Selasa, 19 Jun 2012

HakikAt KehiDupaN


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. . .

Assalamualaikum. . .

How's doing ? Harap kalian sihat dan segala urusan dipermudahkan olehNya. Huwaa , sudah berapa purnama tak update blog ye ?  >_<

Alhamdulillah , diberi kesempatan untuk update. Sebenarnya sekarang still dalam minggu exam tapi memandangkan gap untuk paper last dari sabtu lepas sampai 27 Jun nanti , jadi ada masa juga nak jengah blog. Hik3. .

Tapi , sebelum gap tu jadual exam untuk sem 4 ni tersangat padat ! Dari 12 Jun sampai 15 Jun dan !4 Jun tu ada 2 paper sekaligus ! Memang dashyat kan ? Paper killer2 punya tapi tak apa , harapnya apa yang students Applied Physics usaha selama sem 4 ni membuahkan hasil yang baik. Tapi. .tapi lagi ?
Urgh , rasa ada paper yang kena repeat untuk sem depan ~ (untuk saya saja yee. .)



Semua yang berlaku tu ada hikmah lagipun bergantung pada seseorang tu. Maksudnya , dah tahu paper straight 4 hari , jadi usahanya kena lebih la kan. . Tapi aku seronok pergi bercuti  ;P

Sila ikut yang baik - baik sahaja. .  >_<

Kita sudah rasa apa yang kita lakukan itu memang yang takat kita mampu. Dah usaha sehabis mungkin , kita berdoa dan tawakal pada Allah. . InsyaAllah , Allah bantu kita. Andai kita gagal , itu pengajaran untuk kita dan jangan terlalu berpuas hati dengan apa yang ada. Bersyukur dengan qada' qadar Allah , redha. .



Memang kita berharap Allah beri yang baik , tapi tak semudah itu kan ? Kadang - kadang senang je kita dapat sesuatu yang kita nak tapi sebenarnya itu juga ujian daripada Allah untuk lihat sejauh mana kita bersyukur dan sejauh mana keimanan padaNya.



Kita sendiri mungkin dah tahu bahawa keimanan manusia biasa ni sekejap naik , sekejap turun. Tapi dalam dunia akhir zaman ni , kita selalu abaikan apa yang Allah perintahkan , apa yang Rasulullah s.a.w pesan. .

Jadi keimanan kita tu takat rendah je , entah bila tingginya. Stabilkanlah iman kita , kalau rasa dah turun kita naikkan dan stabilkan sebab iman kita takkan kekal tinggi. .  ;)



Aku bukanlah seorang stalker (betul ni. .) , bila on facebook , macam - macam aku baca. Sedih rasa. Manusia masih mengagungkan cinta manusia ! Apa yang aku utamakan adalah orang Islam. Ya , orang Islam itu patut tahu cinta yang mana perlu diutamakan. Aku akui , aku pun pernah jadi hamba cinta manusia. Ketepikan semua pasal benda lain dan fokus pada cinta fitrah. Sedih bila ingat tapi itu semua pengajaran untuk diri. Sedar sebenarnya cinta manusia takkan ke mana dan hanya bawa kita ke kancah nafsu.



Cinta yang utama adalah cintakan Allah , 
Yang kedua cintakan Rasulullah s.a.w. ,
Yang ketiga cintakan ibu bapa. .

Apa - apa pun cinta utama tu jangan di ketepi. .Macam mana nak cintakan Allah dan Rasulullah s.a.w ?



Macam - macam cara nak kenal Allah. Ciptaan alam dan seisinya tu salah satu cara nak kenal Allah. Lihat alam dan sekeliling , lihat bulan dan matahari serta cakerawala. . Langit itu sendiri penuh hikmah. Bagaimana langit teguh berdiri tanpa tiang ? Kita lihat dunia , kita fikir tentangnya. Begitu luas kuasa Allah. Lihat diri sendiri , betapa cantik dan sempurna diri kita. Ada kaki , tangan dan pancaindera. . lagi - lagi Allah sudah kurniakan akal untuk manusia ! Gunakan sebaiknya. .insyaAllah. .


Kadang - kadang orang kata , macam mana nak cinta Rasulullah s.a.w. kalau tak pernah nampak ? Ya , kita umat selepas para tabii tabiin iaitu umat akhir zaman yang tak kan lagi kukuh dengan Islam. Buktinya , tengok sekeliling kita. . Mana - mana je senang nampak kemungkaran kan ? Makin lama makin jauh dari Islam. 


Jadi , selalu lah berselawat untuk Rasulullah s.a.w. untuk dekatkan kita dengan baginda. Untuk mula mencintai baginda. . InsyaAllah , selepas itu banyakkan baca sejarah baginda dan ikutlah sunnah baginda.

Kata sayang Rasulullah , so amalkan sunnah baginda okey ? InsyaAllah , sikit - sikit lama - lama jadi bukit. Tapi , jangan dah tahu tapi tak buat ya !  ;)


Jadi , apa yang korang dapat hari ni ? (dah macam ustazah ni. .)
Ambil apa yang baik , amal dan sebar. Semoga kita mendapat kebaikan. .
InsyaAllah. .  ;)


Walkie - talkie : Qudwah yang baik untuk kita ikuti adalah Rasulullah s.a.w.


p/s : ustazah , ustazah. .dia cakap itu cakap ini. .ustazah , ustazah. .nak minum , nak makan boleh ? haha. comel la budak - budak kecil ni ~  ;)

1 ulasan:

  1. ustazah .. ustazah .. mmg betol .. kdg2 home fb penuh dengan cinta manusia .. hmmm :( ..

    BalasPadam