Selasa, 23 April 2013

CraZy FaMiLy


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. . .

Ya Allah Ya Tuhanku , AllahuAkbar. . .

Assalamualaikum. . .



Take a look.




Chronological picture. Heh.
Ini semasa aku , both my parents dan adik lelaki pergi melawat adik perempuan merangkap anak bongsu dekat sekolah berasramanya. Masa itu si bongsu sedang berada dalam tingkatan 3. Nak PMR la senang cerita. So , as always sebenarnya hampir setiap minggu pergi menjenguk si bongsu ni.


Alhamdulillah , sekarang si bongsu sudah berada dalam tingkatan 4. Ambil jurusan akaun. Bak kata ayah dan ibu , anak bongsu katakan ~ Nak apa , dapat. Suruh tengok dia dekat asrama , pergi tengok. Nak outing , dapat outing. Kira heaven juga si bongsu ni. Masa aku dulu , sebulan sekali je. Kadang - kadang tak pergi melawat pun. Haha.


Bak kata mereka , " Anak bongsu , tak apalah. . "


Aku dan adik lelaki tak ada kena mengena dalam gambar - gambar tu. 
Buat menyibuk je.  ;D


Berjuraian air mata tatkala memeluk si ibu dan sebaliknya. Maklumlah , anak nak ambil peperiksaan penting. Datang bagi support , semangat dan yang sewaktu dengannya.



Kini , si bongsu membesar lebih besar daripada si kakak. Kini , si kakak di anggap seperti anak bongsu kerana beberapa faktor. Jika orang tanya , ouh si bongsu ni sedang menunggu result SPM atau sudah habis sekolah. Manakala si kakak , ouh ni sekolah tingkatan berapa ? Ouh ni sekolah sesi pagi ke petang ?

Apakah ~


Tipikal la kan. Aku tak berapa nak kisah. Ya , aku berada di tangga kelima mengikut ketinggian. Of course En. Misron di tangga pertama. Paling cute atau di tangga keenam atau terakhir adalah Pn. Azizah. Hihi.


Take a look.



Gila gangster muka.


Take a look.



Muka penuh kelembutan.


Haha. Okay , compliment itu perlu. Kalau tak ada , masalah juga. Antara adik - beradik pun. Abang macam ni. Aku macam tu. Adik lelaki macam ni. Si bongsu macam tu. Masing - masing memerlukan satu sama lain. Walaupun berbeza fikiran dan behaviour tapi bak kata pepatah air dicincang tak akan putus. Hihi.


Bak kata ibu , " Apa - apa pun , itu jela adik perempuan Angah. "

" Itu la abang Angah walaupun. . " Okay tak boleh sambung. Ekstrem.



Ini la keluarga aku. Penuh ragam dan pancaroba.


Eh , hujung bulan depan abang aku yang tersayang akan bernikah ! Well , bakal kakak ipar sebaya. Alhamdulillah , hubungan kami elok. Even pada mulanya aku tak tahu macam mana nak try masuk dengan dia sebab malu dan kami sebaya. Lagi malu aku. Sekarang dah okay. Hihi.


Ibu dan ayah , " Nanti panggil dia Kak Farah tau. "

Haha. Baiklah.


Apa conclusion ? Come on rashidah. Apa motif taip menaip pasal entry ni ?
Well.

Sayangilah ahli keluarga kalian. Keluarga aku bukanlah keluarga Islamik. Tapi Pn. Azizah lah yang berusaha menjadikan keluarga mengikut syariat Islam , mengikut perintah Allah. En. Misron juga sedang berusaha ke arah itu. Ayah berusaha sebaik mungkin. Walaupun ayah pernah kata dia serahkan bab agama pada ibu. Bukanlah 100 peratus. Dia berusaha bantu apa yang dia boleh bantu. 


Manusia berubah. Perubahan itu baik dan perlu. Tahniah ayah ! Abang dan adik - adik pun. Aku memegang amanah dan tanggungjawab untuk menjaga mereka. Bukan hanya ayah dan ibu. Pehh berat. Hihi. InsyaAllah. Like I always mention , Allah always be there whenever we're in such trouble. Right ?


Way to go Rashidah !


Walkie - talkie : Keinginan dan impian untuk membina keluarga sakinah. Manis. Memang manis. Tapi , usaha ke arah itu bagaimana ? Betulkah kita kini di atas jalan menuju ke arah tersebut ? Macam mana dengan diri kita ? Macam mana bakal pasangan kita ? Macam mana zuriat kita kelak ?


p/s : mood nak bersedia apabila ditanya bila nak kahwin.sebab tak lama lagi along nak kahwin dah.haha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan