Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. . .
Assalamualaikum. . :)
Sihat ? Hee. .Agak lama tak update.Sekarang memang agak busy walaupun tengah short sem.Lagi banyak aktiviti.Aku telah ditabalkan sebagai camerawoman bersama sahabat lagi seorang.Wah , memang satu pengalaman baru. ;)
Tempat untuk kita mencari ilmu perlu perbezaan ke ? Contoh , kita tersangat mahu memasuki universiti atau mana - mana pilihan institut pengajian kita.Dukacitanya , kita tak dapat dan perasaan kita pasti berbeza kan ? Andai ditakdirkan kita mencari ilmu di tempat yang kita tak terfikir pun nak masuk , adakah kita masih mempunyai perasaan beza tu ? Perasaan tak mahu belajar , perasaan tak selesa , perasaan tak bersungguh nak belajar , perasaan nak berhenti je dari tempat tu , macam - macam kan ?
Hmmm. .kenapa perlu ada perasaan macam tu ? Sebab ?
" Jauh. . ."
"Tak best lah. . ."
"Bosan je aku tengok. . ."
"Grrrr , tak ada kemudahan lah ! "
"Euuwww , apa ni ? "
"Buruk la sehhh , macam mana nak belajar ? "
"Ketat giler rules. . ."
Blalalalalalalalalaaaaaaa. . .Macam - macam ada ~~~ (=_=)
* * * * *
Okey , time to checking - checking.Manalah aku dapat agaknya ? Wuuu , seram ni.
Gulp !! Aisehhh , aku check punya check punya check. . .USIM la seh. .Aku ? Dapat situ ? Biar betul ni.Check lagi.Erk,sama juga laa.Okeyh.Confirm.No big deal. .Aku punya la berharap aku tak dapat situ tapi apa boleh buat.Dah dapat situ , go on jela kan.Of course I'm not that sincere ! Come on guys. .Why I'm there ?
Tension is building inside steadily.
First thing yang aku fikir : What ? Arab lagi ? Aku baru nak tinggalkan benda alah tu. .
Secondly : Ahh , kena pakai baju sopan - sopan eh ? Baik giler kot aku nanti. .
Those things are driving me crazy.Absolutely yes.
For the first time aku masuk situ , aku merasai satu kejanggalan yang amat tinggi.Dalam hati terdetik , eh aku macam paling teruk je.Heehh.Ada lagi teruk la.Don't worry.Just chill.Tengok kawan - kawan kelas , not bad.Okey la.Wah , baik - baik aku tengok diorang ni.Aku ? Tak mahu cakap lah.
Budak - budak rumah , SEMUA baik la.Tak ada budak fakulti sama.Aku seorang je yang tercampak ? Sudah merasai satu perasaan macam nak jerit ! Habis la aku , habis la aku.Diorang budak - budak fakulti Al - Quran dan As - Sunnah , budak - budak fakulti Syariah dan Undang - Undang , budak - budak Bahasa Utama yang pandai arab ! Aku budak Sains Teknologi yang kesunyian. .
Lama - kelamaan dapat lah kawan - kawan.Yang best , diorang semua aku tengok baik.Tudung tak pendek , ada yang labuh.Ala , yang jahit tengah tu haa.Ada jugak yang pakai lerang besar.Aku ni macam apa entah.Sesat.Si budak sesat dan pelik.Beza betul.Jauh nun disana bezanya. (x_x)
Apa aku nak kisah sangat ? Aku adalah aku dan diorang adalah diorang.Perlu ke nak semua tu.Ahh , just be yourself.Malas nak fikir.Aku happy dengan diri aku sekarang.Aku tak nak terikat dengan benda - benda baik ni.Aku dah la memang tak nak belajar sini , lagi nak suruh aku ikut peraturan entah apa - apa.I hate this place.I wanna go out from here !
* * * * *
Malam yang best sebab tak ada kelas.If not hari - hari ada kelas malam.30 Ogos 2010.Keluar beli kek dengan seorang kawan.Senyap - senyap nak celebrate birthday Diyana.Wah , bestnya ! Sebelum melangkah keluar dari gate hostel , make sure ada kad matrix.Aku lupa yang aku just nak keluar sekejap je.Pehal la tiba - tiba nak tulis dekat buku balik bermalam ? Kawan aku pun pelik tengok.Pak guard kata tak payah tulis kalau tak bermalam kat luar.
Pak guard tu berkata lagi , " Dik , tolong jaga pemakaian eh lain kali.Tolong lah jaga nama baik USIM ni.Nanti orang tengok budak USIM pakai macam ni , tak elok. . " Zuuup !! Aku memang makan dalam dengan si pak guard tu.Aku iyakan jela.Diam.Memang tersangat kontra dengan kawan aku ni.Dia bertudung labuh jahit tengah.Sopan.Aku pakai jeans dengan sweater fit dan berselendang.Memang a bit sexy. (=_=)
Well , aku dah macam tu.What's wrong with it ? Ah , apa - apa jela.Tak ambil hati la.
Aku melalui kehidupan kat sini dengan diri aku yang sebegitu sehinggalah semester dua.Aku tak terfikir yang aku bakal menjadi seseorang yang baru. . .
* * * * *
Allah sudah menetapkan segalanya bagi kita.Hanya kita sebagai hamba , menerimanya dengan sepenuh hati dan percaya hikmah disebaliknya pasti ada.Hidayah ? Hidayah Allah pasti dapat kita rasai.Itu sesuatu yang amat dinanti - nanti.Sesudah Allah memberi petunjuk kepada hambaNya , berdoalah agar Allah tidak menariknya kembali.Tiada siapa yang sanggup kembali ke jalan sesat.
Berusaha untuk mencari kebenaran , mencari hidayah kerana untuk menerima semua itu perlu mempunyai hati yang benar - benar ingin menyimpan kurnia Allah itu.InsyaAllah , kita mampu memilikinya. :)
To be continued. . .
p/s : assignment fiqh ibadat dan munakahat tak siap lagi ! tajuk pasal talak dan rujuk. .
ececehhh. . :P
Tiada ulasan:
Catat Ulasan