Sabtu, 11 Mei 2013

KomSas


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. . .

Ya Allah Ya Tuhanku AllahuAkbar. . .

Assalamualaikum. . .


Alhamdulillah , Allah permudahkan segalanya. Walaupun terasa pahit , tetapi manisnya tetap mampu melawan yang pahit. 


Hati tercuit suka , iman bermuram duka. Masih gagal menepis bisikan yang adakalanya mampu disangkal pada awalnya. Namun , yang dipilih tetap bisikan jahat itu. Peringatan yang berlegar - legar dibiarkan begitu sahaja. Pura - pura tidak tahu.


Allah Taala melihat dan mendengar. Hamba - hambaNya bersuka ria tanpa ada rasa resah gelisah. Apa yang patut dilakukan sebagai seorang hamba tiada lagi difikirkan pada waktu itu. Seakan - akan sukar dilepaskan.  Kewajiban dan tanggungjawab dibiarkan. Keinginan dilaksanakan.


Kadang kala hati ini nakal
Kadang kala hati ini teguh
Kadang kala hati ini kejam
Kadang kala hati ini lembut

Itu kebiasaan hati.


Tetapi usah dibiarkan selalu hati tanpa arah tuju dan bertindak melulu. Nafsu menjadi jurupandu , kononnya petunjuk arah sebenar. Halang. Halang sebelum terlambat. Didik. Didik dengan penuh kesabaran dan istiqamah. Mengikut jurupandu sebenar , Al Quran dan As Sunnah.


Pilih dengan berhati - hati.
Kawal diri , hati dan iman.


Semoga kita tidak kembali kepada hari semalam yang merugikan.
Semoga kita kembali dan terus berada di dalam hari yang menguntungkan.
Keuntungan di dunia yang dapat membawa keuntungan di alam barzakh dan akhirat.


InsyaAllah. Dia bersama kita. Sentiasa.



Walkie - talkie : Mahu luruskan hati ? Luruskan lidahmu dahulu.


p/s : aku mampu , aku mampu. tepis , tepis , tepis !

2 ulasan:

  1. suke ayt akhir tue..mahu luruskan hati kne luruskan lidah dulu..huhu
    gdluck shida!! =)

    BalasPadam
  2. better for the action louder than words.
    insyaAllah, semoga kita mampu luruskan segalanya.
    ak ni haa,kkdg t'babas gak.haha
    thanks for the wish ! :D

    BalasPadam