Selasa, 26 Julai 2011

NervOus !


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. . .


Assalamualaikum. . .  :)
Kabare semua ? Hopefully , all of you will have a nice day , isn't it ? 

Hari ni hari terakhir ayah ada seminar kat Nilai. Tak tahu hotel mana tapi kat Nilai la. Yang bestnya seminar yang diadakan selama 3 hari , bermula dari hari Ahad lepas telah dianjurkan oleh CIDB. Tapi point kat sini , aku nak cerita ayah aku yang jadi speaker nyaaaaa. . 




Muahahaha , rasa macam tak percaya. Ni 1st experience ayah jadi speaker untuk seminar. Company ayah , Global Globe yang pilih ayah untuk jadi penceramah for this CIDB seminar. Aku pun tak tahu macam mana ayah boleh dipilih. Ibu kata diorang pilih ayah sebab ayah dah banyak pengalaman. Kira senior la dalam bidang construction ni. Ayah pun dah bekerja dalam bidang ni lama. Hmmm , boleh dikatakan dah 20 lebih tahun kot.


 For CIDB ni , ayah dah ada kad warna apa entah , tapi kiranya kad yang ayah ada tu menunjukkan ayah dah lulus ataupun dah banyak attend seminar CIDB. Entah la , tak sure. Hee ~ Untuk yang baru dalam bidang ni , diorang kena ada seminar macam yang ayah aku kena handle ni. Bila diorang dah habis seminar ni , kira dapat kad daripada CIDB , warna hijau. Orang kata kad warna hijau tu , for junior macam diorang la. 


Yela , bidang construction ni bukan bidang main - main. Bila nak buat rumah ke , sekolah ke , masjid ke , institut pengajian ke , dan banyak lagi mestilah orang yang handle tu berpengalaman. Kalau salah buat ke atau bahan yang diorang guna tu tak bagus ke atau tiba - tiba tersalah pasang ke , kan bahaya. Bila - bila masa boleh musnah ~~ Wah , ayat serius !  ( berperanan sebagai anak kepada senior dalam construction industry. . )  (=_=)


 Ayah call ibu semalam , ibu tanya macam mana ? Ayah kata ayah berpeluh - peluh kat depan. Ibu gelakkan je. Hee , sebab ayah memang tak pernah jadi speaker and bila dia kena jadi untuk pertama kali , memang nervous yang amat ! Apa - apa pun , congrates untuk ayah ! You did it well daddy !   :)






Aku teringat masa terpilih untuk jadi naqibah untuk usrah. Aiyaa , takut gilaak nak cakap. Eventhough dah ada kursus untuk para naqib dan naqibah , tapi aku tetap takut , nervous dan macam - macam lah rasa. Mula - mula jadi naqibah , aku memang berpeluh - peluh kot ! Ergh , tolong la. Nak cakap , nak terangkan pasal tajuk yang kena bentang dalam usrah masing - masing memang terkulat - kulat aku dibuatnya. 


Ahli - ahli usrah semua lain - lain form and bukan yang satu dorm dengan kita. Kira campur - campur la. Diorang senyap je. Duduk memang rapat gila , pastu diorang duduk memang ke depan. Sebabnya ? Sebab suara aku perlahan sangat ! Diorang tak dengar sangat. Ditambah lagi suara - suara usrah lain dalam surau tu. Hakhak. . Kesian. Tapi lama - lama dah okey ~ Ehehee. .  :D





So , aku nak bagi tip - tip kat korang. Kita boleh try untuk presentation kat depan. Sebagai pelajar universiti , memang banyak present - present ni (x_x) .  Mana tahu berguna ke kan. Taaadaaa !


> Berdoa kepada Tuhan agar korang diberi ketenangan dan kejayaan ketika berucap.

> Tarik nafas dalam-dalam untuk kurangkan ketegangan pada tubuh. Langkah ni dapat mengurangkan rasa gugup korang ketika berhadapan dengan orang ramai.

> Anggap mereka sebagai rakan korang dan jangan terlalu risau dengan jumlah hadirin yang ramai.

> Elakkan dari bertentangan mata dengan setiap orang sebaliknya melihat ke arah atas kepala setiap orang. Konon - konon korang tengok diorang la.

> Datang lebih awal ke tempat korang berucap supaya korang dapat kenal dan kuasai tempat tu. 

> Dekati hadirin korang dan berbual dengan mereka , sebabnya secara psikologi ia memberi keyakinan apabila korang mula berucap.

> Korang boleh eye to eye dengan pendengar yang korang rasa mesra dengan korang dan bukan kepada yang muka ketat. Hikhik.  :P

> Korang kena yakin yang korang boleh ! Fighting !

> Elakkan daripada memegang kertas sebab kalau korang gementar nampak la korang punya terketar-ketar tu dan ini akan menambahkan perasaan gementar serta tertekan.

> Cuba hafal ayat - ayat awal dalam skrip , biar nampak yakin masa mula -mula berucap.

> Tanya soalan pada pendengar utuk kurangkan nervous. Dengki - dengki la sikit.  :P





> Buat persediaan yang cukup sebab kajian mendapati kurangnya persiapan membuatkan korang lebih gementar. 

> Berlatih banyak kali. Kalau malu nak berlatih depan kawan , depan cermin pun boleh.   :D

> Cuba tenangkan diri secara jasmani sebelum berucap. Dengar lagu ke , mandi ke dan macam - macam. Jangan commit suicide sudah.

> Try to be humour person. Nanti hilang sikit nervous tu. Jangan lawak yang lebih - lebih ye.

> Bersiap sedia dengan soalan yang akan ditanya pendengar. Try agak - agak soalan apa yang diorang akan tanya.

> Jangan cakap pada pendengar yang korang takut. Nanti diorang fikir korang macam tak layak je nak diri kat depan.

> Elakkan daripada hafal semua isi ucapan sebab nanti korang stress.






> Buat senaman kecil macam gerak - gerakkan jari kaki ke , tapi jangan la obvious sangat. Nanti orang fikir korang tak betul pula. Gila sebab nervous kot ~

> Fikir positif !

> Fokus pada ucapan dan elakkan daripada fikir bukan - bukan pasal apa yang diorang akan cakap pasal korang.

> Awasi cara korang duduk sebab cara duduk juga membantu korang mengurangkan tekanan.

> Minum air kosong untuk membasahkan tekak. Nanti tak ada suara , susah pula.

> Cakap slow - slow , sepatah - sepatah sebab bila kita cakap laju , nampak macam nak cepat habis je. Lagipun , memburukkan keadaan ~




Itulah serba sedikit tip - tip masa korang nak berucap kat depan. Mungkin korang ada cara korang sendiri macam mana nak kurangkan nervous. . Depends on you.  :)





Jadi , sama - samalah kita menangani nervous ni. Tingkatkan CONFIDENT , kurangkan NERVOUS !



Walkie - talkie : Kita hidup bukan untuk mati tapi apabila kita mati , itu adalah permulaan hidup kita yang sebenarnya. Hidup di dunia hanya sebagai persediaan untuk mati kelak.

p/s : Haiiyakk ! Akulah SUPERMAK !  :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan