Isnin, 13 Februari 2012

SurAt CintA UntUk BakaL ImaMku (PaRt 2)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. .

Assalamualaikum. .


SURAT UNTUK BAKAL IMAMKU. . .

Bimbing daku mengenal syurgaNya. . .

Bismillah. .

Assalamualaikum. .



Apa khabar ? Sihatkah dirimu ? Sihatkah imanmu ? Aku disini sedang berjuang dengan diriku sendiri. Aku mahu kuat. Kuat untuk melakukan perkara yang disuruh Allah dan kuat untuk meninggalkan perkara yang dilarang. Aku juga mahu kuat untuk meninggalkan perkara - perkara yang lagha. . Adakah kamu sudah bersedia dengan dirimu sendiri ? Atau kamu sepertiku juga yang sedang berjuang dijalan Allah ? Aku berharap agar kamu tidak sepertiku yang masih lemah ini.


Sesungguhnya kamu bakal menjadi ketua keluarga yang bakal memimpinku kelak. Kamu adalah bakal pemilik tulang rusukku. .Jika kamu masih lemah sepertiku , tidak mengapa. Sama - sama kita berjuang dijalan Allah , menegakkan yang benar dan menentang yang batil. Berdoa semoga Allah memberi kita kekuatan , ketabahan dan kesabaran. Amin. .


Aku punya impian apabila kita sudah berumah tangga. Aku mahu kita hidup berhalaqoh. Halaqoh cinta yang bakal menjadi kebaikan untuk semua. Adakah kamu tahu apa itu halaqoh ? Sebenarnya , halaqoh itu lebih kurang sama maksudnya dengan usrah dan liqo'. Usrah itu maksudnya keluarga. Usrah itu lebih mesra kerana menggambarkan kita berkumpul sebagai sebuah keluarga walaupun sebenarnya kita tidak mempunyai ikatan keluarga. Tetapi , ahli usrah kita itu kan ikatan sesama Islam , saudara seIslam. . ;)


Begitu juga dengan liqo'. Liqo' itu pertemuan. Liqo' ukhuwah itu adalah pertemuan untuk mengeratkan persaudaraan. Halaqoh itu perhimpunan , pertemuan hati - hati manusia kerana Allah. Dalam halaqoh , kita berbincang masalah , isu - isu yang berkaitan agama dan sebagainya. Selain itu , kita juga berhalaqoh dengan menziarahi saudara yang lain , beriadah dan aktiviti - aktiviti berfaedah yang lain.


Tautan hati manusia yang bertemu kerana Allah , berkasih sayang kerana Allah sangat indah bukan ? Aku mahu mempunyai satu halaqoh bersama sahabat - sahabat dan ahli keluarga. Begitu juga kamu. InsyaAllah , aku tahu hati kamu akan mencintai halaqoh yang niatnya kerana Allah. Bolehkah kamu menunaikan impianku ? ;)


Dulu di sekolah menengah , setiap hari Sabtu diadakan usrah mengikut dorm. Aku amat merindui waktu itu , waktu ketika hadirnya ahli - ahli usrah untuk berkumpul dan berbincang tentang agama Islam dan isu - isu semasa. Kini , alhamdulillah di universiti juga diadakan liqo'. Mengingatkan aku waktu sekolah dulu. ;)


Bukankah Allah berfirman bahawa kita hidup perlu selalu berpesan - pesan dengan kebaikan dan kebenaran ? Kita perlu peringatan dan nasihat untuk mengingatkan kita , tujuan kita hidup di bumi Allah. Kita bukanlah seperti Rasulullah s.a.w. yang bersifat ma'sum. Rasulullah s.a.w. yang dijanjikan syurga Allah juga selalu bertemu sahabat - sahabatnya , berbincang tentang masalah dan apa jua yang berkaitan agama. Selalu memperingatkan. . Apatah lagi kita yang sering melakukan dosa sama ada kecil atau besar.


Astaghfirullah al Azim. .
Berdoa semoga Allah mengampunkan dosa - dosa kita. .
Amin. .


Sebelum aku mengundur diri , aku mengambil kata- kata Fatimah Syarha Mohd Noordin :
" Bertemu cinta dalam halaqoh , hidup lebih indah terarah , menyulam tautan hati kerana Allah , terpaterilah ikatan akidah. . " 

Wassalam.

InsyaAllah , aku akan menjadi bakal makmummu , 
Siti Rashidah. .



Walkie - talkie : Jangan malu untuk berubah pada kebaikan , malulah pada Allah. Tak usah malu pada manusia yang berkata - kata pahit disekelilingmu , kuatkanlah dirimu ! Malu beriman , itu yang kita mahu !


p/s : mari kemas - kemas barang nak balik U , huhu ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan