Khamis, 29 November 2012

TeGuHkaN YanG AbaDi


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. .

Ya Allah Ya Tuhanku , AllahuAkbar. .

Assalamualaikum. .


Alhamdulillah , aku masih disini. Masih bernafas menghirup udara nikmat pemberianNya. Sesibuk mana pun kita , kewajiban sebagai hambaNya masih berjalan dan dilaksanakan. Wajib.


Aku masih berlari tercari - cari cintaNya yang abadi. Disaat aku mencari dan disaat aku sudah pun bertemu dengan cinta abadi itu , aku dihimpit dengan cinta fitrah. Cinta yang hanya sementara jika kita tidak menjadikannya selamanya hingga ke syurga. 


Cinta abadi yang sering terbalas. Tidak pernah terputus hubungan walaupun sebenarnya kadang kala aku yang terlupa untuk bertemu mencari. Bersyukurkah aku ?


Cinta fitrah yang mungkin dikecewakan atau diterima. Sebelum itu , sudah cintakah aku kepada ibubapa , keluarga dan sahabatku ? Dimanakah tanggungjawabku ? Bukankah itu satu amanah ? Mengapa aku masih lagi mencari cinta fitrah itu ? 


Mungkin mereka akan mengatakan itu adalah lumrah kehidupan manusia.


Bukankah aku sudah pun berserah padaNya ? Biarkan segalanya diuruskan olehNya. Hanya usaha dan doa padaNya. 


Jagalah hati. Jagalah iman. Jagalah diri.
Teguhkan semuanya. Teguhkan cinta abadiku.


Andai aku telah ditemukan dengan cinta fitrahku , biarlah yang membawaku dekat kepada cinta abadiku kerana dengan kekuatan kepada cinta abadi menjadikan aku bertemu dengan cinta fitrah (insani).



Walkie - talkie : Ujian Allah ada dimana - mana. Selalulah bermuhasabah kerana kita akan sedar kesalahan yang telah kita lakukan sama ada yang sedar atau tidak.

p/s : i'm not 'karat'.well,i'm also a human being.  ;D

3 ulasan:

  1. kita kn lah ingat kpdnya..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    BalasPadam
  2. maseh igatkn dlm entry nie ye...
    cnta abadi la yg pling utama dari sgalanya...

    BalasPadam
  3. btl tu.
    cinta abadi yg pling utama. ;)
    tp kkdg manusia lpe pa yg ptot diutamakn.
    astaghfirullah..

    BalasPadam