Selasa, 12 Mac 2013

PesAnaN DariPadA GamBaR


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. . .

Ya Allah Ya Tuhanku , AllahuAkbar. . .

Assalamualaikum. . .




Pesanan daripada cik blogger kepada kalian , juga kepada diri cik blogger sendiri  ;D


Kadang - kadang kita terlepas pandang , terlepas cakap , terlepas buat. 


Jadi anak - anak semua , selalulah kita beristighfar memohon keampunan Allah. Bukan istighfar sahaja tapi zikrullah pun kena selalu buat ye. Allah sudah beritahu bahawa dengan mengingatiNya , hati akan menjadi tenang.  ;)


Nak jaga diri , jaga hati dan juga jaga iman bukanlah perkara yang mudah tetapi kita kenalah berusaha. Sedikit - sedikit kita cuba buat dan jaga , lama - lama nanti tak susah dan dah terbiasa. Doa pada Allah agar diberi kekuatan. Kekuatan dan keteguhan untuk menjaga diri , hati dan iman.


Bersyukurlah sebab kita sudah diberikan nikmat Islam dan iman. Hanya tinggal nak praktis dan jaga kan ? Berdoalah agar Allah tak menarik kembali dua nikmat itu. Apa akan berlaku kalau dua nikmat itu tiada dan ditarik kembali ? Nauzubillah. .


Segumpal darah yang berada dalam badan manusia itu adalah hati. Jika tak dijaga maka rosaklah hati. Bukan sahaja akan rosak malah lama kelamaan akan mati. Bagaimana keadaan manusia apabila hatinya mati ? Tiada lagi kebaikan yang mahu diterima dan sukar sekali mahu melakukan kebaikan. Mahukah kalian ?


Berusaha , berusaha dan teruskan berusaha. Istiqamah. 

Allah sentiasa membantu hamba - hambaNya dalam melakukan kebaikan.



Walkie - talkie : Manusia itu tiada yang sempurna. Tak usah mencari kesempurnaan daripada mereka kerana apa yang akan kamu temui adalah kekurangan. Terima baik buruk manusia. Itu yang terbaik untuk dilakukan seperti mana mereka menerima buruk baik kamu.  ;)


p/s : ttbe dpt panggilan 'umi'.haha.siap ad yg jd ank tiri.psst2,itu cover photo sye.  ;P

Tiada ulasan:

Catat Ulasan