Sabtu, 8 Jun 2013

DaRk SiDe


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. . .

Ya Allah Ya Tuhanku AllahuAkbar. . .

Assalamualaikum. . .



Alhamdulillah , tamat kuliah semester 6. Sekarang menanti kedatangan exam. 



Ahad lepas , majlis kahwin abang aku dan alhamdulillah ada beberapa ahli AP3 yang bertandang. Cehh. Macam nak datang majlis aku pula kan , padahal abang punya majlis. Terima kasih kerana datang dan bergosip dengan En Misron dan Pn. Siti Azizah. Grr. Geram. Hohoo~~ Sedap sakat aku. Last - last aku yang malu. >_<



Jadi ada persoalan yang timbul masa tu.

" Tu siapa ? "

Jeng jeng jeng

Eh , ni bukan siapa yang digosip tapi ini pasal kawan - kawan abang aku. Ehemm. Anak buah pun ada.
*tak tahu nak cerita macam mana.


Baiklahh. Family aku ni tak berapa normal sikit. Macam - macam ada. 

Jadi , apabila mereka sudah tahu , aku tak kisah. Nak judge pun tak kisah. Haha



yakuza ? err tak la macam yakuza jepun tu. melampau dah tu. ni malaysia punya.


Ada yang seram - seram sejuk dengan aku. Adik yakuza. Haha. Macam - macam lah. Aku sedar aku ni tak berapa nak lembut. Ganas. Drive pun kena ada orang yang lembut naik , baru sedap sikit. Kalau tak , suka hati je kan. Contoh , izzah nabihah (kawan kelas AP) naik kereta aku , baru aku bawa selembut mungkin sampai habibwafiy (bukan nama sebenar) pun sedar yang aku bawa lain je style-nya ~  :P



Aku kalau boleh nak sorokkan sisi gelap aku tapi lama - lama terbongkar juga. Haha. Tak kenal tak tahu kan. Baik kenal dan tahu.  Berlatih berlatih nak kurangkan sisi gelap. Shida boleh. :D



aku bukan gengster , aku nak jadi feminin haha lol. 
ni sebab ikut along kot. lelaki kan. bawah aku pun lelaki. 
jadi masa dulu - dulu selalu berkepit 3 orang.
keluar pun dengan kawan - kawan lelaki diorang.



Cousin aku , dan ramai juga terkejut. Terkejut sebab tak percaya aku suka dengar lagu yang macam tak berapa nak lembut. Aku pun tak tahu kenapa.



ya , aku die hard fan LP daripada aku tingkatan 1.
tak tahu kenapa.
LP : Linkin Park
aku suka vokalis LP. hihi



Terbongkar lagi.

Harapnya tak ada yang sakit - sakit jantung , lemah badan ke.

Biasa la kan. Setiap orang ada sisi yang tak cerah (gelap lah). Kadang - kadang tak teruk mana pun , cuma bila orang tahu tu pelbagai reaksi la kan. Depends juga pada orang. Ada yang rasa biasa je benda tu. Normal. No big deal.



Sejarah aku ni panjang dan tak sedap sangat. Jadi apa yang aku harap aku dapat menjadi seseorang yang berguna. Hamba Allah yang berusaha melakukan suruhanNya dan berusaha meninggalkan laranganNya. Aku nak jadi aku yang baru , aku yang istiqamah dan tak nak aku yang lama dan yang tak berapa nak lurus. InsyaAllah  ;)



Walkie - talkie : Allah Taala tak kisah kalau hambaNya melakukan dosa. Bukan tak kisah tu maknanya yang 'tak kisah' tapi maksudnya Allah pasti maafkan dosa - dosa hambaNya. Tapi yang Allah Taala kisah kalau hambaNya tak selalu meminta keampunan padaNya.


p/s : dapat nama baru. kak yong. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan