Jumaat, 24 Jun 2011

IbUbApA mAhUkAn yAng tErbAik uNtUk aNak mErEka


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. .

Assalamualaikum. .  :)
Kabare semua ? Sihat ? Hee , dah lama tak update belog. Kebelakangan ni bole la dikatakan macam tak ada masa nak meng 'update'. Walaupun , selalu je menjengah belog tapi kejap - kejap je. Nak lepas rindu , haha. Or just blogwalking , baca - baca post orang.


Last week balik rumah , kat rumah tu berdua je dengan ibu. Ayah pergi Melaka pagi sabtu , still kerja. Petang sabtu baru balik JB. Pada hal hari Jumaat petang balik JB dengan aku. Hee , teruk betul aku ni. . Ayah pergi ambil aku kat U petang Jumaat tu , dia kat Nilai dan sepatutnya ada kat Melaka. Aku la ni , nak sangat balik rumah. Ala , dah lama tak balik rumah. Ececehh , poyo la ! Selalu je kot balik ! Korang semua dilarang tiru aksi aku ni. Tak bagus untuk korang. .  :P
Ayah kata dia tak sampai hati kat aku. . Hee , manja betul aku ni ea ?




Petang Sabtu tu , aku dengan ibu pergi pasar malam. Jalan - jalan beli makanan. Saja je tengok - tengok apa yang best. Ibu apa lagi , kerja dia tengok baju , tengok tudung , tengok apa yang patut. Biasa la tu. Akhirnya , dapat la dia beli baju baru. .  (=_=)


Aku tengokkan saja. . Nak juga beli tapi fiki - fikir tak apa la. Nanti - nanti je kot. Jalan punya jalan punya jalan , terserempak dengan seorang budak perempuan ni. Comel je , sopan. Dia salam dengan ibu. Rupanya dia pelajar kelas fardhu ain ibu. Ouh , oke. Mak budak tu tengah beli sayur , mak dia tak perasan pun. So aku dengan ibu meneruskan perjalanan. Beli itu , beli ini. Dah rasa cam banyak je beli , so kami pun nak balik.


Dalam ond the way nak pergi kat kereta  , terserempak dengan budak perempuan tadi dengan mak dia sekali. Ibu pun tegur mak dia. Mak budak tu pun salam - salam dengan ibu. Berbual - bual. 










" Terima kasih la ustazah sebab dah ajar anak saya. Saya berterima kasih sangat kat ustazah. . Dia dapat pelajar cemerlang kat sekolah agama. Dulu dapat nombor 3 , sekarang dapat nombor 1. Terima kasih la ustazah. Sekolah kebangsaan pun dia okey juga. Subjek agama dia bagus , subjek - subjek lain pun bagus. Terima kasih la ustazah. . "

" Terima kasih ustazah. Saya ni tak dapat nak ajar dia agama. . "


Aku tengok diorang , sedihnya. Serius , aku dah nak keluar air mata. Nasib la tak tertumpah keluar dari mata. Aish , nanti malu je. Pelik nanti orang tengok aku tetiba nak nangis.  T_T


Budak perempuan tu sopan , pakai tudung. Baru darjah berapa ea ? Aku pun tak ingat , tak salah aku , dia darjah 2 kot. Or darjah 4. Kecil je budaknya. Dia dulu pelajar fardhu ain ibu masa tahun 2009. Ibu lupa nama budak tu. Haha. . 


Mak budak tu orang Sabah. Dia free hair. Tengok pakaian mak dia , pakai T-shirt lengan pendek dengan seluar bawah lutut. Berjalan berdua dengan anak dia. Ada seorang je anak , budak perempuan tadi tu.


" Belajar betul - betul ea. Tolong mak awak ni. Awak seorang je anak dia. Kesian mak awak ni haa , jalan bawa awak kat pasar malam ni. Beli makanan yang awak nak. . "








Ibu aku bagi budak tu 5 ringgit. Hadiah untuk dia , dapat keputusan cemerlang. Diorang bukan orang senang. Diorang pergi pasar tu pun , naik basikal. Haish , aku rasa macam tengok dalam cerita je haa. Sedih sangat. 


Alhamdulillah , budak perempuan tu bagus , baik. Cenderung ke arah keagamaan , dapat la dia ajar mak dia nanti kan. InsyaAllah . Yela , mak dia sendiri kata dia tak dapat nak ajar anak dia bab - bab agama. Dengan harapan , anak dia dapat menjadi orang yang baik , belajar agama dan tak akan jadi macam diri dia. Sebab tu dia hantar anak dia kelas fardhu ain. Belajar solat , belajar tauhid , akhlak , sirah , Al - Quran , belajar ibadat , belajar bahasa Arab dan lain - lain lagi.


Itulah dia sebenarnya ibubapa kita. Mereka mahukan hanya yang terbaik untuk anak - anak mereka. Mereka tak akan biarkan kita terkontang kanting dalam kesusahan , tak akan biarkan kita hanyut. . Ibubapa kita mahukan kesenangan untuk kita. Nak lihat kebahagiaan anak - anak. Nak kita tahu apa itu agama Islam , yang sepatutnya buat kita. Ada ke ibubapa nak tengok anak - anak masuk neraka ?  :)




Ibubapa kita nak lihat kita menjadi manusia berguna. Mereka tak nak lihat kita jadi jahat , buat kerja tak baik. Tapi kita buat apa untuk diorang ? Selalu je buat diorang sedih , buat kerja tak baik , tak nak berikan kebahagiaan untuk diorang , langsung tak ada pembalasan untuk ibubapa kita.  ;(
Lagi - lagi anak - anak yang mengabaikan agama sedangkan ibubapa bersusah payah mendidik kita , kenalkan kita dengan agama Islam. Tak kiralah ibubapa kita tak mampu ajar kita , hantar kita belajar agama.


Ibubapa kita mahukan yang terbaik untuk kita. .  ;)


Oleh itu . kita sebagai anak . perlu membalas jasa ibubapa. Walaupun sebenarnya , kita takkan dapat membalas jasa ibubapa kerana terlalu banyak dan tanpa sedar kita tak tahu berapa banyak yang mereka dah lakukan untuk kita. 







Apa yang kita dah lakukan untuk ibubapa kita ? Sama - sama kita tanya diri sendiri. Apakah kita dah lakukan yang terbaik untuk ibubapa kita ? Apakah kita pernah lakukan perkara yang mereka tak suka ? Apakah kita pernah menyakitkan hati dan perasaan mereka ? Apakah kita pernah membahagiakan mereka ? Apakah kita pernah buat mereka menangis sebab kesalahan yang kita buat ? Apakah kita sayang pada mereka sebenarnya ? Apakah pernah kita abaikan ibubapa dan lebihkan kawan - kawan kita ? 


APAKAH PERNAH KITA ABAIKAN TUGAS KITA SEBAGAI ANAK ?


Aku pun sebenarnya mengingatkan diri sendiri. Aku akui aku memang banyak susahkan ayah dengan ibu. Lagi - lagi ayah aku. Aish , aku kena kurangkan kemanjaan aku. Bila nak matang entah. Aku nak itu , nak ini , semuanya diorang bagi yang penting diorang nak aku belajar sungguh - sungguh. Tapi kadang - kadang aku abaikan. Sebab kemalasan yang melampau.


Astaghfirullah , apakah kita mendapat keredhaan ibubapa ?


Allah takkan meredhai kita selagi ibubapa tak meredhai kita. .








Sayangilah ibubapa kita sebagaimana diorang sayang kat kita. .   :)



p/s : semalam anniversary ayah dengan ibu yang ke 22 tahun !  :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan