Ahad, 20 Mac 2011

BicarA uNtuk hAti



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Duhai hati..
Mengapa kau begitu resah?
Mengapa kau begitu sedih?
Mengapa kau menjadikan diriku kini tidak tenang?
Apakah sebabnya kau menjadi sebegitu?
Adakah ini semua berpunca dariku?
Adakah ini semua lantaran kesalahanku?
Adakah ini dikatakan ujian Allah kepada engkau dan juga diriku?



Duhai manusia..
Aku tidak pasti wahai manusia
Aku juga tidak tahu apakah sebabnya
Aku sebenarnya memang tidak ceria seperti hari-hari sebelumnya
Maaf jika engkau merasai juga kesakitan ini
Maafkan diriku jika engkau juga terkena simbahan kesedihan ini
Yang pastinya engkau sememangnya merasai apa yang aku rasa
Kerana aku berada dalam jasadmu duhai manusia
Dan kita tidak mungkin terpisah




Duhai manusia..
Maaf jika aku menyinggungmu manusia
Kerana keresahan,kesedihan yang engkau rasai
Berpunca daripada perbuatanmu
Aku sebagai hatimu terpaksa berubah menjadi suram
Ya , aku tahu duhai manusia
Engkau sedang mengalami kekecewaan bukan?
Kekecewaan yang terpancar lantaran perasaanmu terhadap sang Adam




Duhai hati..
Engkau sendiri tahu bahawa aku tidak akan terlepas dari naluriku
Naluri untuk dicintai dan mencintai
Aku tahu duhai hati bahawa aku sudah pun terjebak dalam alam cinta fitrah
Aku tahu , aku tahu tetapi
Aku tidak dapat menepisnya duhai hati
Tidakkah kau tahu bahawa aku hanya memendam perasaanku sahaja?
Aku tidak meluahkan dan hanya diam
Walaupun pada mulanya aku tetap teguh untuk menunggu
Tetapi kini aku tidak lagi mampu
Apabila aku mengetahui bahawa hati sang Adam terpaut pada sang Hawa
Yang aku tidak ketahui siapa
Pada saat itu aku terduduk lemah wahai hati
Aku berdoa pada Allah agar dapat melupakan sang Adam




Duhai manusia..
Tidak usah kau sedih dengan itu
Bukankah kau tahu Allah sudah pun menetapkan jodohmu?
Yakinlah bahawa jodohmu lebih baik daripada sang Adam itu
Berdoalah pada Allah duhai manusia 
Allah penentu segalanya dan kau hanyalah perancang
Kebahagiaan akan muncul jua untukmu
Cuma kita tidak mungkin tahu bila bahagia itu akan datang
Kepahitan yang kau lalui saat ini
Jadikanlah sebagai pengajaran dan kekuatan
Untuk kau terus tegar untuk menghadapi liku-liku yang mendatang
Aku tahu kau mampu wahai manusia
Setiap ujian Allah , kau dapat menembusinya dengan kekuatan imanmu




Duhai hati..
Terima kasih atas nasihatmu
Terima kasih atas sokonganmu
Sememangnya kau memahamiku wahai hati




Duhai manusia..
Kita tidak akan berjauhan walau seinci
Aku minta daripadamu agar kita saling menjaga 
Dan memenuhkan diriku dengan zikrullah
Membersihkan diriku daripada kehitaman dosa
Supaya kau menjadi hamba Allah yang diredhai
Dunia serta akhirat




Duhai hati..
InsyaAllah , aku pasti melakukannya..
Ya Allah , bantulah aku..


6 ulasan:

  1. npe sedih-sedih nie..jom shopping..hihi :)

    BalasPadam
  2. ahahaaa..eLOw~
    mnE adE...
    sjE nk wAt eNtry uNtUk hAti.
    sjE nk sdEy2~~ wAwaaaaaawaaa... :D

    BalasPadam
  3. haha..xdE la hErda.mnE de sdEy.
    sjE jeLa.lgpOn kitE mMg knE b'bicArA ngn hAti. :)

    BalasPadam
  4. masalah nya hati aku x dek la pandai berpujangga cam hati ko an..hahaha..hebat hati ko kan!..
    kuang3x..

    BalasPadam
  5. ya Allah..kaw ni kn..
    haha..ni bkn hati aku laa.
    ni hati org lain..xde kaitan..
    idea ttbe dtg..tu yg pujangga2..kui3 :D

    BalasPadam