Selasa, 14 Februari 2012

Diary Si SeriKanDi Di FebRuari ( The Beginning )


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. .

Assalamualaikum. .


13 Februari 2011 , Ahad
(Masa ? Petang kot. . )

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. .

Diaryku ! Ha ! Baru sekarang saya dapat tulis kat awak. Teruk la saya ni kan ? Haha. Harap awak tak marah saya ye. Saya tak la busy sangat tapi lupa nak tulis kat awak. Nak tahu tak ? Saya tengah makan coklat ! Sedap tau , nak rasa ? Eh , awak diary , mana boleh rasa. Haha , wek ! :P Awak , sekarang ni dah bulan 2 tapi saya tak tahu apa yang saya belajar setakat ni. Lagi - lagi mechanics dengan waves ~ Nanti nak midterm , entah laa. Macam tak faham je lecturer ajar or saya yang lampi ? Awak rasa ? Mesti awak kata , " Awak la yang lampi ! " kan ? Saya ni still malas lagi. Tak ada kekuatan dan kerajinan nak ulangkaji. Haa , apa yang saya da buat. Bulan 4 dah exam akhir , boleh pula nak main. Awak ! Awak kena tolong saya tau ! Doakan saya berubah jadi pelajar cemerlang dan rajin ye !


Esok ada midterm ICS. Lepas tulis kat awak , saya nak baca ICS tau. Awak , laptop saya rosak balik laa. Baru ambil bulan lepas , bulan ni dah rosak ~ Ganas sangat ke saya guna ? Apa saya nak cakap kat ayah nanti ? Saya takut ayah marah saya. Saya kena fikir cara nak bagi tahu ayah. Harap ayah tak marah. .

* * *

Saya tak nak libatkan cinta dalam hal ni. Saya tak nak ada zina antara saya dengan dia. Awak mesti fahamkan ? Saya tak nak asyik ingat pasal dia je tapi bukan maksud saya nak lupakan dia. Saya still suka dia tapi biar la benda tu jadi satu jihad iaitu jihad perasaan. Saya tak nak luah kat dia. Saya hanya doa pada Allah agar saya diberi jodoh yang baik tapi saya tahu dalam hati saya , saya harapkan dia. . Saya nak betulkan niat saya , apa pun yang saya buat , semua kerana Allah bukan kerana manusia , bukan kerana nafsu , bukan kerana syaitan. Berjumpa , berpisah hanya kerana Allah. Mencintai seseorang kerana Allah dan cinta fitrah tak kan melebihi daripada cinta abadi iaitu cinta Allah. .


Biarlah masa berlalu , saya bukan penentu takdir. Kita hanya merancang , keputusan dibuat Allah. Sebaiknya kita redha dengan qada qadarNya. Hanya doa dan usaha dapat mengubah takdir tapi tidak terlalu mengharapkan perkara itu menjadi kenyataan yang hakiki. Bukan kemanisan yang kita akan rasai , kepahitan pun nak muncul juga dalam hidup. Dugaan Allah menguji keimanan hambaNya sama ada mampu atau tak dan dapat mengambil hikmah disebalik kejadian. .


14 Februari 2011 , Isnin
12.51 a.m

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. .

Awak ! Pagi tadi ada test ICS ! Teruk giler saya jawab , macam tak belajar je gayanya. Haha. Entah markah dapat berapa , teruk kot. . Harap - harap tak teruk sangat kan awak ? Awak , esok cuti. Hehe , esok kan Maulidur Rasul. . Awak ingat tak ? :P Sekarang ni pertembungan hangat tau. Hari ni Valentine's Day , esok Maulidur Rasul. Agak - agak manusia akan sambut yang mana ? Valentine ke ? Bagi yang couple tu , mesti nak fikir pasal Valentine tapi tak tahu hari lahir Rasulullah atau sebenarnya tahu. Wallahuaklam. . Ish , ish , ish. . Tapi agak - agak ada tak couple yang tak sambut Valentine ? Mesti ada kot. Kita kan memang tak boleh sambut Valentine's Day , haram. Tapi pening baca paper hari ni , semua nak kata pasal hari Valentine. Bosan tau. Tapi yela , bagi yang bukan Islam mesti sambut kan ?


