Rabu, 18 Julai 2012

PeRasaAn SebeNaR


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. . .

Ya Allah , Ya Tuhanku. . .

Assalamualaikum. . .

Alhamdulillah , seperti hari - hari yang telah berlalu , kita sebagai hamba Allah sentiasa beribadah padaNya tidak kira siang atau malam. Bukan hanya solat itu di anggap ibadah tetapi menuntut ilmu juga di kira ibadah. Apabila ada ilmu , kita dapat mengenal Allah Taala sebagai Pencipta makhluk dan alam. Agama Islam pula wajib ada dalam setiap diri sebagai panduan hidup yang penuh ranjau. Iman semestinya cabang utama untuk terus mendekatkan diri kepada Allah Taala dan untuk menghalangi musuh - musuh Allah serta musuh - musuh Islam sendiri daripada memasuki diri seterusnya jauh daripadaNya.


Astaghfirullah. . .
Ya Allah , Ya Tuhanku. . .




Seperti yang kalian lihat , inilah kerja yang di lakukan pada minggu ini. Hoho. Ibu baru sihat dari sakit demam dan sakit tekaknya. Budak - budak kecil itu tidak sabar - sabar mahu mendapatkan semula kertas peperiksaan setengah tahun. Agak lambat juga peperiksaannya tu. .

" Ustazah , ustazah. Bila nak dapat kertas periksa ? "


Kesimpulannya , aku perlu menolong ibu yang kesibukan. Ada 6 subjek yang perlu di tanda. Perasaan seorang guru itu telah tercetus di dalam hati. ( cehh. . ) Apabila aku menanda kertas - kertas tersebut , barulah aku faham perasaan sebenar seorang tenaga pengajar. Perasaan gembira itu terpancar tatkala jawapan yang di tulis oleh anak - anak murid adalah jawapan yang betul. Sebaliknya pula jika yang di tulis itu jawapan yang salah.




Pelbagai jawapan yang mereka tulis dan ada yang perlu di warnakan. Rasa lucu apabila melihat tulisan mereka. Maklumlah , ada yang baru berusia 4 tahun , 5 tahun. Ada juga yang sudah bersekolah rendah darjah 2 , 3. . Sememangnya satu peluang untuk mereka yang sudah bersekolah dan pandai membaca jawi kerana soalannya tidaklah susah mana. Ada yang hanya conteng - conteng , mewarna yang bukan jawapannya. 








Ucapan tahniah di tulis apabila mereka mendapat markah melebihi 90. Ibu berkata " Biar budak - budak ni suka. Waa , ustazah tulis tahniah. . ! " Haha. .lawak.  :P


Buat masa sekarang baru 4 subjek yang sudah habis di tanda. Alhamdulillah , semuanya mendapat keputusan yang baik kecuali mereka yang mungkin tidak berapa faham dan pada mereka yang baru berusia belum 7 tahun. Mana tidaknya , soalan ada yang dalam jawi , memang susah pada mereka. Tapi sebenarnya ibu sudah tolong mereka menjawab dengan membacakan soalan. Hanya tulis , tanda atau warna ataupun garis pada tempat sepatutnya. .  >_< ' Kiut - miut ' budak - budak kecil tu. Rasa nak culik pun ada. 




Icon itu hanyalah hiasan semata - mata. Harap maklum.  ;D







Inilah uniform kelas fardhu ain Ummul Aiman , Taman Pulai Indah.  ;)



Pelajar - pelajar fardhu ain sesi petang.  ;)


Kecil - kecil sudah di sematkan dalam diri untuk menuntut ilmu walaupun kadang - kadang tak faham apa yang ustazah mengajar. Sekurang - kurangnya mereka sudah di biasakan dengan syariat Islam daripada sekarang. Sebelum dan selepas makan , baca doa. Sebelum dan sesudah habis kelas , beri salam. Belajar tentang doa - doa harian , belajar solat , belajar Qiraati dan Al-Quran. .


Menuntut ilmu itu bukanlah hanya tersekat ketika kita sudah lanjut usia tetapi sehingga kita di jemput kembali oleh Allah. Semakin kita gembur ilmu , semakin bertaburan ilmu itu yang menandakan sebenarnya makin banyak ilmu yang tidak kita ketahui. .


Mudah - mudahan mereka yang menuntut ilmu ini sentiasa mengamalkan ilmu itu sendiri dan mendapat keredhaan Allah Taala. InsyaAllah , aminn. .



Walkie - talkie : Lihatlah kejadian alam dan sekitarnya supaya kita tahu betapa hebatnya Allah Taala. Subhanallah. .  ;)


p/s : alhamdulillah , akhirnya. . .

3 ulasan:

  1. woihoiiiiii~ asal tutup muke.HAHAHA. malu keee? =PP

    BalasPadam
  2. ad ustzah upenye btween dak2 phy. nie...t ley r ajar kami ye...=p

    BalasPadam