Dengan
Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. . .
Ya Allah
, Ya Tuhanku. . .
Assalamualaikum.
. .
Alhamdulillah
, diberi kesempatan olehNya untuk beriman setulusnya hanya kepadaNya.
Meskipun
begitu , masih banyak lagi dosa - dosa semalam yang belum lagi di tanam sedalam
- dalamnya kerana hati ini masih lagi lalai. Ditimbus kembali dosa - dosa yang
telah ditanam dahulu dengan taubat kepadaNya. Ditimbus dan terus ditimbus
hingga tiada lagi dosa - dosa yang telah ditanam. Bertaubat lagi , bertaubat
lagi hingga sampai waktu untuk kembali ditimbus kerana hatinya tidak sebersih
dulu.
Tiada
lagi istiqamah. Tiada lagi menjaga mata , telinga , lidah , amal dan hati. .
Astaghfirullah.
. Ampunilah dosa - dosaku Ya Allah , Ya Tuhanku. . .
Masih
lagi gagal mengawal nafsu , masih lagi bersetuju dengan hasutan syaitan , masih
lagi enak dengan dunia. .
Cinta ,
cinta dan cinta. . Cinta dunia yang dicari , cinta hakiki yang dilupai. .
Padahal
Allah terus menerus menunggu rintihan hamba - hambaNya. .menunggu dan menunggu.
.
Apabila
Allah memberi ujian kepada hambaNya , barulah hambaNya tersedar dan ada juga
yang terus hanyut melupakan Allah.
Apakah
layak Allah dilupakan ? Apakah Al-Quran itu letaknya hanya diatas rak hingga
berhabuk ? Apakah Sunnah Rasulullah s.a.w. itu hanya terletak di dalam buku -
buku tanpa diamalkan ?
Tanyalah diri , tanyalah hati. Semoga kita semua mampu melakukan yang terbaik untuk menjadi hamba Allah yang sentiasa mendapat keredhaanNya. .
Alhamdulillah , aminn. .
Walkie - talkie : Sentiasa merasakan diri ini tersangat kerdil kerana kita hanyalah hamba Allah. .
p/s : waiting for something. ;D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan