Jumaat, 25 Mac 2011

Hey ! CaLm dOwn..



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih..



Assalamualaikum semua ! Ouh hello there world ! :)

As you can see , I'm just typing here..Errr..What's that all about ?
Does it make sense ? Yup,of course laa.
If not me , who else will post this entry ?  (=_=)

Ouh sorry , I'm not going to be out of my mind.




Okay , lets back to the title !
Do you know what is patience ?





Kesabaran itu ialah menahan sesuatu.Menahan apa ? Adakah menahan diri daripada makan ? Adakah menahan diri daripada shopping ? (Hey..terasa.. ! Da kurang shopping la.. ) Adakah menahan diri daripada pergi kelas ? Adakah menahan diri daripada buat assignment yang pensyarah bagi tapi tak hantar pun sebab tak datang kelas ? Adakah menahan diri daripada mencampak broadband dari tingkat 4 sebab lambat sangat loading ? Adakah menahan diri untuk pergi bersenam setiap weekend sebab nak naikkan badan or rasa badan tu terlalu kurus untuk pergi bersenam ? Macam-macam kan..dan sila jauhkan fikiran anda untuk mengaitkan semua perkara diatas dengan diri penulis blog ini . .  :)




So , apa yang kamu semua fikir ? Hmm..memang betul sabar itu menahan sesuatu,menahan diri daripada melakukan sesuatu yang tak sepatutnya dilakukan..Ahaaa , sememangnya kita kadang-kadang rasa tak sabar apabila berada dalam kemarahan.Kenapa ?
Bukan setakat tu , apabila ditimpa kesusahan dan musibah kadang-kadang kita akan rasa kesabaran tu dah terbang ditiup angin....Lalaalalala...Selamat tinggal sabar ! I dah tak sabar dengan you tau sabar ! Ada ke macam tu ?
Tidak ! Jangan lakukannya !






Selalunya kita akan buat apa kalau marah ?
Adakah kamu menghentak-hentakkan kepala kat dinding macam orang gila ? Adakah kamu akan makan dengan kadar yang tinggi setinggi kemarahan kamu ? Adakah kamu akan keluarkan duit dari bank dan bershopping sakan ?Adakah kamu akan jerit sekuat hati atau dengan menekup mulut dengan bantal ? Adakah kamu akan rasa macam nak bunuh diri ? Adakah kamu akan tidur , tidur dan tidur sampai hilang marah ? Adakah kamu akan mengganggu rakan-rakan dengan keadaan yang kusut masai sebab kamu tarik-tarik rambut sampai nampak macam orang tak 
betul ?

 Atau adakah kamu kamu akan buang sampah rata-rata sebab rasa macam dapat puaskan hati ?


Sampah yang terapung di lautan akan menyerupai obor-obor dan penyu akan ingat itu obor-obor dan penyu akan makan dan penyu akan tercekik dan penyu akan
 mati !
Haaa..kan dah membunuh pula... (x_x)





Ni nak kongsi dengan kamu semua tentang sabar.As usual , sesi tazkirah diadakan dan kawan aku memberi tazkirah about sabar.



"..Kita ni selalu je marah-marah kan bila dalam kesusahan..Bila ditimpa musibah.Lepas kita dah marah-marah baru kita kata kat diri kita yang sepatutnya aku kena sabar ni..Sepatutnya pada awal kita ditimpa musibah tu , kita kena sabar.Bukan lepas da mengeluh , dah marah baru nak sabar.."



Itu la kan..sememangnya diri ini amat terkesan , termakan dalam hati bila kawan aku tu berkata sebegitu.Mungkin fitrah manusia tapi sebenarnya kita dapat ubah.Kita dapat semai , dapat pupuk sabar tu dalam diri.Try tu be patient when we in trouble.We can do it ! Let's try to change okay ! 






Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut”. (Riwayat al-Hakim)



Sabar itu separuh daripada iman dan sabar itu mencerminkan keimanan.




Bukankah syaitan sentiasa menyesatkan kita ?
Bukankah api kemarahan itu datangnya daripada syaitan ?

Ya ! Dan sepatutnya kita menjirus api kemarahan itu dengan air kesabaran..Nak jirus air daripada salur bomba pun boleh.Lebih afdal jika kita mengambil wudhuk kerana dengan itu salah satu cara menghilangkan kemarahan yang sering ditiup syaitan.Apabila marah ketika berdiri , duduk dan jika marah ketika duduk , baring .. Last but not least , ambil wudhuk.  :)




Haa ! Istighfar jangan lupa ya..
Selalu beistighfar , supaya kita ingat sentiasa pada Allah.
Mengharapkan keampunan daripada-Nya
Mengharapkan keredhaan daripada-Nya
Mengharapkan keberkatan daripada-Nya








Besides , kita dilarang untuk mengeluh...
Ya Allah , cuba kita ingat balik , kita ni selalu mengeluh tak ?
Diri ni pun sama..Kadang-kadang kita dapat kawal , kadang-kadang terdetik dalam hati
" Kenapa aku kena lalui semua ni ? Kenapa aku yang kena rasa ? 
Kenapa bukan orang lain ? Kenapa aku selalu dapat derita ? Kenapa aku yang kena bersedih ? Kenapa ? Kenapa ? Dan kenapa . . "


Astagfirullah..








Bukankah musibah , dugaan , ujian daripada-Nya untuk menguji keimanan hamba-hamba-Nya ?
Keimanan bukan boleh diukur dengan kata , bukan boleh diukur dengan harta , bukan boleh diukur dengan pakaian tetapi dilihat Allah melalui kemampuan , kesabaran , kelakuan hamba-Nya itu meredahi setiap musibah , dugaan dan
 ujian-Nya.



Ingatlah bahawa kita mampu merentasi ujian Allah..
Itu pasti dan kesabaran itu amatlah penting serta perlu dilakukan dengan 
istiqamah.  :)




Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya..Walaupun kita sendiri tak nampak hikmahnya sekarang tapi suatu saat nanti kita akan tahu..Pada masa itu , kita sudah pun merasai kemanisannya.
Setiap kesusahan , datang kesenangan . .






Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya ?
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan





p/s : i'm not going home this week ! i hope my parents will have a good honeymoon..  :)


3 ulasan:

  1. yup2. kesebaran itu adalah satu kemenangan :)

    BalasPadam
  2. salam, tu la kan, shida...bersabar bila air takde..waaa...T_T
    huhu...

    BalasPadam
  3. cEh..haha.btoL3..
    mMg sGt mEngUji kEsBrn kOt..
    air..air..air... :P
    npE kAw xdE oUh air..?

    BalasPadam