Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Ya Allah Ya Tuhanku AllahuAkbar...
Assalamualaikum
Alhamdulillah. Terima kasih Allah. :)
Semester 7 telah berakhir. Kini hanya menunggu masa untuk ke latihan
industri (LI). Tapi tempat praktikal belum ditemui. Hihi. Ada tempat untuk
pergi tapi belum rasmi lagi sebab belum bagi surat kat tempat praktikal tu.
Apa pun, rasa sekejap je 4 tahun kat USIM. Rasa sekejap je kenal
kawan-kawan USIM. Touching ~
Everything has changed when time goes by.
Ehemm, nak cerita la sedikit sebanyak latar belakang atau sejarah la
kan, macam mana tertubuhnya blog saya ni. Cehh :D
Sebenarnya, masa mula-mula buat blog ni, tak tahu sangat motif utama
kenapa la nak blog blog bagai. Mula kenal blog dari kawan sekolah merangkap
senior. Umur 18 tahun. 2009. Tapi lepas sambung belajar kat KMNS, lupa terus
kat blog dan hampir setahun lepas tu baru tersedar sebenarnya saya ada blog !
OTK !
Kemudian, saya mengemas kini apa-apa yang patut. Update pasal kehidupan
di matrikulasi ~ Cewahh. Perasaan yang sangat teruja dan gembira masa saya di
matrikulasi. Entah kenapa, tapi itulah. Haha. Masih tak ada sebab kukuh kenapa
saya berblog, mungkin suka-suka je. Nak kata hobi pun bukan.
Tibalah saya di USIM. 2010. 19 tahun. Update tentang kawan-kawan kelas
Applied Physics 2. Kenapa '2' ? Sebab pecah 2 kelas. Satu kelas 18 orang.
Update juga tentang kawan-kawan matrikulasi yang sudah pun masuk pelbagai
universiti. Agak sedih, eh sedih sangat sebenarnya bila ramai yang masuk UTM.
Perasaan tidak puas hati tiba ~
Teruskan juga kehidupan sebagai pelajar USIM. Cuba untuk menerima qada'
dan qadar Allah Taala. Nakal sangat. Hee. Sekarang pun ~
Masuk semester 2, Allah membuka pintu hati saya. Saya bersyukur Allah
letakkan saya kat USIM. :)
Lebih kurang sebulan selepas mula semester 2, saya ada sebab utama
kenapa saya perlu teruskan blog, apa niat saya untuk berblog.
Kerana Allah Taala.
Kerana ingin menyebarkan Islam.
Kerana ingin mengingatkan diri sendiri.
Kerana sayang kepada ummah.
Saya tak kisah tak ada follower, saya tak kisah kalau ada yang tak
terbaca. Apa yang penting, saya kongsikan apa yang ingin saya kongsi.
InsyaAllah, mungkin ada yang terbaca dengan izin Allah Taala.
Saya gembira jika saya dapat gembirakan orang lain, dapat berkongsi
ilmu, dapat berkongsi cerita dan yang penting saya harap saya dapat beri
kebaikan pada orang lain.
InsyaAllah, moga Allah Taala redha.
Kalau kalian perasan, saya ni kadang-kadang suka berpuisi. Haha. Nak
kata puisi tu macam poyo, tapi lebih kurang macam saya suka buat ayat tersirat
dari tersurat. Kata-kata yang tak mudah orang fahami (walaupun senang kot nak
faham), berputar belit dan tak terus terang.
Saya pun tak tahu kenapa dan tak tahu bila saya ada minat macam tu.
Saya dapat daripada ibu kot. Hmm, ibu pun macam saya juga. Kadang-kadang ayat
dia puitis-puitis, berbunga-bunga. Haha. Kalau ayah, terus terang je. Less
romantic la kononnya.
Hee, sekian cerita yang ingin saya kongsi untuk kalian. InsyaAllah,
lepas ni mungkin saya ada masa untuk update blog dengan lebih kerap. Mungkin
lepas ni, cerita-cerita tentang LI ~ hihi
Jaga diri
Jaga hati
Jaga iman
Walkie - talkie: Allah Taala sayang kamu.
p/s: hard bound la shida ~