Hmm. . Kita selalu kenal artis tapi tak kenal sahabat - sahabat nabi , tak kenal nabi. Kalau kenal pun , yang biasa dengar je. Apa kata kita kenal banyak - banyak para sahabat nabi dan nabi sendiri ? InsyaAllah , ni pun peringatan untuk diri sendiri. Yela , memang akui , tak banyak kisah para sahabat nabi yang saya tahu. Sebut je artis Malaysia , Hollywood , Bollywood , semua tahu. . Apa la kita ni kan ? Terlalu leka dengan dunia , terlalu mengejar kebahagiaan dunia yang hanya beri kesakitan je nanti kat akhirat. Ilmu dunia dan akhirat mesti la balance , tak boleh juga tinggalkan dunia dan tak bole juga tinggalkan akhirat. .


Nak baik kat akhirat , dunia kena baik. Kalau kat dunia penuh dosa dan maksiat , so kat akhirat pun penuh kesakitan yang teramat. Kita sendiri pun tak dapat nak rasa macam mana sakitnya seksaan kat akhirat nanti. Hanya amalan dan pahala yang kita bawa. Kalau kiri lagi berat , teramat la rugi tapi kalau kanan lagi berat , bersyukur sangat - sangat dan InsyaAllah tergolong dalam golongan yang beriman. . Amin. .


Terfikir kadang - kadang manusia hanya mencari cinta duniawi , cinta nafsu , cinta syaitan , cinta fitrah tang teramat sehingga lalai pada cinta hakiki , cinta abadi iaitu cinta Allah dan cinta Rasul juga. Sesungguhnya manusia itu selalu dalam kerugian kecuali yang beriman. Hidup selalu ingat - mengingati , berpesan - pesan pada kebenaran , menjadi khalifah Allah yang sejati di muka Bumi. Memang sukar nak raih cinta Allah jika kita sendiri tak cuba untuk mencapainya. .


Petunjuk dan hidayah Allah hanya yang terpilih dan bertuah dapat merasainya meskipun orang tu bukan Islam. Indahnya dapat merasai anugerah yang Allah berikan. . Bertuah hamba Allah yang diberi hidayah dalam hidupnya. Kita sering berdoa agar diberi petunjuk dan hidayah tapi kita tak cuba , tak berusaha untuk menggapai anugerah Allah tu sendiri. Bukan bererti , kita kena tunggu je duduk diam tapi tak buat apa- apa. Memang doa itu penting tapi kalau diri sendiri tak ada usaha untuk berubah , susah juga. .


Bila kita cuba berubah , dan mungkin Alah gerakkan hati kita , buka hati kita untuk berubah sedikit demi sedikit , bermakna hidayah Allah ada. Bukan sekadar indah luaran tapi busuk dalaman. Tidak kira wajah cantik atau tak , Allah tak memandang semua tu. Jika hanya cantik luar tapi tak didalam , tak guna juga. . Apabila kita membawa imej Islam , tanggungjawab kita berat untuk ditanggung. Bertudnug , sopan pemakaian melambangkan Islam. Bila da macam tu , ada batas - batasnya. Kita sendiri tahu batas - batas tersebut. Jaga akhlak dan perlakuan.


Kita tak pernah terfikir ke apabila orang memandang kita dengan penuh kebencian kerana luaran dan adab kita yang teruk dan langsung tak mencerminkan sebagai muslim , muslimah serta umat Islam ? Mereka yang bukan Islam tidak ada kekuatan dan keberanian untuk memeluk Islam bila kita sendiri seperti mereka. . Astaghfirullah. . sedihkan bila tengok dunia sekarang ni. Semua sosial je. . Bunuh - bunuh , berita pun asyik kes rogol la apa la. .Ya Allah , apa yang berlaku ?


To be continue. . .


Walkie - talkie : Don't judge a book by its cover. We may look someone bad from the outside but not the inside. . Try to reach them , so we may know them well. . :)


p/s : Lalala ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan