Isnin, 4 Februari 2013

KhaLifaH


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. . .

Ya Allah Ya Tuhanku AllahuAkbar. . .

Assalamualaikum. . .


Alhamdulillah , setelah sekian lama tak menaip. Akhirnya setelah berkurun lama tak update. Sebenarnya banyak sangat nak kongsi , dah terfikir nak update itu ini tapi as a result , none. Tengok blog , niat nak update tapi lastly buat kerja lain. Cuti semester kan. Suri rumah sepenuh masa la kerjanya.  :P


Buku - buku yang aku beli sejak awal semester sampai sekarang ni , ada lagi yang tak habis baca. Habis tu , kadang - kadang cuti or weekend je ada masa nak baca. Konon rajin study sampai tak sempat baca. Hoho. Palsu semua tu. 


Baru - baru ni , baru je habis baca buku HERO karya Hilal Asyraf. Best novel tu. Bila baca , rasa tanggungjawab terhadap diri , keluarga , sahabat , negara dan paling penting , agama perlu ada. Bukan perlu tapi mesti. Seperti yang kita lihat sekarang ni. Macam - macam perkara berlaku. Negatif. Ditambah lagi dengan isu politik yang kerjanya hentam sana sini. Salahkan orang tu , orang ni. Pada pandangan mata , negara kita ni bukanlah negara Islam yang sebenar.


Jadi , sebagai hamba Allah , ada tanggungjawab sebagai khalifah. Tanggungjawab terhadap ummah. Ubah ummah yang semakin hanyut. Walaupun ada yang sudah berubah dan kembali ke pangkal jalan tapi yang lain macam mana ? Apa pun , orang - orang yang terdekat dengan kita harus kita ubah dahulu.


Aku akui , aku punya tanggungjawab untuk mengubah manusia sekeliling. Keluarga aku , terutama adik - adik yang masih boleh dilentur dan abang yang nakal walaupun dah nak kahwin. Sahabat - sahabat yang jauh dan dekat. Sayang korang semua !  ;)


Antara buku - buku Hilal Asyraf yang aku baca :













Yang ini , buku yang aku tengah baca walaupun beli bulan November tahun lepas :





Kepada yang rasa nak bercinta atau sedang bercinta , baca la buku ni. Cuba ubah persepsi atau perkara yang biasa kita lakukan bila isu couple diutarakan. Ada yang tahu syariat , ada yang tak tahu sebab mungkin mereka tak hidup dalam suasana agama , tak bersekolah yang ada subjek agama dan sebagainya. Pada yang sudah tahu , cuba kita ubah dan amalkan ilmu yang kita sudah belajar tu.



InsyaAllah , boleh. Islam agama yang tak menyusahkan malah memudahkan sesiapa yang menganutnya. Allah tak menyusahkan hamba - hambaNya. Kita yang menyusahkan diri sendiri.   ;)


Jaga diri , hati dan iman.  ;)


Walkie - talkie : Tanggungjawab manusia di muka bumi

“ Dan ingatlah tatkala Tuhanmu berkata kepada para Malaikat :’ Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di muka bumi . Mereka bekata :’ Mengapa Engkau hendak menjadikan (Khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah , padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau ? Tuhan berfirman :” Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui ” (QS.Al-Baqarah : 30).


p/s : happy birthday addin ! (semalam). jaga kereta aku elok-elok!

2 ulasan: