mati !

Hati yang sakit adalah hati yang sekejap mahu pada kebaikan dan sekejap mahu pada kemungkaran.

Hati yang mati adalah hati yang paling teruk kerana hatinya tidak lagi mahu langsung pada kebaikan.

Hati yang hidup adalah hati yang suci bersih yang hanya mahu pada kebaikan dan dekat pada Allah. .


Bagi hati yang mati , berdoa dan mintalah pada Allah hati yang baru supaya hati kita kembali hidup.

Bagi hati yang sakit , ubatilah hati itu dengan solat fardhu , membaca Al-Quran dan solat malam. InsyaAllah , hati yang sakit kembali hidup.  ;)


Alhamdulillah , Allah memberi jalan penyelesaian untuk masalah yang menimpa manusia.


Walkie - talkie : Alirkan air matamu itu kerana Allah. .

p/s : aku sedang merawat hati. .istiqamah !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan