Ahad, 7 April 2013

PaSt AnD PrEseNt


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. . .

Ya Allah Ya Tuhanku , AllahuAkbar. . .

Assalamualaikum. . .


Alhamdulillah , akhirnya dapat meng'update' blog walaupun aku tak berapa nak tahu sebenarnya apa yang aku nak share or kongsi dengan kalian. Main tekan je new post dan terus menaip sekarang ni.


Fikir , fikir , fikir.

Ahaa. Dapat.


Mungkin tentang pengalaman berdiri di hadapan sahabat - sahabat Applied Physics 3rd batch for the second time untuk memberi tazkirah ? Boleh , boleh.

Mungkin tentang keadaan sekarang yang sibuk dengan proposal tesis + assignment dan ditambah pula cuti pertengahan semester yang sudah bermula yang semestinya tak berapa nak seronok ? Boleh , boleh.


Mungkin gabung dua - dua cerita di atas ? Pun bolehhh. .


Setelah berfikir beberapa saat , keputusannya adalah gabung ~ Hihi mula menaip rashidah.


Rasanya pengalaman tu semua orang rasa kot. No big deal. Yang pastinya aku malu ~~ waaa , malu malu saya. Aku masih diambang malu apabila berdiri dihadapan khalayak ramai. Apa la aku ni. Takkan nak malu untuk berdakwah rashidah ?


Hmm bukan malu nak berdakwah dan memberi tazkirah , cuma aku masih lagi selesa dengan cara menulis , menaip , dan yang seangkatan dengannya. Uhuk , kalau kena berdepan dengan orang boleh je tapi tu la. Apa yang aku nak cakap kadang - kadang hilang pula. Banyak idea keluar sebelum tu , tapi bila ke depan ada yang lari pula idea tu. Idea pun malu juga kot.


Hmm dengan sahabat - sahabat yang rapat okay lagi. Tak malu. 


Tidak. Aku kena berlatih dan biasakan dengan keadaan tu. Kena buang rasa malu berdepan dengan jumlah manusia yang ramai. Kena confident. Ya , confident tu penting.


Sekarang ni aku kena keluar daripada tempurung yang menyorokkan aku daripada manuisa dan keadaan sekeliling. Apatah lagi keadaan dunia sekarang yang amat merisaukan. Aku kena berjuang demi agama , masyarakat dan negara. Semuanya hanya kerana Allah Taala.



Niat hanya kerana Allah Taala.


Segala perbuatan bermula dengan niat. Niat yang ikhlas hanya kerana Allah Taala.


Aku selalu membetulkan niat. Berharap agar aku melakukan sesuatu perkara walaupun ketika online Facebook kerana Allah Taala. Moga Allah Taala meredhai segala perbuatanku yang baik.


Aku berdoa agar aku tidak ujub , riak dan takbur. Ya Allah Ya Tuhanku , ampuni aku atas segala dosaku.


Sekejap. Bukan ke tadi aku taip tentang. .


Balik semula. Lepas bagi tazkirah tu , aku rasa ada yang kurang. Rasa nak ke depan balik dan beritahu apa yang kurang tadi. Sebab terasa ada perkara lain yang aku nak beritahu. Mungkin idea yang malu tadi sudah tak malu rasanya.


Nampak tak ? Keinginan untuk berkongsi ilmu , untuk saling berpesan ke arah kebenaran ? Itu semua kerana sayang. Sayang seorang sahabat terhadap sahabatnya yang lain. Sama - sama ingin keredhaan Allah Taala. Sama - sama ingin ke arah yang baik. Sama - sama ingin berjaya , bahagia di dunia dan akhirat. Bahkan di alam barzakh.


Aku pasti sahabat Applied Physics yang lain pun terasa perkara yang sama. ;)

Walaupun malu pada awalnya tapi itu hanya sementara kerana keinginan tu pasti kekal , sayang itu pasti kekal. Eh aku bukan karat ye. Huu , insyaAllah lepas ni aku nak jadi lagi baik. 


Nak jadi seorang yang confident dikhalayak ramai. Gagahkan dirimu rashidah. Hihi. Berlatih berlatih. Presentation berlambak. So rashidah ? Masih di takuk lama ? Eh tak nak la.  :D


InsyaAllah esok baru balik Johor Bahru. ( cehh siap taip bahru ) Yela saya orang Johor yang menetap di daerah Johor Bahru. Konon bandar la tuhh. Err mungkin ?



Aku merancang balik esok sebab nak siapkan assignment Akhlak Tasawuf dulu. Cuti ni siapkan proposal tesis dan yang lain. Tapi malangnya semalam tak buat assignment tu. Bahana cerita cerita dan movie movie la ni. Ishh.



InsyaAllah cuti ni aku belajar masak concrete dekat tempat kerja Encik Misron a.k.a ayah. Nak tahu berapa nak kena masuk simen , pasir , batu dan air. Perasaannya macam payah tapi buang jela perasaan tu. Mungkin sebab nak menunggu concrete betul - betul kuat dan menunggu masa nak jalankan test adalah 28 hari. Ishh lagi.



Jadi aku sudah bertukar fikiran. Nak kurangkan test. Buat 3 jenis test cukup la kan. Semua pelik kenapa aku minat gilerr nak buat pasal concrete. Seriously , aku pun tak tahu.


InsyaAllah , Allah sentiasa ada untuk membantu. 
Walau sibuk mana pun , Allah kena ingat. 
Solat kena buat.
Amal lain kena tingkat.
Hati kena kuat.
InsyaAllah kerja banyak jadi mudah dan singkat.


Peace !


Walkie - talkie : Dakwah bukan hanya kata - kata. Akhlak yang baik itu dakwah. Pemakaian menutup aurat itu dakwah. Sebaris ayat yang mengajak kepada kebaikan yang kamu lontarkan itu dakwah.

p/s : buat kerja , buat kerja. 

4 ulasan:

  1. sy tak pelik pong awak minat konkrit. haha best belajar benda y org lain tak belajar. polymer sume org buat.eh hahaha

    BalasPadam
  2. hihi yeke ?
    btol jgk kn. asyik2 polymer je. tp sye gne jgk polymer ( plastik ). hihi
    haaa nervous ~
    eh good luck siapkn segala kerja.
    sye msih mnegumpul tenaga knonnya.bru balik semalam huihh penat. :P

    BalasPadam
  3. untung ayh major dlm bidang tue..t klu jdik tokey concrete tlong wat rumah ak ea =p

    teroskan berdakwah taw..skong hg =)

    BalasPadam
  4. cehh xde nyaaaa nk jd tokey
    klu bole ayh nk ak kje kerajaan
    uhukk.sbnrnye nk kje swasta haha
    pk2 lg.
    trima ksih ketua ! ;D

    BalasPadam