Rabu, 14 November 2012

TukAr YaNg BarU


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. . 

Ya Allah Ya Tuhanku , AllahuAkbar. .

Assalamualaikum. .


Segala puji hanya bagi Allah , Tuhan sekalian alam. Ya Allah Ya Tuhanku , bermula sudah tahun yang baru dalam kamus hidupku. Berangkatnya buku amalan ku dan bertandang buku amalan yang baru. Semoga tahun baru ini aku menjadi hamba yang lebih baik amalannya. Amar makruf nahi mungkar. InsyaAllah , aamin. .


Ya Allah Ya Tuhanku , hambaMu ini masih melakukan dosa. Aku mencari kekuatan hati , iman dan diriku sendiri agar aku mampu mengubah aku dan agar aku mampu mengubah insan lain. Aku tidak mahu melihat mereka tenggelam dengan dosa yang tiada mereka sedari. Aku yang melihat , aku yang sedar , aku yang mendengar harus melakukan sesuatu untuk menghalang.


Iman , iman , imanku masih ditahap kritikal kerana aku belum mampu untuk menegur secara kuasa dan lisan. Aku hanya membenci di dalam hati dan menegur dalam bait - bait kata. Hanya segelintir insan yang aku mampu untuk menegur. Manusia apakah aku ini ?


Aku adalah anak , aku adalah ahli keluarga , aku adalah sahabat dan aku adalah saudara seagama. Dimana tanggungjawabku untuk menyelamatkan mereka dan membawa mereka kembali ke jalan yang Allah redhai ? Aku tidak perlu lagi menunggu tetapi aku harus bertindak !


Aku sayangkan kalian.

Salam Maal Hijrah.


Walkie - talkie : Apa yang kamu takutkan ? Persetankan manusia yang mengejekmu tatkala kamu mahu berubah ke arah yang lebih baik.

p/s : seriously ,advisor jonet nak report seminar la.bukan draft yang berpoint2 tu.kami semua kelam kabut nak siapkan dalam minggu ni except mamat seorang tu.dia memang pantas! Cause and effect : padan muka la  ;D



2 ulasan: