Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. .
Assalamualaikum. .
Alhamdulillah , akhirnya dapat juga update blog ni yang entah berapa lama terbiar. Dah nama cuti , mesti tak ada sangat kerja kat rumah. Memang betul pun tapi sebab keadaan tak mengizinkan. Idea nak menaip - naip tu ada , banyak perkara yang nak dikongsi tapi tett. . Gagal juga ~
Dengan kuasa Allah , dapat juga hari ni aku update. Agak bosan duduk rumah , rasa macam nak cepat - cepat balik kampus. Rasa nak belajar , nak tuntut ilmu cepat , biar tak bosan. Haha , mesti ada yang kata poyo kot budak ni. . Lalalala ~
Bila dah bosan tu , ada benda yang dicari biar tak bosan. Cari punya cari , akhirnya ada juga novel yang tak habis dibaca. Padahal beli tahun lepas , baca sikit je. Dengan azam yang tinggi , aku baca juga novel tu. Alhamdulillah , sebenarnya kita sebagai manusia amat memerlukan curahan tazkirah dan kata - kata yang baik supaya keadaan iman kita terus maintain. Hati ni tak lalai , tak kosong , tak penuh dengan bintik - bintik hitam , tak penuh dengan kealpaan. Zikir itu makanan hati. Peringatan dari Allah dan RasulNya itu menjadi satu kewajiban untuk kita dengar.
Ya , kita kena selalu dekat dengan orang - orang soleh , orang - orang berilmu supaya kita tak tersalah haluan.
Novel yang aku baca tu novel Ramlee Awang Mursyid : Sutera bidadari. Haa , ni la novel yang tak habis aku baca. Novel ni bukan setakat thriller tapi isinya bagus. Membawa kita kepada janji kita pada Allah untuk jadi khalifah yang baik di Bumi. Tersentuh hati bila baca. Kadang - kadang rasa malu dengan diri sendiri. Bila berbicara , kadang kala terkasar bahasa. Bila marah , kadang kala berlebihan dan susah nak hilang. Bila buat sesuatu , kadang kala niat itu tersasar daripada niat kerana Allah.
Sebenarnya , sebagai hamba kita perlu rasa rendah diri , jadi seorang yang humble biar pun orang sanjung kita , hormat tinggi kepada kita. Sebab itu menjauhkan kita daripada sifat riak , sifat berbangga diri. . Tapi jangan terlalu merendah diri sehingga putus asa pada diri dan Allah.
Novel karya Fatimah Syarha : Tautan Hati. Ouh , menjurai - jurai air mata. Sedih sangat. Sangat menyentuh perasaan dan membuatkan kita terfikir dosa yang telah kita lakukan. Kadang kala kita lupakan syariat Islam dan menurut syariat manusia. Kita lemah untuk menegakkan Islam itu sendiri dan ikut telunjuk manusia yang sebenarnya tidak mengikut agama Islam. Persahabatan yang terjalin antara dua sahabat iaitu Elya Khadeeja dan Asiah Yusra sangat membuatkan aku kagum.
Bersahabat kerana Allah. Bertemu dan berpisah kerana Allah. Adakah ada sahabat seperti mereka didunia ni ?
Indahnya persahabatan , ikatan ukhuwah yang terbina hanya kerana Allah. Sangat manis. Terkadang fikir apakah persahabatanku dengan kawan - kawan niatnya kerana Allah ? Rasa rugi bila bersahabat tapi ikatan itu seakan -akan goyah tanpa satu perasaan yang kukuh. Perasaan cinta dan kasih pada sahabat melebihi diri sendiri. Sangat merindui , sangat menyayangi sahabat kerana itu salah satu untuk merasai kemanisan iman.
Saling mengingati antara satu sama lain. Sayang mereka daripada terjerumus ke lembah maksiat. Rindu mereka kerana rindu ingatan dan kata- kata hebat mereka. Cinta mereka kerana apabila melihat mereka , kita teringat Allah. Sahabat yang boleh membawa ke jalan Allah.
Aku terfikir adakah aku sudah cukup sedia , sudah cukup bagus untuk membawa sahabat - sahabat aku kembali ke jalan yang benar ? Atas landasan Islam ? Persahabatan itu penting dan syariat agama juga penting. Kadang kala kita berada dalam dilema , antara kebenaran dan persahabatan. Untuk membawa seseorang itu ke jalan Allah bukan senang. Perlu masa , selalu mendoakan mereka agar Allah membuka hati mereka untuk menerima ajaran Islam yang sebetulnya , doa supaya Allah memberi kekuatan pada kita agar kita sabar dan terus sabar , tidak jemu untuk mengajak mereka kepada kebaikan. . InsyaAllah..
Aku sendiri sedang mempersiapkan diri. Moga Allah memberi kekuatan. . :)
Setakat ini yang mampu aku kongsi bersama korang. Kalau nak diceritakan , panjang lebar nanti. Hoho , apa pun konklusinya korang boleh fikir kan ? Mari sama - sama muhasabah diri dan selalu beristighfar supaya Allah ampunkan dosa - dosa kita. Allah itu yang memegang hati hambaNya. Dengan doa hati itu bisa berubah ~
Walkie - talkie : Bertemu cinta dalam halaqoh , hidup lebih indah terarah , menyulam tautan hati kerana Allah , terpaterilah ikatan akidah. .
p/s : sila lakukan perkara yang berfaedah. .ingatan untuk diri sendiri.. :P
Tiada ulasan:
Catat Ulasan